Friday, October 22, 2010

Rasa macam kerja dalam Jamban....

Assalamualaikum......

Korang pernah tak masuk tandas selepas jer mak cik cleaner cuci jamban? mesti korang tau kan bau macam mana... Bau dettol. tul tak? Lain ler kalau Mak cik cleaner tu guna pencuci toilet yang mahal sikit. so ada ler bau limau sikit, lavender ke hape ke..

Ok. kat bilik aku ( office ) ada ler menda aior purifiers ni. gambo ni aku ambil kat google. yang kat dalam bilik aku kaler ijo. Jarang sangat ler aku guna. sebab kata orang bau bauan ni ada cemical. then leh sebabkan cancer. so, aku guna ikut mood aku ler. Kalau aku rajin, aku gantikan pewangi itu, pewangi ini.


Untuk air wangi ni aku selalu gi beli kat Jusco. Sejak Mak Cik promoter periuk tu tak der kat Jusco. aku dah macam putus bekalan pulak. Yer la Mak cik periuk tu pun dah tak kojer kat Jusco. Lagipun sekarang Jusco dah tak jual benda alah ni. Makanya terpaksa la aku order pulak kat cosway. Tahu jer la kat cosway tu, kejap offer kejap idak. kejap ada barang kejap out of stock.
Kebetulan, ada la hari tu aku datang lambat. Pukul 2.00 ptg baru aku masuk office. Bukak jer pintu aku bau macam kat Jamban. Bila aku masuk jer bilik. Masya allah, partner aku dah masukkan Dettol dalam Purifiers ni. Satu office ler bau dettol. Wangi ker bau dettol tu?
haish!!! sambil kerja dok pening pening lalat, rasa mcm kat dalam jamban.


Ha.. ni ler dettol tu. Owang wat cuci luka, cuci lantai toilet ko wat air freshner plak. Last aku gi jumpa bos.. then usik dia sikit. " Ada orang berak dalam Office ke'? Bos pun heran. Ada org guna dettol cuci.. U tak bau ker? kah kah kah kah kah..
Bila jer partner aku keluar, aku terus off. hai, nak tegur dah tua pun. tak kan ler benda simple tu pun tak tau. Put the right thing the right place ok...
nota:- kalau dia buat sekali lagi. aku memang akan sound jer dia tu. akai ada ka?


Thursday, October 21, 2010

Aku betul betul terkilan....

Sehingga hari ni aku masih lagi bersedih. entah mengapa aku asyik memikirkannya. Walaupun ianya remeh bagi orang lain, tapi sukar aku utk terima...

Salah siapa? akukah? diakah? takdirkah? semuanya menghantui fikiranku. Apa perkataan yg harus ku ungkap untuk memujuk diriku ini...

Maaf yer, hakikatnya aku memang terkilan sesangat. Mak ngahku dijadualkan berangkat ke tanah suci pada 19/10/2010. Masa kenduri kesyukuran, ku sengaja tak nak pergi, sebab aku nak ngantor masa dia berlepas kat Airport sebelah umah ku jer ni.


18/10/2010 jam kul 04:30 cam tu cousin aku, Idan telephone cakap yg dorang dah sampai kompoleks tabung haji Bayan Lepas. Aku still kat office, then aku bercadang lepas magrib baru aku nak kesana. Nak bawak sekali kopi panas untuk mak ngah.Aku memang nak sangat berjumpa mak Ngah sebelum dia berangkat besok pagi.

aku dah siap, nak bertolak dah ni. dalam masa 15minit lagi sampai la aku kat komples tu. then Idan SMS ckp, Mak ngah dah masuk bilik sebab dorang pun nak balik kedah dah. Hairan aku, nape? Mak Ngah nak masuk bilik awal sangat.



Airport ni bertentangan ngan umah aku ja. Cuma tak leh ler masuk direct. kena le ikut pintu masuk yang jauhnya cuma 10 minit jer dari umah aku. Pagi 19/10/2010 aku tak sempat nak jumpa Makngah sebab dia dibawa masuk ke lapangan terbang dengan Bas. Hanya bas jer aku nampak. Mak ngah kat mana? terkilan lagi aku.



Aku harap mak ngah selamat sampai dan selamat pulang. Inilah takdir Allah. Hanya dengan izin dia kita bertemu dan dipertemukan. siapa yang boleh ubah kekuasaan allah. Aku redha dengan takdir ini. moga moga bila dia pulang nanti aku dapat berjumpa dengan dia.

nota:- Ya allah, adakah ini semua satu petanda?

Aku benar benar menyesal sebab tak pergi masa kenduri kesyukuran tempohari di rumah Mak ngah. sob..sob.. Maafkan ana Mak Ngah.




Aku Bersama mereka...

Pertemuan yang begitu singkat, tak ku lepaskan untuk mengabdikan kenangan di ruangan ini.
Walaupun sejak kecik ku tak mebesar bersama. bermanja dengan mereka. Namum ikatan persaudaraan tak semestinya putus begitu saja...

Sejak kecil ku tahu aku ni Orang Melayu Banjar dan nenek orang melayu. . Tapi maaf yer aku langsung tak tau nak berbahasa Banjar. rasa rugi pulak tak belajar bahasa ibunda ku sendiri. Bukan aku ja yang tak pandai berbahasa banjar , sepupu sepapat ku pun sama. kikikikik..


Ini adalah Paksu ku. Dalam usiaku lingkungan 6 thn aku dah pun berpisah dengannya. Hubungan kami tak semesra mana. Tapi setelah Bundey ( panggilan utk Opah). meninggal kami menjadi rapat kerana sering bertemu. Lantaran ayah pula bergilir gilir menjaga Tok wan.


Bila ku peluk nenek ni, rasa mcm kupeluk Bundey (opah) pulak. Aku pun tak tau nak panggil apa kat nenek ni. yang pastinya bila bertemu denganku dia syik melatah dan cakap " melampor kar yer" udah besar panjang ndak mari nengok aku ni"... kikikik... faham ler kalau dia loghat melayu. Hubby? langsung tak faham apa dia cakap. kahhhhhhhh


Ini pula isteri sepupu aku. Masa berjumpaan hari tu, dia ada familly day kat Hadyai. Sian si isteri ditinggalkan. Orang Penang, Orang Sungai Nibong. Anak MAMI.



Ini sepupu aku jugak, anak Mak Lang Rodhiah. Dok belajaq nun jauh di SARAWAK. walaupun jarang bertemu tapi dia ni peramah. ku suka. sebab tak rasa kekok bila berbual. Jaga diri baik baik yer kat negeri orang tu.



Ni ha.. anak Pak Su dan anak Pak lang. Maaf sesangat sebab kak ana terlupa nak tanya nama korang. by the you all sporting sangat. LOVE u all. semoga kita selalu berjumpaan.




hikss... nak gak photo berdua duaan, Amirul yang snap. Dia jeles kalau aku rapat rapat ngan hubby. "Ibu jgn dok cinta cinta ngan papa, cinta kat Mirul dah tau". kahhhhhh... So, nak cover lain kena le jauh jauh sikit.
Nota:- Amirul, ibu cinta dua dua. (Papa & Amirul.) muah!muah!muah!





Friday, October 15, 2010

Terima kasih kerana Bertanya....

Namapun kerja, tugas ku seharian berhadapan dengan pelbagai karenah manusia. kekadang soklan yang pelik pelik dorang tanya.

Tapi lain pulak customerku kali ni, sambil aku mintak nak photostate IC nya, dengan spontan dia bertanya.
Kak... sebelum ada mesin photostate ni, macam mana akak buat salinan IC?. Dalam ati tu rasa cam pelik ja soalan dia. Ku tengok IC number, umur dia lagi tua dari aku.


sepatutnya dia lebih tahu, setahu aku sejak aku lahir, memang photostate mesin dah ada. Atau adakah aku nampak macam nenek nenek. sebab tu dia tanya soklan macam tu?


google punya google ku jumpa photo ini.



Oooo.. mcm ini rupanya mesin photostate dodulu. Then, masa si gieyana datang umah tempohari, husbannya ada explain tentang photostate lama ni. walaupun aku tak dak pengalaman melihat dengan 2 bujik mata ni. at least Penerangan (Munir) gie's husband tu, at least aku leh dapat info sikit. ma kasih noh...






nota:- Lepas ni kalau sesapa tanya aku, leh la aku jawab dengan cepat dan tepat. ( chewah, cam nak jawab soklan peksa lak)...

Voucher last till 15/10/2010

Minggu lepas my friend ada bagi voucher kepci ni. dari mana la dia dapat satu stack aku pun tak tahu ler. Dia distribute sowang satu keping. So.. last sunday aku borink sangat kat umah & ajak ler hubby makan Kepci. Aku order yang rega 15.80 tu ja. Mana la leh habis kalau beli yang banyak tu. tul tak????



Selalunya ayam ni hubby & amirul la yang gemar. Aku tak bape suka. Then utk kesukaan tekak aku, ku order burger pakage JOM JiMAT ( Set B).

hoho.. utuk 3 ketul ayam, hubby punya tau. Amirul makan satu ketul jer. dia tu excited ja lebih nak gi Kepci tapi bila makan, gitu gitu jer la...


Memang tak habis utk di makan kami bertiga. Air minuman Amirul pun baru di sedut sikit jer. aku plak apa lgi memang kenyang. Bila dah abis 3 ketul ayam, hubby nak ke mesin ATM sebab jap gi nak soping lak kat GIANT .


Punya la selamba aku wak Amirul gi basuh tangan semua. Then mamat cleaner tu pun datang ler angkat semua plate & sebahagian dish yang belum habis tu.

ups.. tetiba jer si Amirul ni gi balik tempat tu, then sambung makan. Mamat cleaner tu dah jadi cam serba salah pulak sebab dia dah pun tuang lebihan makan kami. Nasib baik seketul ayam Amirul tu belum lagi. Air pun belum lagi. Amirul ngan selamba jer ckp. Awat simpan dah? lapaq lagi ni... kahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. Mestimamat tu rasa terharu.
Then aku tunggu sampai Amirul habiskan ayam yang cuam ciput ja tu. Kemudian masuk GIANT, Shopping!!!!!!!
Nota :- Voucher pun kena bayar lebih kurang sama jer dengan beli tanpa voucher. Hikssss

Thursday, October 14, 2010

Penangan Komanwell di New Delhi...

Syabas!!!! Amirul Hamizan sebab jadi penyumbang pingat Emas pertama Negara dalam acara angkat berat. Memang kami se familly minat sangat nonton aukan olimpik, sukan Sea, sukan Komanwell dan banyak jenis sukan lagi ler..

Secara tak langsung Amirul pun terkena tempias minat ngan sukan jugak.


ish.. memang Power la dia leh angkat berat, walaupun size dia tak ler gemuk. Dalam keasyikan menonton tu, tetiba ja hubby cakap " Muka Amirul Hamizan tu mcm Amirul la". ( saja nak jack si Amirul ni. Apa lagi kembang kuncup kembang kuncup la idung dia.. kahhhhhhhh...

Then aku pun nyampuk, mentang mentang dapat Pingat Emas, muka terus jadi sama. kalau kalah langsung tak nak ngaku. kikikikikik.....



Tengok betul betul ? ada iras ka? hohohoho.. kalau la aku leh snap gambo amirul sedang kembang kuncup kembang kuncup tu mesti leh wat kenangan sampai bila bila...

nota:- kalau nak jadi ahli sukan pun, pilihlah acara lain yer Amirul, ibu risau la kalau amirul angkat berat. dah la ko sorang jer anak ibu...

Bila aku bengang!!!!!!


Asam garam tempat kerja . kalau tak da terasa hati, tentu tak cukup enak tul tak. Aku pun tak keinggalan ler mengalami situasi sebergitu..
Nak cakap aku marah.. ada la sikit. Tapi aku ni, bila marah diam terus. malas nak bertekak. Bila aku dah diam... so office partner kena la faham... Bila dah tahan sangat marah, aku off computer and blah balik cam tu jer walaupun time kerja belum habis..
Bos!! bos pun mungkin perasan ngan perubahan sikap aku. Then dia tak tanya apa pun. wat derk ja bila aku kuaq office awal...
ha.. nampak tak benda kellogg's ni. Menda ni la aku dapat setelah 2 ari aku bengang!!!. Proses berbaik aku ngan office partner bermula bila dia bagikan aku sekotak kellogg's bar ni. Mula tu aku nolak jer, then dia ckp kalau u tak mau makan bagi ler kat anak u ker.. jiran ker.. ( amboi.. ayat ler tue) Tapi kan, tak baik la kalau gaduh lama-lama. Baper hari ja nak hidup kan. so kena la berbaik sangka ngan org....
tapi kan, betul ke menda ni leh diet? Bila aku makan bar ni. Ya allah punya la manis. Kalau manis sangat kalori susah nak burn. Tapi ada aku kesah semua tu. bila ja aku rasa nak ngap..
kaleri semua aku letak jauh jauh dari kotak fikiran.. kahhhhhhhhhhhhhhhhh

hmm...dorang yg jadi model ni memang dah kurus. tak yah ler susah susah nak pakai jeans ketat. Tak dapat body cam ni pun tak per. janji hidupku happy and bahagia.
nota:- Aku bahagia sesangat bila orang concern kat haku. hikssss..