Tuesday, August 7, 2012

Ya kan je lah...


Pepatah melayu yang memang dah lama aku lupakan. 
kalau dulu masa kecik kecik, kami kat kampung memasak guna dapur kayu.
jadi kena la cari kayu kat hutan.
bila budak budak yang cari kayu mesti mcm mcm karenahnya tul tak?

Abang selalu nak angkat kayu yang panjang
pas tu bawak balik rumah baru potong, senang cara tu katanya.
kalau aku pulak suka potong kecik kecik then ikat baru bawa balik rumah
Tapi bila abang seret kayu dari hutan bwak balik umah
mulalah kena leter ngan mak. hahaha.. padan muka abang..


" Jgn Seret kayu dari kutan ke rumah, Nanti Ular masuk kampung!"
ayat ni le yang selalu kami dok dengar
betul ke? kalau seret kayu dari hutan ke rumah leh mengundang ular datang ke rumah?
cuba jugak cari kebenarannya, tapi tak jumpa pun.

Ni betul betul pepatah ke, atau memang ada tertulis kat mana mana ttg kesasihannya?

tapi kan, sebelum ular sawa datang makan itik abang aku tu
memang ada anak sedara aku seret kayu dari hutan bawak balik rumahnya
then mak aku ada tegur, & ckp nanti ular datang umah.

selang 2-3 hari je si sawa tu datang umah abang aku.
ish.. kebetulan je kot kan..
berani aku nak jawab kat mak aku tu yg semua ni kebetulan je..
dian je la, org tua kan lebih pandai dari kta, lebih arif
dorang kan makan garam dulu dari kita . tul tak

kekadang adalah lebih diamkan je untuk selamatkan keadaan, walaupun kita tahu kita di pihak yg betul.
jgn kerana benda ni kita jadi bertekak dengan mak kita. tul tak?


Bersahur dengan Ular

Jam 5.:30 pagi. selepas je kami bersahur kat umah mak di Kuala Nerang. then tetiba abang sulungku ( abang chaq) call. Dia ckp kalau nak tengok ular sawa datang le umah abang sekarang.

sampai je kat sana abang chaq siap timbang ular sawa tu.
tapi tak leh tengok ar, ada dalam guni

7.25kg cam tu ar lebih kurang.
tetiba terl;intas, cam na la tetiba leh ada kilo plak kat umah abang ni.
hahaha... abang berniaga cempedak ke? ngeeee..

Adik kesayangan dia, aku le tu, nak tengok sangat ular sawa tu
jadi abang suh le budak yang tangkap ular tu bukak .
hehehe.. ngada ngadakan aku ni
dah org siap ikat bagai suh bukak pulak.

maaf le gambar tak cantik. HP aku ni kalau time gelap bukannya nak clear
lupa pulak nak bawa balik DSLR aku
kalau idak, mesti ular sawa ni kelihatan lebih anggun. 

abang ckp, masa dia tengah nak sahur, tetiba itik & ayam dia dok bising.
sound pulak lain dari yang lain
then abang suluh le kat reban tu, ha... sekali si sawa tengah ngap sekor itik da..

abang cepat cepat call kawan dia yg kerja rela tu
masa tu la, kawan dia panggil budak sorang lagi yang memang pakar tangkap ular.
bedesup dorang datang tangkap..

Abang ckp, before this ular ni ada cuba makan ayam dia
tapi abangsempat nampak & kejar ular tu, tetiba ular tu luah balik ayam yang dalam mulut dia
pas tu dia lari masuk tali air, abang pun tak berani nak kejar
takut ular tu kejar abang balik.
hahaha...

kali ni, mungkin ular ni tak larat nak jalan dah sebab itik tu dah masuk dalam perut dia, 
so, kalau ular ni dah telan makanan, di ajadi tak larat nak bergerak le

muka si penangkap ular ni pun tak bapa clear
by the way thanks... sebab tangkap ular ni

lepas ni anak anak sedaraku mesti kecut perut kalau nak keluar umah memalam.
maklumlah terigau igau dengan ular sawa ni.
hehehe....