Thursday, July 18, 2013

Tarawih dulu dan Tarawih Sekarang

Terawih Dulu dulu
One of my step cousin, suka benor pergi sembahyang terawih 
hampir tiap tiap malam tau.
dulu..tak macam sekarang, makanan mewah PARAM merata merata kan..
my step kazen ni kalau sembahyang nak duduk tepi je kojernya
bukannya apa, org lain sembahyang dia suka ngadap makanan yang di letakkan kat tepi tu
ye la..dulu ni masjid tak de la mcm sekarangyang ada tempat khas untuk makanan, pinggan mangkuk 
dan pejabat bagai kan.. sekarang much better.
 
ini niat solat tarawih yang betul ya..
Satu hari saje la my mom tanya dia mcm mana nak niat sembahyang terawih
my kazen jawab
" Nawaitu sunnatan Morey"..hahahaha... patutlah..
orang sembahyang sunat terawih dia pulak dok ingat morey je..
dapat makan kanji, roti canai semua tu dah cukup cukup bahagia rasa.


Terawih Sekarang
Aku kan  tak dapat la nak pergi masjid berterawih
hubby kerja malam minggu lepas, So aku hantar je la Amirul ke Masjid
balik nanti either dia balik sendiri or tumpang jiran aku "Pak Lang"
 
 
Tak sure la, dia sembahyang ke, dia main ke kat sana kan
dah tak nampak depan mata, cuma dalam hati doakanlah agar hati anakku dididik dengan terawih
kekadang balik awal, kekadang balik lambat.
aku dulu pun gitu jugak, banyak main dari berterawih
kehulu ke hilir dengan gasing. ke masjid pun main jugak le kot
 
Satu hari Amirul balik awal dari biasa
pas tu, dia bagitau kat aku dah reyoh rendah kat masjid
orang orang masjid sedang mencari sorang budak umur lingkungan 10-12 tahun gitulah
aku pun hairan, budak tu hilang ke?
 
Amirul cakap...budak yang soleh lagi baik hati tu kan ( doakan dia)
ambik sekor katak, ntah dia jumpa kat mana pun tak tau la
pas tu pergi baling kat bahagian wanita yang tengah solat terawih..
menjerit jerit la..
terkejut geli geleman bagai... eeeeeeeeeeee
photo- Sini
 
pas tu budak yang soleh tu telah melarikan diri.
entahla mcm mana terawih dorang malam tu
kata Amirul, kalau nak habiskan terawih malam tu, pukul 12 gitu..
so, dia balik la, takut kang lewat  pulak. dah le papa tak dak.
 
dorang tak jumpa pun budak tu
tapi dorang dah janji nak pergi jumpa mak bapak budak tu keesokan harinya.
 
 
kesimpulan
masa time kecik dulu, walau nakal mcm manapun tak de la sampai tahap 
mengganggu orang tua tua nak beribdah
paling dasyatpun... bising dan lari lari je kat kawasan masjid
budak budak sekarang...
ntah le.. tak tau nak cakap apa
aku pun ada anak, kang kata anak orang anak kita pun sama naik!
 
 
 
Note: Indahnya ramadhan, hanya di bulan ramadhan la kita dapat nikmati pengalaman ni semua kan...
 




 
 
 

Wednesday, July 17, 2013

Ramadan 8- Kisah Air Tebu PARAM

Dua hari lepas, aku dah call my hubby suh dia jgn beli air
sebab aku ngan Amirul yang akan belikan. 
Tapi dia bantah still nak beli juga, 
alih alih.. Aku beli air tebu dia pun beli air tebu jugak
sehati sejiwa la katakan, mesti air pun sama je.. hahahaha..

 

aku simpan air tebu yg aku beli dalam peties, nak bekukan le kekononnya
sebab kami beli air tebu yang pati tu, tak de ais. Pure la kekdahnya tu
Tak pe la kan, minum yg my hubby beli dah le.
Azan dah berkumandang, semangat le minum air tebu tu.. bluwekkkkkkkkkkkk air tebu dah masam
mungkin semalam punya kot.
tukar plan, buang yang tu minum air tebu yang aku beli.


Kisah Lagenda Air Tebu PARAM

3-4 tahun yang lalu, aku ngan hubby suka benor beli air tebu bila time bulan pose
motif utama, mahal tak pe, janji air tebu sedap
Suatu hari, my hubby nampak penjual ir tebu tu tengah mesin fresh tebu
so, dia mintak le yg pati 
penjual tu bagi yang dah siap di bungkus
my hubby cakap nak yg baru punya, 
dia ckp, yang dah bungkus je ada yg tengah mesin ni orang punya..
masa tu RM2.00 jugak utk air tebu tanpa ais.


Last, bila kami balik minum, Air tebu lama dah basi
kempunan kami malam tu
serik dah tak mo beli kat Mak cik tu.


Kisah Fresh Air Tebu PARAM

hari ke dua puasa, aku ke PARAM yg sama
tiba tiba nampak mak cik yg jual air tebu basi kat kami 4 tahun yg lalu

perlahan lahan dia pergi dekat penjual air tebu
kebetulan aku ada kat situ nak beli air tebu tanpa ais 
dia tanya penjual tu
"Bape seungkus ni?'
RM2.00 je...
sekali dia cakap:
awat jual murah sangattttttttt... ayaq tebu mana boleh jual murah.
peniaga tu cakap" tak pe la laku jugak, semua orang jual RM2.00

hmm.... patut la dah lama aku tak tengok mak cik tu jual air tebu
mungkin dia rasa RM2.00 tu terlalu murah untuk sebungkus air tebu di PARAM


Lau nak untung besar... bukak Cafe le Makcik
segelas air tebu boleh jual RM8.00 ringgit. 
boleh untung besarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr


Note: Udah udah le Mak cik,

 

Peluang bertemu Ady Putra dan Nora Danish

pengumuman bagi peminat tegar AP dan ND sila bulatkan mata anda
baca particular kat gambar di bawah ni
kalau tak nampak sila guna  kanta pembesar

   

Ha.. nak habaq mai, depa nak pi lepak kat parking lot di  Aman Jaya Mall, Sungai Petani
sapa yang dok kot dekat sana leh la pi jumpak depa noh..
pi la noh.. dari kui dua sampai kui tujuh malam.

pi tu pakai baju lelawa sikit noh
mana la tau kot kot leh terselit masuk TV.



Nota: suka tengok rancangan Moreh

Hati Hati Dengan Aleesya

Kami balik kampung dapat tengok baby Arif Hakimi
anak my sister in law a.k.a kazen Aleesya Dan Amirul le kan.


Baby biasala, siang membuta je, kaco mcm mana pun tak bangun bangun
bila time magrib, mata dah terbuka luas
time tu la nak minum nak nangis segalanya la kan..

 Tara.. Ariff dah bukak mata.. 
Sebab Ariff ni anak kakak my hubby, so anak anakku kenalah
panggil dia Abang Ariff.. ( Amirul mcm tak  boleh terima hakikat la pulak)

 Tak sempat nak kata apa.. pedepap.. tangan Aleesya kat Mata Ariff
adoi.. nasib baik sempat tengok
risau jugak, kang di cucuknye mata tu.


 Baby tu tidur atas tuala je, so Aleesya ni kesian le konon
sekali dia angkat bantak besar tu nak bagi baby tido
hush.. ngucap panjang aku..
kang di tutup muka baby tu.. jenuh la nak berjawab kat mak dia kan..

 muka tak puas ati, sebab tak kasi baby tido atas bantal
ada la tu Mak njang pesan kat dia
muka pun dah masam masam kelat.

 Mak njang alihkan bantal tu. suruh dia tengok baby dendiam
tengok saja tau, jgn sentuh sentuh.. pesan mak njang.

ha.. ko sekali kaki tu di angkat..
jangannnnnnnnnnnnn.... ko nak buat apa tu Aleesya
Ini anak manusia... bukan anak patung okey..


lepas ni  balik kampung kena la awasi dia. mana tau kang di goleh goleh pulak si Ariff ni
Amirul pulak, dah serik kot ngan adik dia sorang ni
tak mo dah dok layan baby lain.
mana tak nya.. hari hari Aleesya buli dia..


**** Tak sempat nak snap moment Aleesya membuli tu, nak juga simpan kat sini
supaya jadi tatapan dorang bila besar nanti***


Tahniah buat Yati kerana selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.58kg.
yang di beri nama
"MUHAMMAD HAFIY FIRDAUS BIN FAIZAL"


Note: kaki tangan semua bergerak .

Tuesday, July 16, 2013

Resipi Kerabu Pucuk Paku Rawan dengan Kerang.

As you all know, my familly sangat sangat suka makan kerabu
sampai si kecik tu pun suka tau.

So, dah 7 hari berpuasa, baru sekali aku buatkan dorang kerabu
kerabu ni sangat senang nak buat
selalu aku tayang je makan kerabu kan.
sekali ni aku nak share ngan korang resipinya.
 


Bahan Bahan.

2 ikat paku rawan ( di rebus dan di potong potong)
1 kg kerang ( di rebus )
1 biji bawang besar
5 biji cili padi
1 biji limau nipis
sedikit belacan
2 bungkus kerisik ( yang harga 60 sen sebungkus)
3 sudu serbuk beras goreng
garam secukup rasa



cara membuatnya
Gaul je semua bahan bajan tadi
kemudian masukkan kedalam mangkuk
terus boleh makan. 
kalau puasa.. tunggulah sampai waktu berbuka yer..


Note: selamat mencuba

100% Sokong KJ

huh... hati mana tak remuk, hati mana tak geram kalau agama kita di permiankan.
Semalam tak habis habis aku ngan hubby dok cakap tentang ni
Pas tu tengok news, muka kapel tu dok mintak maaf
dari dapur aku cakap " Tiada Maaf Bagimu"

  
Sorry.. No sorry for you !

Then my hubby cakap, sori sori pas tu tutup kes
esok ni, ada orang lain pulak sendakan lagi
dah banyak kali dok tengok, asal say sorry je, semua dah ok.
kami dah letih!!!
do something that can lesson to others

Hari ni tengok news hati sangat gembira
seolah olah rintihan dihati didengari

 

Khairy: Sorry no cure, Alvivi should be punished

 

Speaking to reporters after the BN Youth job fair soft launch, Khairy said that although they had apologised through Youtube, punishment must be meted to set an example.

Khairy said it would be unfair to the people if the case was closed and the offenders got off scot-free just because they had said sorry.

"Let this be a lesson to everyone (not to ridicule and mock other religions). This case is very serious - a stunt which, I believe, is sufficient to rouse the anger of many Muslims," said Khairy, who is also the youth and sports ministry. selanjutnya

 

Note: Sarang tebuan jangan di jolok!
kami tak kan berdiam
Sokong KJ!

Korek Hidung Tak Batal Puasa, Berapa kali Mau cakap?

Sejak kecil aku di fahamkan bahawa korek telinga ketika puasa dapat membatalkan puasa.
Dulu ni ada kawan aku cakap, kalau datang haid, tak de apa nak makan
ko korek je hidung, batal la puasa tu. benda senang nak buat. 
begitulah kami dok melawak kecik kecik dulu 
hehehehe


Tapi kan, dodulu cikgu/ustazah pun kata begitu
sampai tak tertahan gatal hidung dan telinga aku menahan gatal
nak korek tak boleh.. siksanya aku rasa..
dah le spesis ada resdung, sekali bersin, gatal  hidung telinga bagai

 
Aku ada menonton rancangan "Singgah Sahur" ada panel jemputan yang cakap
korek telinga tak batal puasa!.
Aku cuma tau benda ni 2-3 tahun lepas je...
so, kena la aku terap kat anak anak supaya dorang tau korek hidung/telinga tak batal puasa
dengan niat menyucikan tapi janganlah over sangat..


artikel yang Kak Alona share pun ada mengatakan menitiskan ubat kedalam hidung
tidak membatalkan puasa. 
hmmm.. kalau titik dalam rongga pun tak batal, inikan korek je kan.

Mari kita sama sama renungkan persoalan ini.

Soalan

Batal kah puasa kalau kita korek hidung atau buang tahi telinga. Kalau masukkan air dlm hidung adalah sunat semasa mengambil wuduk, membuang najis dalam rongga pun dikira batal ke tidak? Ada tak dalilnya?

Jawapan:
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Mengeluarkan kotoran daripada hidung dan telinga tidak membatalkan puasa. Kerana ia bukan dikira makan dan minum, dan tidak boleh disamakan makna dengan makan dan minum.
Memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudhu’ juga tidak membatalkan puasa, tetapi janganlah berlebihan. Dalam hadis Laqit bin Shabirah:


Maksudnya: Berlebih-lebihlah dalam istinsyaq kecuali jika kamu berpuasa.
Direkod oleh Abu Daud (no: 142), Tirmizi (no: 788), Nasaie (no: 87) dan Ibn Majah (no: 407).
Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net



Note: mencari ilmu itu dituntut dan ilmu juga harus sentiasa di up-dated!