Showing posts with label Home cook. Show all posts
Showing posts with label Home cook. Show all posts

Wednesday, February 1, 2012

First Time Aku...

Sejak kecik sampai la beranak 2 ni baru terhegeh hegeh

nak belajar cecara nak buat popia.


Kalau kat kampung dulu, jenuhla kalau nak buat popi

sebab mana ada kulit popia yang ready made

siap guna mesin yang pulas ngan tangan lagi

semata mata nak buat kulit popia ni

sebab tu le popia tak glamour dalam familly

hahaha....


Ni inti yang siap untuk dibalut.

Aku ambik sikit je, sebab takut tak pandai nak gulung


ok.aku closed up sket

carrot tu tak banyak aku letak, sebab hubby dah korbankan tuk masak maggi

Aku memang dok simpan carrot untuk buat popia ni

Bila tiba masa aku nak buat tu, aku tengok

dalam fridge dah tinggal ciput je



Tak berapa pandai gulung

tangan aku ni keras mcm batu kot

so, popia jadi tak cantik

Sos tu aku suka cicah ngan sos cili cap tupai

sebab rasanya yang pedas pedas gitew..


Bagi Amirul, balut le mcm mana pun

yang pasti popia tu habis di makannya

Amirul mintak sket untuk diberi kepada baby sitter

Aku malu tahap gaban le..

Sebab first time buat, pas tu balut suka suki je


Ko merayu le cam na pun

mahap le, ibu tak mo bagi kat dorang

sebab malu tahap gaban

risau takut tak sedap.


Note:- kalau nak bagi kat org kena yang cantik dan sedap.

Friday, November 25, 2011

Dim Sum or Wantan

Sejak aku beli Bamboo Steamer that day


semangat nak buta Dim Sum ni ber kobar kobar
tengok N3 Aku ttg Bamboo Steamer ni kat sini


That day pergi tesco beli la kulit wantan. warna putih & kuning



cenggini la kulit wantan tu
selalunya kat tesco tu dia ada kat bahagian mee


setelah mendapatkan resipi dari gugel & mulut dak dak cina kat office ni, aku pun teringin la nak cuba buat sendiri. Sebab setahu aku kalau Dim Sum Kat luor tu Non Halal


resipi dia senang sesangat. aku tak ikut kuantiti yg betul la
main campur ja ikut sedap tangan.


cam ni la aku bagi tau lebih kurang yer:-



ayam,udang , ubi sengkuang, daun bawang, telur , garam & gula, minyak bijan +olive oil
ayam udang dicincang
daun bawang dipotong kecik kecik
sengkuang di parut
kemudian campur semua bahan tadi
masukkan telur garam & gula ( sikit saja tau)
then masukkan minyak bijan satu sudu & olive oil punsatu sudu gak



Kacau memutar se arah sahaja sehingga melekit
pas tu bungkus cam gambar di atas. kalau tak tau klip renyor renyot cm tu pun boleh
masa nak klip ni kena cepat, bimbang cecair yg kat
dalam tu muntah keluar, jadi terbuka la pulak


yang ni ku buat jenis goreng. sebab kalau stim memang husband tak makan
Biasanya di cicah ngan cili sos atau mustard
Tapi aku pilih cili sos le kemalaysiaan sikit kan..


ok. yang ni dah siap di stim
kena makan panas panas
kalau dah sejuk memang tak sedap ( mulut aku le)



ada yang jadi ada yang tidak klip aku tu.
hahaha.. maklumla first time


kalau korang pandai klip sampai tak terkeleluar intinya, tak yah stim pun tak pa rebus terus. Yang ni baru kelmarin dorang bagi tau kat aku.

pas ni nak buat lagi
nak makan dengan wantan mee plak ala-ala makan kat Old town gitew
Tunggu Aleesya 1 Tahun baru leh makan mee