Thursday, January 5, 2017

First Hand Writing Aleesya Dania

Suka dengan progress Aleesya sekarang
walaupun sekolah barunya ni start awal, Aleesya kemain sengat lagi nak ke Sekolah

Semalam lepas je balik dari mengaji Quran
Aleesya penuh semangat buat homework.

tengoklah gigih gigih dia buat kerja sekolah..


tara.... si kidal ni telah berjaya menulis sambil mengeja namanya..

Pagi tadi masa si papa baik kerja, Aleesya siap tayang tayang kat papa...
puji melambung toing toing la si papa ttg hasil kerja kreatif anaknya ni kan..

kreatif sangat kan..



Note: dapat tulis melengkoi lengkoi mcm ni pun ibu banggga dik..

Wednesday, January 4, 2017

Tukar Sekolah -Aleesya

Benda yang dah lepas tu lepaslah kan...
Aku dah malas nak ingat dah, 
Makanya Aku dah pun tukar Aleesya ke Tadika yang lain..

Nampaknya Aleesya kemain seronok lagi kat Tadika baru dia
Time aku hantar pun ok je.. 
masa aku ambil balik pun ok jugak..
balik rumah penih dengan cerita yang menarik, siap dengan gaya bagai..


Kalau dulu masa dia belajar kat Tadika NI
tak pernah pun dia balik cerita ttg keadaan sekolah
nama cikgu pun dia tak nak sebut nama..


Bila tengok perubahan dia masa kat sekolah baru ni
luluh hati ni.. hanya aku yg dapat rasa..

Tapi tak pe.. masa masih muda..


Note: Ustazah nak pergi school dah...
tak mo nakak nakal tau


Monday, January 2, 2017

Lisptic MAC

Hari ni datang office setelah cuti lama...
sampai je office teteiba ada menda comey jer lepak kat atas meja..

Wow lipstik MAC lagi tu..

Hari tu meronda kat Queensbay pun telan air lior je tengok harga lipstik MAC
nak beli tapi..poket mcm tak izinkan... 


Tetiba tercongok atas meja...
wuish... sapa yang bagi ek..


Ada sesapa yang baik hati bagi ke?
ada foundation ke, bedak ke, mascara tak?
hahaha... ayat melampau ar kan..
BTW memang appreciated



Note: Thanks kepada sapa yang bagi ni.. I love it

Episode 1- Kota A famosa Melaka

Lepas je kami rehat kejap kat Avillion Legacy,
Then hubby terus ajak gi jenjalan ronda kawasan..hehehehe

Dah lama janji ngan Naiim nak datang melaka.Sejak Tahun 2015 lagi
tour guide kami.. hahahaha
jenuh jugak nak menapak naik tu.. penat you...
 gedik gedok ngan my anak dara
 masam jer anak bujang I



 hehehe....

Saturday, December 31, 2016

Episode 3 - Heading to Melaka - Avillion Legacy

Sebab aku puas hati sangat stay kat Avillion Legacy ni
So, kali ni aku nak bawa familly keciik aku stay kat sini pulak
That day aku stay kat Avillion atas urusan kerja

memang awal awal dah booking
dapat bilik studio suite..
bedaq baq hang..
Lobby dia cantik sangat
rasa nak menari ballet la kat sini..
dah penat kita lepak dulu yer..
 Lepas check in tu, 
anak anak terkam bathroom
 terus masukkan air dalam bath tab
 Suka bathroom dia..luas  sesangat
 dah start dah bebudak ni mandi buih
 berebut nak masuk bath tab
peace by Aleesya...
 Ok..Aleesya plak nak konker 
hehehe..



Friday, December 30, 2016

Komen Awesome kat Report Book Anak Umur 5 Tahun

Sebagai parent mesti korang nak yang terbaik buat anak anak kan..
Macam tu la juga dengan saya..

Ok  nak tanya le kan, apa perasaan korang bila dapat komen kat report book anak anak korang
mesti ada yang senyum lebar
kerut kerut dahi
Nak marah
atau.. tak rasa apa apa

Kalau korang nak tahu... apa yang saya rasa bila dapat report book anak saya  yang berumur 5 Tahun
Saya repeat sekali lagi ok
5 Tahun... 


Saya confuse!!! sangat sangat confuse...
dan nak ketawa guling guling pun ada... hadoiiiiii
Penggal pertama dan dan penggal kedua komen menda yang sama..

Baca Komen penggal kedua pulak...
Nampak mcm Anak saya dah tingkat usahanya dalam menyembang dan tambah lagi usaha nyer dalam bermain la pulak kan.. 

Ayat cikgu pun minta teruskan usaha.. so betul betul berusaha la anak saya tu. Siap bagi bonus kat cikgu dengan bermain.( lihat komen penggal kedua) peace kacang peace 

Pertama kali saya dapat komen macam ni untuk student umur 5 Tahun. 

Apa yang bermain di kotak fikiran saya sekarang :-
- Sepanjang setahun cikgu hanya buat Observation tentang anak saya bersembang je ke?
-Cikgu cuma nampak anak saya bersembang dan bermain je ke?
- Ulasan yang di beri tu berdasarkan pencapaian murid ke?
-kalau nak observe tentang menyembang dan bermain je, nenek dia pun boleh notice yang cucu dia suka sembang dan suka main..

Bagi saya,Semua budak suka bermain
Tapi tak semua budak suka bersembang/banyak mulut
setahu saya budak banyak mulut ni budak cerdik sebab dia akan tanya banyak benda dan pada masa yang sama dia akan develope dirinya


Saya tak kisah lah kalau cikgu bagi ulasan, contohnya "anak anda lemah dalam Matematik" tingkat usaha. Anak anda tak pandai membaca, teruskan usaha... 
Sebagai paren, saya akan berusaha memperbaiki kelemahan yang ada pada anak saya dengan memberi penekanan yang lebih terhadap pelajaran yang cikgu bagitau tu..

Tapi.. kalau bersembang ? hurm.. sebelum masuk tadika pun anak saya suka bersembang.. memang dah tahu pun.. Ishhhh.. mungkin dasyat sangat kot anak saya bersembang kat sekolah tu kan..
Sampai outstanding gitu... nampak ketara sangat kot bakat menyembang dia..
Mmmm.. .. muhasabah diri ok..


Eh.. mana tau kan, dengan bakat bersembang anak saya tu, nanti boleh jadi wakil rakyat ke, pensyarah ke, lawyer ke?... ha... mana la tau kan masin mulut ibu ni..

Terima Kasih Cikgu.
Terima Kasih buat guru anak saya yang mengajar anak saya selama setahun di Tadika
Terima kasih kerana menjaga anak saya dengan baik walaupun hanya untuk 1/2 hari 
Terima kasih kerna menjadi mata dan telinga saya sewaktu saya bekerja
Terima kasih di atas ilmu yang Diberi
Terima kasih kerana pulas telinga anak saya
Terima Kasih kerana herdik anak B**D**
Terima Kasih Kerana Rentap tangan anak saya dari rangkulan pinggang suami saya
Terima kasih kerana bersabar dengan karenah anak saya selama 11 bulan di sana
Terima Kasih kerana kekadang hantar anak saya balik
Terima Kasih kerana sedarkan saya bahawa saya perlu lakukan sesuatu demi masa depan anak saya

Saya tak dapat nak balas semua tu dengan wang ringgit dan kudrat yang saya ada. Tambahan pula saya tak setabah cikgu untuk menjadi warga pendidik yang bertauliah.


Saya hadamkan semua yang berlaku tanpa membuka mulut kepada pihak pengurusan cikgu, kerana saya tahu, setiap manusia ada kelemahan dan kelebihannya tersendiri.
Saya juga tahu, apa jua yang terjadi, menjadi satu liku liku kehidupan yang terpaksa anak saya lalui demi menjadi "Better Person" di masa hadapan. Saya mengambil pendekatan.. Ala... saya dulu pun masa sekolah pun kena cubit perut jugak, kena ketuk ketampi jugak, kena berdiri atas meja jugak...
( Tapi time tu dah masuk sekolah rendah la) bukan time Tadika a.k.a 5 Tahun.


Insya Allah, Tahun depan cikgu tak perlu nak susahkan diri mengajar anak saya sebab saya dah tukarkan anak saya ke sekolah lain. Mungkin anak saya tak sesuai belajar di sekolah cikgu. 
Terima kasih yer cikgu.




Thursday, December 29, 2016

Episod 2 - Heading to Melaka - R&R Tapah

Sorry aku tak inggat hubby singgah kat R&R mana ntah
Sebab Aleesya nak mandi..

Hahaha... kami gerak awal dari Simpang Pulai
So, si Aleesya kami angkut angkat dia masuk kereta cam tu je
kalau nak tunggu siapkan dia... mesti lambat nak sampai Melaka


Displaying IMG_6252.JPG
Lama kami menunggu untuk dapat turn mandi
last Naiim datang jemput kami kat toilet..hahahha
sebab tak tahan menunggu dalam kereta

Dah si Naiim nak makan Ice Cream Baskin Robin
oklah..ibu belikan yer

Displaying IMG_6254.JPG
Kat mana sedapnya pun aku tak tau
Aku tak rasa pun Ice cream ni sebab merajuk , hahahahaha

Displaying IMG_6255.JPG
selpie berdua...
dah Aleesya pulak merajuk..
sebab aku peluk peluk abang dia...tapi tak peluk dia..
Adeh..

Displaying IMG_6257.JPG
ok lah.. ibu selfie ngan Aleesya jugak
rambut tak bersikat lepas mandi..
Nanti kita grooming cantik cantik dalam keta k


eh.. terjumpa pulak si cantik manis ni
nak dia suapkan akulah..

Adeh tinggi pulak dia ni
suap masuk lubang hidung 


Image may contain: 2 people, people smiling, people eating
oklah dah nak masuk mulut pun..
kira ok lah tu..


Note : Jom kita terus gi Melaka