Monday, January 17, 2011

Lebih Mahal dari kek!!!

"Kalau B'day mesti ada Kek". itulah ungkapan Amirul sejak mula kami meraikan B'day dia.
Dia ni, kalau sepotong kek tak per gak, nak sebiji gabak tu.
memandangkan kami bertiga jer sambut
aku tak nak ler beli sebiji kek, nanti membazir pulak
Nak wat cam na, Amirul bukannya Faham.
Seperti yang di rancang, kami nak celebrate sesama, Aniversary & B'day Amirul. Aku tak nak ler rushing so, aku book ler bilik otel untuk 2 hari satu malam.
"kalau Amirul nak tau, tidur kat Otel ni lebih mahal dari harga kek".
hehehe.. apa kena mengenanya kek ngan otel pulak.
biorler Amirul, nanti besar ko paham ler.


Bilik 212. tempat kami menginap. Korang mesti hairan kan. Kenapa la aku susah susah booking bilik otel. Wal hal, aku tak keluar pun dari Penang.
Aku tinggal kat Hotel D'Feringghi. Sebab aku nak bersantai santai & tak mo rushing . Tak mo penat penat. Mcm nasihat Doktor. Aku kena ikut tau.


hmm.... aku nak wat pengumuman untuk rakan rakan blogger semua. Pengumumam GA contest kah itew??? tunggu
hehehe....
Nota:- nanti aku wat N3 sesi jenjalan penuhi permintaan B'day boy.



Happy B'day Amirul.

Hari ini 17/01/2011. genaplah usia Amirul 6 Tahun. hmmm.. dahbesar pun anak anak ibu.

Selamat Hari Lahir (2x)
Selamat Hari Lahir Amirul
Selamat Hari Lahir


Rasa mcm memang dah sesuai sangat kalau bagi dia adik. hehehe..Tahun ni aku nak bagi dia adik la. chewahhh....

gambar lama, aku re snap. teringat waktu dia kecil dodulu. memang seronok. Masa ni lah kalau ke mana mana dalam kereta sorong ler tempat ko parking Amirul. Kalau sekarang, memang tak duduk diam. Rasanya lebih senang bawa ko berjalan ngan keta sorong.

ish.. tak sangka, anak kecilku sekarang dah besar. Tapi, bagiku dia tetap baby di hatiku. Time ni, Amirul beria ia sangat nak Mandi laut. Tapi sekarang dah tak nak mandi laut sebab dah jemu.
sebab rumah pun kat tepi laut. hari hari tengok pantai.
Masa ni umur dia dalam setahun lebih gitu. baru berlajar berjalan. Ingat lagi, aku bawa dia masa Aku terima Anugerah Dekan. Satu Hall tu dia nak berkawat.

Kehidupan kami sekeluarga semakin bahagia dengan kehadiran Amirul.Walaupun tanpa kehadiran seorang adik, Alhamdulillah semakin hari kami semakin bahagia di tambah pula dengan karenah Amirul yang tak pernah kami rasa kering gusi.

Argh.. aku memang rindukan saat saat Amirul kecil. Lain sangat wajah Amirul dulu dengan sekarang.
by the way.. Ibu nak ucapkan selamat hari lahir yang ke-6, untuk anak teruna ibu sorang ni. Ibu & papa sangat sayang Amirul.Kasih sayang kami tak pernah pudar.
Nanti bila besar, jadi anak yang soleh, beriman dan jaga Ibu & papa baik baik yer..
Amin..






Friday, January 14, 2011

Happy 3rd B'day Putri Nor Diana

hmmm.... seronok kan kalau dapat wat b'day party kat sini. Tapi masa dodulu mana ada menda menda cenggini. Kalau untuk Amirul pun aku tak pernah buat. hehehe...

Ini cheese kek. nyum nyum. aku suka sangat sebab kat dalam tu orang letak nuts. order dari SR.Besar gabak kek dia. Tapi kalau korang nak tahu, B'day party ni bukan untuk anak kandung kawan aku tu En. Khairy Goh Bin Abdullah. Dia buat untuk anak ngasuh dia. cayalah!!!

Ni pulak Ice Cream kek also dari SR. Wife si khairy goh ni ambik si Putri ngasuh pada mulanya tu. Yer la kan, ngasuh lelama pas tu terlebih sayang. Then sejak terjatuh sayang ngan Putri tu, segala makan pakai & susu si Putri tu, semua dia yang support.


Sayang sungguh da kat Putri ni. Kemana saja dorang pergi, usung jer si putri ni. Pergi melancong ke mana mana pun di bawanya. Putri ni pun dah panggil kawan aku tu dady and wife dia mummy. bertuahnya badan si Puteri ni.

Tengok la tu, mak betul dia (yg pakai baju itam bertudung) tu duduk tepi ja. Si khairy ni yang konker Putri. Yang baju putih dan bergaun tulah anak kandung Si khairy. hehehe..


Pandai la si putri ni, potong kek, kemudian suapkan kepada mummy, dady, kakak, abang & maknya sendiri.


Ha... ingat lagi tak dialog Amirul ttg kawan ibu yg tak pakai baju dalam N3 aku tempohari. Dia tanya tentang anak perempuan si Khairy ni ler. Mungkin dia rasa pelik, sebab semua orang tutp jer, tetiba ada sorang yang terbuka bahu. hehehe...

Sebelum pulang, sempat jugak aku bergambo ngan wife khairy ni. sportinglah.


And lastly, aku dapat gak bergambar ngan tuam empunya party. Terima kasih yer Khairy, lain tahun ajak ai lagi noh..kenyang ai malam tu. erk... alhamdulillah.

Undangan B'day si Puteri..

Berbesar hati ni sebab dapat menerima undangan Harijadi anak seorang sahabat. Mula tu ingat tak nak pergi ler, tapi dia dah sms jemput. Then datang office pulak untuk confirm ngan aku.

Memandangkan Amirul pun dah sekolah, kena tidur awal bagainya, so aku agak keberatan. Tambahan pulak hubby kerja night shift. Makanya aku kena la drive sendiri. Lebih kurang 1/2 jam jugak nak sampai ke destinasi tu.


Kebetulan my SIL kerja pagi, so boleh la dia temankan aku & Amirul. Tak der la aku rasa boring drive sengsorang memalam. Hmm.. tengok la my SIL makan burger. Memandangkan ramai lak Chinese yg attend so, big mag ler yang lebih. sebab dorang tak makan lembu. Haku ni makan sampai perut sengkak ko.


Tengok, licin kami makan. hehehe...
Parts yang best tu, masa aku balik kerja aku singgah ler Queensbay beli teddy bear sebagai hadiah untuk b'day girl. Bila balik umah, tak nak amirul merajuk aku cakap jer beli kat pasar malam. Sib baik si mulut becok ni tak cakap kat b'day girl tu yg teddy bear beli kat pasar malam. hikssss. bukan boleh harap budak ni.... risau gak aku masa kasi hadiah kat budak comel tu.
Nak tengok budak comel tu ek? nanti la aku buat N3 selepas ni.
Time balik tu nak ler Amirul bergedik gedik kat simbol McD ni. hehehe. Orang yang tengok kami sedang berposing tu pun naik pelik. Macam ler tak pernah tengok sign "M" tu. Mungkin dorang ingat kami ni dari mana ntah. JAKUN semacam jer.
Aku view jauh sikit sebab nak snap gambor SIL ni. saja nak kasi nampak banyak sikit "M" tu.hehehe...
nota:- nanti ku wat N3, tayang muka b'day girls.

Thursday, January 13, 2011

Fully Check up



Maaf yer yesterday, sunyi ja blog aku ni. Kat FB pun aku tak jenguk. Kelmarin aku telah berjumpa dengan En. Doktor. Sebenarnya kelmarin bukanlah date appoinment aku pun. tapi aku request nak juga jumpa dia. Bukannya apa, aku nak dia wat fully check up . Memandangkan aku nak meraikan aniberseriku dan memerlukan ku travel jauh sikit jer.


Aku tak nak ler, kalau kondisi aku tak elok, nanti anniversery aku terbantut lak. So, kena la jumpa cik doktor. minta advise. So, kelmarin aku pergilah wat fully check up. Dr. check tengkok, kalau ada 2 urat timbul kat bahu itu tanda tanda ada maslaah jantung.Tapi aku tak der la. Kuku pun tak menunjukkan yg aku ada masalah jantung. Ok lah tu. lega aku.



Kalau sebelum ni tekanan darah ku rendah, sekarang dah ok sikit. 100/80. kalau nak cantik lagi kena la 120/100. tapi kalau dah 100/80 tu pun dah dikira perkembangan yang baik.


Then, Dr. check breast aku, sebab aku rasa berdenyut denyut ja, bimbang gak kalau cik lump breast tu datang bertandang sekali lagi. Setelah diperiksa semua, tak der apa apa yg perlu dirisaukan. Mungkin kesan operation last 4 years tu kekadang boleh rasa tegang sikit.


Lepas, aku wat check up semua & doktor pun ada la bagi sedikit nasihat tentang pemakanan bagainya, aku terus ja balik umah. Malas nak pergi kerja. rest kat rumah jer la

Tuesday, January 11, 2011

Pos Laju ( dari siapa?)

Yesterday, Lepas jam 2.00 petang, aku & anak bos aku, merangkap office partner pergi ke KWSP. Aku saja teman dia jer, sebab dia nak keluarkan duit kat account 2 untuk settledkan balance umah dia. hishhh.. banyak duit dia noh, sampai leh settle balance. Anak bos la katakan, mesti gaji besarrrrrr Punya!!!!!.


Then, masa aku sampai kat Loby KWSP, ada org pos laju call aku ckp ada barang untk aku. Ishhh.. saper lak yang ngantor barang guna pos laju kat aku. pas tu tak inform aku lak tu.mmm.. hantar pun kat office, mungkin office punya barang kot. lantak lah. biarler sesapa pun sign.




alang alang dah pergi KWSP. aku wat ler penama sekali. yang pastinya anak & suami pasti ada bahagiannya. Balik office tetiba aku tengok. Ait!!!! Mak aku ler yang hantar barang ler. Menda lak tu? Aku belek tengok, kat consignment tu tulis makanan. bior betul, takkan Mak kirim bubur Assyura lak kot. tak logik. kang tak pasal pasal basi.

Pandai lak mak wat seprise yer. Tak call inform. hehehe.. Aku bukak ler bungkusan tu sebab excited sangat. Tengok tengok. Mak kirim PETAI!!!!!. hahahaha... baik sungguh ati mak.


Sejak aku tak leh travel balik kampung, mak ckp dia asyik teringat kat aku. Dia tau aku ni suka makan petai. Sebab aku tak leh balik kampung makan petai mak, so dia kirimkan untuk aku. Sayang Mak. Begitu mendalam kasih sayang mak untuk aku. Aku pun sayang mak jugak. Nanti, kalau semua dah ok, aku akan blik bercuti panjang kat kampung...


Hubby pun tak caya yg mak aku leh kirim petai. Dia ingat aku wat lawak. bila aku tunjuk consignment note tu, baru dia caya. hahahaha....Itulah magisnya insan yang aku panggil MAK..

ChinGay..

sebelum kami lepak lepak makan rojak, makan kacang kat tepi pantai. tetiba nampak group chingay ni tengah berlatih.

masa aku snap photo ni, dorang pun terkejut. wah.. ada gak org berminat nak ambik gambo dorang yer. so, sporting la you all semua.

Kalu dulu kaum cina jer yg main permainan ni. tapi sekarang dah mubbah. dah 1 malaysia ada. Dasat woo..dia letak menda buluh tu kat gigi dia.

Tengok ler. yang dah pangkat mak cik pun main jugak. Hubby ada ckap ler, kalau aku ler nak masuk main menda ni, lebih baik duk umah jaga anak. tak yah ler terkinja kinja. Lain orang lain stylenya la en hubby. bukan semua orang thinking sepertimu.


Memang perlukan stamina yang kuat ler nak main benda ni. Kalau tak kuat, cam na nak angkat buluh tinggi yang ada kain bendera panjang tu. tak sanggup aku.


Yang ni plak, timbang kat kepala pula. group yang duduk tu asyik main muzik.

aku closed up tengok budak pompuan melayu ni selamba jer letak kat kepala dia.

Amirul nak tengok dekat dekat, aku tak bagi sebab bimbang takut buluh tu menghempap dia lak. Then risau dengan sikap Amirul yang nak sangat ke depan, aku buat keputusan untuk bergerak pulang jer la..