Wednesday, June 23, 2010

Happy Father's Day

Kalau dah sambut mother day.. mesti la ada untuk father's day kan..
Tapi... untuk father's day ni, kami tak celebrate makan makan bagainya..
Cuma kami menghabiskan cuti bersama jer..
Kat Mana? nantilah aku kasi tau k...

Walaubagaimanapun.. Amirul tetap menggunakan kreativitinya untuk menambat hati insan yang bernama "PAPA"

Bahagian tepi tu,( yang warna hitam) dia ambil double side tape. Kemudian... manik manik aku
yang aku simpan kat dalam bekas jarum tu di kutipnya dan dilekatkan diseluruh bahagian yang dah di letakkan double side tape..

Dia tak pandai tulis lagi.. so dia suruh aku tulis kat white board, kemudian dia tiru ( transfer kat kad). Memandangkan hubby kerja malam, so bila pulang pepagi tu, dia paste kan kad ni kat cermin besar hall umah.... Bila hubby pulang.. tengok jer kad ni ( mesti touching punya)


Amirul memang rapat sangat ngan PAPA dia. Maklumla anak sorang, lelaki pulak tu. Kekadang dorang berdua habiskan masa berjam jam kat padang bola, dewan badminton dan yang paling kerap... kat Pasar Malam kikikik...


Kalau kat umah pulak, macam ni ler. melekat jer dorang tu. Hubby jarang marahkan Amirul. Aku ler yang selalunya garang dengan Amirul. Tapi Amirul ni , paling takut ngan PAPA berbanding aku ibunya ni...
Nota:- kena didik & latih anak untuk sayang papa. Jika terkurang layanan aku utk hubby, at least layanan anak sebagai pelengkap...







Hari Guru & Hari Ibu Serentak

hai... lamanya aku simpan gambar ni untuk di N3 kan..
Sempena hari ibu dan hari guru tempohari..
kaum ibu seperti aku dan rakan rakan sekaum denganku meraikannya di Tadika (PASTI)



hmmmm... untuk tidak pilih kasih, kek cikgu & kek ibu sama perasanya.. kikikik

Ni ler wajah wajah kesayangan Amirul.yang kurus tu Cikgu Azean ( cikgu peljar 6thn) Yang tengah tu cikgu masak ( cikgu Siti ) dan yang tudung koko tu cikgu Aton ( cikgu Amirul ler)
Dalam banyak banyak cikgu, Cikgu masak yang Amirul paling sayang...
Dari segi kelembutan, memang cikgu Siti ni patut di sayangi murid muridnya..
mungkin sebab selalu menyediakan juadah untuk murid murid menyebabkan dia lebih dikasihi..


Ha.. sesi bergambar, anak & ibu. hish.. raga jelly tu lindung muka Amirul la pulak. Aku pulak sambil suap kek, nak tengok kamera!! kikikikik..

So.. untuk take turn ambik gambar ni, ibu bapa dan murid kena beratur. seronok rasanya..
sekali sekala buat cam ni, rasa cam zaman kanak kanak dodulu la pulak..

Last.. aku dapat ciuman istimewa dari Amirul berserta dengan sejambak bunga ros..
Touching gak la.. bila dia ucap selamat hari ibu untuk aku nih... muah muah!!!

kan ku abadikan kuntuman mawar ini.. agar sentiasa mekar.

Nota: Hari ibu sering di rai dengan meriah, Hari bapa kenapa ingat ingat lupa???


Wednesday, June 9, 2010

Hasil yang dikerjakan Amirul

Baru 51/2 dia sekolah. tapi.. coulour pensil dah berkotak kotak aku beli.
Mana taknya ada yang hilang. Ada yang tertukar dengan kawan.. macam macam..


Ini pensil color yang pertama aku beli. Dapat jer sharpener di asahnya sampai tak ingat dunia.
semua dah jadi panjang pendek. Memang niat nak beli color pensil yang murah jer. Tapi kesian pulak aku tengok dia mewarna. tekan tekan tapi warna tak terang.


So.. lepas jer dia kerjakan color pensil yang 12 batang tu, dia mintak yang 24 batang pulak. Katanya, kengkawan dia beli color pensil yang besar. so.. dia nak yang besar jugak. hai.. color pensil LUNA ni bukannya murah. Kopaklah pket aku nih...



Sebagai usaha untuk menjimatkan, aku tak kasi dia asah guna sharpener. Tiap tiqap malam aku akan asah pensil warna ni dengan pen knife jer. so boleh la jimat sikit. tapi... bila pergi jer sekolah
bawak pensil warna panjang... balik bawak yang pendek!! sebab... guna sharpener kat sekolah.
Akibatnya:-


Macam ni lah jadinya. Amirul.. Amirul... belum kira pemadam, pensil dan kotak pensil yang dah berkali kali aku beli. Bila la ko nak belajar simpan sendiri barang keperluan??? Pernah jugak kopiah dia pun ditinggalkan di dalam bas. Kalau anak tunggal mcm tu ni la... semua benda ibu yg uruskan.. so lambat sikit nak indipendant...
Kalau dia ada adik, may be responsibility tu akan datang dengan sendirinya kut.. harap harap ler.




Dah janji

Amirul tanya, dia dapat no: 2 nak bagi Hadiah apa?
Garu garu jugak kepala aku nak bagi jawapan. Then malamnya aku bincang ngan hubby,
hubby plak cadangkan supaya kami beli basikal sebagai hadiah.
Ni ler basikalnya. Harga kat Penang dalam RM 175.00 cam tu la. Then masa on the way nak balik umah ayah tu, kami singgah kat Tikam Batu Sungai Petani. Dapat la Basikal ni dalam harga RM 140.00 . Kalau Amirul tak dapat no 2 pun memang kami nak beli. sebab basikal lama dia dah kecik sangat.
So.. petang petang Amirul akan naik basikal ni meronda ronda kat area perumahan. Bila dah senja dia akan bawa basikal kat tangga & kunci. aku bagi kunci spare satu kat baby sitter. Kekadang tu aku terlewat balik kerja dapat jugak dia main.




Thursday, May 27, 2010

Panaskan Badan petang petang

Kalau petang, Amirul akan merengek nak turun main dengan kengkawan dia. Yer la dah besar sekarang ni mesti ada ramai kawan.
Kalau Amirul tak turun main jugak, kengkawan dia mesti datang ketuk pintu ajak main.
Nak jugak aku tengok apa yang di mainkan ileh Amirul ni. Bila aku sampai jerk... Hahhhh
dah masuk longkang. Nasib bak longkang tak der Air, Ni la gara-gara bulu tangkis tu dah jatuh kat dalam longkang.. kikikik.


Wah sampai terbengkok bengkok badan dia nak ambik bulu tangkis tu. Apa la.. ambik bulu tangkis sampai masuk ke bahagian lawan!!!!.


ish... jatuh pulak.



Amirul main dgn si Aiman. Tapi si Aiman ni kasar sikit. Budak dari block lain. Pernah sekali, kakak dia datang ketuk kepala Amirul. Geram gak aku. Biasa la budak budak main, mesti ada jatuh bangun. nasihat dah ler, jgn sampai ketuk ketuk. Sat aku ketuk kepala dia balik baru tau.
Amirul tak berani nak ckp ngan aku. Kawan dia yang ckp. aku tanya sebab apa? Kakak dia salah sangka, lepas pukul baru tau tersikap orang. GERAM!!! aku.



Ha.. baru setahun jagung dah pandai repair Basikal. Dorang ni besar sikit dari Amirul. Tapi Amirul suka kawan dgn orang yang lebih tua dari dia ar...



nota:- Tak suka orang tua masuk campur bila anak anak bergaduh. Biarlah dorang sendiri yang settlekan pergaduhan dorang. "hari ini bergaduh, besok kawan balik"

Monday, May 24, 2010

Happy Familly Day.

Bertuahku rasa dapat menjadi sebahagian daripada ahli keluarga MIL. Memang dorang ni baik sangat. Bukan setakat MIL ja baik, ipar duai pun baik jugak. Hubby ada 13 beradik semuanya. Kebetulan masa kenduri Arwah Pak Long tempohari kesemua 13 beradik tu berkumpul.
So kami prepare 2 biji kek untuk meraikan hari keluarga. Ini kaler pink. perisa Vanila.


yang ni pulak kaler koko. tapi rasa kopi. Kaum kerabat yang minat minum kopi suka la. sebab kanak-kanak memilih rasa vanila. Plan awal nak snap photo sekeluarga. memandangkan semuanya asyik dok sibuk dengan kenduri dan masing masing dah letih.. tak dapat la.


Cuma inilah secubit kenangan yang dapat dikongsi. sepupu sepapat Amirul dapat berkumpul serentak. Mana Taknya kalau hari raya masing masing ada yang raya kat sini. Ada pula yang raya di rumah mertua. betul tak????


Amirul malu malu kucing pulak. bila di suruh potong kek. Mana taknya dah penat sebab siang
dia di kidnap ke Jitra olek Mak Tam, Mak cik & Mak su nya.. Berbulu la cousin-cousinnya
yang tak dapat ikut. Tuah badanlah si Amirul ni. Di usung ke sana ke mari.

Pak Tih still dok pujuk Amirul untuk potong kek tu. Sabarla pak tih oi... melayan karenah anak buah sorang ni. Pak tih ni la raja mengusik( menyakat) habis anak saudara yang kecik kecik tu
di sakatnya sampai menangis... Bila dia dah start menyakat bising satu kampung. Bukan setakat anak sedara ja yang di sakat, budak budak kat kampung tu pun turut di sakatnya.


Akhirnya potong gak kek tu. cousin yang lain pun nak ambik port untuk potong kek jugak. kenapa Amirul dapat keistimewaan ni. siap pak tih pegang tangan lagi tuh...kalau korang berbulu berlu kat dalam hati dah la. Jgn gaduh gaduh tau..

Mata Bulat..

Geramnya..aku tengok mata budak kecik ni. bulat!!! dah tu pulak sihat kemain lagi.
Ni la adik si Atikah a.k.a sepupu Amirul. memang semangat aku tengok dia ni.
Amirul memang sayang sangat dengan Aliff ni. Kalau boleh sepanjang masa nak dudk
sebelah si Aliff ni jer..
Bila tengok baby comel ni, terasa la sayunya di hati. kalau la aku ada baby lagi kan seronok.
Tapi apa boleh buat, memang aku ditakdirkan ada satu anak jer kot. Dok try mcm mcm tapi still tak sangkut jugak. Bila dah sangkut jatuh la pulak...Aku redha..
Tengok la mata dia yang bulat tu. Bila kami balik Penang. Amirul terus jer tanya aku. Kenapa
tak bawak balik baby aliff tu?? tak puas la Amirul main ngan dia. Dia ingat apa.. anak kucing
ka siap boleh bawak balik umah. Anak orang la cik ooi...
Nota: Aku masih lagi mencuba dan terus mencuba untuk 2nd baby.