Showing posts with label Amirul Naiim. Show all posts
Showing posts with label Amirul Naiim. Show all posts

Sunday, August 15, 2021

Abang dan Adik

 Mood baik dua beradik ni

kadang kadang bila dorang bergaduh naik bingit telinga. Bila aku amat amati dorang ni bukanlah bergaduh sangat, cuma hobi dorang suka sakat menyakat di antara satu sama lain.


Bila menyakat tu si adik kalah mulalah drama air mata bersiaran.



Adik tu manja sangat ngan abang... Tapi abang tu kadang dia tunjuk sayang dia tu. Kadang tu ego sket tak nak layan manja adik.


Semoga anak anak ibu dikurniakan ikatan silatulrahim yang erat hingga ke syurga.



Wednesday, September 16, 2020

Chiken Briyani @ Kapitan Triangle

 Bawa mamat nasi kandaq ni mengandaq jap.Kalau balik rumah je tak.pekena ayaq tangan mamak memang tak complete kot.

Sebelum pergi tanya dah nak makan briyani ke Mc Donald. Cecepat dia jawab briyani ar.c Donald kat kat mana mana pun ada

aksi si ibu mencurahkan susu masam. teman anak la sangat,walhal ibu yang lebih kan..kan..

Hari ni kita gantung periuk
atoq kedai makan.
papa gaji kan..kan..kan..
hihihihihi.
merenenung jauh tu... tengah fikir bila balik asrama dah tak boleh makan cenni kan kan.

Si adik mcm biasala,sukahatila nak makan apa pun. tak fikir makan sangat.fikirkan handphone kat tangan je.


Note- hari membahagiakan tekak


Tuesday, September 15, 2020

Permata Hati

 Bila sunyi sunyi memalam ni, terbelek belek la gambar yang meninggalkan banyak memori indah..

Throw back moment Birthday Aleesya yang ke 9.
Si abang menyakat si adik bila si adik nak sayang dia.
sengaja kan bawa lari muka tu ke sana ke sini, adik sampai malu malu meow



Last... dapat juga adik sayang kecepuk kat kat pipi abang...
Memang si Naiim ni suka nyakat si Aleesya. Kadang kadang tu sampai naik naik rimas aku.

Hakikatnya itulah waktu waktu indah abang dan adik bila membesar.

Alhamdulillah, Allah kurniakanku seorang anak lelaki dan dan seorang anak perempuan. 



Jemput Naiim

 Dah sebulan Naiim pergi ke asrama

lamanya dia kat asrama sebab covid19,somemang tak boleh kerap balik.

sesapa yang ada anak stay asrama tu tau lah macam mana rasa bila anak berjauhan. Rindu tu tak payah nak cakaplah kan..


redah jem semata mata nak jemput insan tersayang..

Habis je kerja hari ni terua speed pergi jemput dia. cuti hari Malaysia sambung hingga ke hari sabtu. 4 hari kat kat rumah.bolehla  melepaskan rindu..

Nanti balik asrama tak tau lah bila pulak dapat balik.
Covid19 ni pun tak nak tinggalkan Malaysia.huhuhuhu..




Friday, July 14, 2017

Pasukan Hoki SKPDL

Anakku Naiim..
ibu tak dapat bersama samamu di padang hoki

 ibu tak sempat melihatmu beraksi..
Namun dari kejauhan ibu melihat setiap detik gambar gambar yang 
di post oleh gurumu di wassup group..

 Ibu tak pernah letih berdoa untuk setiap kejayaanmu..
Ibu tahu Allah sentiasa bersamamu..

 Ibu abadikan gambar gambar kamu dan kawan kawan seperjuanganmu di sini..
supaya di masa hadapan kamu menghayati detik detik manis alam persekolahan..



 Ibu tidak mengenali semua kawan kawanmu..
cuma sorang dua je yg ibu kenal..

 Terima kasih wahai anakku Naiim...
sesudah subuh tadi..
sebelum perlawanan...
Ungkapan dari bibirmu..

Abang nak main dengan bersungguh sungguh..
Kemenangan abang abang hari ini
adalah Hadiah untuk B'day ibu..


 Walaupun hanya di tempat ketiga hari ini..
Ibu tetap bangga kerana niat suci mu itu wahai anakku..

be good boy..
be good Son 
and be a good slave to Allah..


Note: Jaga hubunganmu dengan Allah maka Allah akan jaga hubunganmu dengan orang lain...




Saturday, June 10, 2017

Happy Birthday Naiim & Nisa

Naiim ngan kazennya lahir pada tarikh selang sehari je
so, kami plan nak sambut bersama..
Tambahan pulak time tu Anniversary kami..
So, kami Celebrate kat Syabu Syabu Stimbot di Ipoh.

Happy Birthday buat anakku Naiim..
Ibu doakan Naiim menjadi anak yang soleh
nanti besar jaga ibu ngan papa baik baik yer..
ibu sayang naiim sangat sangat..

Ibu ngan papa tumpang kek Naiim je lah
sempena menyambut Anniversary yang ke 14 Tahun..
Doakan kami kekal bahagia hingga ke Jannah yer..

Naiim dan cousinnya Nissa..
hahaha nangis nangis Nisa malam tu..
berebut nak potong kek ngan Naiim kowt
Anak dara ni pun tak tumpang jugak
B'day dia lambat lagi..hehehehe..
meh ibu suap sket..
membesar dengan baik yer sayang..
seoga sentiasa berada di bawah lindungannya..
doa untuk ibu dan papa banyak banyak yer..
Ibu ngan papa Nisa..
hehehe... proses menguli kek oleh Nisa..
20 tahun lagi ko tengok gambar ni Nisa oii..
mesti ketawa berbahak bahak kan
Mak Uda doakan Nisa jadi anak yang solehah
dengar cakap mama ngan papa kamu..

kekalkan hubungan bahagia ni yer sayang sayang ku..
walau jarang berjumpa..
tapi kasih sayangku pada korang semua tetap utuh di jiwa..


Note: Bahagia itu juga rezeki dari Allah..

Thursday, January 8, 2015

Berebut

Hmmm... lama dah aku tak update tentang cerita kenakalan anak anak aku kan.
Sejak Aleesya dah semakin membesar ni mcm mcm karenah dia ni tau.
 
Kalau sebelum ni Naiim asyik berlembut je dengan si Aleesya
tapi...sampai bila kan..sesekali kena jugak le si Aleesya dengan si abang tu.
 
 
 
 
 
Sebab Aleesya asyik konker je ibunya ni kan..
sampai Naiim nak peluk aku pun tak boleh dah...
 
kalau si abang dating dekat sikit je dekat aku, mula la dia mencelah..
kalau tak dapat segala benda yang kat tangan sure akan jadi bahan utk pukul abang
 
ketuk abang dengan botol susu, remote control la, toys la
apa saja yang ada kat tangan sure si abang akan dapat sakit..
 
kat atas tu aksi Aleesya kat Airport tempohari
tengoklah si Naiim kena curi curi peluk aku dari belakang..
 
 
Tai kan.. Si Naiim paling suka bila aku carry dia dengan motor
sebab Aleesya duduk kat depan, so Naiim boleh peluk kuat kuat dari belakang
yang pastinya Aleesya tak Nampak. hahahahahaha...
 
 
Bila time makan, Aleesya selalu marahkan si Naiim
dia cakap si Naiim makan tangan kiri..
hahahaha.. ye la kan, dah Naiim duduk ngadap dia, mestila tangan yg suap nasi tu
tidak berada di sebelah yang sama...
 
jenuh la si abang kena duduk sebelah  dia semata mata nak proof kan
yang si abang memang makan dengan tangan kanan...
hahahaha..kelakor.
 
pernah suatu hari Naiim bersungut kat aku kerana dia rasakan aku lebihkan si Aleesya je
tersentuh jugak hatiku ketika itu..
 
tak de nak beza beza pun anak anak ni. Tapi kalau dia terasa
maknanya ada le tu kekhilafan yang telah aku lakukan..
 
Then sekarang ni kalau ada masa, aku akan hantar Aleesya ke rumah bb sitter
then aku bawa Naiim sorang je jenjalan..
hmmm... biar dia rasa yang aku pun saying sangattttt ngan dia
anak... sape tak saying kan..kan...hehehehe..
 
 
 
Note: Ku cuba menjadi ibu yang terbaik di Dunia..
 
 
 
 
 


Monday, December 15, 2014

Naiim...Permata Hatiku

Sempena Majlis penyampaian hadiah kat sekolahnya, Naim ajak aku pergi sekali
Ye la..alang alang tak buat apa kat umah aku pergi lah kan..
 
Ni acara khatam al-quran. Naiim tak ada la.. dia belum boleh qatham quran lagi..
 

 
 
Now part Naiim bernasyid..
nampaknya mcm tahun tahun sebelum ni le kan..
Naiim jadi tekong..
 
Naiim ni kalau kat umah tak de la menonjol sangat
tapi kalau kat sekolah tu syukurlah diberi kepercayaan..
 
 
Aku suka sangat pendedahan yang sekolah berikan untuk dia..
at least dia dah dilatih untuk membina keyakinan diri..
 
Biar dia berani mencuba... ye la di masa mendatang banyak lagi cabaran
yang harus ditempuhi..
 
 
Tapi... Kumpulan Nasyid Naiim menang jugaklah hari tu. Tahniah yer..
menang pun bukan sebab naiim tapi kerana semangat berpasukan dan dengan izin Allah juga
 
 
Note : Ibu tetap menyokong kamu..