Friday, October 2, 2020

Tragedi October 2020

 Hari ni, jam 3.48 petang, my hubby just waassup inform jgn balik lambat.


dari tengahari dah balik tapi tak nak ganggu wife sedang kerja. memandangkan my office hour habis pukul 4. Dah dekat dekat pukul 4 baru wassup. tak nak aku risau lettew. 

Baca je mesej tu. sure hati terus risau. habis kerja terus speed balik. kesian dia. Cepat cepat aku ambil minyak dan massage pinggang dia.

Then dia minta aku papahkan ke bilik air sebab nak kucil katanya. 
Nasib baik kat kat rumah ada kerusi ni. So, let him sit on this chair.

Lepas makan malam.kena ambil ubat yer.
doktor cakap kena tunggu 1&2 hari kalau still sakit kena buat xray.

Harap harap nothing serious. 







Singgah Manjung

 Kami check out awal sebab balik nak singgah kat beberapa tempat. Mak pun dah call minta singgah kejap kat rumah my abang di Alma.

Nasi hujan Panas dengan ayam masak merah. Menu breakfast pagi ni, Aleesya punya.

Ni menu aku. Makan  bihun goreng singapore dengan buah je
Mula tu ingat nak speed bali Penang jer,
Tapi kawan my hubby call minta datang umah dia kat Majung
o lah kita singgah manjung kejap.
let them borak borak ate lama tak jumpa kan.

Dulu they all pernah kerja sekali. Tapi kawan my hubby dah tukar profession
dia dah berpindah balik kampung

sembang punya sembang dah tengahari.
Kami kena gerak balik Penang . Lagipun husband nak singgah makan mee udang kat Kuala Trong.
hehehehe...
makan lagi. 





Thursday, October 1, 2020

Night @ Lumut Water Frront

 Lepas makan kami meronda di sekitar Lumut Water Front, saja la ambil angin malam.Nak balik hotel pun malam masih muda. 


Layan  jer lah, pistol buih Aleesya ni..
time aku main ni la buih tak keluar. hasihhhh...

Kami tunggu scooter yang besar untuk naik bertiga. Husband siap beli balloon Hello Kitty yang berlampu semata mata nak menikmati malam Merdeka kat sini. 

Last hampeh je sebab Scooter untuk 3 orang naik semuanya dah kehabisan battery. Hampa tau sebab tak dapat menikmati seperti yang di rancang.

Kami lepak lepak jap kat sini, Then decide untuk balik ke Hotel sebab dah penat sangat.


Balloon bercahaya yang menjadi kenangan . hehehehe.










Tuesday, September 29, 2020

Dinner@Lumut

 Lepas balik dari pangkor, kami rest kejap kat hotel dan lepas Magrib kami keluar semula untuk dinner.

Kami pusing pusing kat area water front tu untuk makan. Tapi tak jumpa. Last kami makan kat Restoren dekat dengan Masjid. Lupa pula nama apa restaurant tu.

masih boleh senyum walaupun kami tunggu makanan hampir 45 minit. hambek ko. Tapi tak salahkan restaurant juga, memang ramai orang dan pekerja pun tak ramai.
Tambahan pula malam merdeka kan.
masih lagi setia menunggu makanan. Tak pe lah tunggu juga lagipun kami tak rushing pun.cuma jenjalan santai ja malam malam.


Akhirnya sampai juga makanan.Nasinya portion sangat banyak. tak habis kami makan. Lauk pauknya sedap.yang ni aku bagi 5 bintang. 

Aleesya yang bising bising lapar tadi terus diam. hurm... macam anak burung bila lapar. hahahaha

Habis makan, kami nak ke suatu tempat lagi. Aleesya ni la, nak pergi taman permainan memalam. Papa ikutkan jer...haish...




Bye Bye Pangkor

 Feri ke Lumut dah datang. jom jom.

next time kita datang lagi yer.
Laju je papa, Yer la sebab malam nanti kami ada lagi aktiviti yang nak di penuhi.
happy je rasa walau ada sedikit keletihan.
Thanks papa sesekali jenjalan camni best tau.

Aleesya baring terus. kaki kat papa kepala kat atas paha ibu. 
Tiba tiba terdetik di hatiku, untung ko dik, ibu dodulu tak tak merasa la nak cenggini ngan tok dan dan tok wan. 

Masa ibu umur kamu tu, Tok wan dan tok dah berpisah. Bersyukur k dengan apa yg ada. 


Kalau si abang ada ni. confirm nyakat je kejenya.

Dorang Buat apa tu?

 Lama sangat nak tunggu feri balik ke Lumut. So papa ajarkan Aleesya tentang Ikan. hahahaha.

Papa tarik perhatian Aleesya minta dia usha je anak anak ikan kat tepi Jetty sebab Aleesya dah naik rimas menunggu.

sambil tu meh kita usha harga. mana tau nedt trip nak snorkeling pulak kan.
yang ni aku snap masa nak isi minyak motor kat Pantai apa ntah. lupa pula nama pantai tu.

ni lagi satu. 

ok kita sambung usha kawasan sekitar ya.Rasanya kejap lagi feri datang kot.

cantik airnya.Rasa tak puas, macam nak datang lagi. nanti kita datang snorkeling pula yer. 




Monday, September 28, 2020

Shopping Chocolate

 Sepanjang perjalanan kami dapat lihat Masjid terapung dan masjid cina. Cuma tak dapat jumpa batu bersurat.

Kemudian kami decide nak shopping coklat sebelum berangkat pulang. takut terlepas feri pula nanti kan.

Jenuh beratur nak beli coklat pun.
haruslah kan sebab time time covid ni kena ikut SOP betul betul yer

selain coklat,kain batik pun ada. Aku tak.beli pun kain batik sebab matlamat asal nak beli coklat jer.

coklat coklat kat sini memang sama macam kat Langkawi. Harganya je mungkin mahal mahal sedikit.

dah pilih mana yang patut. Tapi Coklat Daiim dah habis masa kami beli ni. Tak pe nanti kita belinkat kedai lain yer.

ok dah bayar jom balik.
ini je coklat yang aku beli. tak banyak pun sebab kalau beli banyak kang susah nak bawa kan..
kalau tak cukup, kita beli ja online nanti. hihihihihi

ok jom return scooter dan dan naik feri balik hotel.