Showing posts with label panduan hidup. Show all posts
Showing posts with label panduan hidup. Show all posts

Thursday, June 12, 2014

Miracle of Allah

Aku ni kalau hari bekerja memang jarang nak beramah mesra dengan jenjiran
syukur juga aku tinggal kat perumahan ni..
At least ianya bukan standard flat yang rumahnya berblok blok sampai tak kenal jiran kan..
 
Ada anak my jiran tu dah 8 tahun kawin.. still tak de anak
ada jugak dorang bertanyakan kepadaku
nak berurut kat mana, bidan mana..
ye la.. aku kan mang sepsis susah nak peknen...
tapi ada jugak one pair kan.. syukur sesangat...
 
 Ni pun citer dua bulan lepas jugak.. hehehehe...
 
Aku mang dah tau yg anak jiran aku tu dah pun ngandung...
ye la.. tumpang gembira dan bersyukur kan...
 
So, dah dia bersalin aku nak la gi jengok.
sebab dengar kata dia dapat baby kembar
"One pair " pulak tu..
 
 huhuhu... tak dapat nak jumpa ngan baby , tengok tempat tido je lah..
sebab baby ada kuning..
 
dah 2-3 kali  ku pergi. kejap anak lelaki kuning kejap anak perempuan pulak yang kuning..
so, dorang lepak kat spital je lah..
 
sampai la hari ni ku tak sempat nak pergi tengok.
adesh.... jiran tahap apa la aku ni kan...
 
 My jiran ni minat sangat dengan vintage..
best tengok umah dia... penuh ngan barang barang vintage..
 
Tanya jugak la aku kat dia..
cucu cucunya tak kacau ke barang barang mahal tersusun ni..
 
dia cakap cucu cucnya semuanya behave..
so far tak kacau pun..
 
 
 
fuh.. respect la kat cucu cucunya ( I mean yang dah 3-4 tahun) tu
kalau anak anak aku siap pecah lintang pukang habis hancusssss...
hahahaha...
 
 
*** tu la kan kuasa Allah siapa yang mampu pertikaikan kan... kalau dia nak beri dia beri dua sekali**
 
Jadi kepada mereka yang di luar sana yang masih belum mempunyai zuriat jgn berputus asa
jika Allah izinkan, korang pasti akan menimang cahayamata k..
sabar itu penting....
 
 
Note: Masing masing ada bahagiannya di dalam dunia ni. redhaaaa
 
 
 
 
*** I 'm lips while you are prayer
       always together and yet separate
       dearest.... dearest..... dearest....
 
       I adored many dream with you
       but also the fear lurks someone inside
       if it breaks what can happen
       I feel uncomfortable with happiness
   


Monday, December 16, 2013

Ntah hape hape- Pencetus Umah

Nak join majlis ilmu secara langsung memang tak sempat la
kami cuma ambil pendekatan lepak kat depan TV
tonton je rancangan ilmiah..
sambil eratkan hubungan, hilangkan penat dapat juga menambahkan ilmu.

As you all know asal habis je seorang pencetus umah, mesti ada soalan
aku tak ingat la episod bila, tapi dalam minggu lepas  la jugak
boleh pulak salah seorang isteri pencetus umah tu bertanyakan soalan.
dah le soalan yang rasanya tak sesuai kot di kongsi bersama seluruh rakyat malaysia.
ok, soalannya berbunyi begini
"abang, andai ain pergi dulu, adakah abang akan meratapi pemergian ain atau 
mencari pengganti yang lain"?
huh.. soalan ntah hape hape la kan..
My hubby pun cakap, soalan ni langsung tak membantu si suami.

Aku pulak cakap, soalan gini orang tanya dalam kelambu je
ni bukan rncangan nak declare cinta or ikrar kasih sayang
balik umah tanya la puas puas.

Sian pencetus umah tu, jawab jugaklah even aku rasa tak perlupun dia jawab
as husband and wife memasing dah faham
memasing dah tahu apa yang di cari di dunia dan di akhirat kan.
Actually, aku ngan hubby tak pernah pun nak tanya soalan gini
sebab masing masing ada perasaan sayang tu
bagi aku senang je, andai kata aku dah tiada
tak payahlah nak meratapi sampai meroyan bagai..
kalau rasa boleh bersendirian carry on.. kalau tak boleh cari je la pengganti.

Aku senang je, kalau masa bersama memang la tak kasi cari pengganti kan
tapi kalau dah aku pun tak de, wat pe nak tamak
cinta dan sayang bukannya bergantung pada jasad, yang pentingnya hati
even dah ada pengganti kiriman doa tu adalah penyambung kasih.

mungkin lain orang lain caranya, aku tak nafikan.


Note: eh boleh pulak si Aizat tu tanya nape janggut ustaz lebih lebat dari janggut dia... hahahah kelakor



** Apakah bahagia ini berpanjangan..
     mungkinkah terusanku akan gersang semula..
    Oh Sang Mentari.....
    

Thursday, November 28, 2013

Tasbih

Kat umah aku banyak tasbih. ada yg besar ada yg kecik mcm mcm..
tapi.. tasbih ni suka nau hilang..
hilang ke mana? sure la jatuh bawah katil kan, pas tu cari cari tak jumpa beli lain
jatuh lagi beli lagi..
bila time wat spring cleaning tu naj selunggok tasbih dok lepak bawah katil.
Ada satu tasbih tu orang balik dari Mekah yg bagi
di perbuat dari kayu, kecik kecik je biji tasbih tu, ringan je
aku tak bape suka guna sebab dia ringan dan kecik
tapi... dapat kat Aleesya, di gegetnya biji biji tasbih tu habis pecah... dah tak cukuop 100 kan..

So, recently aku mencari tasbih 33 biji
senang sikit nak zikir 33 tu kan.
tasbih tu berat sikit dan sedap je kalau berzikir.
Lately, si Naiim ni selalu cakap dia susah nak tido
so, aku suh je dia guna tasbih 33 aku sementara aku guna tasbih besar pemberian Arwah ayah.
dah lelama duk amalkan, si Naiim tu dah terbiasa la pulak
asal tak leh pejam mata je mintak tasbih
so, otomatiok tasbih tu kepunyaanya si Naiim.

Modus operandi aku sekarang ni ialah mencari tasbih 33 yang baru
susah pulak aku nak jumpa tasbih 33 tu
yang kebanyakkan di jual tasbih 100 je.
Then yg menjadi kemusykilan aku ni
ada tasbih yang di setiap bijinya tu tertera tulisan Allah dan Muhammad
eh.. kalau tasbih tu aku letak dalam handbag
then aku masuk tandas, hukumnya apa ek?
kalimah Allah tu di bawa ke tandas...
So far aku tak beli pun tasbih yang ada kalimah Allah Muhammad tu
sebab aku was was  jika aku terbawanya masuk ke tandas
ye la.. kekadang bila travel, aku suka bawa tasbih 

mmm..ada sesapa yg boleh rungkaikan masalah aku ni
BTW, cantik dan comel je aku tengok tasbih kalimah Allah Muhammad tu
kalau tak melanggar hukum nak je aku rembat satu.


Note: sesapa yg arif, ku mohon pencerahan.

Wednesday, November 27, 2013

Khasiat Mandi Sepertiga Malam

Nak Cantik = Mandi Malam
Nak Kurus =  Mandi Malam
Nak Sihat = Mandi Malam
Nak Awet Muda = Mandi Malam

ecewah.. list down  bagai mcm dok promote suplement jenama mandi malam la pulak. kui kui kui

Tak de  lah aku tengah google tentang kelebihan mandi Malam a.k.a mandi di Sepertiga Malam
Sebab... that day ada menonton Rancangan "Bukan Empat Mata"

seorang tetamu Pak Tukul tu ada menyebut
kakeknya ( Datuknya) berusia 144 tahun masa meninggal kerana mengamalkan mandi lewat malam
bukan setakat mandi je, kena la berqiyamulalail bagai.. jgn dok harap mandi semata mata je kan.

Tak pe, part qiyamulail, dan amalan sunat tu kita letak ketepi kejap.
Aku nak citer tentang Khasiat Mandi di Sepertiga malam ni

That day tetamu Pak tukul cakap bermula jam 12.00 malam hingga sebelum subuh
adalah waktu fasa air berubat. Tapi rata rata yang aku tanya
dorang cakap mandi jam 4-5 pagi sebab Rasulalallah S.A.W mengamalkannya.


ok, baca sterusnya:-


Dalam menjaga kesehatan, Rasulullah S.A.W mengamalkan mandi fajar yaitu mandi sekitar pukul 2-3 pagi .(sebelum subuh )
Kelebihan mandi sepertiga akhir malam di antaranya:
1. Tidak terkena penyakit asma
2. Terhindar dari angkara jahat seperti sihir, baik dari jin atau manusia
3. Tubuh badan menjadi sehat
4. Wajah bercahaya
5. Doanya mudah dimakbulkan Allah
6. Wajah menjadi awet muda
 Dr. Midi Hariyani, SpKK spesialis kulit dan kelamin dari klinik nusantara kuningan menyebutkan bahwa dengan mandi subuh dapat membangunkan tubuh yang terlelap dimana metabolisme tubuh sedang melambat.Diibaratkan membangunkan mesin yang awalnya pelan kemudian dinaikkan.
*** kita selalu dengar kadar metabolisme menurun bila usia meningkat kan. ternyata kuncinya terdapat pada waktu mandi di sepertiga malam. kalau dah metabolisme dah meningkat proses pembakaran lemak punbertambah la kan, tak de slow mcm siput****
Suhu tubuh akan dinaikkan mencapai kestabilan. Jantung menjadi terpacu untuk bangun,adrenalin meningkat, pembuluh darah jadi lebih lancar untuk bergerak sehingga aliran darah dalam tubuh menjadi sangat baik termasuk aliran ke kulit. Sehingga kulit tampak lebih fresh.
*** see, bila kulit fresh maka terus  wajah nampak awet muda***
Sebenarnya banyak lagi khasiat mandi di waktu sepertiga malam ni, Kalau ngikut petua mak aku, asal kami demam je, mesti dia suruh kami bangun mandi jam 5.00 pagi. Mandi sampai tubuh rasa gigil tau. Actually aku biasa jugak bangun memalam dan terus mandi. Kalau ikutkan dengan suhu sekarang ni, tak de la sejuk mana pun..biasa je. Korang boleh cuba mandi jam 5.00 pagi, ternyata airnya tidak sesejuk air di waktu 6.00 hingga 7.00 pagi tau. 

cublah kalau tak caya.

Aku ni kunci je jam kul 5.00pagi, bila jam bunyi, tutup balik.zzzz....haish cam no la nak biasakan diri kalau cenggini kekdahnya. muahahaha...
 
Note: Perkara yang baik, Perlu berusaha untuk amalkan.. semangat...semangat...

Tuesday, November 26, 2013

Macam Cantik Jer.. Mcm Comel Jer..

Recently, My Naiim selalu dok nyanyi lagu " Macam Cantik Jer.. Macam Comel Jer..."
sedap pulak aku dengar, memang lunak halwa telinga aku ni.


eh, mesti ada blogger di luar sana yg dapat blogbuster Campaign kan.
So, aku ada la dapat, tapi tak sure la nak join ke idak.

Mcm best je kalau join kan..
tapi tu la aku ni malu malu meow sikit kalau buat video. 
see my mood lah.. kalau sempat aku join. 

ok..ok.. berbalik kepada tajuk entry,
"Mcm Cantik Je , Mcm Comel Jer.
Mesti korang pernah tengok kat Youtube kan..

Actually, comel je aku tengok tak de lah teruk mana pun.
dah comel aku cakap comel la kan..
biasalah penyakit sekarang ni, asal ada satu video je mesti nak ada parody kan..

tettttt..tetiba aku tergambar, kalau la aku wat video utk blockbuster Campaign tu, tetiba
ada pulak yg wat Parody. Naya... Naya..
ish.. gerun pulak aku 
baik fikir sejuta riban riban kali kan..kan...

Tapi...tapi ...tapi...
Aku best pulak

besttttt sesangat bila dengar lagu ni
sangat sangat mendayu.. 
aku tabik spring toing toing...
kalau nak buat Parody , buat mcm si Amar ni..
Ni namanya rezeki tau, Aku pun nak beli Album ni kalau ada jual
bagi anak anak dengar pun bagus..


ok yang ni siap ada senikata lagi.
kalau lagu berunsur keislaman gini, sape tak nak kan
buat siulan anak anak..
bagus sesangat...



Aku cuma tak suka bila ada parody tu ckp
"mcm cantik je, mcm comel je.. pas tu "Mcm Beruk Je".. then 
Mcm Sial Je...

Well, who we are to stop , even who are they to stop us, kan..kan..kan..


Note: Again! I memang fobia nak upload video kat tenet ni...

Thursday, November 21, 2013

Padan Muka Kau ke Padan Muka Sendiri?

Asal hari khamis je, aku cecepat on radio nak dengar satu rancangan "Tanyalah"
korang boleh tanya permasalahan rumah tangga
hal mertua, ipar duai anak anak semua boleh. cuma tanyalah
Datin Fatimah Ali akan rungkaikan.

Nak citer sikit tentang satu ayat yang aku rasa memang boleh jadi panduan hidup

" Padan muka kau ke padan muka muka aku"?

Kekadang kita tak sedar pun, bila kita dok buat naya kat orang, 
mengata kan orang
bagi masalah kat orang, buat onar bagai
di dunia ni nampak mcm, padan muka dia kan dah kena 
selama ni buat kat aku sangat, ambik rasakan..

hakikatnya memang la padan muka dia, dan kita ni yg duk ngata dia 
dan seronok ngan musibah dia tu, sebenarnya kita sedang menzalimi diri kita sendiri
kenapa?

Menzalimi diri sendiri di sini adalah merujuk kepada titik titik dosa yg kita semai tu
Tau la kan, bila ngumpat tu apa balasannya
dan diri kita nilah yang akan menerima padahnya di hari pembalasan kelak
tak ke namanya kita sedang menzalimi diri sendiri kan..kan..

Owh, terpana seketika dek nasihat nya, 
rupanya selama ini aku sedang menzalimi diri ku sendiri
Perbanyakkanlah membaca doa ini


Allahumma, la ilaha illa anta. Subhanaka, inni kuntu minazzhalimin – ya Allah, tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sungguh aku ini termasuk orang-orang yang zalim’.
Note: Bukan baik mana pun kan, tapi sekali niat utk menjadi lebih baik merupakan satu ibadah

Maintain Cool tau.

sebab semalam tak leh di selesaikan, hari ni aku pergi lagi untuk mencuba nasib
yesterday pergi lunch time, dah short of staff kan
so, hari ni pergi pulak la kul 3.00 ptg.
 
Mcm biasa sampai kat sana mesti nak kena screen test dulu
kelmarin I datang bla bla bla....
pas tu dia pas kat officer sorang lagi..ulang lagi ckp kelmarin I datang bla..bla..bla..
hurm..mcm dok praktice nak jadi pengacara gitu ko.
aku mcm biasalah..cool je..
Again!!!!... korang tau tak apa jawapan yg dorang bagitau kat aku
Persin In Charge  pergi "Lunch" muahahahaha....
so.. kalau nak tunggu jugak, lagi sejam le sebab dia baru je pergi lunch.
geram tak? geram tak?
hmmm... aku cool je..
mungkin itulah masa lunch dia, dan aku datang di tempat yang betul dan diwaktu yg salah.

 

Last aku sendiri yg bukak mulut, why not you give me the person in charge contact number,
I will make an appointment with her 
But, I want the direct line.. and no General Line .
Ha.... boleh pulak deme bagi aku name card
kalau le dari semalam dorang bagi, tak de la aku kena ngadap lagi sekali kan..kan..
mungkin dorang tak sempat nak fikirkan itu semua
tak pe bior aku fikirkan tuk dorang . hiksss

 
So, kejap tadi, aku call la person in charge tu, dia check itu ini dan dah pun
confirmkan aku, PA policy tu memang ada record tapi
policy tu dah lama terminate, but it still stick on our record
may be my staff tersilap mention yg PA tu masih aktif.
so far tiada transaksi / deduction berhubung dengan PA policy tu.
"hanya kerana 3 perkataan, segalanya boleh berubah" ( PA Masih Aktif)

hmm... lega la kan, tapi utk keselamatan aku ada jugak up-date buku
dan mcm mana baki account aku boleh tertera RM 140 ribu tu masih menjadi tanda tanya
dan aku pun tak tanya sebab 140 ribu tu bukannya duit aku pun
so, buat apa nak kay po kay po kan...



Mungkin dah selalu sangat kena situasi gini, aku dah jadi lali
follow je la dorang punya flows tu. hahahaha..


Note:mana la tahu kan, Allah bayang bayangkan 140k tu utk kami
then suatu hari.. the real money, the true one.. owh..owh..owh..
kahhhhhhhhhh Verangan tak hengat letew