Monday, July 9, 2012

Khasiat Ulam Raja

 Pernah dengar Ulam Raja? Ha.. aku suka makan tau, buat ulam. 
kalau kat kampung, jeling jeling tepi umah, mesti ada yang tumbuh

Actually pokok ulam raja ni berasal dari Amerika Latin. Pokok Ulam Raja ni
dikenali jugak sebagai "Pokok Kenikir" tumbuh meliar dan mudah didapati di Florida, Amerika Syarikat, serta di Malaysia dan negara-negara ASEAN.

Ha.. jgn tak tau mudah di dapati di Amerika & florida
dasyat wooo Ulam Raja ni
omputih makan ke ulam raja ni wat Ulam?

Ulam Raja yg tumbuh di belakang rumah my dad
Ulam Raja adalah sejenis spesis bunga intan berayun yang berwarna unggu atau kuning dan berbunga kecil. Manakala pokok bunga yang berwarna kuning jarang digunakannya sebagai ulam, yang berwarna unggu merupakan sayuran ulam yang amat popular dimakan mentah bersama nasi atau di cicah dengan budu, sambal belacan atau tempoyak serta cincalok.

Berdasarkan kajian tempatan, ulam raja mengandungi 3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan Karbohidrat serta kaya dengan kalsium  dan vitamin A.

Herba ini adalah herba semusim mencapai ketinggian hampir satu meter. Batangnya berwarna hijau tua dan keunguan sedikit. Kebiasaannya herba ini bercabang banyak di bahagian atas.
Daunnya bergaris bentuk ovat atau segi tiga dengan anak daunnya yang runcing, kesat dan berwarna hijau tua. Bunganya bertangkai panjang, berwarna kuning keunguan. Daun herba ini mengeluarkan bau apabila diramas.

kalau makan nasi tak de ulam. mcm tak best je kan..
biasala aku ni kan hantu ulam
kalau kat kg le, kalau kat sini tak de ulam kena makan jugaklah
kang kebulur plak..

Niat hati nak kutip pucuk janggus, tapi non ada rezeki sebab my step mom dah kutip
sebelum tu. yg ada tu pun muda sangat.
tak pe simpan dulu

ha.. tengok tu dah dogol. hehehe

ni le ulam raja yg bakal aku jamah
dapat le sepiring
cukuplah untuk lunch.


Sunday, July 8, 2012

Nak Cantik Mcm Adiralah



Ada le nonton Rancangan Galaksi kat TV9 ( 6/7/2012). tenbgah asyik nonton tu, tetiba ada isu tentang si Adira Af ni. 
Memang sebelum ada perasan yang dia ni putih gebu, memang nampak begitu ketara.
then, masa dia jadi tetamu dalam rancangan Jangan Tidur Lagi pun aku dah perasan
akan perubahan kulit dia tu.

Tapi aku cuma ingat yang dia ni memang jenis putih 
mungkin masa dulu ni, dia tak begitu jaga sangat
tapi bila dah jadi retis, mungkin dok layan body,
sapu losyen, duduk dalam Air cond
so, keputihannya tu terserlah la
dulu tak de la putih sangat kan..

contohnya mcm ni le kan, kalau kita tengok cina yang putih 
pas tu dia kerja nelayan, kulit cina tu akan jadi hitam
compare ngan cina yang kerja kat office ber aircond mestilah lebih putih.

Tapi.. betul ke dia ambil suntikan RM300.00 sebulan tuk kulit putih gebus nya tu?
kalau betul la kan, apa salahnya pulak?
 walawei.. aku pun leh suntik gak ni. hahaha..

tapi, bahan suntikan tu halal ke? ada kesan sampingan tak?
setahu aku le, menda menda cenggini ada kesan sampingan.

eh.. MJ tu guna suntikan gini gak ke untuk putih? hehehe..
aku leh suntik tak? wah kalau aku yang kulit gelap mcm arang ni
tetiba jadi gebu mcm Adira
mesti terus kojol org lihat
kan.. kan...
hahahaha....

Note: Ada le sorang mamak ( customer) dulu ni hitam legam, tapi sekarang ni
dia datang putih la pulak. kelakor

Saturday, July 7, 2012

Kempen Berpakaian Sopan

ABU DHABI - Dua wanita di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mengetuai kempen di laman Twitter bagi mencari cara untuk menangani peningkatan bilangan golongan Hawa memakai seluar pendek di pusat beli-belah di negara ini

Ha.. bukan kat Abu Dhabi ja, kat Malaysia ni pun bersepah, kaum hawa dok pakai seluar pendek. bukan setakat tu je, ada jugak yang pakai seluar pendek ala-ala seluar katok ( seluar kecik). pas tu shopping  kat shopping Complex. Macam la bagus sangat!!!!!!

Kempen itu dimulakan oleh seorang wanita, Asma al-Muhairi, 23, yang pernah terserempak dengan dua wanita asing yang memakai seluar terlalu pendek di sebuah pusat beli-belah di UAE.
"Ketika saya pergi ke sebuah pusat beli-belah, saya menyaksikan dua wanita asing memakai (seluar) yang saya tidak boleh anggap sebagai seluar pendek. Ia ialah seluar dalam," katanya yang merupakan seorang pekerja dalam bidang pemasaran.

"Kenapa ia (pemakaian seluar pendek) berterusan. Kenapakah ia berlaku di dalam pusat beli-belah? Saya melihat kanak-kanak di sekitar pusat itu," katanya.
Asma yang gagal untuk meminta pihak pengurusan pusat beli-belah campur tangan dalam isu tersebut kemudian bertindak menyuarakan pandangannya di Twitter bersama dengan seorang lagi wanita, Hanan al-Rayes pada Mei lalu.
Kebimbangan mereka itu mendapat banyak reaksi balas daripada pengguna laman tersebut.

edua-dua wanita itu kemudian melancarkan kempen di laman tersebut yang dikenali sebagai @UAEDressCode yang bertujuan mencari cara bagi memerangi peningkatan bilangan wanita memakai pakaian singkat dan seluar pendek di pusat beli-belah. Kempen itu ketika ini mempunyai lebih 3,000 pengikut

 dah cam gini ghupernya, nak cakap apa?

 isk.. pakai seluar adik dia ke?

 haish... patut la kan... nak seksi sampai seksa aku tengok.


*Aku pun naik jelak tengok, tak kisah la apa bangsa pun. kalau dah pakai seluar pendek. apa ke hal ko datang shopping mall ngan pakai cenggitu. nak tunjuk betis? paha?. 
sepatutnya kat Malaysia ni pun kena ada kempen.*


Nota:-  Negeri lain aku tak tau la, tapi kalau kat Penang memang berlambak pompuan pakai seluar pendek ni. Yang dah taraf Mak Nya pun still dok pakai lagi.
apa yang nak dorang tayang pun tak taulah.....


Friday, July 6, 2012

Jom Masuk Bloglist Julai Santai Leeza


Ai memang suka kalau menda segmen ke, GA ke 
yang senang & simple 

hai.. rasanya segmen ni paling simple kot

   

sesapa nak join Berlayarlah DI SINI