Wednesday, March 30, 2016

Kebetulan Atau Peluang

Bila sesuatu yang tak di rancang tu berlaku kita akan tanya kenapa..kenapa..
hingga kita terlupa untuk melihat dari sudaut yang lebih positif..

hehehe... cam tu lah apa yang aku fikir sebelum ni pun
Naik meroyan grrrr pun ada time tu.


Ok lah citernya cam ni, Kat tempat aku keje ni ada Majlis Pelancaran ORI...TU
tak yah citer la ORI...TU apa dia kan..
So, sebagai tuan umah, kami kena la buat sikit persembahan yang menunjukkan kebudayaan Penang ni

Berlatih la aku ni sampai mengah mengah...Aku cuma fikir tentang persembahan tu je..Menda lain tak nak get involve dah..

 

Last minit, masa majlis bermula, datang la bos kedek kedek terus cakap "U jadi Emcee"..
Gelabah tenuk aku time tu. Nak kata taknak tak boleh dah..
sebab memang dah kat pintu masuk dah.. satu langkah je lagi memang stage la kan..

hape? kome ingat aku nampak cool gini tak gelabah ke?
nak kena anounce yang berbahagia la,yang tu la yang ini la..
sib baik tak announce nama cik abang sayang.. ahahahaha

Alhamdulillah, dengan dibantu oleh gerak mata body language Bos, lastly aku berjaya jugak
walaupun aku tak dapat buat sebaik 100%
Tapi aku tak delah nak malukan Bos aku pada Majlis penuh istiadat that day.


Tapi....
Bila aku fikir balik, mungkin ini kebetulan, tapi mungkin juga ini adalah satu
peluang yang Allah beri agar dapat menonjolkan bakat terpendam aku

Seyes aku cakp, aku tak de lah gelabah bagai..
hurmm..mungkin sebab dah biasa dok bagi speech kowt kan..



Note: Baru tau aku ada bakat. hahahahaha 



Tuesday, March 29, 2016

Semoga Tenang Di sana

Assalamualaikum...
Terasa nak update la pulak hari ni.. 

Salah sorang kakitangan HSMPEN telah pergi buat selama lamanya..
Terasa sangat kehilangannya


Ok lah aku bagitau..Nama empunya insan yang kelakor ni ialah
En.Yusoff
Kalau dia ada riuh rendah office tau


Masa ni aku gi melawat dia sebab tetiba je dia sakit
admitkan dia kat Pantai Hospital


Ramai jugak staff yang join sekali pergi tengok dia..
even sakit sekalipun dia memang havock k


Sunyi la kami kejap kat office bila dia sakit tau..


Then kemudiannya beliau di masukkan semula ke GH atas sakit yang sama
Aku sempat jugak pergi melawat


 
ek eleh... tercandid pulak kat sini
dah ghuper cikgu tadika pon hado.. hehehe..
hehehe mak cik pekenen time ni hokey!!!!


Dan.........pada tanggal 15/03/2016 beliau telah pergi meninggalkan kami
buat selama lamanya..

Alfatihah.. Semoga beliau tenang di sana


Note: sempat makan koay teow kungfu semeja 


Monday, January 25, 2016

Hanya Tinggal kenangan Anakku Aisyah

Pejam celik pejam celik dah lima kali aku mengandung..
wow..kalau la kesemua anakku itu dapat lihat dunia.. akulah ibu yang mempunyai 5 anak.
best kan...

anak kedua dan ketigaku keguguran.. tunggu ibu di sana ya nak..
bagi kandungan kelima ni..
hmm..nak titipkan kenangan kat sini..


Dah nampak perutku memboyot... best sangat sangat bila dapat tahu ada fetus sedang membesar dalam perut..
Ni masa aku ngan kawanku gee jenjalan lepas kenyang makan kenduri my friend NorEsah..


Selamat pengantin baru Nor.. Moga bahagia hingga ke jannah tau.


Masa ni aku lepak lepak berpicnic bersama ngan familly mertua di Batu Feringghi..

Happy sangat carry anak kelima ni dalam perut..
Usia kandungan pun dah hampir 4 bulan.

Ni sewaktu melawat my staff admitted kat Pantai..
Di awal kandungan lagi..


Ini je lah wajah wajah yang sempat ku simpan sewaktu mengandukan anak kelima ku.

Walaupun Allah tak memberi peluang untukku bersama sama dengannya di dunia ini,
Aku bersyukur kerana Allah memberi peluang buatku untuk merasai 
kehadiran bayiku di dalam rahimku..

Di saat kau kaku membujur, ibu relakan kau kembali kesana anakku Aisyah..
Ibu tahu sayangku... kita pasti bertemu di sana..
Kau bertemulah dengan adik adikmu dahulu ye sayang..

Note: Sayangku Aisyah.. Ibu tetap merinduimu sayang..

4 January 2015

Nak je kan update my blog..
Bukannya apa..tarikh keramat dan sesuatu peristiwa tu kalau dah lelama ingat ingat lupa la pulak

Penghujung 2015 memberi kesan yang sangat sangat mendalam kepadaku
30/12/2015 tak de angin tak de ribut.. tetiba je aku di sahkan demam denggi
masalahnya aku sendiri pun tak tahu yang aku demam denggi

Memandangkan aku mengandung jadi pemantauan lebih rapi dilakukan..
aku di admitkan dan tahap kesihatan aku di pantau
platlet darah aku turun hingga 16 kata doktor..

Pada 4/01/2015 aku bebas denggi cuma platlet tu ja kena ambil masa sikit 


Tetiba tak semena mena air ketuban keluar..
korang tahu kan apa maksudnya...
Dalam usia kandungan aku dalam 17 minggu tetiba air ketuban keluar..
aku dah dapat jangka apa yang bakal aku lalui selepas ini

Doktor scan perut aku dan dapati air ketuban di dalam rahimku telah kering
Ya Allah.. tabahkan lah hatiku kuatkanlah semangatku..

Petang tu jugak, masa hubby datang melawat
kurangkul suamiku dan berbisik.. "Anak dah tak de"
Suamiku dalam nada terkejut tapi tetap tenang..
ku menangis di bahu suami semahu yang boleh...
Tapi..ku masih bertahan kerana emosi ibu dapat memberi kesan kepada bayi dalam kandungan..

Tetiba aku mula sakit.. sakit contraction !!!
ku tahu,baby dah menunjukkan tanda tnda ingin melihat dunia..
Ku redha..pada saat itu, pabila doktor menyatakan
"Baby yang lahir pada usia 17 minggu memang tiada harapan untuk hidup"
Ya Allah besarnya dugaanmu..


Jam lebih kurang 5-5:30 prtang ku melahirkan bayi perempuan yang cukup sifat
malangnya bayiku tidak bernafas lagi..
Ku redha ya Allah...kerana hanya Allah yang lebih mengetahui atas segala galanya

bayiku selamat di kembumikan di kampung suami..



Note: sesuatu yang berlaku ada hikmah disebaliknya.


Sunday, November 15, 2015

Malas tapi lapar

Bila tiba malam dan mood malas melanda..
Jom bang makan kat luar je lah.." Ayat malas masak yg sinonim la kan"


Aku lapar tapi malas nak makan.. hahaha.. acaner tu?
makan pun boleh malas ke?



pusing pusing cari tempat makan, last lepak kat Kari Kepala Ikan Sungai Ara
Naiim order Chicken Chop.. dap gak rasanya
RM 8.00 je.. 


 Aku ngan Aleesya order simple jer..
alah..makan takat larat tarik selimut tido nanti dah le..

Last Naiim tak habis pun makan Chicken chop tu..
papa la jadi MPPP...


ok tu jer citer kami..

Note: Naiim mood tak ok, tak mo bergambar.

Thursday, November 12, 2015

Nak Aktif ke Tak Nak?

Lamanya tak layan blog aku ni..
malas ke, sibuk ke.. ntah la..

Sebenarnyer memang tak de masa pun
tapi sesekali tu aku  akan updated jugak.
sebab banyak kenangan yg aku abaikan gitu je..

Gambar ni saja je aku snap masa lalu kat empangan ..
Nampak cantik dan sejuk mata memandang..



Macam tak best pulak kalau tak update blog kan..
Nanti kosong je cerita ceritut..

Cam no anak cucu nak usha usha kan..



Note: Tengah Warm up

Thursday, September 17, 2015

Lamanya tak Jumpa Boyfriend Ni...

Jam menunjukkan pukul 9.00 malam.. Aku masih lagi berlegar legar di Office
hah... tak balik lagi? Buat apa sampai malam kelam kat Office tu?

Okeylah.. sesapa yang pernah jadi hotellier tahulah apa itu
MOD = Manager On Duty.
Of coz tahu jugak mcm mana mana nak completekan 8 hours dari pagi sampai malam..
hahahaha...

Aku pun baru je tahu benornya...
 Yang ni benornya my Brother In Law..
Baru balik dari Australia.. saja datang ziarah kakak ipar yang drive crazy kat Penang ni.

Kebetulan masa dia datang aku tengah MOD, so lanjer dia makan kat Cafe Hotel ni ler
(eh lupa nak gitau, aku now keje kat Otel.


Sengih sengih mcm kerang busuk . 
Snap picture ni sent kat wassup hubby, gitau yang adik dia tengah dating ngan aku..

Apa lagi kan.. dari Umah terus dia speed datang Hotel jemput adik dia
tak sempat nak nunggu aku habis duty..

BIL tido semalam je kat umah...


Note: Ok..Raya nanti kita bergebang sampai lebam..