Monday, March 17, 2014

Kuih Jujur : Tak Tipu Tau..

Pernah tak korang makan kuih jujur?
kuih pun ada jujur iklas bagai .. hiksss...

kuih ni aku tak pernah pun buat sendiri tau..
tak bape nak laku sangat kalau buat kuih ni kat umah...
tak tau la di masa hadapan nanti anak anak request, aku ok jerk..
Tapi aku suka kuih ni.. kalau teringin aku beli je...

 aku beli 2 biji je... ye la tummy aku sorang je pun nak makan
breakfast something sweet pulak pagi tadi..
Alhamdulillah..kenyang dan puas hati..

Ala korang pun tau kan kuih ni, namanya Lepat. kikikikik...
Kenapa aku panggil kuih ni Jujur tak tipu tau..
sebab.... kat luar tu daun pisang kat dalamnya pun pisang jugak..
ha.. luaran melambangkan dalaman kan...
kiranya jujur le tu...
 

Selalunya kita makan nasi lemak  pisang di luar, nasi di dalam..( yeay kena tipu)
tu salah satu, cuba kome fikir, berapa banyak kuih tipu yang korang makan
lain di luar lain pulak isi di dalamnya..
kuih koci, pulut udang, tepung bungkus..hahahaha.. 
kalau yang tu, baru le kena dengan pepatah 
"Dont judge the book by it cover" kan..kan..

kalau lepat pisang ni, kome boleh ckp
"We Can judge the book just by it cover" keh keh keh...
see.. memang pisang kan.. 
ye la namapun lepat pisang... kalau lepat liat tu kira tipu jugak kan..


Ada la hari tu aku tengok documentari apa ntah, dorang hidangkan kuih yang seakan akan lepat pisang ni le
dorang cakap kuih tu melambangkan kejujuran
kerana luarannya melambangkan isi di dalamnya..
bukan aku yg ckp deme yg cakap yer...

Tetiba aku terasa nak makan lepat pisang
hari baru dapat chance...

Makan lepat Pisang ngan Air kopi. 
fuh Awesome tau..




Note: Rindu lepat liat Mak yang plain gitu.... 
kat sini org buat suka letak parutan kelapa kat tengah...tak best!!!






*** When I met you..
        Then I realized my love
        Where else can I go from here
        I want to be in your arms till the end of my breath..


Feeling Confuse : Which One is Correct ?

Kata tok guru aku kalau nak dapatkan satu ilmu kena berguru..
bukan nak cakap guru dulu pandai dan guru sekarang tak pandai...
bukan itu niat aku sebenarnya...

sekarang ni aku dah confuse, mana satu ejaan yang betul..
ye la nak mengajar anak anak at least si ibu kena la berilmu kan..
kata orang ibulah guru terbaik, even tak pernah dapat kursus mengajar pun kan..
kita tetap guru untuk anak anak kita.. 

my sister ada share some video, best sangat video tu..
so, aku reply le "thanks by sharing this video.. Allah is always closed.."
aku tak de la rasa apa apa yang janggal kat mesej aku tu..
adik aku pun just say that true je.. tak de la komen meleret leret..

adik aku pulak tag mesej ni kat beberapa org rakan kat FB..
so dah jadi mcm group discussion la pulak kan..


tetiba ada satu mesej ni dari once of the group partner,  tegur aku le kan sebab tak guna capital "A"
untuk perkataan Allah... 
ok lah teguran yang baik..tapi aku tengok ejaan Allah tu lain le.. dia nak aku eja mcm tu jugak ke?
tak pe lah, eja le mcm permintaannya... semoga dia happy aku pun happy jugak..

ok.. berbalik pada ejaan Allah dan A'llah tu..
adakah ejaan tu dah tukar sekarang ni? kat sekolah sekolah
 buku semua di cetak dengan ejaan A'llah ke?
sebagai ibu, aku rasa  buku teks anak aku di eja Allah..

Aku kat sini bukan nak cakap aku betul dia salah atau dia betul aku salah..
makin banyak bentuk ejaan yang masing masing claim yg dorang je betul org lain salah 
lastly generasi akan datang pun konfius mana satu betul mana satu salah..
akhirnya menjadi satu perbalahan....


then.. selalu juga aku di tegur kerana menulis Insya Allah.. 
hmm.. dulu masa aku sekolah ginilah yang di tulis kat dalam buku sekolah aku..
aku pun konfius nak ngajar anak aku mcm mana..
susah tau..sangat sangat mengelirukan..

 

 sekarang ni ada yang claim tak baik tulis Insya Allah, kena tulis In Sha Allah..
kang aku tersilap ngajar anak, cikgu mark salah cam na kan..
kesian kat aku kan... lagi kesian kat anak aku tu..

tadi dah call my biras, dia kan cikgu, so aku tanya la.. 
silibus kat sekolah tu dah tukar ejaan ke?
dia ckp still menten mcm kita belajar dulu la...

Alhamdulillah.. kiranya aku masih lagi mengajar anak aku yang betul utk pelajaran di sekolah
sama ada ianya betul untuk amalan kehidupan, kena la mencari guru kan..


Note: Don't assume others to be like us, even we itself are note same like others!!!!





***  I don't like distance of even a moment
        Every day I live for you
        all my time is for you
        the shouldn't be a moment of mine without you
        there is your name on every breath..

Saturday, March 15, 2014

Feeling Redha : Petingnya Jari Telunjuk

kalau kat office kejap hantar e-mail le, buat surat itu la, order itu order ini
buat entry blog pun sempat agi...
semua tu jari jemari ni asyik menaip je kan...


Aku tak letak pencil Box kat atas meja, aku letak dalam drawer je
dalam pencil box tu ku campak segala galanya ( hamboi segala la pulak)
aku memang simpan nail clipper dalam pencil box.


So tadi teringat hari ni kan ke hari Jumaat, jadi nak le potong kuku
cari punya cari, main gagau gagau ke gitu..
lagi tak jumpa lagi la dok kerek korek kan...
sekali zas.... berdarah ko..


nitik nitik my darah... pedih nye..
sekali my finger was cut by a pen knife..
ish..mcm mana terlupak nak lock pen knife tu kan..
ha..kan dah kena...


sib baik sikit je kan.. dah letak plaster bagai..
pastu masa ambik wuduk tu aku tertanggal terus..
ok lah..darah dah berhenti..


balik sembahyang tadi nak sambung kerja menaip aku la kan..
hambik ko, tak boleh menaip guna si telunjuk ni
kena guna jari hantu...
so, jari telunjuk ni.. asyik menunjuk ke syiling je la...
kelakor plak ku tengok cara aku menaip hari ni... hahahahaha..


Tu la kan, selama ni duk menaip tak pernah sedar pun pentingnya jari telunjuk ni
hari ni baru la ko tau nikmatnya ada jari telunjuk kan..kan..


Note: Sib baik esok cuti.. rilek yer telunjuk sayang.... 






*** I can't life live without you now
       what my existence without you
      If  get separated from you
      I'll be separated from my own self

Friday, March 14, 2014

Samperit Hot!!!

ini citer monday hari tu.. huh lamanya baru nak citer...
ha.. sebelum monday lain yang bakal menjelma baik aku wat entry ni sebelum terlupa..

Monday tu, pepagi datang kerja mcm blurr je.. malas tul aku
lama dah aku tak ber monday blues.. tetiba last monday aku nak bermonday blues pulak
wassap my friend cakap aku nak take a monday blues kejap..
hahaha... gitu pun boleh..
Asal aku nak bermonday blues jer.. tetiba aku jadi  busy bee..
nak kena siap kan itu siapkan ini.. 
last sampai kul 1.00 pun tak boleh pergi lunch lagi..
tak pe tak pe nanti kuar kejap beli kat food court belakang tu..

Masa aku nak gi beli lunch tu, alahai food court tutup la pulak..
masa dah suntuk aku gi sembahyang kejap.. then balik tu sambung kerja lagi..
my tummy dah menari dangdut tau..
dah pukul 4.00 gitu...aku dah flat la kan..lapar giler..
nyesal pun ada, kalau tau gini kekdahnya, aku puasa sunat pun tak pe kan..
dah le breakfast pun aku tak makan...

then.. my bos masuk bilik aku dan dia cakap
"I bought some biscuit for you, sorry forget to tell you"
I put inside the cabinet, you find or not?"

tak sempat la aku nak membelek cabinet, then dia sendiri yang keluarkan dua balang biskut
hiksss....
 Ni biskut mazola.. sedap...
ate dah perut pun keroncongan, aku pun nak ngap la mazola ni..
tapi.....

 yang ini pulak sedang mengguda ai..
rasa mcm nak ngap je kan... aku rasa yang ni biskut samperit kot..
sebab masa aku makan tu rasa samperit..

Then aku google kat tenet nama kuih ni "Samperit Hot" wah hot la sangat..
tapi aku tak tau nak order cam ne..
kome google la sendiri yer.

 
sangat sangat sedap tau samperit ni... tak bape manis rasa dia.
owh I like...

boleh la cover sikit lapar aku petang tu..
tapi.. my tummy kan perut melayu.. harus cari nasi..

So, balik umah je gigil gigil aku masa tau..
ha..ko sampai gigil gigil kelaparan..
finish je masak terus ngap... 


Note: pernah simpan maggie cup kat office ni, last expired sebab tak smepat nak makan. ngeeee






*** steal me away from myself
       hide me somewhere in your heart
      My I not get lost alone
      may I never stay far from you....


Lelaki Botak?

Mcm lucu pulak kan di hari jumaat ni berbicara tentang lelaki botak..
sebenarnya ada someone tanya aku tentang niatnya nak berkepla botak
aku ok je, asal jgn cinta hati jantung kalbu aku yang berkepala botak udah le..
sorry.. aku tak minat lelaki botak..
sebab my cinta hatiku pun tak berkepla botak kan..kan..
of course la my taste not for the botak man... hmmmm..

kaum adam yang botak kat luar sana jgn marah aku yer..
kome mesti ada peminat kome yang tersendiri.. ada jugaklah perempuan yg minat lelaki botak
so jgn susah hati yer...

 

***Menurut organisasi penyelidikan antarabangsa, Synovate, hanya 12 peratus wanita di Malaysia suka teman lelaki botak manakala di China pula, bilangannya lebih tinggi iaitu sebanyak 28 peratus**

Ada yang cakap lelaki botak ni nampak ganas dan samseng. hmm... kalau ada lelaki lembut di luar sana, botakkan kepala anda mana tau kekalau boleh nampak ganas sket kan.. hahahaha. upss..jgn marah yer.


yang ni pulak aku ambik dari fan page "Ini kalilah gabung"
Satu kajian telah mendapati lelaki botak bersifat lebih dominan. Kajian itu telah mendapati lelaki botak disifatkan lebih berpotensi untuk berkuasa, berkeyakinan, lebih maskulin dan tinggi sifat kepimpinanya.  

erk.. tak jugak kan, lelaki yang mempunyai rambut pun banyak yang mempunyai sifat sifat gitu. Sifat kepimpinan, berkuasa dan berkeyakinan bagai tu bukan terletak pada pandangan luaran tapi dalaman seseorang tu...


bagi aku le, lelaki berambut ni kita boleh belai  rambut dia... 
boleh tolong syampoo kan rambut dia ( dpt pahala tau)
boleh bau wangian syampoo kat rambut dia..
eh.. banyak le yang boleh... kome tahu sendirilah kan..kan..


tapi sejujurnya aku cakap kat sini, kalau di takdirkan suatu hari pasangan aku mengalami keguguran rambut dan botak, aku suka jugaklah.. dah takdir kan...
kira untung le.. dapat merasa belai rambut dan belai kulit kepala.. hahahaha...



then kalau la my abang tu nak botakkan kepala dia sebab bernazar ke hape, ok la..
sebab kejap je kan..
kalau permanently, tak nak lah I...



Note: Tak dapat nak bayangkan seksi lelaki botak tu cam ne ek?


*** I had love you, still love you and will love your forever..
      Love is when you shed a tear and still want him, it's when he ignores you 
     and you still in love

Thursday, March 13, 2014

Sian dia , Takutttttt...

pergi nak citer balik nak citer.. ko apa hal?
argh... bior le nak jugak aku recordkan kat sini...
ate, hubby akan baca blog ni, even dia tak bersama, aku nak titipkan suasana kami ke sana
tak yah la nak balik citer bagi letih bibir je kan..

tak de la lama man pun kami tunggu untuk pulang 
nampaknya si Aleesya dah keletihan... Naiim pun sama la kot.

see.. aleesya still nak buat peace..
tapi nak layan susu time tu kan.. 
so peace tu mcm jadi tak jadi jerk..


tetiba aku dengar seorang lelaki cina ckp kat wife dia
"Lai la, lu chey hamik ?" ( mai dah , awak duduk buat apa)
hahaha... lelaki tu dah bagitau wife dia yg bot dah sampai dok duduk buat ape lagi kan..

Aku pun terus ngko deme dari belakang le..

ye la..boat dah sampai...
so boat yang kami naik tu penuh dengan chinese..
ate aku dah ngekor belakang group chinese tu kan.. ngeeee..

my abang ginilah..klau camera kat tangan dia klik klak klik klak je..
banyak tul gambr kami that day..
actually nak snap gambar aks Aleesya.. nanti aku tunjuk k.

suka betul aku ngan picture ni..
al this chinese are so sporting..
siap buat sign peace agi, time my abang snap this photo..

tengok si Aleesya... sejak tadi melekap je kat aku..
then chinese kapel tu pun dok tengok gelagat dia..
sian dia kan..

tengok dia... sejak mula naik boat.. gitu je lah tangan dia
tutup je mata tu..
mulut ckp .. Takut... takut... adik takuttt...

senyum ketawa bagai aku ni, tapi dalam hati nak je boat ni cepat sampai..
ye la.. debaran jantung anak tu, boleh efect emosi tau...

Naiim dah besar... dah berani lepak kat depan tu..
sekali tengok ni, terasa mcm dah nak remaja anak terunaku ini kan..
kejap je nanti... tengok dah tinggi dari ibu..hiksss..

asal sampai kat darat je..melekap le Aleesya ngan Abi dia..
kalau aku yang carry Aleesya, pas tunak memanjat bukit tu.. alahai....
mau tercabut lutut ni..



Note: Naik flight ko tak meraung nangis, ok jer... Naik Boat ko takut la pulak..
habih cam na la nak pergi langkawi nak Feri ni dik?



*** There is something in your eye's,That speaks to my soul.
       There is something in your smile,That lets me no everything is going to be okay.


I'm Born to be Your Brother...

Lepas kami balik dari Pulau Aman tu, saja la lepak jap kat The Ridge-Teja by the Sea.
cantik betul pemandangan laut bila kita lihat dari atas restoren tu..
(nanti citer selanjutnya)

 ha..ginilah view "The Ridge-Teja by the Sea" tu...
aku bukan nak citer tentang restoren ni, cuma nak citer tentang anak anakku kat sana k.

masa nak datang ke sini , papa bekalkan Naiim RM20. 
Naiim banjer sikit je..so masih ada balance la kan..

Masa kami lepak kat  "The Ridge-Teja by the Sea" tu ada la dorang sediakan
motor dan keta untuk bebudak naik.. Naiim dah besar dah takboleh naik la kan..

So, masa aku nak bayarkan untuk Aleesya naik motor comel ni
Naiim dari kejauhan cakap " Ibu.. tak pe Naiim bayarkan untuk adik, Naiim ada duit ni"
hmm... tak sangka aku tau..
untuk adik apa pun tak pe yer Naiim...

tetiba aku rasa bahagianya aku...
terdetik di hati kecilku... nanti kalau Naiim dah besar dah bekerja, mesti dia akan belikan macam macam
untuk adiknya... mesti dia akan rindukan adiknya bila berjauhan.

dalam aku mengelamun tu, my abang tanya..
Ana, Naiim ngan Aleesya tu beza umur 6 tahun kan..
tengok cara tu rasanya memang Naiim takkan pukul adiknya la kan..
dah pandai sayang adik..
ni mesti kes adik naik kepala pun dia diam je la ni... 

tau tak pe bang... tu la yang Aleesya ambik kesempatan!!!!!

 
huh..abang aku yang beza umur 2 tahun jer ngan aku pun sayangkan aku ke main lagi kan..
inikan pula Naiim yang beza umur 6 tahun, lagi la kan..


sekarang ni si Naiim, kalau pergi pasar malam, getah rambut pun dia belikan untuk Aleesya..
kalau part makanan tu jgn cakap le, mesti ada jugak untuk si adik..



Note: Aleesya, I'm born to be your brother k..





*** If you drop me, I will break. If you hold me,  I will shake. If you need me, I will hurry. 
      If you don't call me, I will worry. If you hurt me, I will cry. 
     But if you leave me, I will die.