Friday, October 12, 2012

Can I join?

Semasa upacara perasmian Hari sukan kat sekolah Amirul
pihak sekolah ada menjemput ahli silat untuk buat persembahan

Bila kedengaran muzik silat tu tetiba aura persilatan dalam diriku membuak buak
tersa macam kakiku nak je melangkah
membuka langkah dengan kemas kuda kudanya

tapi still bersabar lagi, 
tapi..... bila pesilat tu berlawan dengan pedang tetiba aku jadi semakin bersemangat
teringat tatkala aku rancak bersilat di usia muda

tiap langkah dan bunga di susun dengan teratur
argh.. memang kurindu saat itu.

bila saja mata pedang bertemu..
aku tetiba mengelamun dan teringat tatkala wajahku
berlumuran darah di tengah gelanggang..

nasib baik guruku ada sempat meredakan keadaan
hanya hujung pisau menembusi dahi kiriku
hanya dengan menekan di tempat luka itu
darah yang mengalir panas berhenti..

aku ingat lagi...
inilah yang berlaku akibat melanggar pantang

pesan guru, lelaki dan perempuan sebelum bersilat tak boleh berbicara 
sehingga menimbulkan bait bait cinta.

tapi nak buat cam ne kan
pasangan silatku masa tu memang cantik
mestilah menjadi idaman lelaki
aku? tak de lah.. aku tak secantik mana pun..ngeee

aku ada 3 abg escort, sape berani dekat? hahaha
they are really caring beb!
tatkala entry ni tulis, aku masih lagi mengusap usap parut di dahi
zaman remaja memang indah kan...


Note:- masih segar di ingatan saat  mandi limau di dalam gelanggang.
korang pernah?


Thursday, October 11, 2012

Basah tekakku dengan rezeki darinya.

Bermula dengan aku demam, pas tu Aleesya demam
sekarang Amirul pulak demam

kebetulan kawan aku Melati, datang rumah
saja jenjalan, Then Amirul nangis nangis nak Makan Burger Egg
dengan sejujur hati si Mel tu offer diri dia nak pergi beli
terharu aku tau

Tak pe la kak T, nanti Mel, nak isi minyak keta
pas tu Mel patah balik dan belikan Amirul burger
mel beli tuk kak T sekali k.

Ya Allah, baiknya hatimu Mel,
Mel tu tau le, aku sengsorang memalam 
dengan anak kecil, mcm mana nak  keluar beli
jadi dia offer diri dia.
Thanks Mel, hanya Allah yg balas jasamu.


Suka la Mirul, seharian tak lalu makan sebab demam dapat makan burger
dah la tu  Auntie Mel yang banjer.

sedap tau burger yang di jual kat tepi tepi jalan ni
memang juicy. puas kami makan malam tu
Aleesya? dia pun sama naik makan burger. hahaha...


closed up.. hehehe..
saja nak tayang. jahat tak aku?
jgn marah yer...


Note: Orang berbudi kita berbahasa..Dah simpan niat nak balas jasa baik Mel ni..
Nanti Kak T buat coklat utk kamu yer..

Dodol Mini

lama jugak tak makan menda ni
tetiba ada orang bagi
suka suka suka...
 selalunya dapat menda di sempadan siam 
atau kat pekan rabu jerk.

korang panggil apa
aku panggil dodol mini

kalau dapat yg berperisa durian lagi la marveles.

Note:- Thanks ya friend. mcm tau tau I suka.

Penawar Penyakit Kronik

Seperti biasa, Aku suka sangat dengar ceramah agama oleh ustaz Lah.

Hari ini belaiu  membincangkan tentang  bisikan syaitan. Rasa mcm komplicated sikit kalau aku nak terang kat sini. Tapi aku faham la. cuma nak fahamkan korang tu aku bimbang tersalah tafsir. maaf yer.

Apa yang aku nak kongsikan di sini, belau ada kongsi sedikit petua untuk kita jadikan pre caution daripada penyakit kronik.
setaip pagi sebelum sarapan " Ambil satu sudu madu + cuka buah, kumurkan , atau biarkan di dalam mulut selama 1 minit. baru telan. ( pastikan anda tidak menyucikan mulut anda selepas bangun) senang cakap. semasa air liur basi masih ada dalam mulut le.
mungkin ada yg rasa geli . Ok di sini juga Ustaz lah ada bagitau.

Sewaktu kita tidur, badan kita akan menjalani proses pengasingan.asid   yg menjadi penawar akan pergi ke mulut dan menjadi najis  akan masukdalam usus untuk di buang.

DI Sini aku terangkan sedikit tentang kaibaik. Cuka + Madu Asli


Madu asli cuka :Minuman yang sihat untuk melangsingkan berat badan pada masa sekarang.

Madu asli cuka diperoleh dengan campuran madu asli dengan asid buah-buahan (asid epal).


• Cuka
Seperti yang disebut di atas, cuka dapat mengekalkan kesihatan, menceriakan kulit, meneutralkan asid badan, membakar lemak badan yang berlebihan dan membantu pergerakan usus perut .

• Madu asli
Mengandungi pelbagai khasiat yang bernilai dan dapat membantu penyerapan ubat traditional ke dalam sel-sel badan.


Kedua-dua digabungkan – Madu Asli Cuka.
Jikalau selalu minum madu asli cuka, keistimewaan cuka dan madu asli seperti yang sebelum ini dapat dikenali dengan mudah.

Rasa cuka yang masam juga tidak mudah diterima oleh setiap orang sekiranya anda ingin menjaga kesihatan dengan minum cuka. Akan tetapi, cuka buah-buahan terutamanya cuka epal yang tulen dicampur dengan madu asli yang dapat memelihara kesihatan. Campuran ini akan dapat menghasilkan minuman penjaga kesihatan dan pemeliharaan kecantikkan yang sedap.

Madu asli cuka mengandungi 30% asid epal dan 70% madu asli.


• Ia dapat membantu kita untuk menjernihkan darah, meleraikan paras kalori dan gula secara efisien agar badan kita sanggup mengelakkan penyakit darah tinggi.


• Melindungi organ hati anda daripada keracunan arak dan merangsang fungsi organ hati.

• Ia dapat mempergiatkan metabolisme organ-organ internal badan kita, menghapuskan elemen toksik (racun) dan sembelit (konstipasi).
• Ia dapat mengelakkan halitosis atau nafas yagn busuk yang disebabkan oleh kumuhan asid gaster (perut) yang berlebihan.
• Ia dapat mengalir keluar deposit lemak dan mengurangkan berat badan yang berlebihan dengan sekaligusnya.

Wednesday, October 10, 2012

Satu Murid Satu Sukan

Ibu... esok jangan lupa pergi tengok mirul ye...
memang dah seminggu Amirul berlatih 
tengok keadaan baju  dan kasut aku agak sukan dia memang lasak giler..
sekali datang tengok. Mak aiii...
ko tiup belon je baju dan kasut boleh hanchor!!!
tiup belon pun leh di namakan sukan . tak pe lah.

semangat betul Amirul, akutengok kat kaki tu tak pakai kasut pun
sebab kena lari dari garisan ke kerusi tu
hahaha... dekat giler, tapi semangat sampai bukak kasut semua.

ha.. duduk duk.. 
lama jugak la belon tu tak mau pecah
aku dan hubby terhibur sangat sebab budak lain dah pecah pom pam bagai
belon Amirul tak mau pecah.. kahhhhhh

sampai terkeluar ke sana belon dia
cikgu tu suruh amirul tup lagi bagi besar
baru belon jadi nipis dan senang pecah

ok, kali ni dah bileh pecah
sian dia, tak menang pun.
janji dia  enjoy participate dah kira ok la kan..



Amirul: Belon tu lambat pecah sebab belon tu baru lagi.
Masa mirul berlatih guna belon hat pakai dah..

mestilah belon baru, sebab kena bagi pecah.
Hai mirul, kalau dah pecah mcm mana nak guna semula?

Cantikku Bukan Untuk Dirimu.

Apa perasaan korang kalau dah bertahun tak jumpa kawan 
pas tu tetiba jumpa kat shopping Compleks?
mesti nak sapa dan tanya Khabar
Sama la mcm aku jugak
tetiba jumpa kawan masa sekolah rendah 
terus tegur dan tanya khabar
aku tak kisah sangat penampilan seseorang tu
sebab aku memandang dari hati seseorang bukannya gaya penampilan.

Bila dia nampak je aku terus dia cakap
eyyy.. , awat hang bum bum sekarang ni?
aku ingat sapa tadi, nampak mcm mak cik mak cik hang ni
pakai baju kurung. Memang hang banyak berubah la..
tak pakai spek lagi cantik tau.
buruk sangat kah aku?

 
oh ok... dalam ati dok bisik.
" hang pun berubah gak.. memang berubah sesangattttttttttttttttttttt"


Kalau aku ckp tak terasa dengan kata katanya
bohong la kan..
Tak payah la  aku gambarkan keadaan penampilan dia. biarlah kan
suatu hari dia akan berubah. Dan biarlah Allah sedarkan dia 

 

" bagi aku biarlah aku begini asal aku cantik di mata suami
Biarlah aku berbaju kurung asalkan bentuk badanku hanya di lihat oleh suami
Biarlah aku gemuk begini asal selesa di sentuh suami
Biarlah aku dianggap kaum mak cik makcik sebab itu memang setaraf umurku


Yang pastinya, cantikku bukan untuk dilihat olehmu
Biarlah aku cantik di mata suami

 

Note: Suamiku suka aku berkaca mata, nampak educated katanya, hikss
masing masing punya pandangan la kan.


I catch you, Yeah!

Selalu sangat bila ada Pendidikan jasmani, Baju PJ dia mesti macam belacan
kasut jangan cakap le
dah tak nampak rupa kasut dah..

ooo... inilah rupanya aksi dia kat padang
aku curi curi snap gambar ni masa sport day dia

selalu kalau aku tanya dia ckp dia terjatuh la
kawan tolak le..
ha.. ini buktinya. 
Dari hujung padang aku zoom kan aksi ni

Anak sapa yang kaki ke atas tu?
yg pasti bukan Amirul le.

Amirul tak leh angkat kaki cenggitu
dia cuma boleh baring mcm ni
haaaaa..... baring kat atas padang
punggung tak de ke?

Nampak kat kiri tu, ada sorang lagi Jalan dengan tangan
kengkawan dia la tu
nanti jgn nak bagi alasan kalau balik dengan baju belacan yer..
I catch you already..

meriah sungguh dia yer..
Sib baik dia tak perasaan aku dok tembak tembak gambar ni


 for me, is normal being a boy, kalau lasak cenggini.
 tak marah pun, cuma puas ati intai perangai anak di belakang kita.