Tuesday, October 16, 2012

Kekal dalam Ingatan

Ni entry yang menyentuh hati sanubariku
ceritanya bermula begini..

Dalam tahun 2007 doktor berjaya detect ada satu lump kat breast aku
Bila dapat tau tu.. aku sedih. tapi redha dengan ketentuan ilahi
mcm mcm kami cuba, 
tak nak le terus buat operation, kalau boleh cuba dulu cara kampung.

Mak tak habis habis berdoa
sampai keluar semua kitab kitab majurabat yang lama tu
di belek dan di cari ayat ayat untuk diamalkan agar sembuh penyakitku ini
ayat ayat pinggan putih pun da jugak dalam kitab tu
 3 hari sebelum lump nak pecah, Mak bangun pukul 3 pagi
dia panggil aku yg sedang tidur 
kemudian dia pangku aku di ribanya,
kemudian mak baca ayat suci al quran dan hembus di tempat yang ada lump tu
mak ulang ulang buat sampai la ke subuh, kemudian sambung lagi
esoknya, aku rasa panas satu badan terutama temnpat yg ada lump
terasa seperti di salai 
panas tu Allah saja yang tahu
aku jadi resah dan meracau racau sebab tak tahan panas
aku menangis nagis
sampai hubby pun jadi panik
keesokkan harinya, aku dapati lump tu dah pecah dan keluar nanah
panas aku dah reda.
kemudian, kami decide nak buat operation sebab bimbang efeection 
 
Alhamdulillah sekarang segalanya dah ok.
thanks hubby kerana berkorban selama dua tahun
dengan penuh sabar menjaga isterimu ini
tak terbalas segala pengorbananmu itu.
Semoga Allah sentiasa menjaga abang..
 
Bagi kanser , sihir atau gangguan ini jika menurut pada satu pendapat , ianya menggangu fungsi penghasilan hormon. Mengacau fungsi badan sehingga berlaku ketidakstabilan fungsi sesuatu organ atau hormon yang dihasilkan badan dihasilkan secara berlebihan yang menyebabkan sel-sel yang ada berubah.

Kerana itu , bukan semua kanser boleh diubati sepenuhnya dengan ubat moden. Kerana rawatan moden tidak dapat melihat jin atau sihir. Boleh dilihat dari kes-kes kanser yang mana ada pesakit yang pernah pulih sepenuhnya melalui rawatan moden tetapi ianya kembali menyerang.
 
 

Note: Kitab lama mak tu banyak juga kegunaannya.
 

 

 

Puding Roti Kak Siti

 Terlebih gula pulak aku sunday lepas
call biras aku yg pakar wat kuih muih
dia cakap sukatan tak ingat
tapi masuk ini masuk itu bla.. bla.. semua
ok lah aku leh catch up!


tak pernah buat pun puding roti ni
saja le nak try, sebab roti kat umah tu memang tak de orang nak makan

aku buat 6 keping roti
guna roti mosimo ( bos aku beli)

bila dah beku, masukkan kat dalam fridge, potong dan makan
aku dah makan 2 potong ni tetiba teringat sesuatu

hmmm.. mesti lagi sedap kalau aku letak topping  strawberi 
potong lagi satu dan nimatinya dengan penuh syahdu
menjadik pulak tu
walaupun resipi belajar melalui telefon jerk.

Amirul pun suka
dia ckp letak topping ni sedap sebab dia ada rasa masam msam manis
siap request suh aku hantar tuk mak ngasuh dia lagi tu.


resipi yg simple sangat ok
1 tin susu cair + roti 6 keping ( blender sampai hancur
agar agar  ( RM 1.20) sebungkus 
gula 1/2 cawan
ros

rebus agar agar dah cair masukkan gula
kemudian masukkan bahan yg di blender
masak lagi sampai agak agak pekat
masukkan ke dalam acuan 
perisa rose tu titiskan kat permukaan ( kacau)
dah sejuk boleh makan.


Monday, October 15, 2012

Gila Number Ekor

Hari ni datang office, sibuk le orang dok cakap tentang motor aku
aku sayang tau motor tu sebab tu le motor pertama aku
biar pun dah cabuk.. banyak tul kenangan aku bersamanya.
k lah aku bagitau, Nombot plate Motor aku 8932
8 = kekayaan 
932 = money

orang cina memang suka number ni, dorang cakap number ni bermaksud kaya duit. hahahaha
ada Ong la konon
dah berkurun aku guna motor ni 
tak jadi millionaire pong.hahahaha


Kat office ni  ada la dua tiga ketul yang taik judi
lantak deme la, asal tak kacau aku udah le
nak beli no motor aku ke, apa ke bior le, bukan duit aku.
korang menang pun aku tak ambik port
kalau kalah pun bukan duit aku
no effect okey!!!



Then yang best nya, ada plak yg minta exchange  number motor aku tu dengan number motor dia
aisey... kaki judi ni mcm mcm benda dia leh fikir noh..

last aku jawab le..
kalau setakat nak tukr number, tak boleh ar..
kalau Nak, beli satu motor baru utk Ai
then u ambik number motor ni, Boleh!!!
hahahaha.... demand sket.



selalu jugak aku dengar, dorang ni ke sana sini panjat bukit bagainya
kekonon kalau buat itu atau buat ini boleh kena number

Bila aku ckp, bukankah main number tu tak baik
dorang siap ckp..
Actually, ini harta Ai yang Ai bawa mari
so, nak dapat harta tu kena la beli number.


Note: Moga Allah temukan hidayah kepada kaki kaki judi yang beragama islam.

Can your Face cheat the age?

Percaya tak? Gambar wanita kat bawah ni  adalah wanita berusia 44 tahun
Di lahirkan tahun  1968, Masako Mizutani  adalah seorang Surirumah dan ibu kepada dua orang anak. di mana anak sulungnya akan menginjak usia 20 tahun tahun ini.

Tak sangka kan. Muka dia sebijik macam anak remaja.
untung le suami dia dapat isteri cantik.
patut le suh jadi housewife je. cantik dan nampak muda pulak tu. 

 
wanita kelahiran Jepun ini. menjadi idola kebanyakkan wanita .
kalau dia ni masuk beauty contest., compom la menang
kalau datang Malaysia masuk contest ibu vouge, mestilah dia menang!!!!
walawei...


nah aku tunjuk dekat sikit muka dia.

Korang mesti nak tau kan apa rahsia wanita ini?
hahaha... sanggup ke korang buat?

5 jam sehari di habiskan untuk skin care je. tu dia... hari hari 5 jam belek kulit
mesti la berbaloi kalau cantik mcm ni

Note: 5 hours on skincare 100x.Wahhhhhhhhhhhh


SUMBER

Warna sarung telefon bimbit yang bersepadan dengan Horoskop

Sarung telefon bimbit yang berlainan warna mewakili personaliti-personailti dan sifat-sifat individual yang berbeza. Apakah warna untuk anda?

Aries: Emas melembutkan sikap kepanasan (Mac 21- April 19)
 
 Aries dilahirkan sebagai pahlawan, anda tidak mudah putus asa apabila menghadapi kesukaran. Aries suka suasana kegembiraan. Di mana ada Aries, di mana ada kegembiraan. Akan tetapi tingkah laku mereka yang keterlaluan kadang-kala menjadikan sesuatu keadaan menjadi teruk. Penggunaan warna emas dalam sarung telefon bimbit boleh melembutkan personaliti panas baran anda dan kecomelan anda akan dikesan oleh jantina lain.

Taurus: Hitam meningkatkan rasa selamat (April 20- Mei 20)
  
Taurus sebenarnya tidak jujur sangat seperti apa yang dibayangkan orang lain, anda juga mempunyai sikap yang licik. Rasa selamat anda datang dari wang. Anda berasa selamat dengan wang yang lebih banyak. Sarung telefon bimbit hitam sesuai untuk anda. Anda hanya pentingkan kesesuaian telefon bimbit untuk diguna dan reka bentuk telefon bimbit tidak penting langsung. Jadi, anda akan menarik perhatian orang yang tahu menghayati kecantikan dalaman anda. 

Gemini: Warna silver menarik perhatian orang kaya (Mei 21- Jun 20)
 
 Gemini suka menonjolkan diri. Mereka berminat dalam apa-apa hal dan tidak suka suasana senyap sunyi. Anda mempunyai dua personaliti, kadang-kala bimbang keterlaluan dalam menonjolkan diri dan kadang-kala takut mendapat perhatian orang lain. Jadi, sarung telefon bimbit yang berwarna silver paling sesuai untuk anda. Peluang untuk berkawan dengan orang kaya juga akan meningkat.

Cancer: Warna hijau membuka hati anda (Jun 21- Julai 22)
 
 Personaliti Cancer lemah lembut, emosi anda mudah dipengaruhi oleh orang lain. Kebanyakan orang berasa selesa apabila bergaul sama dengan anda dan menganggap anda sebagai kawan baik. Jangan menyimpan masalah dalam hati dan jangan mengambil kira apa yang sudah terjadi. Sarung telefon bimbit yang berwarna hijau sesuai untuk anda, ia boleh membuka hati anda dan menjayakan hubungan dengan pasangan anda.

Leo: Warna merah meningkatkan semangat perjuangan (Julai 23- Ogos 22)
 
Leo seperti matahari yang menyebarkan sinaran. Warna yang boleh mewakilinya tentulah merah. Sarung telefon bimbit yang berwarna merah boleh membangkitkan semangat melawan anda dan menningkatkan peluang bercinta. Ingatlah jangan terlalu bersikap ketuanan dan menyebabkan orang lain tercungap-cungap. 

Virgo: Warna putih wajah sebenar saya (Ogos 23- September 22)
 
Perkataan “degil” tepat digunakan untuk menggambarkan sikap Virgo. Anda tidak mengaku kelemahan diri dan sentiasa berdedikasi mencapai kesempurnaan dalam hidup. Guna sarung telefon bimbit yang berwarna putih tidak bermakna anda suci tetapi bermaksud berterus-terang dan pengampunan. Anda akan dapat menghadapi diri sebenar anda dengan warna ini.  

Libra: Warna kuning mengurangkan kritikan (September 23- Oktober 22)

Libra kelihatan adil tetapi sebenarnya hatinya tidak menentu. Anda suka mengikut fesyen dan selalu menukar model telefon bimbit untuk dapat perhatian orang lain. Anda mempunyai permintaan yang tinggi terhadap orang lain dan diri sendiri. Oleh sebab itu, guna sarung telefon bimbit yang berwarna kuning boleh mengurangkan kritikan terhadap diri sendiri dan juga kekasih. Wujudkan kegembiraan akan menjadikan hidup anda lebih sempurna.

Scorpio: Warna ungu amat bergaya (Oktober 23-November 21)

Scorpio selalu berfikir. Anda boleh dapat banyak idea dalam sekelip mata. Anda beromantik, jadi warna ungu membuat anda selesa. Sarung telefon bimbit yang berwarna ungu akan menjadikan anda bergaya dan membantu perjalanan cinta anda mudah berjaya.  

Sagittarius: Warna merah jambu (November 22- Desember 21)

Sagittarius merupakan anak yang suka lepak. Anda sesuai dengan warna yang lembut atau warna merah jambu. Anda suka dengan alam semula jadi dan menganggap warna merah jambu amat sesuai untuk pergabungan alam sekitar. Jadi pilih sarung telefon bimbit yang berwarna merah jambu dapat membantu anda dapatkan kekasih yang bersesuaian.

Capricorn: Warna jingga membawa cinta Desember 22- Januari 19)

Konservatif dan tradisional merupakan sikap Capricorn. Anda mementingkan realistik tetapi takut diasingkan. Jadi, warna jingga yang tidak menjolok mata barulah warna yang bersesuaian dengan anda. Sarung telefon bimbit yang berwarna jingga akan membantu meningkatkan peluang bercinta dan juga banyak membantu dalam belajar.

Aquarius: Warna campuran sesuai anda (Januari 20- Februari 18)

Warna campuran mengandungi merah campur biru, kuning campur hitam, hijau army dan lain-lain. Sarung telefon bimbit yang mempunyai warna lebih daripada dua digolong dalam kategori ini. Selepas mengguna warna ini, anda berpeluang mengenali lebih banyak orang. 

Pisces: Warna biru membawa kegembiraan (Februari 19- Mac 20)

Warna biru merupakan warna yang suram. Sebenarnya ia tidak sesuai untuk orang yang sentimental tetapi apabila bergabung dengan pisces yang sentimental, ia akan menghasilkan kesan “negatif dengan negatif akan mendapat positif”. Gunakan sarung telefon bimbit yang berwarna biru boleh membantu anda dapat kegembiraan yang sebenar. Selepas mendapat ketenangan dari hati, orang lain akan tertarik dengan ketenangan cantik yang disifatkan anda.


Note: Tak caya pun pada horoskop. 

Saturday, October 13, 2012

Berkampung kat blog E'raz Fadzli

hmm.... cuti hujung minggu ni dah nekad
nak berkampung kat blog E'raz Fadli
Dah masuk segmen Eraz Fadzli : blogwalking
haruslah jengah blog yang di senaraikan.


ok gak si E'raz ni wat saperate mcm ni
senang la nak BW

satu persatu ku jenguk yer
 
tak kisha la blog tu aku dah follow sebelum ni ke idak
yang pasti aku akan tinggalkan jejak kat blog dorang

sehingga semalam aku baru berjaya jejaki
hingga ke kumpulan 4
nak habiskan juga
pelan pelan kayuh le..
kepada blog yg belum ku jejak
harap bersabar k
banyakkan...
tapi.. biasalah kalau ada usaha pasti akan selesai jugak..

doakan aku berjaya menjejak blog semua ni
hai E'raz..
berkampung le akak kat umah kamu
jgn marah ye..


Note: ada lagi segmen yg dijoin belum lagi BW.

Yang mana Lebih Cantik/Kacak?

The richest young people in the world


Isha Ambani
Father: Mukesh Ambani
Who is he?: Oil tycoon
Nationality: Indian
Forbes list: No.19
Worth: $22.3 billion


Marta Ortega
Father: Amancio Ortega
Who is he?: Owner of Zara retail chain
Nationality: Spanish
Forbes list: No.5
Worth: $37.5 billion



Sofia Barclay
Grandfather: Sir David Barclay
Who is he?: Media and real estate tycoon
Nationality: British
Forbes list: No.358
Worth: $3.2 billion.


Sam Branson
Father: Sir Richard Branson
Who is he?: Virgin mogul
Nationality: British
Forbes list: No.255
Worth: $4.2 billion


Georgina Bloomberg
Father: Michael Bloomberg
Who is he?: New York City mayor and media mogul
Nationality: American
Forbes list: No.20
Worth: $22 billion


Anna Anisimova
Father: Vasily Anisimov
Who is he?: Metals tycoon
Nationality: Russian
Forbes list: No.330
Worth: $3.4 billion


Vanisha Mittal
Father: Lakshmi Mittal
Who is he?: Steel magnate
Nationality: Indian
Forbes list: No.21
Worth: $20.7 billion


David Ellison
Father: Larry Ellison
Who is he?: Co-founder and CEO of Oracle Corporation
Nationality: American
Forbes list: No.6
Worth: $36 billion.


Antoine Arnault
Father: Bernard Arnault
Who is he?: Founder and CEO of LVMH
Nationality: French
Forbes list: No.4
Worth: $41 billion


Amanda Hearst
Great-grandfather: William Randolph Hearst
Who is he?: Media mogul
Nationality: American
Forbes list: -


Dylan Lauren
Father: Ralph Lauren
Who is he?: Fashion icon and designer
Nationality: American
Forbes list: No.122
Worth: $7.5 billion

Aku lawa Amanda Hearst dalam semua semua ni ler. korang bagaimana?