Saturday, August 14, 2021

Happy 10th Birthday Aleesya

 Happy Birthday to my anak dara Aleesya Dania 

Kek Birthday ada tulisan tulis Happy 10th Birthday Aleesya. Last tunggal huruf 'A' ja.. hihihiihi
rasanya semua hurug dah kena kurung CMCO kot. cuma A je tak kena kurung.
tak pe lah camna pun. Minglin cair on the way papa bawa kek ni pulang.
The best is, Aleesya ok je langsung tak complain.
as long as ada kek she's happy.
Hadiah dari kawan kawan.
Bouquet ballon tu ibu buat sendiri dengan penuh kasih sayang..
hias sendiri beli coklat bagai.. sebab nak Aleesya happy jer.
sebab pkp sekarang, kita sambut kita kita jer..
menu simple jer, Ayam goreng ala ala KFC, Nugget and wedges
bagi je kat kawan kawan Aleesya makan
ada la 10 orang macam tu kawan kawan Aeesya kat kawasan perumahan ni
simple je

nugget ayam

ayam goreng

Wedges.

Actually, Masa Birthday ni Aleesya demam . Dah masuk hari ke 5 still tak kebah kebah lagi
kesian dia. Sambut juga birthday dia secara ala kadar walaupun demam.

Lepas potong kek, kita jelum kepala semula.

kesian anak ibu, kali ni demam lama la pulak...
ubat doktor bagi makan sampai habis..
selalunya tak sempat habis dah sembuh..
kali ni lain macam sikit demamnya...

But, as at today, dia dah sihat. Alhamdulillah...












Put the right Serbuk Kari Into your Curry Menu

 Al Kisah Kari kepala Ikan  Versi Malas pergi Kedai.

Last Week, Myhubby minta wat kari kepala ikan. Tapi, dia lupa beli serbuk kari sebab dia ada nampak kat dapur ada  beberapa bungkus serbuk kari dah. Jadi dia tak beli ler.

Then dia cakap masak je dengan serbuk kari daging tu, rempah sama jer.
Aku kan isteri yang taat mithali semua complete kan.. ok proceed.
Seperiuk  kari kepala Ikan,
Jalan lenggang lenggok menghidang makanan untuk suami tercinta la kan... kan..
Sekali ceduk..hambek ko.. tak de kick ler
ate serbuk kari daging di buat Kari ikan...

Last eratah kepala ikan jer, Nak hirup kuah kari dah tak mampu..
Moral of the story..Jangan malas pergi kedai..
then jgn anggap semua serbuk kari sama jer.. hehehehe..


Geram punya pasai, alang alang pergi mydin, kami beli yang ceduk ceduk tu. Buat stock kat umah. Lepas ni tak payah malas malas nak pergi kedai la kan.

Minggu ni en.suami beli kepala ikan lagi. Katanya nak makan kari kepala ikan dengan rempah kari ikan.hahahaha... nampak sangat terkilan dek kerana kari kepala ikan minggu lepas.

Tapi kan, kali ni husband beli lagi serbuk kari beserta santan. Adeih, nampak sangat yang dia takut sangat kat umah tak ada srbuk kari. tak nak pisang berbuah dua kali. 

tara... dah siap kari kepala ikan dengan menggunakan serbuk kari yang betul
puas hati en.suami makan..


kat mulut tu asyik ulang perihal kari minggu lepas.
hehehe.. regret sungguh dengan keputusan dia minggu lepas tu.



bak kata pepatah
*Put the righ serbuk kari into the Right kari*









Thursday, August 12, 2021

Kisah Nak Berbaju Hijau

 5/8/21 kami nak ke Imigresen Seberang Jaya. Aku saja je nak mengkoq.Malam tu Sue dah wassup untuk pakai baju sedondon.Syaratnya mesti ada hijau hijau sket.Ok lah..cari lah baju yang ala ala hijau. Ada je baju tu dalam almari kat umah.

Nak jadikan cerita, Malam tu tetiba Electrik blackout bukan sebab tak de elektrik kat r=area umah aku, tapi Fius umah aku dah Nazak.. Jawabnya apa?

Jawabnya baju hijau yang di janji tak boleh la nak iron.


Pagi tu terpaksalah aku pakai baju rasmi Sekolah. Warna biru ko, T shirt la jawabnya. Nak melaram dengan baju hijau camna ate nak Iron pun tak boleh.
Tudung tu sib baik yang jenis tak payah iron.

3  tahun bersama, akhirnya kena berpisah dengan Sue...
sedih tau.

Ini adalah bulan terakhir kami dengan Sue..huhuhuuhu...

ok dah sampai di Pejabat Imigresen..
Si Amar ni kerja dia menyakat.. Ni tengah tunggu nak cuit cuit my pphone..
dah le aku tengah main game..
Game over centu ja kalau dia kacau screen phone aku...




Selesai semua urusan, kami singgah kat MCD  Seberang jaya sebab si Amar dah gula gulakan aku yang Mc Flurry cempedak sedap...


Memang sedap, berbaloi baloi..
Bagi penggemar cempedak macam aku , tak rugi beli..

gambar ihsan google je sebab aku tak sempat nak snap..
teruja makan sampai lupa nak snap..




# Sue dalam kenangan












Wednesday, August 11, 2021

Vaksin Story

 Aku dan suami regsiter untuk dapatkan Vaksin pada March 21,Bila dah ramai yang dapat Vaksin,hari hari aku check Mysejahtera.

Sampai nak naik kematu jari...asyik check check check. Masih tak dapat appointment date.

Suatu hari my husband pergi kat pusat suntkan Vaksin di bayan baru, Saja le dia pergi tanya kenapa dah lama sangat nama still tak di panggil untuk vaksin? Then pegawai tu cakap Encik kena update 1, update 2, update 3... ok done. update lagi dan lagi dan lagi.. 

Then lepas seminggu  check Mysejahtera..Alhamdulillah dapat dah Appointment kat PISA.Dapat lah kami ngedate kat PISA kan...kan..

tada... dah siap satu dose. Pfizer.

Memang respect la cara  dorang handle pusat vaksin ni. Memang tak de yang duduk rapat rapat. dari mula masuk pintu dah ada orang tunjuk arah bagitau nak kena buat apa ke kaunter mana..takde berasak
 asak langsung.

tunggu en.suami isi borang..
kejap je isi borang pun.

sila bawa pen dan air mineral sendiri yer..
hehehe... ada yang cakap lepas di vaksin kita akan rasa dahaga
so, kami bawa bekal air mineral sorang sebotol

sampai je kat bilik untuk di cucuk vaksin, doktor yang cucuk tu pun mesra je.Dia tunjuk berapa ml then dia tanya dah ready. Aku said ok, terus cucuk. Tak sakit pun cucuk vaksin ni.




Lepas cucuk, Aku kena duduk kat satu bahagian dalam 15 minit cetu. Dah cukup masa dorang panggil. Sekali lagi dorang tanya, ada rasa pening atau gigil ke apa ka. Aku cakap takde.. Then dah boleh balik.

kita snap gambo sebagai kenangan.. suami satu

Aku satu...



Tapi.. sampai je kat umah, mata dah nampak bantal. 
terus tidur... Sebab badan rasa letih aku tidur dengan tidak makan lunch. Sedar sedar dah pukul 6.
Tapi.. En.Suami ok je tak de la rasa ngantuk ke apa ke..

Lepas bangun je terus rasa lapar..
Then my husband masakkan Bihun Sup tumis..
kena semangkuk... legaa....

keeseokkannya, tangan yang kena cucuk tu rasa la lenguh sket. Tapi tak de la teruk
so so je...



27hb second dose pula yer.










Chocolate Bouquet By Sue

 Aleesya dapat Birthday Bouquet lambat sket

Lambat pun tak pe, ate masa birthday tu demam teruk. 

Kejutan dari Sue buat my anak dara..
dorang ni memang rapat
sampai anaj aku panggil dia Mama..


Baring jap yer baby bear...


Aku beli ice cream Mcflurry  Cempedak..
Drive thru je tadi..


Tada... anak dara baru lepas mandi..
Happy lettew..
Thanks Sue..




Last JPN with Sue

 Hari ini dating ngan Sue sebab aku dapat appointment dengan JPN.

Malas nak pergi sengsorang jadi ajak la Sue sekali. Lagipun Sue ada appointment dengan Dentist dia juga hari ni. Seawal jam 9 pagi kami dah tercongok kat JPN. eh 9 pagi tu kira awal ke?hihihii..


ok..ok.. kita isi apa yang patut..
sekarang kan ke musim Covid, semuanya harus declare..
Tak masuk office hari ni, nak kata WFH pun idak ..


Last la si Sue ni ngikut aku ke JPN...
Lepas ni siapa pulak nak ngikut my bontot..
Assistant baru pun belum tau lagi..
eh..betul ke belum tau.

Nantilah dah confirm dia report masuk menggantikan Sue, Aku share k.

Moment hari ini akan menjadi memory di hari esok..


#Sue dalam kenangan.




Hilagkan Stress

 

Dalam kehidupan ini  Senda gurau suka duka Sering berganti Meninggalkan kesan abadi...

Tak lama dah budak ni nak duduk dekat dekat , nak gurau senda
lepas ni  congok la aku kat office tak berteman...

Tak tengok dia sengih cam ni memang tak lah..
Dah le nak tinggalkan kita..
dia nak merantau jauh pulak tu..
sedih sedih...hhuhuhuhu..

kalau dia ada.. otak tetiba masuk ayaq..
tengah buat kerja pun boleh ketawa berdekah dekah...

semoga moment ni semua akan jadi pengubat rindu bila kita berjauhan...

Bila ada yang baru yang pasti tak akan sama dengan yang lama..


#Sue dalam kenangan