Thursday, March 6, 2014

Cuma tak sampai hati..

Saya bukan cover malu masa makan..
saya bukan sengaja makan sikit je
tapi hati saya sedang gundah gulana.. rindukan anak anak saya..


Aku memang tak cakap kat Naiim yang aku kena outstation..
tak sampai hati nak bgitau, nanti dia sedih...ye lah nanti dia ingat ibu saja tak nak bawak dia kan..
so, bila malam tu aku tak pulang, aku leave it to my hubby explain to him

Aleesya biasalah, friday night tu tido umah bb sitter, cuma Naiim je tido ngan papa
sabtu tu papa ada training, jadi pepagi Naiim  pergi la umah bb sitter sementara nak tunggu kul 3.00
sebab dia ada latihan hoki.

sebab awal tu aku memang ada dok sembang ngan Kakak sitter dia yang aku nak pergi KL
so, Naiim ingat aku memang pergi KL lah kan..
yes..I did go to KL kan.. takat  LCCT  je la..


dah semalaman aku tak balik kan, apalagi si Naiim tu keep on calling me
kejap kejap call...
Aleesya pun nak cakap jugak..mcm mcm yg dorang ngomel..
hati ni lagilah dok teringat..

sebab aku tak bagitau kat Naiim yang aku outstation tu, Naiim pun nak balas balik la kan
ada ubi ada batas ko..
asal aku tanya latihan hoki pukul berapa, selamba je dia ckp tak de latihan..
hairan, aku call si papa ckp ada, tanya Naiim ckp tak de.


then masa aku dah arrived Penang tu, Naiim belum balik dari latihan hoki lagi
bila nampak je muka dia aku pun cakap le
"tadi kata tak dak latihan hoki, ni apa ni?

ha... ibu tu, awat tak cakap yang ibu pi KL?
ibu tak balik semalam?
anak oh anak...

then mcm biasalahkan, si Naiim akan selongkar beg aku, nak tengok ada ole ole ke idak
lagipun dia ada mintak aku belikan chocolate kan
so aku belikan dia kit kat bar beberapa ketul.
bukan tak nak beli yg lain..
memang tak de masa pun..

 sambil sambil dia selongkat beg tu, tetiba ternampa FM dari melaka ni
apalagi lagi la dia mcm tak puas hati kan..

ibu kata pi KL, awat FM ni semua tulis melaka?
ibu pi melaka kan..kan..kan...
cakap betul betul...

hmm... Naiim naiim.. ibu memang ckp betul ni.. ibu pi KL pas tu dari KL ibu pi Melaka
dah puas hati?
kira ibu cakap betul la tu... bukan ibu tak pergi KL langsung kan...
 


lastly dia cakap... lain kali suruh la kawan kawan reja ibu tu bawa Naiim sekali
asyik suruh ibu ja pi...

ok Naiim, papa ada kan, kita ajak papa pergi suatu hari nanti. Nak?
wahai  encik papa.. selamilah suara hati anakmu itu.
termasuk suara hati isteri mu ini jugak lah yer.... ngeeeee


Note: Ibu cuma tak sampai hati nak bagi tahu, nanti kamu sedih....





*** sometime you will never know the true value of a moment
       until it becomes a memory


Feeling teringin : Nak tengok Dia lah..

Semalam El ada up entry yang kandungannya dah 6 bulan...
bestnyer...mesti baby kat dalam tu kick kick tummy dia kan...
Aku memang suka tengok orang peknen..
rasa Awesome je... best jugak kalau aku yang peknen kan.. kan...

Aku deliver something kat el. 
teringat je kat mak buyung ni...
terkilan pun ade sebab tak dapat buat DC untuk dia...
maaf ye el..

alo... lupa la nak laga laga peyot ngan el tadi..
tu la banyak sangat celoteh aku ni..
best sangat kalau jumpa hang.. 
ai suka tau org yang concern to others... mcm hang ni el oi...

ntah le aku pun tak tau yg aku ni concern typoe mcm hang ke idak
serious ckp, the way you talk I'm feel calm je..

nak jugak si el tu snap pictire aku sengsorang ni..
sian kedai munga tu kan..
jadi mangsa kita berpicture la pulak.
hikssss...



Note: Bila kita baik, suka benar orang ambik kesempatan kan..kan...






**** Stay an hour in my heart
         a minute in my mind
        and a second in my soul
        then you will know how it feels when I miss you...

 







Wednesday, March 5, 2014

Asam Pedas Melaka : Menyesal Ai.

Tak pernah pun aku buat entry tentang Asam pedas kat my blog kan..
kenapa? sebab my hubby tak makan asam pedas
sebab itu jugaklah aku tak de pun nak upgradekan skill memasak Asam pedas aku ni
sepanjang berkahwin tak pernah pun aku masak asam pedas kat umah..
ate..dah tak de sape nak makan, malaslah aku nak masak..
tapi... aku memang makan asam pedas..suka ai tau


dah jejak kaki ke Melaka haruslah kan eden torai Asam Pedas Melaka 
kata orang asam pedas kat melaka ni sedap..

sebagai memenuhi keinginan tekak aku ni, kami pergi kat restoren Hajah Ruhana.
mcm biasa aku tak tau lokasinya kat mana.. tak sempat aih nak check nama jln semua
ate dah orang bawak, so jgn banyak soal k.

banyak jugaklah restoren asam pedas kat melaka ni.
tu pun mencari jugak lah kami...
mcm biasa.. tak de gambar aku melantak asam pedas k.
dah sudah makan baru teringat nak snap.. 
dah licin..nak snap hape kan..

Asam pedas kat melaka ni jenis yang oily kan..
kalau mak aku buat tak oily punyer..
mungkin asam pedas kat sini dorang tumis kot..
so, boleh rasa la perbezaan antara asam pedas kedah and melaka kan..

sian my friend, makan asam pedas sampai sok sek sok sek.
ate org tak makan pedas kan..
sebab aku nak makan dia pun nak makan jugak.. hah gitu la kekdahnya..

masa aku pergi beli FM tu, tetiba terasa nak beli ready paste Asam pedas ni
tapi beli satu dah le..
lagi pun hubby dan anak anak tak makan kan..

aku ckp kat my friend, kalau sedap paste ni = rugi sebab tak beli banyak
kalau beli banyak pas tu tak sedap = rugi jugak..
so gamble je la...

hari ahad tu aku terus masak asam pedas guna paste ready made ni..
sebab tengok dalam peties ada ikan apa ntah sekali ngan telur ikan tu
buat dalam periuk kecik je
ye la.. aku sorang je pun nak makan kan..

aku letak sedikit gula melaka yang aku beli that day
sekali aku hirup kuahnya, walawei... sedap bangattttttt
satu mangkuk tu aku meratah je..

hubby jeling jeling jugak.. last masa dia makan nasi
ceduk jugak ek... hihihihi..
tak leh jadi.. kena gula gulakan dia dengan asam pedas le lepas ni...


tadi wassap my friend ckp yg nyesal sesangat tak beli lebih paste tu
sebab sedapppppppppppppp....huhuhuhu..
bila la ada rezeki pergi sana pulak ye..
nak borong paste ni bebanyak.. 
hahahaha... dasar tamak la ko ni  siti a.k.a ana....


*** nampak sigboard "Satay Celup".. tetiba keluar ayat
satay celup tu maksudnya satay tiruan kot... hahahaha
ate tayar tiruan pun org panggil tayar celup kan..kan.. hahahaha..***




Note: on the way balik tu, berderet deret restoren Asam Pedas kami nampak..
huh.. tak cari erpampang je depan mata.. kalau mencari..siap berbelok belok jalannya.





*** when I sad you will calm me..
      when I cry you will wipe my tear...you will act as much as you can to stop my tears..
      then you will say " that only thing that I can do for you"
      easy to say but meaningful for me...
      anyway  I'm  adored of you....
    

Tuesday, March 4, 2014

I Like Penang International Aiport So much!!!

ecewah...mcm la pandai sangat nak buat review bagai kan..
ok.. korang  jangan la ingat yang entry ni entry review yer..
ini cuma entry pengalaman aku je... hehehehe..


Penang International Airport.

Aku rasa waaupun Airport penang ni kecik berbanding LCCT, tapi sistemnya lebih teratur dan tersusun
kaunter check in pun  senang.
then semasa korang berlegar lehar mencari kaunter, sure akan ada wakil dari mana mana penerbangan
yang akan datang menghulurkan bantuan
maksud aku dia akan guide kita utk ke kaunter yang sepatutnya..
lima bintang aku bagi utk service tu ok..

aku cakap ni sebab aku tak dapat pun service ni kat LCCT.
so, I nak juga ckp Airport Penang terbaik der...


ok.. kat LCCT ni aku rasa mcm sesak sangat..
dah macam tak cukup A/c jer... tempat duduk pun terhad..

tetiba aku rasa mcm suasana kat Pudu Sentral is better. 
Aku kira selamat kot that day sebab dah ada boarding pass yang aku check in on9 tu.
so bagi yang lain tu kena la self check in kat machine sinun kan..

then masa boarding tu aku tengok kat board takde mention pun.
last kena sendiri gi mencari le wakil dari AA untuk tahu hal sebenar..
then baru tau yang aku kena proceed masuk kat departure hall tu.
lagi la terasa yang Penang still the better... thumb up..hehehehe

aku mencari tempat duduk pun jenuh..
then yang banyak kosong adalah tempat duduk yang paras paras lantai
aku pun tak sure yang tu tempat duduk ke tempat bertenggek.. hahahaha...

kalau kat Penang Airport ada jugak, tapi cuma kat bahagian check in tu je..
kat tempat lain tu, still kerusi la kan...


 then lepas je aku antrance boarding tu, dah tak de signal dah nak bagitau which lane should I'm waiting
gate mana nak menunggu pun tak di beritahu..
tak mcm kat Penang, dah terserlah terpampang signboard.

kat LCCT ni, aku menunggu hampir masa penerbangan, still tak nampak number pesawat appear kat board 
hairan jugak kan..
last kena la hegeh hegeh gi tanya kaunter
baru dia cakap, lagi 5 minit dah nak berlepas..

caitttt... sistem haprak, kalau time tu org tengah dlm tandas ke hape ke cam ne?
lagi 5 minit pun tak bagitahu gate mana lagi. hape da....

sesungguhnya sistem kat Penang tu sangat sangat terbaik.
bukan nak angkat tempat sendiri.. tapi inilah hakikatnya



ok..lastly aku nak bagitahu ttg jarak untuk ke pesawat.
kalau kat Penang ni jgn cakap le kan, pesawat berhenti dekat dekat ngan pintu je..
lepas korang turun tangga je.. jalan sikit je terus masuk pintu keluar kan..
terbaik ko...

Tapi.. kat KLIA ni, jgn mimpilah.. kena menapak nearly 1km kot. ( estimate jerk)
tapi memang jauh la kan...
time sampai pun gitu..
time aku balik lagi la teruk... malas dah nak citer..

apa apa pun asal jejak kaki je kat Penang Airport, dah gumbira hokey...



** bagi aku ini bukanlah kerana aku naik penerbangan tambang murah ke hape, that is about
pelaksana sistem tu. mahal ke murah  ke, itu bukan soalnya..




Note: Nasi lemak tepi jalan pun kalau sedap.. orang berpusu pusu beli...ngeeeee





*** You make my heart melt, and my stomach fill with butterflies. 
       You leave me speechless and yet full of laughter... 
       You such a best person in my life..
        
       

Mee Rebus + Ikan Bakar

Petang tu, masa kat melaka, I had request to my friend nak makan something light light gitu
tak nak le makan nasi kan..
So, kami decide nak makan mee rebus.

oklah, let we tried, adakah sesedap mee rebus yang my in law buat kan..
best le sangat kan siap mesej my hubby inform yang kami on the way nak makan mee rebus.
my friend siap ber GPS le nak ke restoren apa nama ntah
ate..dah kereta ada GPS, guna je la kan..

baik punya dok ngikut arah GPS tu, sampai le kat restoren tu..
hampeh ko.. restoren tu tutup la pulak. huhuhu
nape la .. GPS tu tak inform yg kedai tutup kan...hahahaha
berlapar la aku petang tu..

proceed balik hotel sebab dah nak magrib, malam nantilh kita keluar makan 

dalam kul 8.00 cam tu, kami pergi makan ikan bakar.
sori le kan, tak tau nama tempat.. tapi dekat ngan area nak pergi Pulau Besar Melaka tu le.

Nak makan kat gerai hujung sinun, tapi crowded sangat
so, kami pilih gerai yang tak bape ramai orang
Nama pun "Gerai Kita".. eh gerai kita, kira tak yah bayar ke?
hehehehe...

tak crowded sangat Gerai tu, ok lah boleh dapat cepat kan..
kat hujung tu ada la kedai berjualan..
nak beli FM kat sini tapi mcm tak best je..
then my friend janji, sebelum bertolak balik dia nak bawa pergi kat satu tempat utk beli FM
thanks yer..

masa menunggu ikan bakar terhidang, adik waiter tu letak satu bakul nasi lemak ni
bersama ngan cili kicap..
dalam hati aku ckp..memalam ni tak nak lah makan nasi lemak
aku ingat mcm kat Penang le kan, ada org makan nasi lemak memalam..
so, diam je lah..

tetiba adik waiter tu tanya aku nak nasi putih tak?
eh..op coz lah kan.. tak kan nak makan ikan bkar saja

then my friend ckp, org melaka makan ikan bakar dengan nasi lemak tau
ooooo... baru realize.. tengok meja yang lelain tu semua melantak nasi lemak
hahahaha... ni le kan...
bak kata pepatah jauh berjalan luas pengalaman...
ok.. dpt satu knowledge . good!!!

pas tu kan.. dorang letak pulak satu bakul otak otak ni
panas panas ko, fuh sedap sangat sangat...
lastly dapat jugak otak otak yang ori from melaka k.

sori le, aku tak snap pun gambar kami tengah makan or gambar ikan bakar yang sangat sangat leleh tu
bukannya apa... kang org ckp aku ni asyik bersnap photo je kan..
so behave tu aku  hold on kejap..

nanti balik penang kita sambung semula perangai berphotoq yang ntah hape hape tu kan..
gambar kami tengah makan pun aku tak snap...
malas lah.. hati ni kat anak anak je..
kalau snap dorang tengah makan baru best..
so, mood tu mcm ke laut je

tengok picture ni, terasa kesedapan otak otak ni...

then masa balik dari makan ikan bkar ni
my tummy dah mcm buat perangai je..
mungkin masuk angin kot... terus cherry berry ko..
sampai ke pagi .. sib baik esok tu dah ok sikit

minum air suam banyak banyak..
memang tak best kalau outstation perut buat hal.... haish...



Note: Anak anak keep on calling tak henti henti you... sian dorang kan..
huh.. kesian kat aku ke kesian kat dorang? ahakssssssss




***  I always felt that the great high privilege,
        relief and comfort of friendship was that one had to explain noting
        Thanks for comfort me..
        I'm fell better...

Monday, March 3, 2014

Avillion Legacy Melaka

Ada hal sikit kat Melaka... 
Saja tak mo naik bas, sebab umah tepi lapangan terbang je kan
so, lebih senang naik flight je..
kenapa aku ke sana? tak yah la nak bagitau..
hanya mereka dan keluarga mereka je yang tahu... ahaks...

suka nau aku tengok awan bila berada di atas tu kan..
ntah le.. asal naik flight je mesti nak usha awan... nampak sangat sangat cantik..
betapa indah ciptaan Allah.. tak terjangkau dek akal manusia.. tul tak?

ok.. ni nak citer sikit tentang hotel yang aku menginap tu
Avillion Legacy Melaka
Even dah pun bayar untuk harga bilik, tapi masa nak check in tu kena kasi deposite RM100.00 tau
mungkin hotel ni kategori hotel 4 Bintang, so prosudernya gitu la kot.

kome tengok kat receipt tu, "Heritage Charges", RM2.00.
baru aku tau yang ada  City Tax kalau masuk melaka ni ..
eh tak tau pulak aku kalau outsider yang masuk penang kena City Tax ke idak?
ye la kan, Penang pun Heritage town jugak.. ngeeee...

ha.. ini view Hotel Avillion Legacy Melaka ni..
someone had help me to snap this
thank you yer..

ok..dah lepas check in tu...
apalagas.. tak reti reti nak masuk bilik. ngeeee...

Ni sebahagian dari view lobby nya
so cantik ma...
sori ye..gambar eden non hado kat sini..sebab aku malas nak berselfie bagai..
maklumlahkan pergi sorang 
kalau ngan familly.. tu lain le..

ni pulak view cafenya..
sori jugak, masa aku breakfast kat sini, kesihatan tak bape best
so, mood nak snap photo tu macam ke laut je...

see.. duduk sorang je, dapat bilik besar lak tu. 
sape nak tumpang? hehehehe...
serious besar biliknya..
ni kalau bawak anak anak ni, tak yah book familly room la kan..

memang luas, ada study table kat situ.. 
hmm.. bilik besau ni duduk sengsorang takut jugak..
so... memalam tido sambil buka lampu le..
mana tau kang si pocong lepak sebelah... muahahahaha..

bilik air pun luas..

siap ada bathtub lagi..
hmm.. mula la kan dok teringat kat anak anak di rumah 
kalau la dorang stay kat sini... 
mesti happy kan.. kan...


ini pulak coffe bar corner..
aku tak de pun bancuh kopi kat sini, tak de rasa nak minum pun..

selain itu, dorang memang dah sediakan Iron, Iron,stand hair dryer dan mini bar
aku suka sesangat sebab semuanya di sediakan kat bilik
tak de la nak kena keluar bilik untuk iron baju...


kiranya aku bagi 10 bintang untuk hotel ni
nanti kalau datang bercuti nak datang hotel ni lagi lah..



Note:  Macam tak percaya boleh terjah melaka sengsorang... 






***  Dont wait for the perfect moment , take the moment and make it perfect
        every moment I spend with you...
        is like a beautiful dream come true...
        and I ill miss all that moment forever....
       
       








Bila si dia admitted

Dah le jumaat tu aku cuti....sure berlambak kerja kan..
Hari ni dtg office..pc pulak admitted.
Kena guna pc yg lain..tak suka tak suka..
Sebab yg tu bos punya...
lastly..duk dendiam dlm bilik.



Nak update blog pun tak boleh..
so..gagahkan diri utk updated jugak ni..

sesambil tu..boleh bw sekali.
klu komen aku ada typo tu halalkan je ye..
biasalah jemari pakej..jari ratu gitu...hikssss
pepaham je lah ye..


Tengok letter kat meja ni terus hilang mood
kwsp kena attend taklimat
kastam pun nak kena attend taklimat
Jap agi ada la..socso la..
Piam ke hape ke...ade la kan..


awal thn gitulah..
rasa  mcm pack nye schedule aku..
sib baik tak de buat planning vacation ke mana  mana lagi..



note: is the time for blogwalking...ngeeee







*** you are the best team of all
       You are my best friend and the love of my life
       My heart,my soul, the one i want to be with
       Each and everyday...