Showing posts with label Aku.. Show all posts
Showing posts with label Aku.. Show all posts

Friday, October 2, 2020

Tragedi October 2020

 Hari ni, jam 3.48 petang, my hubby just waassup inform jgn balik lambat.


dari tengahari dah balik tapi tak nak ganggu wife sedang kerja. memandangkan my office hour habis pukul 4. Dah dekat dekat pukul 4 baru wassup. tak nak aku risau lettew. 

Baca je mesej tu. sure hati terus risau. habis kerja terus speed balik. kesian dia. Cepat cepat aku ambil minyak dan massage pinggang dia.

Then dia minta aku papahkan ke bilik air sebab nak kucil katanya. 
Nasib baik kat kat rumah ada kerusi ni. So, let him sit on this chair.

Lepas makan malam.kena ambil ubat yer.
doktor cakap kena tunggu 1&2 hari kalau still sakit kena buat xray.

Harap harap nothing serious. 







Wednesday, October 31, 2012

Balas dendam!!!

hahaha... chances yang ada di Hari Raya Aidiladha tempohari
aku gunakan untuk balas dendam kat abang ke dua aku
hambekkkkk.... 


kebetulan masa tu abang ke tiga aku ada
abang chaq aku tak de
apa lagi kami gunakan kuasa yang ada
2 lawan 1 . hahaha terkedu abang ke 2 aku



Kami siap dok ungkit ungkit kisah dia dodulu
suka sangat buli kami
suh kami wat itu wat ini
nak main tak boleh..
then kayuh basikal, sampai kaki aku masuk dalam Rim basikal, adoi!!!
malas nak ambik kami sekolah

 

Then abang ke dua aku pulak siap ckp
jeles le tu  sebab kami tak mau main ngan dia sebab tu la dia suka buli
suka suruh kami sapu sampah, simpan rumah
* then dia ugut aku jgn bagitau mak, sebab dia Hisap Rokok*
menci... menci....

then aku tambah lagi, dodulu nangis sampai guling guling
sebab nak suruh mak beli video player
sebab umah kawan dia ada jugak
pangai buruk.. tak kesian kat mak..
hahaha... mcm mcm kami  luah .

Nak tau apa reaksi abang ke dua aku?
Dia ketawa  terbahak bahak
baru dia tau yang kami memang tak suka ngan pangai dia 

tapi sekarang ok la
dia kan abang kami, 
then masa raya that day, dia la tercongok congok cuci umah mak
bangun sebelum susbuh tu, siap tadah air semua, basuh semua periuk belanga..
sian lak aku tengok. si kurus hitam tu..


Note: Korang Berani ke usik usik abang korang mcm aku?

Tuesday, October 9, 2012

Di sapa kekasih Lama

hah.. bagaimana perasaan anda bila tetiba jumpa ex boyfriend?
geram? gembira? lemah longlai? tak terkata? 
hahahaha..... mesti ada jawapan tersendirikan.. kan...

kalau aku, biasalah.. gembira la bila tengok dia pun bahagia sebab aku pun bahagia
sedih la pulak kalau dia tak bahagia, tapi sekadar boleh sedih je la kan...



ok.. ni aku nak citer
that day aku saja bawa Amirul makan kat luar, 
kami berdua je, hubby tak nak ikut
Makan kat restoren tepi pantai belakang umah tu je

renungan ala ala gambar ni le. kahhhhhhhhh
di hujung meja sana, ada seorang lelaki
mcm malu malu, pas tu senyum kat aku
dahi aku pun berkerut dok fikir sapa la lelaki  ni, aku kenal kah?

tak boleh recall gak, 
aku pelik kot, ish.. baju koyak ke? emmm ada yang tak kena ka kat muka aku
tak mungkin la dia nak ngorat aku
sebab Amirul pun memang panggil aku ibu je memanjang


Last, aku tak de tengok dia dah
tapi, rimas la kan.. sebab dia asyik tenung aku je
tak tau nak buat cam na, aku duduk je sebelah Amirul sembunyikan diri

then, tetiba dia datang, hah sudah
apa la yang tak kena ni.. siapa la mamat ni
" emmm nak tanya, dulu pernah belajar kat Sekolah Teluk Kumbar ke?"
aku pun geleng.. then dia ckp.. " Hai .. tak kenal kita dah ke?
gulps... memang le aku tak kenal ko? sumpah 


Aku ckp le, ooo.. saya bukan orang sini, saya orang kedah dan sekolah pun kat Kedah.
lepas dia say sori semua, dia pun blah..
baru lah aku dapat makan dengan selesa..

Mungkin muka aku ni iras iras GF lama dia kot
kalau la ada kan, nak tengok jugak.


Note: Korang mesti ingat betullah aku ni jumpa Ex BF ek? kikikikik..


Thursday, September 13, 2012

Cara elakkan bergaduh dengan suami

Semalam, tetiba aku jadi moody
hati rasa panas je, mcm nak marahkan seseorang
tanya dalam hati, kenapa rasa rimas? nak marah tak tentu pasal
tadi okey je kat office?
Nak period kot... mungkin korang pernah alami situasi ni..
perubahan hormon la kata kan...

Hubby pulak pergi kerja lambat
ckp ngan hubby pulak, dia mcm dengar tak dengar
rasa geram, tapi tak patut la mungkin aku ckp pelan that why dia tak dengar & tak jawab.
rileks kejap kat sofa
pas tu hubby suruh masak. geram lagi
dalam hati dok ingat, kenapa rasa nak marah
hari hariu pun aku masak. Ntah le
rasa mcm ad yang menghasut suruh aku jerit & sergah orang je

Masak pun mcm lipas kudung sebab dah nak maghrib
hubby sembahyang dulu, pas tu baru aku sembahyang
aku elakkan dari bercakap dengan suami
bimbang terlepas cakap
Lepas sembahyang, aku berdoa agar Allah hilangkan rasa amarahku
tenangkan hatiku, pelihara lidahku dan .....

selesai sembahyang, dalam pukul 8.00 mc tu le
tetiba aku terlena, Aleesya pun tertidur kat sebelah aku
bila aku sedar dah pukul 12.00 mlm
hubby pun dah pergi kerja

mungkin dia tengok mood aku tak baik
jadi dia pergi kerja pun tak kejutkan aku

Aku bangun & solat Isya' pas tu tido balik
pagi tadi, ok je bila hubby balik bawak raw material utk aku masak


Mungkin Allah tidurkan aku sebagai makbulkan doaku.
ye la kan kalau aku tak tertidur,ntah ntah hubbylu yang jadi mangsa.
Syukur padamu ya Allah kerana pelihara kesejahteraan rumahtanggaku. amin...
 

Note:-Orang lain tak boleh tidur kalau rimas & marah.

Saturday, September 8, 2012

The right is given by God

Bengang tak bila ada orang tanya " Who give you a permission to talk about your husband "?
tak sangka ada customer service yang tanya soalan mcm tu kat aku.Metilah husband aku yg kasi permission. Tak kan husband kamu kot. .lawaknya soklan!

Kalau aku yang call balik dorang on behlf of my husband sudah tentulah husband aku dah bagi permission tuk aku handle. Serously aku cakap, kalau bab bab pergi ke bank atau urusan dengan jabatan apa apa pun, husband akan suruh aku handle.

Bukan sebab hubby tak boleh handle.. Tapi my hubby kerja yg memang susah nak dapat time off.
Kalau pergi Hospital ok lah leh minta Time off slip. kalau pergi KWSP ke, bank ke atau apa apa pejabat pun, tak kan ada time off slip? tul tak.


Recently, ada le debt collector yg call husband remind tuk payment. So hubby suruh la aku bank in on behlf pas tu call balik no sekian sekian dan bagi tau yg dia dah pun wat payment.  Simple je kan kerja tu.

So, transfer money from my CIMB clicks & call them la nak bagitau yg hubby dah bayar. Tu pun bayar use my account no. As usual, they need to some clarification from the callers. Then I ckp la aku call on behlf of my husband, then bagi semua particular husband such as IC number & Account Number.Tak semua orang free nak call dorang dan setiap kali call mesti nak tanya itu ini  ulang ulang.



Then, dia leh ckp yg aku tak de hak nak call dorang & talk about my husband account. nak aku tunjuk sijik kawin ke? kalau aku ni sebagai isteri tak de hak ke atas suami? apakah dunia ini sudah terbalik! He is my husband and I have my right of him. betul tak? The right is given by God.

 

Note:- Kalau le ada lelaki lain yg call & claim yg dia tu laki aku & bagi semua correct particular, dorang tahu ke? apa da.... Kalau jenis tak caya kat orang jgn buat sistem "CUSTOMER SERVICE"!!!!!!!




Friday, August 10, 2012

Tunggu 10%

ups.... meh sini nak citer
Tadi bos suh aku pegang kunci keta dia, sebab nak suh aku past kat mechanic
tuk check a/c gas keta dia dan buat le apa yg patut.

bila kunci keta tu sampai je kat tangan aku,
aku tetiba nak tertawa, tapi aku senyum je la
dalam ati aku ni, memang dah plan nak sakat Bos aku.

 
tetiba terpacul kat mulut aku ni
ish.. kereta u tak de Alarm ke?
hahahaha... kan dah kena, mulut longkang aku ni

Bos aku pun jawab" u jgnlah perli I" I kan orang Miskin, mana mampu beli keta yg ada Alarm.
amboi.. anak kura dalam stokin
buat buat miskin!
 

Actually bos aku ni suka sangat dok drive keta cabuk dia. Nissan Sunny tahun 1985.
tahun 1985 tu aku pun belum sekolah rendah lagi aih. lama benor keta tu kan.
tapi dia jaga cantik.. terbaik punya..

Oleh kerana number keta ni start dengan PBB diikuti 2 angka je. maka nombor plate keta tu menjadi rebutan.
Ada gak manager Public Bank yg mintak beli number plate tu
Tapi bos aku tak mau jual.
Dia nak tunggu Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu beli kot. ngeee...


Then, tadi dia ckp, dia nak pi buat retaintion tuk keta ni sebab ada org beli number dia
I dah jual number plate ni.
Nanti I bagi u 10% tuk raya k.

walawei... 10% tu,bertuahnya badan
berapa dia jual aku tak leh la kasi tau, sebab... sebab....
Biarlah Rahsia. hahahaha
 

 

Friday, July 20, 2012

Hati Berkerak!

Ku simpan N3 ni sejak last wednesday tau
mula ingat tak nak publish, tapi tak baik le kan, orang dah banjer
kena la bagi kredit.

my officemate si soo see, telah dengan bangganya membelanja Aku makan Pizza
sempena my B'day last week.
ahak... tak sangka you..


 ini set promosi pizza HD sekarang kot
dia ada le sebut beli satu pizza, sekali ngan apa crunch ntah
aku pun ye kan aja masa call delivery tu.

 ni le si Crunch tu , berkerak kan.... 
kalau menda ni hangit tak pe k
jgn hatiku hangit terbakor udah le...

 ok.. inilah sekeping hati yang ku genggam.
ada jugak makan sikit, tapi mcm tak best pun rasa dia.
atas tu dia letak kaya, suh Amirul makan pun dia makan sepotong je


 hahaha.. ni ler soo see tu. empunya badan yang bajer aku
dia ni, memang suka banjer aku, bukan setakat makanan je dia banjer
kekadang tu dia pergi shopping saje la beli pencuci lantai ke, sabun ke hape ke
dia beli dlm kuantiti yg banyak & bagi kat aku sebotol dua

Tapi kalau time dia ada hangin, boleh buat aku mnggelegak jugak
ramai org ckp, hanya aku je yg boleh ngam kerja ngan dia
betul ke????

lastly, aku minum sup ni. sedap gak
tapi sedap lagi mushroom sup kat Mizi Bistro tu.

ada dapat Home Soy, tapi tak pulak ku snap photo.

by the way thanks sangat for the Rezeki Allah.
Syukur, aku dikurniakan rezeki yang melimpah ruah..

Wednesday, June 20, 2012

Wow.. sehingga menjilat Siku!

kalau N3 sebelum ni nampak Aleesya sorang je makan
sekarang aku nak publish pulak kegembiraan kami
menikmati raja buah ini
 
sebab kami adalah tetamu istimewa, jadinya my friend idak le
suruh kami makan kat pondok tepi jalan tu
dia ajak kami ke kediamannya
parking kat bangku batu. selesa sikit menikmati duyan

Ni le my friend, En Saat. tak sudah sudah kopek durian untuk kami
sampi berfeluh feluh dia. 
Masa kami sampai tu, dia kat Teluk Kumbar lagi
tunggu la kejap, baru dia sampai balik.

Nah.. berlonggok durian untuk kami
ha.. korang bayangkan, lepas sebiji sebiji dia kopekkan
kami makan sampai surrender ko jah...

My anak teruna ni kalau jumpa durian
memang dia pulun habis. 
then dia siap pakat ngan abang sitter dia yang berbunyi begini
"kita makan banyak banyak, then isok demam tak yah la pi sekolah"

ewah.. ewah... cari alasan tak mo pergi sekolah ye
nanti ko.

tu dia.. berjurai kat mulut tu
makan sepuas hati. Yang pastinya makan adalah free
mkan free memang sedap
tul tak? hahahaha

fuh.. aku suka ni. isi yang lembut
biji yang kecik, tebal pekat melekat
ish.. tetiba rasa lapar  time dok wat  N3 ni.
nak suh En. Bos banjer ar..( jahat)

aku pun nak menayang kat sini,
meh la makan sekali... 
memang sedap & marveles

nah.. lagi sepangsa aku kasi
nak? ambik ar... ambik ar..
hehehe... saja nak panaskan ati korang yang belum makan durian lagi
jahat tak aku? 

yang pastinya, kena la minum air dalam pangsa durian ni
ha.. untuk Amirul, jgn nak ngelat pergi sekolah
minum air dalam pangsa ni kata org tak leh panas
syukur... tak demam anak anakku 

upsss... at last.
korang bayangkan bila korang menjemput seulas durian dari pangsanya
seperti ini. memang durian heaven la kan..

ok.lah  la tu cita pasal durian. nanti nak pergi pantai pulak

Tuesday, June 12, 2012

Panjangnye....

inilah kali pertama aku tengok buah mempelam/mangga yang besar gabak

udah le besar, panjang sampai 23-24 cm


mcm tak caya
terus je ambil pita pengukur & ukur


ha.. tengok tu.. panjangkan?
my office mate yang kasi

2 biji aku dapat
katanya 3 biji RM 25 hengget

aku tak makan lagi, sayang pulak nak kupas
saja la simpan kasi ranum sket
baru besttttttttt...

Wednesday, November 3, 2010

Ke rumah Kawan lama..

Hoho.. citer ttg kawan lama belum abis lagi. sebab hari tu cuma tunjuk gambor anak anak dia & amirul jer.

Ni ler Kak Miza yang aku maksudkan. Kami memang close. duduk serumah & sebilik lagi masa zaman anak dara dodulu. Aku kenal dia sejak 1997. dah 13 tahun ko. Dia ni memang baik & sporting. Banyak suka duka yang kami berkonsi bersama. Sejak dia berumahtangga dia balik kampung halaman. tapi still bekerja kat Penang ni. Husband dia pulak kerja kat Parit Buntar.



Memang berborak sakan ler kami. apatah lagi dia pun dah ada 3 orang anak. Ternyata kedua dua kami mengalami perubahan fizikal yang begitu ketara. jika dodulu selim melim sekarang dah bam bam. Sejak aku anak dara lagi, aku memang selalu datang bertandang ke sini. hinggakan keluarga dia dah kenal benar dengan aku ni ha..

tara... tengok ler perubahan fizikal kak miza ni. kalau dodulu selim jer. hikss.. aku ingat aku sorang jer yang alami perubahan. rupanya ada geng yang seangkatan.

cari aku kat mana? kikikik.. 2 dari kiri ( belakang) kurus jer aku masa tu. baju yg aku pakai masa tu masih lagi tersimpan kat dalam almari. dah tak muat. waaaaaa... hai, bila la aku leh sarung kembali baju tu...

Aku dihidangkan dengan laksa. pertama kali aku makan laksa yang diletakkan cucur. Memang orang parit buntar makan laksa letak cucur ker? Last aku tak makan pun cucur tu, aku belasah laksa tu ajer.

Memang geram aku ngan anak kak miza ni. sebabnya langsung tak menangis. Baru 6 bulan tau. hish.. rasa mcm nak bawak balik umah jer budak ni.
Hubby lak jadi mata stim cenggitu. Memang geram, rasa cam nak cubit cubit pipi tu.


nota:- bila bertemu, banyak ler kenangan yang diceritakan kembali. hinggakan rasa tak cukup masa pulak. terubat ler rinduku setelah 3-4 tahun tak ketemu kak Miza.

Monday, July 12, 2010

B'day ku ke 31

Hmmm.. dah 31 umur ku semalam ( 11/07/2010). Dah tua la haku ni. Tak yah ler kek kek bagainya. Selalunya kek b'day tu makan sikit jer. last keras kat dalam Fridge jer..

Muka hubby letih, Baru lepas cat umah. Letih letih pun ingat gak B'day isteri yer bang...
Terima kasih.. Cayang abang... muah muah
Pandai pilih tempat. Nice View. Suasana rasa romantik gitew.. chewah perasan kejap. Bagi lah aku layan jap. Time tengah duk tunggu makanan yang di order..
gedik gedik la kejap.

Ni pulak Amirul yang snap. Banyak kali dia duk try. gambar semua bergoyang.
Dapat sekeping dua pun dah cukup ler. Bateri camera tak charge. so.. guna HP jer la.

Ha... makanan dah sampai.. Baca doa dulu. itu penting. supaya kita tidak jamah makanan tu bersama-sama setan..

Ha.. Amirul terkejut pula tengok esblen tu. Dia order sirap limau. Tapi dok berkenan air aku la pulak. Last.. aku minum Air husband, Amirul Minum Air Amirul & Amirul minum air aku. kikikik...

Telur dadar ni adalah pesanan wajib untuk Amirul. Sebab dia memang hantu telur


Hubby pulak memang suka sup cendawan. aku ni biasa la. Apa yang dorang makan aku makan. Tak memilih. Sebab tak memilih la aku gedebom cam gini.


hmmm... menjamu selera la. apa lagi tunggu. makanan dah kat depan mata.
P/s. Terima kasih abang bawak kami mkn kat sini. Pandai abang yer tak nak mention masa Amirul tanya kita nak makan kat mana.. Tempat ni memnag romentik la suasananya...
Terima kasih sekali lagi..