Saturday, April 7, 2012

Ambulan tbesar & tpanjang d Dunia

Kebiasaannya jika berlaku sebarang benca seperti tanah runtuh, sudah pasti kita akan mempunyai masalah untuk membawa ramai pesakit dengan ambulan.

Hal ini kerana sebuah ambulan hanya boleh memuatkan seorang pesakit kritikal sahaja, dan ini menyukarkan membawa ramai pesakit ke hospital. Kini terdapat sebuah ambulan canggih yang mana ia mampu membawa sehingga 100 orang pesakit dalam keadaan sakit ringan dan lebih daripada 40 dalam keadaan sakit tenat/berat.Ia turut direkod dalam Guinness sebagai ambulan terbesar di dunia bawa pesakit yang ramai ke hospital. Jom layan gambar ambulan pelik di bawah ini.

Besar kan ambulan ini? Tetapi jika berlaku kemalangan dan melibatkan pesakit yang tidak ramai, agak tidak berbaloi sebab dalam kenderaan yang besar ini sebenarnya memerlukan kos perjalanan yang tinggi. Tambahan pula, nak bawa laju pun, kena tengok kiri dan kanan. Ibarat macam kenderaan bas la juga kan. Tidak boleh dipandu laju untuk elakkan ia terbabas.









memang sesuai digunakan bila ada bencana seperti, ributtaufan tsunami, tanah runtuh dan banyak lagilah. Jika berlaku kecerderaan dalam jumlah yang ramai. ha.. sekali angkut ja, penuh Hospital.

Friday, April 6, 2012

Voucher sana Sini

Office korang mcm mana? tentu tak allowed salesman or salesgirls masuk tuk jual barang kan?
office aku pun sama gak, tapi kan... tapi kan....
nama pun cha ya nun alifnya bos, sales tu borak sikit dia dah allowed.

choi.. taik kucing tul, aku nak wat kerja pun tak senang.
Makanya, ada la geng geng sales yang dok mai,
ambik masa 5 minit konon, sekali borak lajak sampai 1/2 jam. ngacau tul ler..

ok, nak citer ttg voucher ni, ada la dorang promote voucher pizza Dominos, Us pizza & the latest swensen's. satu buku voucher RM 29.00 cam tu lah. Pas tu dalam tu ada kupon kupon yg korang boleh koyak & enjoy the food. bertahan selama 3 bulan okey.
aku mention sekali laki 3 bulannnnnnnnn. korang boleh jimat dalam 600-700 cam tu la kalau korang dapat habiskan semua kupon kupon tu.

RM 700.00 tu yang korang boleh jimat. Tapi berapa plak yg korang kena belanja utk dapatkan penjimatan 700 hengget tu? hahaha... pikirla sendiri. must be more than that la kan.

setiap kali dorang datang aku ckp aku tak mau. sebab tak de masa nak pergi makan. then dorang ckp leh bagi kat kengkawan bagainya la. muahahaha (marketing strategy la tu)

ok, korang bayangkan dalam masa 3 bulan tu ( jika korang beli la kupon ni) korang makan pizza, spageti & eskrem bagainya la. mau muntah ijo aku. hri hari nak makan pizza.

Ini pendapat aku ok.. kalau sesapa baca leh la tiru kalau nak. muahahaha
Kalau dorang wat tuk siam food ka, nasi melayu ka, secret recipies ka, old town ka mcm tu memang aku rembat la.

sebab, nama pun org malaysia kan, mesti hari hari makan nasi.
Cth:- makan nasi + sekor siakap stim RM 35-40 hengget, pas tu free telur dadar & kailan ikan masin or apa pape la. ok la kan. walaupun hat free tu termasuk dalam harga 35-40 hengget tu. hahaha... ini strategy k. baru leh maju.
or beli tom yam, padprik dengan discount 20-30% ka.

aku rasa makanan berunsurkan nasi lebih mesra malaysia gitu. korang setuju tak?
hehehe...kalau la ada voucher cam tu. aku beli & ajak korang pi makan. boleh gitu?

pas ni leh la aku pi suggest kat kedai kedai nasi mak cik makcik. pas tu aku lak jadi part time promoter.berdekah.. dekah...

Thursday, April 5, 2012

Free Gift

Actually masuk Guardian sesaja nak cuci mata. Pas tu kan tetiba gatai tangan
nak beli barang pulak ( biasala kan perempuan)
mcm mana pun nak beli jugak.... lahiriahnya begitu le kot.

mcm ni la aku, nak membeli je kerja aku.
Kalau window shopping, paling lekeh pun pencuci muka pun jadilah
asal dapat beli, ati dah puas. ngeeee

masa ambik barang tu aku ternampak tag kat rak tu tuli
"with purcahse 30 & above get free gift " umbrella kid"
ok lah.. beli 2 barang bagi cukup 30 hengget.

last terbelanja jugak lah 50 hengget kat Guardian tu hahahaha...

jeng jeng jeng.. dapat payung kecik shomey dari P&G
memang sesuai untuk Amirul

tambahan pulak payung hijau kecik kat umah tu dah rosak sikit
tapi Amirul still dok guna, sebab aku tak beli yang baru utk dia
sian dia.. pas ni guna payung ni plak ok sayang...

payung kecik ni memang penting utk Amirul, sebab kekadang bila hujan
dia still nak jugak pergi umah sitter dia tu.

kalau nak bawak payung besar tu tak terbawak la pulak.

alahai cik payung, warna putih la pulak. pas ni mesti lasam mcm belacan le ko dikerjakan leh Amirul tu. Mana taknya, lepas guna mesti main campak campak je

hehehe.. dia mana tau yg aku dapat free payung ni
dia mesti ingat aku beli khas untuk dia.
tengok la berapa lama dia leh bertahan ngan payung ni.

KFC Caraku

Pernah tak, tengah tengah malam buta anak korang tetiba mintak nak mkan KFC?
pernah tak?
pernah takkkkkkkkkkkkk?????

pernah tak tetiba mintak nak burger la, nak nasi goreng padprik la or nasi goreng pataya bagainya.

ha... kalau nak tau, tu la anak teruna aku
asal papa dia kerja malam je, mintak itu ini

yang bestnya, dia siap request KFC memalam.

kalau dah namanya malam & papanya pulak night shift nak keluar beli cam na
dengan Aleesya la, huh.. memang tak keluar la aku ni.

Sib baik dalam peties ada ayam, so aku goreng ngan tepung ready made yang aku order
kat Jemaah ngaji ayah aku. My SIL yg tolong belikan
sekali order 2-3 kilo. haaa.. ambik ko.
makan puas puas.



ada satu ptg tu Amirul call aku kat office guna HP mak sitter dia. Suh aku beli KFC dengan kentang sekali. Haih.. baru 2 hari lepas masak KFC kat dia, hari ni nak makan lagi?

masa time lunch tu speed ar pergi tesco beli ayam ngan kentang.
kalau aku beli KFC bawak balik, Amirul bukan nak makan sangat
sebab dah sejuk. Kalau aku wat sendiri makan panas panas
mau 2-3 ketul habis di bedal. hahahaha...

Amirul memang berselera bila makan okey.

Bila aku goreng ayam KFC ni, Amirul akan bawak seketul utk Mak sitter dia.
apa ajalah yg aku buat mesti dia nak bagi kat Mak sitter dia tu

ya la kan, dah 7thn Amirul ngan dia, mesti kasih dia tuk mak sitter dia tu tak berbelah bagi.
aku goreng tempe pun dia nak pi hantar umah mak sitter dia jugak.
layan ja karenah anak. Pas ni Aleesya plak la dok wat pangai cam tu
tak caya tengok lah... hahahaha

hahaha.. tengok tu, sampai licin Amirul makan.
Amirul ckp ayam kat KFC sana tu tak bapa sedap, sebab tak fresh mcm ibu goreng.

amboi.. ambik ati jantung ibu nampaknya
puji ada makna la tu.

pics ni saja Amirul suh aku snap sebab dia nak wat mcm aksi dalam gambar P. Ramlee tu.
mcm mcm karenah la anak teruna ku ini.

Aleesya? huh.. sian dia, hanya mampu tengok abang dia bedal ayam tu.
sabar k Aleesya, nanti ada gigi ibu goreng tuk Aleesya jugak yer.

Wednesday, April 4, 2012

Dah Cut!

2/4/2012 aku pergi la klinik kat pekan Kuala Nerang
Malas la nak pergi awal, takut ramai orang pulak.

Masa mak aku register tu aku terjumpa ngan kawan lama, time sekolah dulu
tak sempat nak sembang banyak , tetiba nama Aleesya dah di panggil

ish.. cepat betul, tak sempat aku nak ambik contact number or snap sekeping photo ngan dia
harap harap la lepas ni leh jumpa lagi.
doakanlah yer.

hehehe... asyik tertangguh je aku nak sunatkan dak Aleesya ni. Last, hubby dah nekad, time balik kampung nanti cepat cepat settlekan benda ni
anak dah semakin besar tau...

then masa aku masuk tu, Dr. suh aku pegang Aleesya.
Ya allah, aku dah mula ngeletor lutut sebab tepandang gunting & peralatan dorang
mcm mana nak pegang tangan Aleesya ni? ish...

Aku ckp Doc. yang aku tak dak kekuatan tu la. Doc. suruh aku pusing je muka kesana.
Last, aku pejam mta rapat rapat, muka pusing ke arah lain. tak leh jugak
still dok rasa ngilu tu.

pas tu aku , sembamkan muka aku ni ke atas tilam di katil tu. kejap je aku dengar Aleesya nangis. pas tu ok dah. Then aku still dok sembam muka lagi.
sampai la dontor tu ckp, dah siap la... nak pejam mata sampai bila???

eh.. kejap nye...

Then dr. tu ckp kat Aleesya, tak de yg teruknya Dania oi, Ibu kamu ni yang takut tah hape hape ntah. paling takut di dunia... hehehehe...

Note:- aku memang takut, dah terpaksa la tu. kalau ada orang tolong pegang, aku bayarkan pun tak pe. memang aku ni jenis bapak segala penakut. muahahaha....

Erk.... mcm mana nak jawab?

sunday, 1/4/2012. April fool...
kepada sesapa yang terkena on April Fool tu harap tahan malu yer

sib baik this year 1st April bukan hari bekerja
kalau idak, jenuh la aku dok kena kaco..

ok.. ok... tak mo citer ttg April fool tu, tapi soalan yang cukup susah aku nak jawab
di hari April Fool.

Masa on the way nak balik kg, sampai je kat atas Penang bridge tu
Amirul sibuk dok baca sign board. tetiba dia terbaca
"Kenderaan berat ikut kiri" then dia tanya aku

kenderaan berat tu mcm lori, bus semua tu kan ibu?
Aku iyakan aja...

Then dia ckp " kereta kita kenderaan ringan. papa kena ikut kanan tau. jgn dok ikut kiri.
masa tengah mongomel tu tetiba dia nampak beberapa buah motosikal lalu di sebelah kiri.

Ha... motosikal kan kenderaan ringan, awat kena ikut kiri pulak?
pesal dia tak ikut kanan? pesal ibu?

Erk.. cam na aku nak jawab ni? aku pun.. emmm.. aaaa... mmmm
dok cari idea nak jawab soalan Amirul ni.

Last aku cakap la, motor tu kena lalu laluan paling kiri sekali. tapi kenderaan berat tu kena ikut kiri ja, tapi tak boleh pergi ke bahagian yang paling tepi kiri tu...

ooo... amirul pun ngaku mcm dia faham akan explanation aku tu. Then lastly dia ckp
"nanti nak suruh depa letak signboard " Motorsikal ikut laluan tepi sekali"
hahahaha.... tetiba aku rasa nak ketawa berbahak bahak. tapi buat buat cool.
sambil aku senyum kambing pandnag ke arah hubby yg tengah drive tu.

Tuesday, April 3, 2012

Guring Pukong

salah adat atau budaya orang banjar adalah Guring Pukong
"Guring" dalam bahasa banjar bermaksud tidur
Aku saja nak jugak anak anak aku menikmati pengalaman berpekong ni
sebab masa aku kecik kecik dulu, memang mak pekongkan aku di dalam buai cenggini

Caranya gini...Bayi akan didudukkan dalam buaian...cam duduk biasa je...then buaian tu akan diikat ngan lagi satu kain untuk bagi kepala baby tu tak terdongak atau tertunduk disamping memberi bayi tu rasa mcm dipeluk oleh ibu...seterusnya buaian akan diayun sambil didodoikan dengan lagu2 Banjar atau selawat n zikir sambil menepuk lembut punggung bayi tu sampai tertidur...bayi tu mesti tidur nyenyak punya la..hehe..


masa Amirul kecik kecik dulu pun mak aku wat pukong jugak
tapi tak de la photonya
rasa rugi pulak tak snap photo masa Amirul di pukongkan dulu ni

Time Aleesya ni, nak aja aku merakamkan detik manis ni
Mak aku le yang pandai buat pukong ni

kalau harap aku nak buat, silap haribulan patah reyok di buatnya
Aleesya pun kemain suka guring pukong ni
tapi tak guring( tidur) pun
ketawa ngekek ngekek lagi adala..

Mak aku ckp, kalau time aku dulu, wat pukong mcm ni
tidur lena.. sampai berejam rejam
Ok, aku nak pejam mata bayangkan aku le yang di pukukungkan tu
sambil mak dodoikan.. ahak ahak ahak...

Ni la adat/budaya orang banjar yang aku tak praktikkan.ngeee


suka ke main Aleesya bila Amirul dok ayunkan dia
tak nangis pun, walaupun ini kali pertama dia di pukong.

Aku yang dok snap photo ni pun dok gelak tengok gelagat dia
sebab sesapa yang lalu tepi dia aja, Aleesya akan ketawa berbahak bahak


Amirul dok ayun kan dia, bukan nak semakin lena, semakin dok ketawa adalah..
dia seronok kot sebab selalunya nek buai terlentang jer

kali ni nek sambil duduk. hahahaha...

she so sporting bila di pukong.

P/s. Masa mak pukongkan aku dulu ni, ramai la jiran jiran yg marah. kononnya mak aku dera anak. sampai ada jiran yang ckp" kalau kau nak bunuh anak, lebih baik bagi kami bela je"
hahahaha....