Monday, May 21, 2012

Owh.. sangat sangat terharu

Hehehe.. kalau dah namanya gemar tanam pokok bunga 
kat sini pun dia dok pulun kutip pokok bunga

My BIL ni memang suka deco umah dia dengan pokok bunga
kat umah dia penuh dengan pokok bunga
kalau umah aku, sehelai daun pun non ada. kahhhhhhhhhh

Ha... jaga jaga aksimu yang sedang memetik pokok bunga itu sedang di perhatikan.
Pas ni nak pergi tengok kat umah dia
hidup tak pokok ni.

ok. meh layan aksi Amirul yang aku snap dari jauh
dia langsung tak notice ok
let photo berbicara.






apalah yang terlintas di hati Amirul bila dia petik bunga pepel ini ye?

satu demi satu di petiknya

nak buat apa la dengan bunga tu?

bunga di susun dengan rapinya

kenapa bunga di petik  & di susun

jeng jeng..
masa masuk dalam kereta untuk berangkat balik
Amirul bagi bunga ni kat Aku & say
" Nah ibu bunga ni mirul petik untuk ibu"
tersentuh hatiku ini...
walaupun ianya hanyalah bunga liar, tapi niat suci anakku untuk berikan aku bunga ini so touching tau

owh.. sangat sangat terharu

Harga sekuntum bunga itu tak lah penting
yang penting niat suci untuk hadiahkan bunga itu  jauh lebih berharga


Berebut Topping?

Last destination kami di CH ni adalah kat Al-Mashoor Farm. Masa tu dah nak gerak balik.
Tu la, masa dok nyopping kat tanah rata tu, asyik dok  cari menda tooping ni
tak le banyak yang orang jual. 
bila tak terbeli, dok ckp dlm ati..
tak pa nanti beli kat tempat lain, banyak lagi yang tak singgah.

Last, sampai kat Al-Mashoor ni, cari topping tak de la pulak.
then aku dok usik usik bangla tu dia ckp,
 ada la satu  suda  last...la kaka , sama kaka saya kasi tau
Syukur Alhamdulillah. dapat jugak hajat di hati
Dulu pernah beli topping ni, sedap & sebab tu la pasang niat nak beli bila pergi CH
tahan lama gak la sebotol tu
kali ni beli sebab nak wat campuran dlm coklat ai.

Tambah tambah orang kita yang keluarkan. memang la lagi suka.
Masa aku dok ngaco ngaco bangla tu tentang topping ni
aku dah pun ambil topping ni dan letak selungguk bersama jam yg aku beli tu

tetiba ada la seorang pembeli kat sebelah aku dok heran pabenda la
yang kecoh aku dok bargain tu. Then dia ambik & belek belek
oooo.. yang org letak atas ice cream tu yer
ada lagi tak, nak satu

Bangla tu ckp dah tak de. satu ni je yang tinggal
aku rasa mcm dia betul betul nak kan topping tu
tapi aku lagi la nak sebab memang dari rumah lagi aku dah janji dlm diri aku nak beli. hehehe

pas tu dia tanya aku, baru nak pergi tanah rata ke?
Aku cakap tak de lah, dah nak balik
ooo... then dia diam

aku tau la, kalau aku kata baru datang mesti dia suh aku let go je topping tu kat dia
tapi dah aku pun dah nak balik, tak jadi la nak merayu kat aku
sedih plak aku rasa. tak pe ar. lenkali dia mai beli ar.

Dalam aku dok bargain harga kat abang desh tu, anak anak aku sibuk dok berphotog
dapat la aksi aksi spontan ni

Nak tau, kat atas sana aku tanya jam comel tu 4 botol RM 10. 
aku usik usik bangla tu dia bagi kat aku 5 RM 10. pas tu
dapat madu sebotol free...

Sepanjang kat Cameron tu Aleesya baik je
sengih memanjang.
yang best nyer anak daraku ini. kat sapa pun dia mau
tengok la, tersengih sengih ngan pak tih dia.


Note:-These are the Best Treatment to our Familly
Doakan kami supaya bahagia selalu
sayang korank semua
Peace No War War war !!!!!!
Muka je ganazzzzz, dalam hati ada bouquet of flower tau.

Saturday, May 19, 2012

Imbau Kenangan Saat Sah Jadi Miliknya


Tengah blogwalking tetiba jumpa segmen ni. Rasa macam nak join lah.



 Oleh kerana tajuk tu ckp saat sah jadi miliknya. Saya nak citer tentang saat saat aku nak bergelar isteri jelah. Part cintan cintun tu sentuh sikit sikit boleh?

Ok, bermula dengan benci, geram meluat, menyampah bagai berputiklah cinta, kemudian bertunang.hehehe.. tak sangka you boleh kawin dengan orang yang kita benci.

Saat sah menjadi miliknya:-

Masa dah ditetapkan, jadi saya dan keluarga sedang menunggu di masjid untuk upacara akad nikah. Sejak kecil saya tak di besarkan oleh ayah, jadi untuk bercakap dengan ayah tu mcm janggal sikit la. sekarang dah ok. Then masa  nak akad nikah tu, ayah pengantin perempuan kena la tanya pengantin perempuan sama ada setuju atau tidak di kahwinkan dengan si polan bin si polan.

Oleh kerana segan & malu dengan pertanyaan ayah, aku angguk je. Lepas tu ayah cakap tak boleh angguk kena lafaz. setuju ke tidak ayah kawin kan kau ni? Ha.. mau tak terkejut? malu sesangat sebab ramai orang kat situ. kena jawab kuat pulak tu. tebal muka kemain saya ni. Terpaksalah saya jawab " Setuju Ayah"
Rasa mcm seketul batu besar dalam mulut ni dah di muntah keluar. kang jawab selamba gitu org ckp memang dasar ko gatal nak kawin. hehehe

Alhamdulillah hanya dengan sekali lafaz, saya telah sah menjadi miliknya. Oleh kerana majlis akad nikah dan kenduri jaraknya dalam sebulan, jadi kami kena berjauhan jugak walaupun telah sah menjadi isteri. Bila tiba hari kenduri di rumah pihak lelaki, saya tiada peneman. kekonon itu hanyalah adat. tak payah la ikut.

tiba je masa my parent semua nak balik dari majlis kenduri tu. Saya dah mula gelisah. takut cemas & bagainya.  terus ja saya menangis teresak esak. maklumlah saya tak pernah pergi tidur kat rumah orang. janggal betul rasanya. bila ingat semula malunyer...

Syukur alhamdulillah, sekarang kami hidup bahagia dan dikurniakan dengan sepasang cahayamata.




BE Maxis Hotlink Bagus Lifestyle

Tunggu punya tunggu last dapat gak satu BE 2 minggu ai tunggu you BE, today u datang jugak kat ai ye sayang you BE. sayang nuffnag jugak.
ni BE yang ke 3 for this year. 



           wajah wajah iklan hotlink kat bawah ni.

                                   


                                     

moga moga ada la kempen kempen lain yang sudi menjadi BE ai lepas ni. patutla hotlink asyik berdansa ria kat blog ai. terima kasih yer.

 Note:- thanks to you all for the best supporter to my blog. sayang kamu semua. mmmuah... mmmuah..

Pokok Salji

Apa nama pokok ini? 
memang outstanding kaler dia 
sekali nampak mcm pokok yang diliputi salji
kat rumah korang ada tak pokok ni?
unik pulak aku tengok
tapi aku tak beli sebab takut balik mai penang ni
pokok ni tak sesuai ngan suhu panas & mati kegersangan la pulak

kalau nampak kat mak aku ni habislah
my mum kalau pokok yang pelik pelik sikit memang dia suka

Nanti bila berpindah kerumah teres baru aku nak wat projek tanam tanam ni
sekarang duduk umat kotak, malas la nak layan pokok bunga. ngeee

oelh kerana pokok ni aku tak tau nama, jadi aku namakannya "POKOK SALJI"


Friday, May 18, 2012

Batu Apa tu?

Masa tengah drivekat Cameron Hightland, dari jauh aku nampak mcm ketul ketul batu berlonggok
 kat tepi jalan.
Nak buat apa ek dengan batu seketul seketul tu?
Dalam hati dok ingat, mungkin dorang nak buat landscape ke hape ke
Saja le berhenti kat situ sebab Amirul nak makan jagung & my BIL pulak nak tanya arah ke Ringlet
Lepas je beli jagung. Rasa macam nak usha lebih dekat pulak ketul batu tu
gatai mulut plak pi tanya orang jual air sebelah tu
ini apa?
Honey Dew...
Lorr.. Honey dew ke. ingatkan ketul batu. hiksss
then dia bagi aku rasa sepotong kecil ciput jer
then, husband hon dari dlm keta, dia pun nak rasa jugak.

aku ambik la sepotong lagi. terus dia ckp. beli.. beli... nah ambik duit ni
fuh.. laju jer kan kalau kegemaran dia tu
tak tanya rega pun main kasi je duit kat aku ni.

ok, rega dia sekilo RM 10.00 hengget
kecik  conet ni pun aku beli dalam RM 12.00 hengget

Tapi kan, memang terbaik buah dia. fuhhhh... manis giler
kalau honey dew yang kaler putih tu tak de la manis cenggini
sesapa nak pergi CH, boleh la try. mungkin tempat aku beli tu mahal sikit. try kat tempat lain tengok.

my BIL cakap ini "Rock Dew" . Betul ke?
dia saja sebut ke atau memang nama buah tu yang sebenarnya.
aku pun tak tau.

Aleesya Lebam Pipi Kena Tumbuk

Bila aku sibuk ada saja yang terjadi. ok meh sini nak cerita
setelah selesai makan malam. aku dengan kerjaku di dapur
mengemas membasuh & bagainya la. buat la apa yang patut. suri rumah la aku time time mcm ni.

Aleesya tu aku tinggalkan dekat 2 hero ku kat hall ok.

Check dulu apa atas lantai tu
Sambil mengemas, sambil la mulut ni dok jerit suruh Amirulk tengok tengok adik dia tu
sebab, kejap kejap terlepas ke dapur
kejap kejap terlepas ke dapur.
bila dia kat dapur kutipo semua benda masuk mulut

Rak pinggan la tempat yang dia suka
risau takut pinggan pecah
makan habih kaca tu pulak.

ambik buh mulut
ok. hubby plak suruh je Amirul letakkan adik dia dalam walker
sebab Aleesya asyik memanjat sana sini
duduk kat bawah cara kat bawah
dalam walker cara dalam walker.
haishhhhhhhhh

ok rasa sedap tak?
Tetiba, bedebam!!!! dush.. pompram... waaaaaa!!!!
Aleesya menangis kat dalam bilik
Amirul pulak, dok jerit. tolong...!!!! tolong..!!!!

habih kepit langsir aku dikerjakannya
Apa lagi tersentap my hubby  dari hall lari masuk bilik. 
cepat cepat angkat Aleesya. yang jatuh tertonggeng , muka kena kaki besi buai
tengok kat pipi tu mcm ada bintik bintik darah gitu
melalak la budak kecik ni
aku ni risau takut patah tangan ke, terkehel bahu ke.

tapi tak pe kan, budak kecik malaikat lindung mak aku kata
alhamdulillah tak de apa apa

patah semua
aku tuam jugak la pipinya tu, sambil  netekkan dia
sambil netek pun dok nangis jugak. hahahah so cute sound dia dia nangis sambil
mulut sumbat nenen.

tak puas lagi. benda ketul ni pun dia nak makan
hari ni pergi hantar kat Mak sitter dia. bingit la telinga aku ni kena sound
a'alah.. mcm mana ni? dok kat sini tak lebam, balik umah boleh blu black semua pipi

tak tengok ka? mcm mana la jaga anak ni
ih.. ih... ih...
ha.. Aleesya, ibu dok sibuk buat apa sampai lebam pipi tu. mcm kena tumbuk ha ni..
ibu tak tuam ka?


hohoho... selalunya aku dengar orang dok marah baby sitter sebab tak jaga leklok
kali ni Mak sitter pulak dok marah kat aku sebab tak jaga anak sendiri leklok
hehehehe.. terbalik kan.

sonok pulak rasa. terasa sperti mak aku pulak yang dok marah kat aku
ish.. rindu mak la. nak hug hug lah.