Thursday, December 16, 2010

Bubur Assyura

Dah 10 Muharram hari ni yer. tetiba aku teringat nak makan bubur assyura. Walaupun bubur Assyura ni datangdalam pelbagai versi. Tapi, aku suka yang versi beku mcm bengkang tu jugak. Kalau yang versi Penang ni aku tak bapa suka. Sebab dia cair. Aku pernah gak dengar ada negeri yang buat Assyura daging. Tapi tak pernah tengok & rasa pun.



( kredit kpd empunya gambar)

Aku suka sangat time tengah panas. cedok masuk kat dalam daun pisang. pergh.. memang best. Selalunya MIL yang rajin buat Assyura dalam kawah. yer la, keluarga suami kan ramai. kenalah buat banyak. baru makan puas.

Tapi, sekarang MIL terlantar sakit. memang aku terasa sangat nak makan air tangan dia.Tak berani pulak aku nak cakap depan dia. mesti dia sedih sebab tak dapat nak masak untuk anak menantu thn ini.

( kredit kpd empunya gambar)
Selalu aku request kat mak untuk letakkan buah nangka dalam bubur assyura. tapi, mak reject sebab ramai org yg tak leh makan nangka. huhuhu... aku memang teringin nak makan bubur assyura letak buah nangka. Sapa la nak masak utk aku.

Kalau nak buat sendiri tak pandai + malas nak belajar. cuma tahu nak telan jer. hikssss.

Harap harap tahun ni mak tunaikan permintaan aku. kalau dapat makan semangkuk pun jadilah. janji ada buah nangka.

Nak mengadu Domba..

Kalau tanya bab IT ni aku memang ZERO la. Tak pandai sangat. nak godek godek blog ni pun memang tak tahu. sikit sikit boleh la. tak der la nak buat impak yg begitu ketara.

Cuma kat sini aku nak tanya? Susah tak korang nak komen kat blog aku ni? Kalau ada masalah sila bagi tau k.


Aku ni sebenarnya, suka ler berblogwalking. dah org datang nyinggah, adat ler kena pergi nyinggah semula kat blog dorang.


Ada sesetengah blog tu, susah sangat nak komen. kalau yg ada verification code tu ok lagi.
tapi ada yg mulanya tak keluar pun verification code. pas submit komen, baru nak keluar verification code. Dah ler nak load page lambat.

kena buat double submit. Sebenarnya, aku nak tanya la. Verification code tu untuk apa? maklumla aku ni buta IT. hiksssss.

Aku rasa menda menda cam ni dah jadi mcm birokarasi utk aku komen lak. kikikikik. boleh ka aku pakai perkataan Birokrasi ???


Then, ada lagi, bila aku nak post komen, tetiba keluar 2 box. satu untuk komen & satu lagi utk widget iklan I-pone. menda tu la wat komputer veteran aku ni jadi lagi slow...

nota:- Saja nak tau Verification Code tu untuk apa? penting ka utk blog komen? Blog aku ada ka verification code?

Wednesday, December 15, 2010

Mistik..

Sebelum aku berkongsi cerita ingin ku jelaskan di sini maksud sebenar Mistik.Mistik menurut kamus dewan ialah keadaan ghaib yang tidak dapat diselami oleh pemikiran manusia yang mengandungi keanihan dan keajaiban.

Pernah tak korang alami benda benda mistik ni? Sejak akhir akhir ni kesihatanku tak berapa ok. Dengan ertikata lain, badanku lemah lemah. Yang aku tahu, aku ada penyakit darah rendah itu ja. Kalau check kat spital. 80/60 cam gitu la. Tapi still ok la. Cuma kekadang tu rasa pening mcm nak pitam. tapi tak pitam pun.

Sejak akhir akhir ni, aku ada la jumpa ngan Mak cik jiran jauh jugaklah dari umah aku di sini. Dengan selamba ja dia cakap ada benda dok ikut aku. ah.. saja nak kaco aku kot.

Pas tu, aku gi ler jumpa bidan, sebab nak tengok, napa la aku ni dah 2 kali gugur, mungkin rahim rendah kot. nak suh dia berubat sikit. Mana tau lepas ni ada rezeki. Leh la bagi adik kat Amirul.Sampai ja kat pintu rumah, bidan tu terus jer, suh aku duduk julurkan kaki ke arah pintu. Sebab dia ckp ada benda dok tumpang aku.

ish.. dah 2 org ckp cenggini. Tapi aku tak rasa apa apa pun.

Tapi sejak dua menjak ni, aku selalu mimpi pelik pelik. Selalunya aku kakn melewatkan solat isya' sebab nak tidur dalam keadaan berwudu'. Bila nak tidur tak leh lelapkan mata. Kena berzikir dulu baru leh terlelap. biasalah, memang aku amalkan berzikir sebelum tidur. Aku pernah bermimpi ada beberapa ekor ular tedung datang dekat & sembur racun ke arah muka ku. Pas tu racun tu berbau harum & ku sedut sedut ja bauan tu.

Pas tu aku terjaga. Tak terfikir apa pun aku nih. kekadang tu aku bermimpi dikejar beruk. lari la aku tercungap cungap kat atas katil. Ada jugak aku mimpi lipan bara. pelik pelik mimpiku . Tanya org, dorang ckp mimpi tu maksudnya Jin/Iblis.

Pernah juga kumimpi dikejar lembu hitam. kiranya, sejak akhir akhir ni aku tak leh nak lelap tidur. sebab dok mimpi benda benda cam gini.

Last week, aku balik umah ayah. aku cerita semuanya. Then ayahku cakap. mungkin benar apa yg org ckp ttg aku ni. So, ayah cadangkan aku pergi berubat dengan Ustaz tempat jemaah ayah aku mengaji di Baling. I'allah ahad ni aku nak pergi.

Aku tak naklah berjumpa dukun mukun semua utk berubat aku nih. biarlah perubatan secara islam. Kalau benar ada makhluk halus dok ganggu aku, biarlah dia keluar dari badan aku ni dengan cara elok. Apa yg dia nak dari aku. Jgn sampai menda menda ni pulak yg dok jadi penghalang utk aku tambahkan zuriat.


notes:- Aku berserah pada Allah, kerana dialah yang lebih berkuasa dari segala makhluk yang ada.

Monday, December 13, 2010

Seronok dapat jumpa abang...

Dalam banyak banyak abang. my 3rd brother ni la yang aku sonok sangat dapat jumpa dia. kalau korang nak tau, aku panggil abang abang aku dengan panggilan abang je. tak der sambungan kat belakang dah. Sesetengah org panggil abang long, abang pas tu diikuti dengan nama. Tapi aku, abang jer. memang dah biasa sejak kecil.


Funnynya, masa bertunang dulu, aku panggil abang ipar aku dengan panggilan abang. Then dorang rasa kekok. Masa tu baru aku sedar, kalau nak panggil abang, kena susuli dengan nama dorang. hiksss. panggil abang saja??? mcm panggil kat suami lak.


Ha.... aku nak citer ttg abang aku ni, dia lah org yang tak pernah buat gusi aku kering bila berjumpa. Sejak kecil memang aku suka sangat kat dia. Tapi, dia ada satu habbit yang aku tak suka. Dia suka sakat menyakat budak budak kecik. Abis semua anak sedara di usiknya. Dia suka buat muka itu, muka ini. Asal dia ada mesti menangis la budak budak tu.


Memang dah berbuih mulut, mak ayah aku dok larang dia. Tapi dia still mcm tu jugak. Aku pulak dok ckp la, nanti kalau abang dapat anak, org sakat cam na abang rasa? dia cakap abang sakat balik. hehehehe...

tengokla. mcm mcm gaya dia buat, bila Amirul snap gambar dia. Banyak lagi. ada yg 18sx pun ada. aku tak letak la kat sini. Ok, berbalik pada cerita menyakat bebudak tadi. Di takdirkan dia kawin dulu dari aku. Then di kurniakan seorang anak lelaki. Sekarang anak dah 3.


Korang tau apa jadi ngan anak dia tu??? sejak pagi sampai malam asyik menangis ja. dengan sapa pun dia tak nak. silap sikit menangis. menangis menangis. Sampai kurus kering. Tak payah sapa nak sakat. tersedia menangis.


Sejak dari hari tu, abang aku dah berhenti sakat sakat ni. Sebab dia dah bingit telinga dengar anak dia sendiri menangis. Pas tu aku cakap la, ni la balasannya, sebab abang dulu suka sangat bagi anak org menangis. So sekarang nak tak nak abang kena dengar anak sendiri menangis.



Alhamdulillah anak ke 2 & ke 3 dia dah tak nangis teruk teruk mcm anak sulung dia tu. Kiranya Amirul tak sempatlah diusik dan disakat oleh abang aku ni. Sebab masa aku lahirkan Amirul, dia dah berubah...


nota:- Ada ka patut dia call aku pagi tadi semata mata nak cakap: Hantu Kak Limah Balik Rumah. Pas tu dia offkan Hp. hiksss, kelakor la abang aku ni.

Selipar Aku, Aku yang Beli!!!!

kenapa tajuk N3 aku kali ni ttg selipar Jepun lak?? Haaa.. ni ler aku nak citer kat korang. Mungkin korang pernah alami dan mungkin tidak.


Aku memang selalu letak selipar ni kat dalam keta. Sebab apa? sebab selipar nikalau dok lam keta lama lama pun tali dia tak putus. Then, selipar ni murah jer kalau rosak atau pun orang curi. Pas tu, sebagai ganti kasut aku la, bila aku nak singgah mana-mana masjid utk bersolat tat kala dalam perjalanan ke mana-mana..


Kebetulan semalam, time azan kami sampai tepat tepat kat Masjid Tikam Batu. Apa lagi akucepat ceat le nak pergi berwudu'. harap harap sempatla sembahyang berjemaah. Sampai je, kat tempat berwudu' tu. dah tertera, di larang memakai kasut!! Apa lagi, aku tanggalkan selipar comeyku ini kat tepi pintu.


Kat belakang tempat berwuduk ni pulak ada tandas. So, sedang aku asyik berwudu' tetiba datang 2 orang remaja pompuan. Dengan selamba jer dia saruk selipar comey ku itu. then dia jalan terus pergi toilet. Aku cakap ler, dik.. dik.. itu selipar akak.

Aik, tak puas ati lak, budak ni. Siap cakap ngan aku. Ini selipar kat sini la. Aku jawabla. tak.. akak punya. Asyik dok ckp pasal selipar tu. org dah start sembahyang. lambat la jadinya.



Yang si budak tu pun satu. dah aku ckp selipar tu aku punya. cukupla. pas tu, ko ingat aku datang kat sini dengan kaki ayam ka??? kalau pun selipar tu Masjid yg punya. tentula ada org yg pakai untuk pergi ambil wudu'. ko pehal nak bertekak pasal selipar pulak.



ko nak datang sembahyang ker, ko nak datang rebut selipar? ishhh tak faham aku. Last, aku cakap la. Akak dah lambat ni dik, bak balik selipar tu, akak nak pergi sembahyang. Nanti akak letak kat tangga, adik ambil la selipar ni ok.


Last, aku tak sempat jugak nak berjemaah. sembahyanglah sengsorang. tak dapeklah nak ikut imam..



nota:- Syukur aku kalau org guna selipar aku utk berwudu' dapat gak pahala. Sabar...sabar.. jgn
berebut. guna ikut turn ok.

Thursday, December 9, 2010

Peristiwa di Pesta Pulau Pinang 2010

Sebelum Pesta Pulau Pinang bermula, dah sibuk dah si Amirul ni membilang hari. Papa.. pesta lagi berapa hari? ha.. ayat tu ja yang di tanya dek Amirul seharian.

Aku ni bukannya suka sangat pergi bersesak sesak . Sebelum pergi pun dah terbayang kesesakan tu kat dalam kepala ni.

Kebetulan siang tu Amirul di bawa oleh baby sitter meronda kat Seberang Perai. Teman dorang pergi beli bunga telur dan segala mcm persiapan la. nak kenduri 26hb ni. Balik pun dah pukul 8.00 malam cam gitu. Ingat tak nak pergi dah Pesta tu, tapi Amirul still nak pergi jugak. Dalam kul 9.00 mlm baru kami bertolak pergi.

Sampai kat sana, parking dah penuh. So terpaksa lah parking jauh . letih jugak nak berjalan masuk. kaki aku pun dah naik lenguh. Sampai kat dalam Pesta, aku duduk jer. Yang lain hubby yang layan si Amirul main.

ha.. korang nampak tak kasut yg Amirul pakai tu????. Time nak balik AMirul dah kepenatan, pas tu suh ler hubby dukung. bila hubby tak layan, dia bukak kasut nak protes la konon. Then bila pusing jer belakang, tengok tengok kasut tu dah kena kebas.ambik ko..


Kedai kasut pun jauh la pulak, last hubby suh dia berjalan dari dalam PESTA sampai ler ke Parking Lot dengan berkaki ayam tu. Kesian aku tengok anak teruna ku ini. Kalau aku, memang tak sanggup nak buat cam tu. Kalau akularat kendong dia, memang aku kendong . Tapi nak wat cam na kan. kena teach him a lesson. so nest time dia tak ler buat lagi.


Mana tak hangin, kasut tu baru jer seminggu beli. Disebabkan sikap dia yg suka sangat merajuk cam gitu, terimalah padahnya.
Sepanjang kat dalam keta, tu Amirul diam jer, tahu pulak salah dia. Sampai kat umah basuh kaki &v tidur dengan baiknya, tanpa banyak soal.


Besoknya, cam biasa lah, hubby meronda la kat shopping complex beli kasut baru utk anak teruna kami sorang ni.hehehehe...



Hukum Jualbeli Binatang (Tokek)


Untuk dikongsi bersama. aku tidak mengubah walau sedikit ayat pun. Supaya kita sama-sama memperolehi ilmu pengetahuan. agar kita sentiasa berada di landasan yang betul.


sumber di perolehi dari:http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=156610


الحمد لله العلي القدير السميع البصير الذي أحاط بكل شيء علما وهو اللطيف الخبير علم ما كان وما يكون وخلق الموت والحياة ليبلوكم أيكم أحسن عملا وهو العزيز الغفور وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له شهادة نرجو بها النجاة في يوم النشور، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله البشير النذير والسراج المنير صلى الله عليه وعلى آله وأصحابه ومن على طريقتهم يسير وسلم تسليما.عباد الله أوصيكم ونفسي بتقوى الله

SIDANG JEMAAH YANG BERBAHAGIA,

Nadi bagi sebuah kehidupan Islam ialah ketaqwaan. Keindahan yang mewarnai kehidupan setiap individu muslim juga kerana pancaran ketaqwaannya. Sebuah keluarga, sebuah masyarakat dan sebuah negara pasti dinaungi rahmat dan kesejahteraan jika anggota insan di dalamnya hidup dengan kehidupan taqwa. Orang yang bertaqwa sentiasa memastikan setiap usaha dan hasil pencariannya bersumber daripada rezeki yang halal. Orang yang taqwa sentiasa memastikan pencariannya selamat daripada sumber yang haram seperti hasil yang diperolehi daripada haiwan yang dilarang dan diharamkan disisi Syarak .

معشر المسلمين رحمكم الله

Ada beberapa pendapat tentang hukum serangga, termasuk tokek dan cicak.

HUJAH 1 : Kebanyakan ulama’ menyatakan bahawa serangga adalah haram, ini kerana ia termasuk binatang yang menjijikkan. Pengharaman serangga adalah termasuk dalam keumuman ayat 157 Surah Al A’araf berikut:

وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَآئِثَ

“Dan ia menghalalkan yang baik dan mengharamkan atas mereka segala yang buruk (menjijikkan

Banyak ulama’ menyatakan bahawa standard barang yang menjijikkan ialah berdasarkan pendapat masyarakat umum, bila masyarakat umum menyatakan suatu hal itu menjijikkan maka itu haram, bila kebanyakan mereka menyatakan tidak menjijikkan maka itu halal. Dalam isu ini, semua orang menyifatkan cicak & tokek adalah jenis binatang yang menjijikkan. Melihat sahaja ekornya yang terputus dari badan, sudah ramai yang geli geleman.

Dengan demikian, cicak dan juga tokek tidak dapat dikategorikan sebagai hal yang baik (thayyibaat). Bahkan ia termasyk sebagai al-Khabaais.Bahkan Ibnu Hazem Al Andalusi menyatakan dlm (Al Muhalla 7/405) : “Cicak adalah salah satu binatang yang paling menjijikkan.”

As Syaukani menyatakan dalam (Nailul Authar 8/200) : “Cicak itu termasuk binatang melata yang mengganggu manusia, dan tokek adalah salah satu spesies darinya yang berbadan lebih besar.”

Kesimpulan awalnya, ulama’ telah menegaskan bahwa tokek adalah satu spesies & satu keluarga dengan cicak, dengan demikian hukumnya pun adalah sama.

معشر المسلمين رحمكم الله

HUJAH KE 2: Berkaitan dengan cicak dan tokek, Nabi SAW secara khusus telah memerintahkan kita untuk membunuhnya setiap kali kita melihatnya. Asas kepada hukum yang melibatkan binatang ialah :

Binatang yang diperintahkan untuk dibunuh tanpa melalui proses penyembelihan adalah haram dimakan, kerana seandainya haiwan-haiwan tersebut halal untuk dimakan maka tentunya Nabi SAW, tidak akan mengizinkan untuk membunuhnya kecuali setelah proses penyembelihan yang syar'i.

معشر المسلمين رحمكم الله

HUJAH KE 3 : Di dalam hadis yang lain dinyatakan pula membunuh cicak dengan pukulan yang pertama lebih banyak pahalanya berbanding pada pukulan kedua dan ketiga. Ini berdasarkan hadis di dalam Sahih Muslim ,Nabi S.A.W. bersabda:

مَنْ قَتَلَ وَزَغًا فِى أَوَّلِ ضَرْبَةٍ كُتِبَتْ لَهُ مِائَةُ حَسَنَةٍ وَفِى الثَّانِيَةِ دُونَ ذَلِكَ وَفِى الثَّالِثَةِ دُونَ ذَلِكَ رواه مسلم

“Barang siapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan, maka ia mendapatkan pahala seratus kebaikan, dan bila ia membunuhnya pada pukulan kedua, maka ia mendapatkan pahala kurang daripada itu, dan bila pada pukulan ketiga, maka ia mendapatkan pahala kurang daripada itu.” (Riwayat Muslim)

PERSOALANNYA sekarang , para pemburu & penggemar tokek pasti akan menyalahi 2 hujah kenabian ini. Apa tidaknya? Bukankah Nabi menyuruh kita membunuh tokek ini ? Tapi penggemar tokek sanggup untuk membina sangkar yang selesa demi memelihara tokeknya. Bahkan tokek ini akan dijamu makanan yang lazat & berzat demi membina tumbesarannya agar melebihi 300 gram ke atas. Hal ini tdk ubah bagai layanan terhadap seorang atlit bina badan pula. Sekali lagi manusia mencabar larangan kekasih Allah sebenarnya.

معشر المسلمين رحمكم الله

HUJAH KE 4 : Tokek termasuk kategori binatang yang jahat @ fuwaisiq. Imam Muslim meriwayatkan :

عن سعد بن أبي وقاص :أن النبي [ص] أمر بقتل الوزغ وسماه فويسقا رواه مسلم

Diriwayatkan dari sahabat Sa’ad bin Abi Waqqas RA, bahwa Nabi SAW, memerintahkan agar kita membunuh cicak, dan beliau menyebutnya sebagai fuwaisiq (binatang jahat). (Riwayat Muslim)

Para ulama’ diantaranya ialah Imam An Nawawi telah menjelaskan bahawa hikmah sebahagian binatang ini digelar dengan (fasiq atau fuwaisiq) adalah dikeranakan binatang-binatang tersebut menyalahi keumuman binatang melata lainnya, dalam hal kehalalan atau larangan membunuhnya. (Nailul Authar 5/80)

Oleh kerana itu para ulama’ menegaskan bahwa setiap binatang yang digelar sebagai binatang fasiq atau fawasiq atau fuwaisiq, Halal untuk di bunuh, baik di tanah halal atau tanah haram, baik ketika sedang berihram atau tidak.Pada beberapa riwayat lain, antaranya Ibnu Majah menjelaskan mengapa keluarga cicak digelar fuwaisiq :

كَانَ يَنْفُخُ عَلَى إِبْرَاهِيمَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ

“Dahulu cicak itu meniup-niup (api agar semakin marak membakar) nabi Ibrahim ‘alaihissalam.” (Riwayat Bukhari)

معشر المسلمين رحمكم الله

Bila penjelasan ini telah dapat diterima, maka dapat disimpulkan bahwa memperjual-belikan tokek, cicak dan yang serupa tidak dibenarkan ataupun haram. Yang demikian itu dikeranakan setiap yang haram, pasti haram pula untuk diperjual-belikan:

إنَّ الله إِذَا حَرَّمَ عَلَى قَوْمٍ أَكْلَ شَيءٍ حَرَّمَ عَلَيهِمْ ثَمَنَهُ

“Sesungguhnya bila Allah telah mengharamkan atas suatu kaum untuk memakan sesuatu, pasti Ia mengharamkan pula atas mereka hasil penjualannya.” (Riwayat Ahmad, Abu Dawud dan dinyatakan sebagai hadits shohih oleh Ibnu Hibban)

معشر المسلمين رحمكم الله

Antara beberapa persoalan tambahan yang perlu direnungi oleh mereka yang berminat menceburi perniagaan Haram ini ialah :

1- Sejauhmana kebenaran bahawa tokek ini digunakan sebagai bahan utama untuk penawar penyakit AIDS? Atau ia hanya propaganda yang sengaja digembar- gemburkan untuk memper*****kan umat Islam. Apabila Islam telah mengaramkannya & Nabi pula mengarahkan agar haiwan ini terus dibunuh, masakan masih ada penawar pada tubuh haiwan ini?

2- Apakah benar ada tokek yang saiznya begitu luar biasa hingga mencapai berat yang heboh diceritakan ? saya khuatir andai saiz dan syarat yang dikenakan oleh pembeli itu adlh syarat yang mustahil untuk disediakan.

3- Adakah benar tokek ini bisa membawa pendapatan yang lumayan, atau ia hanya sekadar cerita-ceria yang bersifat bagai aji no-moto sahaja ? Kalaulah ia bisa kaya, rasanya sudah lama penduduk di Pulau Banggi, di Kudat sana bergelar jutawan, kerana tokek memang banyak membiak disana.. Inilah pendapat yang menurut hemat saya dan sebatas ilmu yang saya miliki, hujah yang paling kuat dalam permasalahan ini. Adalah diharapkan masyarakat Islam di Tawau ini, dapat mengelakkan diri, daripada terlibat dengan aktiviti bisnes yang menghimpunkan pelbagai unsure pengharaman ini.

Memang kita digalakkan untuk menceburi sesuatu yang baru. Tetapi, seandainya telah wujud beberapa dalil & hujah yang melarangnya, bererti, perkara tersebut telah menjadi Haram dengan sebab yang mendatang tadi.
Wallahu a’alam bisshowab,


بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن