Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

Saturday, October 10, 2020

Ayam panggang Air Fryer

 Hari ni my hubby bagi resipi baru untuk ayam panggang. 

simple je resipinya
3 ulas bawang putih
seinci halia
2 labu kunyit hidup
5 sudu sos tiram pop
5 sudu sos cili
2 sudu serbuk paprika
sedikit madu dan garam secukup rasa

gaul semua dan perap selama setengah jam.
kemudian masukkan ke dalam air fryer selama 15 minit.
lebihan bahan perapan masak hingga masak untuk dijadikan sos.

dah siap. kemudian masukkan sos yang poop telah di masak.
done. Dah boleh hidang.
makan dengan nasi panas panas..
jika sesapa yang nak cedok resipi cedok jer. I tak kisah pun. janji korang makan dan puas hati.


Note:- ilmu kena share share.


Wednesday, February 19, 2014

Resipi Sotong Kangkung

Aku memang dah lama berniat nak buat entry tentangresipi sotong kangkung ni
sebab utamanya  asal aku check keyword ada saja orang cari
resipi sotong kangkung kat blog aku.
boleh dikatakan setiap minggu.

Dan sebagai janji aku kepada korang
ni janji di tepati tau
bukan janji third party or janji chapati

hehehe..Aleesya selalu sebut janji chapati.. sabor je la ngan anak dara I tu.

Memandangkan hari sabtu ritu aku ada buat utk my hubby
bawa gi memancing tu kan
tergerak lak di hati nak buat entry ni


tara... semalam aku dah buat untuk santapan kami anak beranak
untungnya kat sini sebab aku pau my bos suh dia belikan sotong kembung kat Market petang tu

Bahan bahan
1/2 ekor sotong kembung ( dipotong kecil dan direbus hingga lembut)
kangkung
bijan ( di goreng tanpa minyak hingga garing)
kacang tanah yang telah ditumbuk


Resipi sos sotong kangkung
10 tangkai cili kering (direndam/direbus)
2 sudu gula merah
3 sudu madu
2 sudu otak udang (petis)
2 sudu kicap pekat
1 sudu tepung gandum/ubi
sedikit perahan air asam jawa
 

Cara membuatnya
cili kering dikisar halus
kemudian campurkan semua bahan bahan tadi kecuali tepung gandum
masak sampai mendidih, kemudian masukkan bancuhan sesudu 
tepung gandum/ubi ( utk pekat)
masukkan garam secukup rasa
bila dah  pekat  tutup api.
siap le..


** tips. jgn gantikan madu dengan gula kerana gula akan menyebabkan sos menjadi keras
dan membeku.
guna nyalaan api yang sederhana.




Note : makan sotong banyak sangat kan.. garu garu hidung ngan mata dah ni...adoyai..






*** "Certain chance occurrences have caused our paths to meet. Destiny has joined our hearts and made our lives complete."
       
     

Wednesday, February 5, 2014

Thank You Nestle, thank you for you and for all of you.

mmm..mcm mana nak start menaip ni.. hati dah berbunga bunga cinta ni
erk.. bunga bunga cinta? sape nak jawab ni?

ok..sebelum tu, aku nak panjatkan kesyukuran di atas rezeki yang aku perolehi
alhamdulillah... 
apa yang aku nak gambarkan kat sini, aku happy..happy sesangat
then tak sangka pun ada jugak.

 
hmmm.. ingat tak tentang my entry NESTLE Natural Set Yogurt Recipe Challenge
masa aku submit entry ni, pihak Nestle ada call aku banyak kali jugak
untuk aku complete kan mana ayat ayat dan link link yang aku terlupa nak hightlight
masa tu mcm yakin tak yakin je ..
bagi aku itu prosuder biasa je..

Then tadi, saja la gatal tangan nak tengok ada CPUV tak sepanjang cuti CNY ni
sekali tengok.
Alhamdulillah syukur.
even cuma RM150.00 je pun aku sangat sangat bersyukur
ye la kan, sape nak bagi sesaja je kat kita RM 150.00.
Terima kasih sekali lagi buat Nestle kerana pilih aku sebagai once of the selected recipe.

Then, nak ucap terima kasih jugak buat my BFF, sebab tolong emailkan
term and cond untuk aku.
sebab, my computer tak boleh nak view attachment 
sian dia, siap convert text. sibuk sibuk pun buat jugak untuk aku.
thank yer, sayang kamu ketat ketat tau.


Terima kasih jugak buat teman teman blogger yang wish me good luck
doa kalian jugak tu.
Moga korang semua dimurahkan rezeki. amin...


 *** ang pau pun dah selamat collect pagi ni.. dapat pulak angpau dari Nestle.best! Best!



Note:  Thank Nestle,thank you for you and for you all too..




** stop worrying about what you have to loose
     and what you had been loose
     and start focusing on what you have gain
     and I want you to know that  I'm glade having you in my arm
     thanks for everything and don't loose on what have now....





Saturday, December 21, 2013

NESTLE Natural Set Yogurt Recipe Challenge

Nestle Sponsored Post Opportunity

Menu Utama: Lamb Chop with Black Pepper Yogurt Sauce


bahan bahan ( perapan daging)
  • 2 ketul daging
  • serbuk pati ayam, oregano,lada hitam, rosemery masing -masing 1/2 sudu
  • 2 ulas bawang putih di racik halus
  • olive oil

Cara cara Menyediakannya
  • ketuk ketuk daging tu supaya lembut
  • satu kan semua bahan bahan di atas dan perap daging selam 30-45 minit
  • kemudian gunakan grille pan/magic pan untuk grille daging tadi
  • grille hingga masak.
  •  seperti gambar di bawah
Bahan bahan utk source yoghourt black pepper sauce

Bahan A
  • 2 biji kentang di kupas kulit dan di potong dadu
  •  1/2 ulas bawang besar 
  •  sesudu serbuk pati ayam

Bahan B
  •   3/4 capsicum- potong dadu
  • 1/2 biji tomato -potong dadu
  • sesudu lada hitam ditumbuk
  • Carrot- potong dadu
  • brokoli
  • 2 Sudu yogurt Nestle Natural Set yogurt Asli Klik SINI  untuk maklumat lanjut




Cara membuatnya
  • Bahan A di rebus sehingga kentang menjadi empuk
  • kemudian kisar semua bahan yang di rebus.

  • Gunakan Pan/magic Pan yang sama yg digunakan utk grill daging tadi
  • Masukkan Bahan A yang  direbus tadi
  • kacau sehingga sebati dengan juice yang di hasilkan sewaktu gille daging tadi
  • masukkan black pepper
  • setelah mendidih masukkan sayur sayuran tadi
  •  kemudian masukkan 2 sudu yoghourt dan kacau hingga sebati
  •  kemudian sedia di hidangkan.
  • gorengkan sedikit kentang jika suka.


*** Jenis masakan : Western
       Durasi Masa   : Kurang dari 20 Minit


2. Smoothie Frutti


Bahan bahan
  • Ice Cube
  • Nestle Yogurt Set
  • Sebiji Buah Mangga Masak, simpan sedikit untuk di potong dadu
  • 2 Sudu Gula Perang
  • Air Suam atau air masak
  • Sea coconut- di potong dadu
  • 1 sudu biji selasih/ chia seeds di rendam selama selama 10 minit

Cara Menyediakannya
  • Masukkan Ice Cube, Netsle Yogurt Setdan Gula perang dan sedikit air masak/air suam kedalam blender dan kisar hingga sebati
  • masukkan ke dalam gelas
  • kemdian masukkan potongan mangga dan sea coconut serta biji selasih
  • Siap untuk di minum.

*** Jenis Menu    : Minuman
       Durasi Masa : Kurang dari 10 Minit


Note: Resipi pertama di berikan penekanan pada sosnya dan bukan pada daging tersebut.


sila le link kat Sini untuk maklumat lanjut.Nestle Natural Set Yogurt


*** resipi ini adalah hak cipta terpelihara siti fatimah binti ibrahim sebarang plagiatadalah dilarang sama sekali***

Sunday, November 17, 2013

Tauhu lembut bersama ayam cincang

Semalam, terasa nak makan tauhu lembut.
Tauhu lembut ni susah sikit nak handle time memasak. Kalau aku le
sebab teksturnya yang lembut mudah pecah .
So, selalunya tauhu lembut ni aku wat inti dalam gulungan rice pepper je

Tapi kali ni, aku ternampak satu resipi tauhu bersos kicap halia
tapi akutak bape gemar kalau tauhu letak kicap.
makanya mulalah dok main tokok tambah bahan bahan kan.

godek godek dalam peties ada lebihan isi ayam tanpa kulit lebihan aku wat 
burger ayam goreng that day.
so, pe kata kalau aku masak je la ngan tauhu lembut ni kan..kan..

kalau korang yang tengah diet memang sesuai 
tapi kalau tak berdiet pun boleh la try. sebab sedap tau.

Bahan bahan
2 ketul tauhu lembut
1/2 ketul isi ayam bahagian dada ( cincang)
2-3 sudu mix vegetable. ( beli yg sejuk beku tu)
2 sudu olive oil
2 ulas bawang putih ( dicincang halus)
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
sedikit bancuhan tepung gandum/jagung ( aku guna tepung gandum)
1/2 cawan air
garam secukup rasa.

Cara cara
Stim 2 keul tauhu dalam 10-15 minit ( ketepikan)
panasakan kuali
masuk daging ayam yg di cincang masak sekejap
then masukkan mix vegetable
kemudian masukkan bawang putih
then masukkan olive oil ( kacau sekejap)
then masukkan, sos cili dan sos tiram
masukkan garam secukup rasa
masukkan sedikit air
biarkan sehingga mendidih
last masukkan bancuhan tepung jagung/gandum


cara menghidang
letakkan 2 ketul tauhu yg di stim tadi ke dalam pinggan/piring
kemudian curahkan bahan bahan yangtelah di masak
siap untuk di makan.

 
*** korang boleh je ubah/olah isi ayam tu di tukar kepada udang/sotong**


Note: Try! and you won't regret..
 

Aku meratah je, tak makan dengan nasi pun. ngeeee

Monday, September 9, 2013

Resipi Tiramisu Cheese Kek

Sebelum aku nak bagi resipi tiramisu cheese cake ni kat korang
aku nak mohon ampun dan maaf sebab banyak jugaklah menu yg aku tayang kat sini
kekadang tu tak pun aku sertakan dengan resipi.

Bukannya kedekut, tapi aku ni jenis yg kalau aku tak kompom betul betul aku memang
tak mau syer. Aku kena cuba sampai menjadi baru aku nak syer
wat pe kan kalau ilmu yg kita bagi tapi tak mendapat manfaat kepada orang lain.
betul tak?
Tiramisu cheese cake yg aku telah berjaya buat 
versi aku yang tak payah letak dalam tupperware, senang nak potong dan senang nak makan.

noted: sebelum ni aku buat guna wipe cream. mcm yg kebanyakkan resipi yg ada dalam internet
Tapi.. bila aku campur dengan cheese cream rasa cream tu tak berapa kick
so, kejap lagi aku syer ngan korang bahan yg buat rasa cheese tu malatop!

Aku guna Natural Sour Cream. Mula tu nak mix dengan yougurt, tapi aku terpandang pada sour cream ni
terus aku rembat. Alhamdulillah percubaan berbaloi.
Sapuan cheese yang agak comot. maklumlah tangan keras kejong. tak berseni. muhahaha
mungkin korang boleh try sebab tak yah korek korek dalam tupperware.

Bahan bahan
sebiji sponge kek perisa kopi  ( beli yg tak de lubang kat tengah)
250 gram cheese cream
250 Sour Cream Natural
1/2 cawan gula ising / ikut suka manis yg diingini boleh kurang atau tambah
satu sudu  serbuk Necafee tanpa gula
air panas sati cawan

Cara cara
langkah satu
potong spoonge kek keapda 3 bahagian
bancuh sesudu Nescafe dengan air panas
titis titiskan Nescafee tadi ke atas sponge kek jgn sampai berair, agak agak lembab saja

Langkah 2

putar cream chese bersama sour cream dan gula ising
putar pada suhu sederhana
sehingga kembang

Langkah 3
buatkan sapuan pada kepingan kek yang pertama, kemudia letakkkan lapisan kedua begutulah seterusnya
akhir sekali sapuan penuh pada keseluruhan pada lapisan tadi
taburkan serbuk koko sebagai hiasan
Masukkan ke dalam peti sejuk
simpan selama  4 jam atau semalaman
then bolehlah makan.


*** tengah cari galetin halagel utk buat cheese cake, sape agen kat Penang sila inform I ye**


Note: Kalau korang pandai membuat hiasan, boleh jugak buat b'day kek sendiri nanti.cubalah..

Wednesday, July 31, 2013

Resipi Ketam Sweet Sour Simple

That day dah janji nak kasi resipi ketam sweet sour kan.
kena speed lelaju la wat entry. banyak betul yang tertinggal.
kang lepas raya pun entry masih queue kat sini. hahaha..


Bahan bahan

3 ekor ketam
1 ulas bawang putih, 1 ulas bawang merah sedikit halia
1 batang serai
2 sudu cili giling- beli yang dah siap tu pun tak pe
1/4 cawan air
3 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
1 sudu gula merah/nissan
garam secukup rasa
sebiji telur


Cara caranya

tumis bawang, halia dan bawang merah
kemudian masukkan cili giling, sos tomato, sos cili
dan air..garam
masukkan serai, gula merah/nissan/
dah mendidih. masukkan  ketam tadi
kemudian tutup mulut kuali. sebab kuahnya sedikit saja bimbang pulak ketam tak cukup masak
bila dah ketam tu agak agak masak
pecahkan telur dan balikkan balikkan ketam
bila kuah dah kering, angkat
dan taburkan dengan potongan daun bawang..

( aku tak letak daun bawang sebab tak de)


Note: selamat mencuba.senang je kan.

Tuesday, July 30, 2013

Cara Masak Ayam Cantik macam Chicken Rice Shop

Korang pernah tak makan kat chicken rice shop
bila korang order ayamnya, cantik je kan bentuk dia
potongannya tu menawan
bila makan pulak lembut je isinya.
 

Saling tak tumpah.. cara ayam Chicken rice shop dihidangkan
di adaptasikan dari masakan cina.
betul tak? eh tak betul ke?.. ah..lantaklah..

Meh sini aku share ngan korang cara cara nak dapatkan ayam yang super gojes
buat kat rumah je, jimat sket kan..anak anak makan pun puas.
 
Bahan bahan yang di perlukan
Seketul ayam, bahagian pinggul dan paha paling sesuai
2 ulas bawang putih di cincang halus
1 sudu madu
1sudu kicap jika suka.tak mau letak pun tak pe
aku letakkan sikit, sebab tak nak pudar sangat kaler dia
sedikit minyak zaitun
1/2 inci halia di hiris halus

cara caranya
gaulkan semua bahan tadi kepada ayam , biarkan 5-10 minit
kemudian. kukus seperti gambar di bawah
ini utk memastikan yang sos pada ayam tu tak jatuh ke bawah dan teksturenya tak hilang
setelah masak angkat dan potong 
dan ayam anda akan terhasil seperti  di bawah


Petua :- ** jagn over kukus stim ayam tu. nanti isinya akan keras**
**Madu diletakkan utk kilatkan kulit ayam **


Note:Aku buat ayam ni sebab nak makan Koay Teow T'ng!


Monday, July 29, 2013

Resipi Wantan Mee Versi Soup

that day dah janjikan nak bagi resipi wantan mee Versi soup


Bahan bahan . untuk semangkuk je ni
so bahan bahannya adalah pada jumlah yang sedikit
mengikut ertikata sikit tuan tuan dan puan puanlah yer

wantan mee
air -2 cawan
potongan isi ayam ( tanpa kulit)
20ekor ikan bilis
chicken stock  1 sudu
fishball/fishcake
udang - jika suka
garam secukup rasa
cili padi 
bawang putih goreng, bawang merah goreng/daun bawang ( di tabur) 
parkchoy/bunga kubis /baby corn, carrot. ( ikut suka le sayur ni) 

Cara cara memasak

masukkan 2 cawan air ke dalam kuali / periuk
masukkan ikan bilis tadi. Bila dah air bertukar warna,
guna senduk yang jarang tu kaup semula ikan bilis ( nak ambik stock ikan bilis tu je)
then masukkan ayam, stock ayam, udang , fish ball dan fish cake
bila dah mendidih masukkan sayur dan tutup api.
tak payah masak sayur lelama.. kang tak ranggup pulak sayur tu kan..

celur wantan mee dan sejukkan
mcm biasa..gaulkan sedikit minyak bijan 


Cara hidangan
masukkan mee kedalam mangku
kemudian masukkan sup.
letakkan bahan hiasan.


 cilipadi yang dihiris tadi boleh di masukkan sedikit perahan asam limau dan sedikit kicap

Selamat menikmati.
resipi mudah dan sihat.



Note: Minyak Bijan amat sesuai membantu mengurangkan kadar kolestrol.
Masyarakat Cina mengamalkan pengambilan minyak bijan sewaktu proses berpantang.

Thursday, July 25, 2013

Resipi Wantan Mee

ok..hari ni aku nak share resipi wantan Mee yang En.Bos aku ajarkan.
Simple dan sangat sangat senang. Senang ke? ngeee




Bahan Bahan 
Bawang untuk menumis
Wantan Mee
5-6 ekor udang kecik - diracik halus
2 ekor udang ( tak letak pun tak pe)
seketul ayam, bahagian dada
sedikit minyak bijan
3-4 sudu kicap
2 sudu sos cili
Sayur Pak Choy ( sawi pun tak pe)
1 sudu tepung jagung/gandum
chicken stock-jika suka
sebiji telur- jika suka
 hirisan cilipadi
limau nipis

cara cara
 Seketul ayam di rebus ( tak payah letak banyak air) ngam ngam tul rebus sektul dah le
asingkan ayam.sebab nak ambil air rebusan ayam tu
tumis bawang,masukkan kicap dan sos cili
masukkan udang yang di racik kemudian masukkan air rebusan ayam
masukkan sayur ,garam secukup rasa
kemudian masukkan tepung jagung/gandum utk pekatkan.
pecahkan sebiji telur, biarkan seketika- jika suka
selesai sudah part kuah

see ketulan ayam yang lembut tapi garing di luar

Ayam.
Ayam yg di rebus tadi di lumur dengan kicap dan madu
kemudian goreng sekejap saja.. utk dapatkan warna pada luaran ayam tu aje
ala...mcm korang buat ayam utk nasi ayam tu.

Wantan Mee.
Rebus  dan toskan
gaulkan dengan sedikit minyak bijan utk wangi
kalau tak mau letak pun tak pe..



Cara Hidangan
masukkan wantan mee yang di gaul dengan sedikit minyak bijan kedalam mangkuk
tuangkan kuah
kemudian masukkan sedikit bawang goreng
potong cili padi
dan sedikit perahan asam limau
dannnnnnnnnnnnnn
silalah makan....


 
Note: Nanti share resipi wantan Mee yang jenis sup pulak yer.


info..wantan mee terdapat dalam bentuk basah dan kering..

Monday, July 22, 2013

Resipi Biskut Coklat Ranggup

Cubalah nak ikut cara si El tu, buat kuih memalam
sekali aku dah bancuh doh tu, ngantuk lah pulak, terus masukkan dalam lastik dan simpan dalam peties.
memang tak boleh la nak membakart kuih memalam la aku ni..

Tak mau cakap banyak mari kita tengok resipinya:-


Bahan Bahan
500 gram Tepung Gandum
50 gram creamer
30 gram serbuk koko
380 gram butter/mentega
100 gram gula ising
1 biji kuning telur
1tsp esen vanila

 
Untuk Hiasan 
50 gram Coklat Susu
sesudu butter/mentega
coklat Rice.


Cara membuatnya
putar butter dan gula hingga sebati,
kemudian masukkan telur dan esen vanila, putar lagi
masukkan creamer , putar lagi
masukkan serbuk koko, putar lagi
akhir sekali masukkan tepung gandum.
uli menjadi doh. 

*** untuk hasil yang lebih ranggup, simpan semalaman di dalam peti sejuk**
boleh saja kalau terus tekap acuan dan bakar.

adunan agak lembut sedikit, jadi letakkn sedikit tepung gandum sebelum di gelek
setelah di gelek duh itu, taburkan juga tepung gandum di atasnya
boleh saja pilih bentuk lain untuk acuan kuih ini.
tapi kalau pilih acuan sebegini senang nak letakkan hiasan.
setelah masak, biarkan sejuk.
sebelum hiasan di letakkan di atasnya.


*** masak coklat susu bersama mentega/butter. Guna kaedah double boil***

setelah itu, masukkan ke dalam piping plastik.
pipe kan cklat tapi di tengah tengah kuih tersebut
kemudian taburkan coklat rice di atasnya.

sejukkan sekejap di dalam peti utk bekukan coklat tersebut. dalam 1-2 minit sahaja.

hmmm.... dah siapkan 6 balang kecik kecik ni
boleh la bagi bagikan tuk Mak sendiri, mertua dan ayah..

Note: kepada mak..mak. dan. ayah ayah..Taun ni kuih raya dari air tangan anakmu ye..