Wednesday, February 27, 2013

Laksa: tak sedap, kurang sedap dan sedap

Orang kedah Pi kedah.mestilah cari makanan kedah.
Saja nak terai Laksa Kedah Di Langkawi. Sedap Ke Idak?
kata orang kalau dah sedap gerai bawah pokok pun boleh buat kita ngigau.

perghhh..tengok kuah tu.pekat melekat , dlm hati dah ckp. kompom sedap neih...
saja order semangkuk sebab nak rasa je pun.

Bila aku makan je, memang kuah dia pekat tapi sayang tak ade gara,
mcm Tompel cakap " Pekat Melekat, tak ada garam, hilang selera".


gerai tu tak jauh le dengan Hotel Langkasuka, saja le sebab Amirul nak makan koay teow kerang
tawar semacam je, Mak cik tu lupa nak letak garam kut. segan pulak nak bagitau dia
so, aku mintak kicap sebagai tanda nak hint dia
supaya dia pi rasa kuah laksa dia tu.

hubby pun letak jugaklah kicap dalam laksa dia nak kasi masin sikit
" apa barang makan laksa taruk kicap?"
semangkuk syer syer pun tak boleh nak habis.

Aleesya yang hantu laksa pun tak mau makan
Amirul lagi la, dah kenyang dengan Koay Teow Kerangnya.

Risau aku kalau kalau mulut lazer Mirul ni terpacul keluar "Laksa tawar"
mulut budak sekor ni pun boleh tahan jugak. ngeee

misi mencari laksa sedap pun bermula.
selagi tak jumpa yg umphhh... hati tak kan puas.
Masa onn the way ke Ayaq Hangat tu, dah nampak dah gerai laksa kat tepi jalan
siap ckp yg balik nanti nak singgah.

masa balik tu terlepas pulak, then patah balik.
hubby cakap " mesti sedap sebab dia sanggup patah balik ni"
sekali masuk, kedai org Patani la pulak
dah masuk, order la jugak.
semua ok, cuma manisnya kurengggggg....
tak puas ati lagi..
Last day masa nak balik tu kami singgah kat beras Terbakar
last try hubby cakap. 
perghhhhhhhhhh.... kali ni betul betul laksa kedah mari ko
boleh ternagkat vontot makan

layanan tokey kedai, 0++ tau. sebab dorang dok asyik layan drama kat TV
memang hangin!!!. tapi sebab laksa sedap kamu semua di mahapkan.

memang sedap. original laksa kedah sebab yang ni tak de daun salad K
daun putat, daun janggus dan ada teloq. 
3 mangkuk makan dua orang tau. 

ok.. ini meja Aleesya yang punya
parking atas meja baru sempoi menikmati laksa kedah.
nasib kome la Aleesya dan Amirul.
korang tu orang Penang tapi tak makan laksa Penang. hohohoho...


perbezaan Laksa Penang dan laksa kedah

Laksa kedah ikannya dimesin halus -- laksa Penang ikannya di carik carik
Laksa kedah guna asam keping,--laksa penang guna perahan air asam jawa
Laksa Penang tak de lengkuas dan serai-- Laksa Penang kuahnya ada lengkuas dan serai
Laksa Kedah banyakkan cili kering -- Laksa Penang banyakkan cili merah segar
Laksa Kedah tak de Nenas -- Laksa Penang ada Nenas
ulaman laksa kedah guna daun putat, janggus, timun, bawang--Laksa Penang ulamannya salad, nenas, dan juga bunga kantan potong potong
Laksa Kedah ada telur rebus--laksa Penang tak de telur rebus.


Note: Laksa kedah tak de otak udang k.
 

Masker wajah dengan pasir tandas kucing?

Sekali baca tajuk, mau muntah pun ada
tapi jgn amalkan amalan membaca tajuk entry lepas tu judge ok.
Baca sampai habis.

Pasir tandas kucing yang di maksudkan ialah pasir yang bersih
bukan pasir yang selepas kucing berak atau kencing
kalau nak jugak gunakan, sialakn... eden tak mau masuk campur aih..

Beeberapa orang pakar kecantikan dari Amerika Syarikat seperti Michelle Phan bersetuju bahawa  bahawa pasir yang di gunakan sebagai tandas kucing  mengandungi bentonit .

Apa itu bentonit.
Bentonit adalah sejenis tanah liat yang sering digunakan untuk rawatan wajah di spa. 
tugas bentonit ialah memainkan peranan penting dalam memberikan kesan kulit wajah yang bersih, lembut serta mampu mengecilkan pori-pori. Apabila dicampurkan dengan air, komponen tersebut akan menghasilkan sebuah 'tindakan elektrik', yang membolehkannya menyerap dan membuang toksin. 

 
Untuk mendapatkan kesan kulit wajah yang licin, bersih dan sihat, apa yang anda perlukan adalah :

Bahan Bahan 
2 sudu pasir ( pastikan ianya berwarna kelabu dan tidak mengandungi bahan pewangi)
sebab bahan pewangi boleh sebabkan radang kulit
satu sudu besar air
boleh campur agar agar/lidah buaya, minyak pati ros, jus limau ( terpulang.. nak campur ke tak nak)

cara cara
masukkan bahan campuran tadi ke dalam microwave selama 20 saat,
panaskan sekejap je. utk kembangkan pori pori wajah supaya lumpur tadi mudah meresap.

lepas tu, sapu je kat muka buat masker selama 15 minit.

lakukan berulang kali pasti wajah anda tampak licin.


* murah je pun pasir kucing berak tu. ayah aku selalu beli*
kalau nak jimat, rembat yang ayah aku punya.
hahahaha....


Note: Tanah liat sawah padi ada bentonit tak?
kalau ada, belasah tanah sawah lagi jimattttttttttttttttttt.

Tuesday, February 26, 2013

Langkawi - Hotel Langkasuka


ukur baju di badan sendiri. Jadi pilih hotel yang mampu bayar k
Tak yah nak cari sponser bagai, tak de sape yg nak sponsor pun. ngeee

Pilih hotel yang murah dan berdekatan dengan tempat shopping
motif uatama sebab kalau shopping tak yah carry berat berat
lepas shopping hantar je masuk bilik.

sedikit info tentang Hotel langkasuka ni.

Hotel Langkasuka Sdn Bhd terletak di bandar Kuah di Malaysia. Hotel ini mempunyai akses mudah ke Kompleks Membeli-belah Langkawi Parade, di sini terdapat pelbagai kedai dan restoran. Berdekatan dengan hotel, terdapat kedai bebas cukai untuk anda membeli-belah pada harga yang hebat. Terletak hanya 10 minit memandu dari Jeti Kuah dan 20 minit memandu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
Nah ambik semua selungguk kat situ. tak yah pening pening kepala.

Yang best nye, Menu untuk korang order dari balik murah sesangat.
Mee kari dalam lingkungan RM5.00 je. hmmm... bagi aku murah le..
 lepas check in kami dapat bilik no 9915
tingkat sembilan. best... sebab View dia mesti best jugak kan...
Nak tengok view laut, belakang umah pun ada laut
katil yang hujung tu aku bukak sebab risau kang Aleesya jatuh katil pulak
maklumlah Aleesya kalau tido dah mcm bergusti gayanya

makanya jadilah cenggini katil kami
yang tengah tu tak de sape tido pun. Amirul pun tak mau
dia nak tido ngan papa dia kat katil hujung sinun...
Dari jendela bilik boleh nampak view ni
kat hujung sana, pinggir laut ada construction. Nak buat Hotel lagi kot..

eleh.. tak mo tengok laut, nampak jugak
habis... dah pergi pulau mestilah nampak laut, hape da...
mcm biasa la bilik air luas gabak
then.. mangkuk tandas tu kena pastikan sentiasa tertutup.

sebab... sebab...
Aleesya ni selamba derk je dia main kacau kacau air dalam mangkuk tandas tu
sabor je la.. ko ingat ni besen kat bath room umah kita ke?

tapi tak de la tab mandi, cuma sebelah kiri tu ada hower dan kain rentang gitu je
boleh la nak kuak lentang  mandi sambil baring baring.
boleh gitu?
Amirul ketawa sengih sengih bila aku suruh dia sabun dan syampoo dengan liquid dalam kotak ni
dia cakap menda ni orang basuh tangan je, mana boleh sabun badan

bila aku suh dia baca, baru dia nak guna.


Aku pilih delux room. ada TV, Almari Baju, Mini bar , Meja Tulis dan dua kerusi satu meja makan bulat.
( nak citer jugak)ngeee...
RM 162.00  per night including breakfast.


walaupun tak stay Hotel ber star star lip lap bagai
Aku bersyukur kerana kami bahagia dengan apa yang kami ada.
sekurang kurangnya dapat menampung sebahagian kekurangan perhatian aku pada anak anak dan suami.


Note: perut lapar. cari makan dulu..

Cerita Langkawi 2013 - episod 1


 19/02/2013, masa kat Penang Airpot aku dah bagi tau kat Mirul upaya dia belajar
dari apa yang bakal dia lawati nanti.
Bila Amirul tanya, Asal Langkawi? selamba badak aku jawab
sebab Mahsuri kena bunuh, pas tu di sumpah jadi Padang Jarak Padang terkukur selama 7 keturunan.
hambekkk... kekonon betul sangat la tu..

ok, meh sini nak bagitau sedikit sejarah Langkawi


Pulau Langkawi Dalam Lagenda Dikatakan Tempat Tinggal Seekor Burung Garuda Yang Membinasakan Anak Raja Rom Kecuali Kapal Raja Merong Mahawangsa Ketika Itu Mendarat Di Tanah Besar Mencari Bekalan. Laksamana Cheng Ho Dalam Pelayarannya Ke Melaka (1405) Mencatatkan Kepulauan Langkawi Sebagai “Lang-Ya-Kiao-Yi”. 

Asal Nama Langkawi

Asal-Usul Nama Langkawi Dikatakan Berasal Daripada “Lang” Atau Burung Helang Dan “Kawi”  Sejenis Ubi Yang Bewarna Perang.

Di Dalam Buku Sejarah Melayu, Langkawi Dikaitkan Dengan Peristiwa Pembunuhan Tun Jana Khatib Oleh Paduka Seri Maharaja Iaitu Sultan Singapura Di Atas Tuduhan Menggoda Permaisuri Baginda. Setelah Dibunuh, Badannya Ghaib Dan Dikatakan Timbul Di Langkawi, Seperti Karangan Pantun Dibawah :-



“ Telor Itik Dari Singgora, Pandan Terletak Di Langkawi, Darahnya Titik Di Singapura, Badannya Terlantar Di Langkawi “ 

Ha... ni le sedikit info tentang Langkawi
so, huraian aku tentang Langkawi kepada Amirul tu benornya tak betul. keh keh keh..
Mahsuri tu adalah satu lagenda yang berlaku di Pulau Langkawi
dan Mahsuri jugak bukanlah penyebab kepada adanya Langkawi.
sungguhpun aku ni orang kedah, malu pulak rasa sebab aku sendiri tak tau
sejarah Langkawi.
Tu la.. time sejarah asyik tukar cikgu je..gini la
( cikgu jugak yg salah..hahaha...alasan nak cover line)
Jejak je kaki ke langkawi, Amirul dah start google kisah Mahsuri
Naik penat aku explain kat dia apa itu Tujuh Keturunan.
Makkkkkkkkkk...Tolonggggggggggggg    
Note: sambung
  

Selayang Pandang- Langkawi 2013

Plan awal nak pergi bulan Januari sempena Anniversary
Tapi date semua tak cun. maka pospone ke February.
19/02/2013-21-02-2013

flight pukul 4.30 setelah di delaykan oleh Air asia dari jam 1.30 ke 4.30 ptg
jam 5.00 ptg dah sampai Langkawi
kawan hubby tak dapat fetch kami sebab dia ada taklimat untuk Le tour De langkawi.
tak pe Nailk Teksi RM 24.00 je pun.

5.30 check in hotel. Lepas tu cari tempat makan terdekat
then naik teksi ke Pekan Kuah nak beli coklat
beli coklat dulu sebelum jenjalan
tak mau pening kepala k.

 kawan hubby call, suh sewa keta dengan member dia
ok, dah selesai sewa keta kami ronda malam
 Nak masuk dataran Lang malam pertama tu
dah tutup, jadi kami lepak kat Taman Awam Kuah


Then, singgah makan sup ekor
terangkattt... balik umah smapai ngigai ngigau.
jatuh cinta dan terguda ngan sup ekor tu
super duper sedap. nyum nyum...

20/02/2013
lepas breakfast, kita meronda..

step pertama ke  Taman buaya
tengok buaya besar hitam, buaya kontot bagai
last tengok buaya makan

Then terus ke Underwater world
gedik gedik ambil gambar, 
pas tu makan.

then ke makam mahsuri
ronda ronda. cari laksa tak der.

lepas ke makam mahsuri, kami ke Galeri Perdana
jalan dalam galeri tu pun mau kematu kaki

dah 5.30 ptg, rush ke Telaga Ayaq Hangat
manja manja kat sana


Singgah kat Pasar Malam  Layan som tam, kambing grille dan puyuh.
balik bilik fresh up
pas tu ke Kedawang rumah kawan hubby
makan koay teow kerang



pukul 11.00 malam lepak kat dataran Lang
jalan jalan sampai hubby ngan Amirul kena tukar tayar kasut
tak boleh pakai kasut cover dah sakit kaki
dua dua beranak hentam selipar je. hahahaha

21/02/2013

 aku sorang je pergi breakfast kat cafeteria hotel
yang lain dah penat sangat, zzzz sampai kul 10.00.
pas tu kemas kemas apa yang patut
tuk check out

flight pukul 5.30 petang
ada masa lagi...
kami meronda kat permandangan indah


pukul 4.00  sampai airport tuk bertolak pulang
flight awal 15 minit
jam 5.45 dah sampai Penang.


* nanti citer  kami  di kepong polis
* Aleesya sakit sampai kami decide ke klinik/hospital
* tangan hampir di mamah buaya
nantikan kemunculan story aku ye..


Note: Tired but happening tapi tak pening.



ARWENDANISH GIVEAWAY -FM AUSSIE-

FM..FM..FM... bukan hot Fm ok.
ni FM dari ostrolia tau. sapa nak bagi?
sapa lagi si El tu la.
lawa wooooo....

 

ha..tak caya sangat. memang lawa.
mmmm.... aku nak kaler merah.  merah itu menyala. hahahaha...
jgn dok nyala peti aih aku dah la..

ok..ok... sapa nak join
klik gambaq tu noh... SINI pun tak pa


Note: sempat agi kan..kan.. heheheh...


Monday, February 25, 2013

Okeylah.. Aku salah

Ni citer last week.
selalu kaum adam ni suka sangat cakap yg pemandu kaum hawa sengal le
tak pandai le apa le. redha je.. walaupun statistik menunjukkan
peratusan kemalangan jalan raya di monopoli oleh kaum adam
tak pe.. kita insan lemah.. terima je lah..

lepas je aku beli makan aku pun melewati deretan motor .
sebab aku nak ambik motor aku, kena la aku jalan ikut perkataan *sini* dalam photo.

masa sedang aku jalan, tetiba aku nampak satu keta myvi kaler hitam
siap bagi signal kiri. oklah sebab kat hujung sana memang ada parking lot
tak mangkuk biol sewel apa la pemandu tu
siap dia himpit ke tepi betul betul dengan aku

side mirror tu lalu elok je kat perut aku, pas tu berhenti
puas aku kempis perut elak .

Hello bro. ko sewel ke hape.
kat sini dah penuh motor ko nak parking mcm mana lagi?
kalau parking kat belakang motor tu, sah sah le ko parking tengah jalan
mengong!!!
sori la aku memang geram sebab ini melibatkan nyawa aku.

tu la masa memandu, mata usha kedai makan
bukan nak tengok org yang tengah berjalan 
kalau rabak perut aku ni sapa nak ganti


Ada la mamat mana tak tau angkat tangan marah sebab dia nyaris nyaris nak langgar aku
terus je dia pandu ke depan
dan boleh plak parking kat parking lot.

Masa aku snap photo ni dia mula cuak. lantaklah
ko ingat ko retis aku nak snap photo ko
blah le lu.

eh.. korang 4 orang ek?
patutla. mata tengok kedai pas mulut rancak sembang
bagus.. bagus... memang pemandu berhemah!


Note: Tak pe salah aku. aku kan kaum hawa...
tetap bersyukur kerana aku selamat.