Friday, January 7, 2011

Lepas Ni...

Lepas ni, ramai la anak Amirul . Napa lak tetiba Amirul nak dapat anak? hehehe...

Sebab... sebab.. Mak Ngasuh Amirul, dapat menantu lagi. 2 orang serentak lak tu. Hmm.. tengok lah gelagat Amirul ni. berkepit jer ngan Mak dia tu. Dah ler Mak dia sibuk melayan tetamu, dia tak peduli, janji dapat berkepit.

Yang ni plak Fikri, Syer mak yang sama. Funny ler, bila kelmrain aku ketuk pintu umah baby sitter and bagi salam. Kemudian si Fikri ni jawab " Mak... Lek.. Tom.. Talam". hahaha.. sound funny.


Ni ler abang si Amirul tu. Namanya Hanafi. tak sure pulak aku dia ni ustaz ke cikgu kat KL tu. Pernah juga dengar yg dia war warkan nak sambung belajar kat Yaman. Ntah, udah pergi ke belum pun tak pasti aku nih. Sekarang dorang stay kat KL, wife dia kerja kat Bank Islam KL.


Aku nak tumpang sekaki gak parking kat sini. hehee.. tersandar kekenyangan ku di situ.


Ni pulak Kak Long Amirul. Nama Aisyah, Husband dia org Sabah. selalu la dok kaco Amirul, sebab Suami kak Long tu ada iras iras Imam Muda Ashraf. Bila nonton jer rancangan "Tanya Ashraf" tu dia akan kata mcm Abang Man ler.


Selalu jugak dia kena sakat ngan anak anak baby sitter yg lain, kononnya Mak ngasuh dia tu nak berpindah ke Sabah. Bila balik rumah, dia siap sedih sedih dan kekadang tu mintak izin kat aku utk ikut Mak dia ke Sabah. Sayang betul Amirul ngan Mak dia.


Dia Ingat Sabah tu Dekat Ka???? Kalau betul pun mak dia nak kesana, ingat aku nak kasi dia pergi ke?? hehehe emo sikit...



hmmm.. lepas ni, terbang ler kak Long Amirul ke sabah kerana mengikut suami yg bekerja di Jabatan Penerangan. Jadi org sabah le ko yer.


Nota:- Lepas ni kalau kedua dua pasangan ni dapat anak, Amirul akan jadi semakin kay poh!!



hikss.. Minggu Depan

Segala perancangan dah di buat. harap harap kali ni menjadi. Tahun lepas, aku tak leh nak celebrate. This year nak celebrate puas puas. hehehe..

Celebrate apa tu?
hohoho our anniversary & Amirul B'day. Tarikh kami beza satu ari jer. So, every year harus & wajibler celebrate bersama. Jimat kos.....

Gambo bunga raya ni sedang kembang. menunjukkan aku tengah kembang kembang nak sambut anniversary . Moga moga hubungan kami sekeluarga seerat & semekar kuntuman bunga raya ni.

Ku meniti hari hari yg indah, di tambah pulak keletah Amirul yang kekadang buat mood aku jadi berubah rubah. hehehe.. Indah betul rasanya bila berpeluang jadi isteri & ibu.


Harap harap thn ni aku boleh hadiahkan Amirul seorang adik. Doa doakan untuk aku yer.


nota:- semua dah booking, tunggu kami sekeluarga jer malbuhkan punggung memasing ke destinasi yang telah di rancang itew.

Thursday, January 6, 2011

Apa Maksud "EX"

Aku ni memang addict dengan sinar fm. mana taknya, kalau hubby ubah jer channel lain, mula la aku hangin satu badan. hehehe.. Tambah tambah time pepagi nak drive pergi kerja.


Layan lawak 3 orang kat atas ni memang tersengih sengih aku dalam keta sengsorang. Ada-ada jer la lawak dorang tu. Kejap kejap Abang Jam, kejap plak Mak Neng. Tapi bukan itu yg aku nak citer. Aku nak citer ttg apa maksud "EX".


ok lah, kepada sesap yg tak dengar sinar Fm, meh sini aku nak kongsi. Tapi aku tak tau la, jawapan ni hasil merapu si Abby Fana ni, atau memang benar jawapannya. ( Apa pandangan Korang?).


Selalu kita dengar ttg Ex-boyfriend, Ex-husband/wife. kalau dalam Bahasa melayu selalu org cakap bekas isteri/suami. Tapi, si Abby Fana ni cakap Ex tu maksudnya "Expired" betul ka? kahhhhhhh...


suami expired, kekasih expired. bunyi mcm lucu la. Asyik dok gelak, sampai tersilap wat coatation. Last, this morning Claims Manager Overseas Assurance call aku ckp aku propose utk bumper keta twice. kahhhhh..
kena seketoi. ambek ko wat salah, kena marah pepagi. theeee.. theeee...


Mulai hari ni aku nak panggil utk bekas kekasih ke, bekas suami ke sebagai Sumai expired dan kekasih expired.
kikikikik...

Keletahnya...

Kekadang aku tersenyum sendiri, dan ada kalanya aku tak sabar nak tunggu hubby pulang kerja, sebab nak citer segalanya kat hubby.

Semalam, aku pergi B'day party anak kawan aku, kebetulan anak kepada kawan aku tu pakai seksi. Amirul pun tanya ler, Ibu.. awat dia tu tak pakai baju? hish.. soklan apa la tu. Pi le beli kat pasar malam kan banyak orang jual baju. awat ibu tak beli sehelai kat dia?

Pagi tadi, dia siap ckp kat aku, jgn bagi papa tengok gambar kawan ibu yg tak pakai baju tu noh. Satgi papa jadi gedik pulak. kahhhhh.. kahhh.... ketawa guling guling aku ni bila citer kat hubby.

Di hari yang lain,
Sambil aku leka menonton Adnan sempit bersama Amirul, tetiba ja ada dialog ckp perkataan "Romen". Then degan selamba rock jer, Amirul tanya:- Ibu.. Romen tu apa?
Terlopong aku nak jwab. kalau korang , apa jawapan yg nak korang answer??
Nak selamatkan keadaan, aku cakap jer la, Ultraman, kalau dah banyak sangat ultraman, sebut cepat cepat jadilah romen.

Sekarang pulak, dia dah start sekolah, then aku suh ler dia masuk tidur awal. Bila aku tengok dia dah tutup mata, aku keluarla parking kat Hall teman husband nonton TV sambil Iron baju.

Tetiba ja dia terjongok kat muka pintu bilik, siap sound kami laki bini. "oooo saja suh Mirul tidur awal, nak bercinta la tu..reja lain tak dak ibu ngan papa ni, bercinta bercinta bercinta..

Terkedu aku & hubby, dari mana ler dia belajar nk cakap mcm tu semua. hishhh...



Kebetulan, akiu cash out banyak sikit bulan ni sebab nak bayar yuran sekolah dia, nak bagi mak sikit dan bagainya ler. Masa aku tengah cari HP kat dalam handbag, terjatuh ler wang yang berkeping keping tu. Then mula lah dia bunyi. oooo... ibu ada duit banyak rupanya, saja tak mau beli menan mirul...

Aku cakap ler, duit ni nak bagi kat cikgu mirul sebab nak masuk sekolah besok. Then dia ckp plak, kalau mcm tu kaya la cikgu tu noh. semua ibu & ngan papa kawan kwan mirul bagi duit kat dia. ishhh ke situ pulak!!!


Biasalah aku ni, dalam sehari mesti call mak kat kg gebang gebang. Sambil gebang gebang tu, tetiba Amirul Interfere. Tok! ibu kan dia ada duit beratus ratus. Mirul yg nampak, dia sembunyi kat dalam beg tangan dia. Tak mau bagi kat mirul kat papa semua... habis lah sekali ngan mak aku pun di acomnya.



Nota:- sekarang kena berhati hati bila berbicara.. spy kecik kat umah tu kay poh chi & mulut becok!!!

Wednesday, January 5, 2011

Rajak Lawak Astro Musim ke 5

kikikikik... jgn gempaq noh. Gambor kat atas tu adalah gambo peserta Raja Lawak Musim ke 5. Nama sebenar, Sulaiman Bin Ibrahim. hehehe... Nama aku pulak Siti Fatimah Binti Ibrahim.

Nampak tak persamaan tu? Nama bapak kami sama. Maknanya, bapa kami adalah orang yang sama ler. Chewah... nak promote lak kali ni. Jgn lupa nonton adik aku ni yer.


Biasalah kan, sapa kakaknya, kalau sesapa yg pernah jumpa aku, tau ler aku ni mcm mana. Kalau nak rasa tak kering gusi meh ler jumpa aku nih. hehehe..


tu jer la, aku nak kasi tau korang semua, yg peserta raja lawak si LEMAN tu sebenarnya adik aku yang tersayang.. muah muah.

Tuesday, January 4, 2011

Ayat Ruqyah

Last week, aku & hubby bersantai santai kat rumah sambil nonton rancangan Al kulliyah. Topik last week adalah tentang Rawatan Secara Islam menggunakan ayat ayat ruqyah.

Part yg paling best bila, ustaz ada tanya ler kpd jin yg masuk dlm badan pesakit tu. Kenapa kau kacau manusia. Dia pun jawab Aku benci pada manusia, then last dia jawab dia masuk dalam badan lelaki tersebut sebab dia suka kat isteri lelaki tersebut.

hohoho.. terlopong aku dengar, cam no ek? dah masuk dalam badan suami dia, pas tu tido lak ngan bini dia. Nauzubillah... Syaitan Naklatullah.

Korang boleh ler baca buku ni kalau nak tahu lebih mendalam. Sebab apa, tak siapa pun sedar yg dalam badan tu ada jin/syaitan yg sedang bertandang. Aku pun apa lagi, siap cadangkan kat hubby utk buat sesuatu la. Mana tau kan..

Then petang tu, kami pergi la jumpa seseorang utk selesaikan masalah yg aku hadapi ni. Orang alim tu ckp dia akan cuba pagar rumah aku tu. Then dia suruh aku kuatkan amal ibadat seperti membaca al-fatihah 21 kali, baca ayat kursi 7 kali dan membaca ayat 4 qul. sebagai amalan seharian. kalau boleh jgn tinggalkan.


Then petang tu jugak, husband taburkan garam bercampur lada hitam di sekeliling umah aku. Moga moga aku dilindungi dari rejim iblis.

nota:- Nak jugak aku try perubatan secara Ruqyah ni.

Anak Angkat

Dah tak tahan menunggu kehadiran insan baru dalam keluarga kami. Akhirnya Amirul Menyuarakan hasrat hatinya ambil anak angkat saja. Tapi, dia nak anak angkat perempuan.

Ni ler mak kepada anak angkat Amirul. hehehe... jgn tersalah anggap tau, Bukan anak angkat aku, tapi anak angkat Amirul. Aku pun tak sure, sama ada si Amirul ni faham ke tidak apa menda tu anak angkat.

Sebenarnya budak comey ni cucu kepada mak mengasuh/baby sitter si Amirul. Oleh kerana Amirul ni baik sangat dengan anak anak baby sitter, mula la dorang tu menyakat dia.Asal dorang cakap suh jadi ayah angkat kepada si comel ni. Dia pun on jer la.

Memang cute baby ni. Namanya Aisyah. Ni ler, first time aku tengok & kendong dia. sebelum ni asyik Amirul jer dok citer tentang dia. hehehe.. Oleh kerana dia panggil abang kpd ayah baby ni, makanya secara automatik dia ni bapa sedara angkat lah. Sebab tu terover tanggungjawab sikit.

Pernah suatu pagi tu, Amirul suh aku beli susu untuk si Aisyah ni. Yer la, kan dia tu bapa angkat pada baby ni kena ler jaga makan & pakai. Amboi... umur baru setahun jagung, ada ati nak jadi bapak ek?

hmmm... kalau la aku leh dapat anak secomel ni kan bagus. Nantilah Amirul, sure one day akan ada jugak baby baru kat umah kita.