Monday, February 25, 2013

Okeylah.. Aku salah

Ni citer last week.
selalu kaum adam ni suka sangat cakap yg pemandu kaum hawa sengal le
tak pandai le apa le. redha je.. walaupun statistik menunjukkan
peratusan kemalangan jalan raya di monopoli oleh kaum adam
tak pe.. kita insan lemah.. terima je lah..

lepas je aku beli makan aku pun melewati deretan motor .
sebab aku nak ambik motor aku, kena la aku jalan ikut perkataan *sini* dalam photo.

masa sedang aku jalan, tetiba aku nampak satu keta myvi kaler hitam
siap bagi signal kiri. oklah sebab kat hujung sana memang ada parking lot
tak mangkuk biol sewel apa la pemandu tu
siap dia himpit ke tepi betul betul dengan aku

side mirror tu lalu elok je kat perut aku, pas tu berhenti
puas aku kempis perut elak .

Hello bro. ko sewel ke hape.
kat sini dah penuh motor ko nak parking mcm mana lagi?
kalau parking kat belakang motor tu, sah sah le ko parking tengah jalan
mengong!!!
sori la aku memang geram sebab ini melibatkan nyawa aku.

tu la masa memandu, mata usha kedai makan
bukan nak tengok org yang tengah berjalan 
kalau rabak perut aku ni sapa nak ganti


Ada la mamat mana tak tau angkat tangan marah sebab dia nyaris nyaris nak langgar aku
terus je dia pandu ke depan
dan boleh plak parking kat parking lot.

Masa aku snap photo ni dia mula cuak. lantaklah
ko ingat ko retis aku nak snap photo ko
blah le lu.

eh.. korang 4 orang ek?
patutla. mata tengok kedai pas mulut rancak sembang
bagus.. bagus... memang pemandu berhemah!


Note: Tak pe salah aku. aku kan kaum hawa...
tetap bersyukur kerana aku selamat.


Relaxing at Anggerik Spa & Beauty

Asyik tertangguh je nak manjakan diri kat Spa
Kelmarin baru free, lagi pun baby sitter sudi nak jaga Aleesya dan Amirul

 Anggerik Spa ni dimiliki oleh orang melayu dan bercirikan bali
dari luar pun dah boleh dengar alunan muzik bali tu.
ambik mood dulu sambil dengar lagu

pintu masuk.
Anggerik spa ni terletak di GIANT Bayan Baru
aku sampai dalam pukul 10.00 pagi ( dah buat appointment pun)


hehehe.. beli groupon voucher memang jimat..
tak ingat RM 34 ke RM 32 . murah kan...kan...
treatment pertama kena wapkan kaki dulu
actually kena tutup dengan tuala
tapi... dah gedik nak ambil gambar aku bukak kejap tuala yg cover kaki tu
gambar tak bape clear sebab spa ni gelapppp
camera pulak. yg cap ayam tu..
pas tu kena masuk bilik bukak baju, berkemban je
muka sembam kan ke lubang yg ada towel merah tu
operasi scrub seluruh badan.
pakej tu scrub bahagian belakang je, aku tambah duit sket tul scrub satu badan.
lepas scrub semua rilek jap. sambil dorang buat eye treatment
letak timun kat mata.
bukan kat mata je dorang letak timun tu, seluruh muka aku dorang tempek. sejuk jer...
pas tu, pergi mandi kat bilik air dalam kotak tu..

tab tu untuk mandi bunga
tak de dalam pakej yg aku beli.
jadi usha je la tab tu bior juling, tak de bunga nak tumbuh aih..
ni le hot stone yg dorang guna.
mula tu dorang lapik kain kat belakang, pas kurang panas, baru dorang direct ke skin belakang
dorang ubah le dari satu tempat ke tempat yang lain
sampai batu tu hilang panasnya.

last sekali, dorang guna minyak herba, massage satu badan, picit picit kaki, betis paha belakang semua
leher pun di masaage jugak
fuh... rasa mcm berurut lepas bersalin..
staff dia memang pandai urut, sedap benor rasanya..
ada offer 50% untuk facial + steamer
apalagi aku rembat la.. bermanja kejap. dibelai belai muka ni
ha.. lega..
3 Jam masa aku berhabis tuk bagi reward kat diri sendiri..


jatuh cinta dengan layanan mesra dorang, aku terus jadi member
ada 5 treatment free one treatment
ada disc 50%
ada disc 20%

Note: next month kalau ada durian runtuh aku nak pergi lagi lah.. best!!!