Tuesday, September 15, 2020

Permata Hati

 Bila sunyi sunyi memalam ni, terbelek belek la gambar yang meninggalkan banyak memori indah..

Throw back moment Birthday Aleesya yang ke 9.
Si abang menyakat si adik bila si adik nak sayang dia.
sengaja kan bawa lari muka tu ke sana ke sini, adik sampai malu malu meow



Last... dapat juga adik sayang kecepuk kat kat pipi abang...
Memang si Naiim ni suka nyakat si Aleesya. Kadang kadang tu sampai naik naik rimas aku.

Hakikatnya itulah waktu waktu indah abang dan adik bila membesar.

Alhamdulillah, Allah kurniakanku seorang anak lelaki dan dan seorang anak perempuan. 



Jemput Naiim

 Dah sebulan Naiim pergi ke asrama

lamanya dia kat asrama sebab covid19,somemang tak boleh kerap balik.

sesapa yang ada anak stay asrama tu tau lah macam mana rasa bila anak berjauhan. Rindu tu tak payah nak cakaplah kan..


redah jem semata mata nak jemput insan tersayang..

Habis je kerja hari ni terua speed pergi jemput dia. cuti hari Malaysia sambung hingga ke hari sabtu. 4 hari kat kat rumah.bolehla  melepaskan rindu..

Nanti balik asrama tak tau lah bila pulak dapat balik.
Covid19 ni pun tak nak tinggalkan Malaysia.huhuhuhu..




Tauhu Begedil

Pagi  tadi masa pergi beli kuih 
ternampak Tauhu Begedil 
Terus fikiran melayang kepada my staff Wansu..
dia ni memanng hantu Tauhu Begedil..
oklah, kita lanjer dia..

Happy lettew dapat Tauhu Begedil pepagi an..an..
nampak je tauhu begedil terus di datang peluk peluk kita
ouch toucing beb..
rasa mcm mak mak beli makan untuk anak le pulak..
she is so sweet tau.


 Terus rasmi pepagi..
sedap yaqmat katanya...

Happy tau bila kita belikan something yang orang sangat sangat appreciate.


Note: tashabar nak gedik santai ngan dia ni hujung minggu nanti
💋💋💋💋

Monday, September 14, 2020

Dah Pandai Nak Bergaya

Now my anak dara dah pandai nak bergaya
walaupun dia selesa je dengan selipar jepun
tapi sometime teringin ler bila
kengkawan ada kasut cantik
Kami singgah kejap kat teso e- gate sebab nak beli barang barang grocery
tapi..tapi.. my anak dara ni
terbekenan la pulak kasut biru
Pandai pulak tu pergi pilih and bayar sendiri
duit tak der tapi pau ibu ler..
🤣🤣🤣


Nah hasil pau Aleesya from my pocket money. Nasib baik RM30 jer




 

Pulau Jerejak

Dah dekat 20 tahun stay kat Penang ni

tapi belum lagi melangkah pergi ke Pulau Jerejak.

So...lets go there ..

is about 9/8/2020 story 

 

 


Kami stay kat Jerejak Spa Resort. book online jer 
https://www.jerejakislandresort.com/
book sekali dengan boat.


Za, me and fael
Sementara nak tunggu time untuk naik boat ke sana kita lepak lepak jap

my friend since year 1.


ok boat dah sampai, kita naik boat..
perjalanan dari Jetty Pulau Jerejak hanya mengambil masa dalam 5-10 minit saja
RM 20 untuk dewasa pergi balik
kanak kanak bawah 5 Tahun free jer
 boleh book kat link https://jerejak.trip4asia.com/facebook.php

Saja la nak duduk kat depan, 
last Air terpercik kat muka.. hahahaha

Ok kami  dah sampai.. 
Lepas check in kat kaunter, kami check in kat Chalet Belantara..

Luas biliknya, kami yang stay 5 orang sebilik pun rasa luas..
berbaloi..
Harga bilik RM 238.00

Give me Five. hahahahaa..
kita rest jap, nanti kita explore apa yang ada kat sini yer.












Tuesday, April 7, 2020

TB _Family Time _Bowling

Plan lama dah nak main bowling ngan my adik beradik
memandangkan adik akusorang tu stay kat KL
jarang jarang sekali balik, so kami tunggu sampai dia balik baru main sekali

Kami set up main kat Sunshine Square..

Mak pun kami bawa sekali, kalau mak sihat rasanya mak pun join sekali kot
tak pe mak... mak usha jer k
anak anak mak memang terror..
terror longkang muahahahaha...
Mesti mak best kan bila anak anak mak berkumpul cam ni kan
I wish, bila aku dah tua nanti pun anak anak aku baik baik je memasing
tak gaduh gaduh 

My abang, my adik dan my anak saudara..
tema putih pula kami 3 beradik hari tu.

gaya aku beraksi, ecewah mcm terror la kan..
last ke longkang juga

Tak pe lah, janji quality time bersama tu yang penting..

Hahaha.. gaya my abang bila strike..
nyamfah tau...


** Family first**

TB Membeli Retak Seribu Di Kuala Sala

Nak buat makan makan sikit
So kami ke Kuala Sala untuk mencari retak seribu

Kita layan view dulu yer,
sambil tunggu nelayan bawa pulang hasil laut

memang respectlah pekerja pekerja yang asingkan jenis jenis siput
memang laju keje dorang.

Sambil menunggu my adik ipar yang bongsu pilih siput
kami bergulau senda..
Siput apa ni ek, kalau aku tahu makan je
namanya tak tahu..
Yang ni pun sama, comel pulak siput ni aku tengok
Tapi kamu tak beli yang ni
Kami beli yang
Yang ni aku tau la, nama dia Retak Seribu..
hehehe...
ok, dah di timbang
kami beli dalam 80kg
nak buat makan makan sempena hari keluarga..



Ok, dah habis shopping Retak Seribu, jom balik
nak urus kenduri esok..