Wednesday, July 25, 2012

Kerepek Daun Kaduk yg Enak!

Pokok Kaduk berasal dari Malaysia, Borneo, dan Indonesia, Daun Kaduk ialah herba yang tumbuh pada tempat redup di antara pokok-pokok ranum.

eh.. eh.. napa lak tetiba dok cita ttg pokok kaduk ni
saja la kan, mood aku hari ni mood daun kaduk. kahhhhhhhhhhhhhh


kalau nak tau ttg khasiat daun kaduk, Lepak Sini

Seminggu sebelum puasa, dalam perjalanan menuju ke Bukit Mertajam, hubby singgah kat Masjid Permatang Pauh tuk sembahyang Zohor. Aku keuzuran la pulak. jadinya aku kena tunggu kat dalam keta bersama ngan puteri aku tu.

masa tengah nunggu, nampak la lori yang jual air & kuih muih bagainya.
sedap gak kalau aku pekena soya bean. sambil minum soya bean tu terpandang la "kerepek Daun kaduk"

biar betik! selalunya aku makan kerepek daun bayam je. tak pernah rasa lagi daun kaduknya taste bila di buat kerek. Aku pun ambik la & makan. nyum nyum nyum... sedap rupernya. hehehehe...

pas tu beli la 2 bungkus.sebab sedap la katakan. minum ngan kopi & teh mesti lagi sodap..
 dulu ni.. aku sealu pergi kat kedai makan tepi laut sana nun tuk beli kerepek daun bayam
ntah sejak akhir akhir ni dah tak de la pulak
kalau kerepek daun bayam tu harganya RM 3.00 sebungkus
mahai gak la bagi aku. tapi sedap punya pasal.. apa nak di heran..

 Tapi kerepek daun kaduk ni murah.. murah giler giler rega dia
aku pun tak caya. RM 1.00 je sebungkus.
sesapa nak beli, singgah le kat lori putih sebelah masjid permatang pauh
memang ranggup kruk krak kryk krak bila aku makan
kalau berkesempatan aku nak beli 10 bungkus wak balik kat Mak!

Jangan lupa yer.. pekena secawan teh atau kopi selepas makan
mesti lebih terasa kelazatannya..
Jgn marah eh.. nanti kurang pahala puasa..


Nape nak sibuk!


Hai baru satu hari aku MC. dah mcm mcm cerita dok keluar
memang dasar sebok hal orang
otak tu asyik duk fikir hal orang je.. diri sendiri pun tak terurus
memang dasar tak senang tengok orang senang!
 
aku pun hairan jugak. kenapa orang suka sangat ambil tau hal aku?
aku kemana?
aku buat apa
aku beli apa
aku pergi dengan apa?
berapa aku belanja?
aku dapat wang dari mana?
macam macam lah

rimas kan, kalau orang asyik nak ambik tau ttg hidup kita
kalau la hidup ni boleh di privatekan. mesti best.

mana boleh cam tu kan, sedangkan setelah kita matipun orang masih  ambik tahu ttg kita
contohnya, sedekahkan alfatihah untuk kita, buat kenduri arwah la bagainya.

aku memang rimas bila org selalu nak tau hal aku, hal rumahtangga aku, hal kewangan aku, hal anak anak aku, hal kerja aku termasuklah hal hal yang menyakitkan hati aku.

Alangkah bahagianya aku nanti jika di alam barzah masih tetap ramai org org yang ambil tahu ttg aku
sedekahkan doa untuk aku. al fatihah pun dah syukur sangat.. kan...

setiap yg berlaku ada hikmahnya.mungkin aku rimas sekarang ni untuk aku tenang di kemudian hari.
jadi kepada yang key po chi ttg aku tu, terima kasih banyak banyak
termasuk lah kepada orang orang yang suka jarum jarumkan orang lain utuk benci aku, itu pun aku ucapkan terima kasih.

Note:-lagi banyak membenci bertambah ramai yang sayang....
Allah maha adil

Tuesday, July 24, 2012

Gulai kawah rias batang pisang laris di Baling



ingat tak tentang Entry Aku tentang Gulai Umbut Pisang. Haaa.. hari ni kan dah keluar citer tentang tu kat
kosmo. hmmm tetiba rasa lapor gulai kawah rias batang pisang la pulak.

nak tau lebih lanjut sila ke Sini

nak kena terjah baling ke ni? ish.. tak yah kot. kat Aloq staq pun ada jual ni.

kat bazar ramadhan penang ada tak? cer citer cer citer... kalau la ada berdesuppp aku speed pergi beli.
memang sedap kalau korang nak tau. aku suka yang masak ngan tulang. manis dia tu lain sket. orang baling memang pakar ar masak gulai ni.

syh..... satu je aku nak kasi tau kat korang ni. Gulai Rias batang pisang ni, kalau masak dalam kawah memang sedap tak terhingga. kalau masak dalam periuk, sedap jugak la tapi kurenggggg sket.


Note:- walaupun banyak resipi baru di pasaran. resipi orang dodulu jugak yang menmbat lidahku.
 

Korang Macam Mana?

Assalamualaikum...

sepuluh jari memohon ampun dan maaf.eleh.. bukan hari raya pun. 3 hari rumah saya ni tak ber hup date.
Alhamdulillah. Hari ni baru la boleh nak update.

Nak tanya le, korang ada alami masalah problem mcm aku tak?

As you know, aku ni BF Aleesya. tak campur ngan susu formula langsung. Oleh kerana puasa jatuh pada hari sabtu, hari cuti pulak tu. makanya sambil Aleesya BF sambil aku pump le. mungkin kekurangan air dalam badan menyebabkan tekak aku menjadi pedih dan mula tumbuh biji biji putih (tonsil). 
 
 lebih kurang cenggini la biji biji putih kat tekak aku tu


Doktor cakap badan tak cukup air + panas. Hari ke 2 puasa terus demam. Walaupun demam ku puasa jugak. Then masa berbuka , langsung tak lalu nak makan. lagi teruk sebab Aleesya menyusu.

Nak tak nak, hari ketiga puasaku terburai juga. Tak makan pun, minum air je the whole day. 
Alhamdulillah, Tonsil tu dah semakin berkurangan.

Hari ini puasa mcm biasa. harap harap esok tak lah berulang tonsil ku ini.

Bagi korang yang berada di luar sana, macam mana? alami masalah mcm aku tak?

meh la kongsi atau ada tips yang boleh membantu aku dalam menjalani ibadah puasa ni dengan sempurna..

Friday, July 20, 2012

Sesuai tak beli untuk Amirul?

sekalipandnag mcm duit lima hengget yang dilipat lipat
rasa mcm unik je kan..
bila wallet di design dengan design duit ni.

kalau nak tengok or nak beli
Sila Berlayar Di sini.


Quote :-
"This charming wallet is simple yet functional, featuring three inner pockets as well as two side ones. It is durable enough to be washed and will not suffer from fading. Extremely pliable, it fits comfortably in a hand, purse or back pocket and is certain to draw eyes with its unique design. "

baca betul betul ayat di atas yer.

aku tertarik ngan ayat di atas. salah satu ayat tu dia ckp to draw eyes
hehehe... kalau orang asyik memandang je wallet kita apa kekdahnya tu?

jgn sampai dorang sapu duit sekali ngan wallet wallet tu sekali udah le yer. ngeeee
tapi seriously unik la. tuk budak budak kutip duit raya kot.

for me. it just for fun.!!!

tapi, kalau tak mau yang jenis design wang kertas
jenis jenis lain kat bawah ni pun boleh gak ar.
 

eh.. design muka aku leh buat tak?
hahaha... mesti lagi unik kan. muka aku parking kat punggung orang
kahhhhhhhhhhhhh

kalau ada sesapa yang rasa berkenan, pergilah berlayar di SINUN

Last Lunch


Naper la tajuk bunyi cenggitu ye. lantak la asal ada tajuk udah le. ngeee
actual atau sebenarnya hahaha... si gieyana calling calling ajak keluar lunch
sebelum ni pun aku ada plan gak nak ajak dia
tapi risau lak kot kot dia ni bizi...

then, tadi dia call ajak lunch. hahaha syiok... syiok...
leh borak borak king!!!!!!

Maybe ni ler last lunch kami sebab bula depan a.k.a esok dah puase
tak leh makan lunch together tau. nanti kena tangkap. hahahaha..
aku makan mee goreng jer.

then masa aku sampai tu Gieyana & anaknya Nureen dah pun bedal Nasi goreng ni
rasa nasi tu mcm kurengggggg sket katanya
tengok le tu main tolak tolak je nasinya


 Air dorang pun dah paras pawah dah
cuma air aku ( sirap laici)  tu masih penuh

sembang la kami ni pot pet pot pet.. rasa mcm tak cukup je masa lunch tu tuk kami berdua
banyak tul nak diceritakan
tak pe, nanti Raya leh la sembang puas puas

ba.. ba.. cak!.. 
haruslah bergambor kan..

Actually selalu gak kami keluar lunch sekali. Tapi aku jarang publish perjumpaan kami
bior le rahsia.. hahahaha