Monday, April 8, 2013

Gula a.k.a. Nisan

Aku kan suka sangat makan Som Tam
Kalau ada peluang aku akan buat sendiri
Tapi kan, kat sini nak dapat betik tua tu susah sket.. so.. pendamkan je lah niat nak buat sendiri
kalau balik kampung memang heaven la kan...

Gula_somtam

Ada la hari tu my biras ckp yang kat Kuala Kedah ada jual Gula/Nisan utk org buat Som Tam
Apalas, aku suh le dia beli, pas tu bawa balik mai Penang ni
Simpan je lah dalam peti ais, tak buat som tam pun
Buat kerabu mangga ada lah..
Then, minggu lepas, pening tak tau nak masak apa
aku saja la pergi cuci mata kat kedai sayur 
tetiba usha.. mangga putik 
terus aku beli 2 biji nak buat kerabu
Dalam otak dok ingat yang Nissan Som Tam tu ada 

photo from storyofmama.blogspot.com
Semangat penuh membara terus je parut mangga tu
pas tu goreng ikan bilis sket
udang kering yang orang bagi dari Sabah tu pun ada
goreng kacang tanah sket
potong cili padi kecik kecik
dah siap semua, last baru nak pergi usha gula/Nisan dalam fridge tu
Mak ai... sekali keras macam batu
ketuk mcm mana pun tak boleh daa....


Lambat sangat tunggu dia mencair, aku letak je gula biasa tu
sampai ke esok pagi, gula tu still keras
tak de tanda tanda dia nak menmcair

eh gula tu memang tak boleh simpan dalam fridge ke?
sesapa yang pakar sila bagi nasihat sat
cam no nak simpan gula/Nissan tu agar tahan lama?


Note: Gula/Nissan tu dah selamat masuk Tong Sampah, sebab semut dah lepak..

FIRST GIVEAWAY BY WANA OWEN

Nak join ke idak nak join ke idak..
lah.. join je la. simple je pun cecara nak join.
 
walaupun cara nak join super simple. I like okesssssssss...
tapi kan... hehehehe..
hadiah yang di tawarkan tu telah menggoda aku.

nak tau. ok ok aku habaq mai tang ni gak
Tempat Pertama : Sehelai Blaus atau Tshirt. 
Tempat Kedua : Sabun Gluta Collagen
Tempat Ketiga : 5 keping Shiseido Black Mask
 
dapat yang ke tiga tu pun tak pe dah aih...
hey korang, apa tunggu lagi...moh le join . Klik je banner tu.
 
 

Segmen Bloglist Bulan April Lelaki Ini

Lama dah dok jenguk jenguk blog  budak encem "Lelaki Ini"
eh tak tipu la, dia memang encem.. 
kalau dah betul wat pe nak tipu kan..kan...
nak join la segmen dia..
 

Hello dik, akak memang tak hensem tapi lawa tu tak yah nak cakap la. bwahahahaha..

sesapa nak join.
klik banner kat atas ni yer.

cepat.. tarikh tutup 12/04/2013


Saturday, April 6, 2013

Peluk dan Cium

Hari ini aku nak berkongsi pengalaman kengkawan.
Apa Reaksi anak kecil korang bila korang peluk dan cium pasangan anda di hadapan mereka?
aku cuma nak tau kesan psikologi ke atas anak anak  dan adakah ianya baik atau tidak
Kenapa aku tanya? 
citernya begini... tak tahulah kalau korang tak praktik. ngeee..
Aku kalau boleh akan cuba untuk peluk suami 4-5 kali sehari.
maksud aku bukan la peluk ghairah tu.hehehe..
biasanya pelukan di lakukan bilak aku nak keluar kerja dan suami keluar kerja.
pelukan sampingan pula, bila aku tengah memasak or mencuci ( dah tentulah suami yg peluk)
selama ni akutak ambik kisah pun bila peluk peluk tu semua
aku main peluk je, kalau tak peluk pun aku cucuk cucuk pinggang suami
tergedik gedik si suami, pas tu kami akan ketawa bersama sama..
( usik usik la kan, namanya tu)
Kebetulan, semalam hubby kerja malam, so, pagi tadi lak aku terlewat bangun
makanya, my hubby pun dalam keadaan mengantuk telah tidur di sebelah aku.
aku bangun mcm biasa, mandi dan bersiap nak ke office,
kena la hantar Aleesya dulu
Aleesya kuis kuis papanya untuk salam dan cium pipi.
mamai pun layan gaklah papanya tu.
Lepas aku pakai tudung siap cecantik semua, aku pulak le yang kejut suami
bisik la kat telinga ( dia kan tengah tidur)
aku cakap dah nak pergi kerja dah..
Aku cium tangan gitu je.. tapi terasa la nak kaco dia
aku cium bertubi tubi, pas tu peluk rapat rapat plak tu
Tak perasan pulak yang Aleesya tengah usha..
sekadar hiasan

Bila aku tengok kat Aleesya, mukanya kelat
macam terlekat biji kacang kat tekak.
Tak sure la kan, dia hairan ke terkejut ke atau
apakah yang dia sedang fikir masa tu?

bila aku tengok keadaan dia mcm tu, aku pun ambik dia
dan ajak dia sama sama cium suamiku..
dan salam sekali lagi sebelum dia ke rumah baby sitter.


Ada baca kat satu artikel
"Apabila berada di depan anak anak , Pelukan pada bahu suami isteri adalah lebih sesuai untuk memberitahu bahawa mereka adalah pasangan ibu bapa yang bersefahaman.

Note: kalau Amirul kecik dodulu, dia terus join je gomol papanya....

EL BIRTHDAY GIVEAWAY BROOCH

woho... my friend B'day. Then ada buat GA pulak
hari ni lah baru sempat nak join.
jangan marah ye EL. you know me kan...
 

Alahai ku sampai termimpi mimpi nak sematkan brooch ni  kat shawl aku.
nak lekat sini nak lekat sana.. wow... kalau la aku dapat hadiah ni.. tersnagatlah suka.

My wish
Assalamualikum...
El yang di kasihi, bermula dari tak kenal sampai boleh dating dan jumpa jumpaan
Demi sebuah ikatan persahabatan aku mendoakan
agar hang sentiasa ceria cam ni, happy macam ni
Jadi anak, isteri dan ibu yang solehah...
Moga kehidupan yang lepas buat kamu lebih matang
di hari hari mendatang kamu di curahkan dengan kegembiraan 
tentang kejayaan sendiri, kejayaan suami dan kejaayan anak anak
dan akhir seklai semoga Allah sentiasa menetapkan Iman kamu

dah nak tutup next week.
cepattttttttt
Sape nak jopin klick Banner/gambar .

Note: tak dapat brooh tu , ku rompak hang.. hahahaha
 

Friday, April 5, 2013

Kenapa Pemadam tu Di panggil RABA?

Masa zaman sekolah dulu, memang susah nak beli peralatan menulis
walaupun harga pensil cuma 10 sen dan 20 sen utk pensil 2B, terasa begitu mahal.
jadi apa yang aku buat ialah, masa bayar yuran sekolah
akan dapat alat tulis ni, aku akan jaga dengan sepenuh hati.
kalau pemadam hilang, gantikan dengan getah..

Tak de mcm anak anak sekarang yang berdozen dozen mak bapak beli alat tulis
sudahnya asyik hilang je...( Amirul le tu).
Okey.. nak citer tentang pemadam benaunya ni. ntah melalut ke zaman sekolah le hape la pulak.
budak kecik ni kalau dapat pemadam, suka gegettttttttttttt

Aku ngan hubby, memang pure org kedah. So, kami panggil pemadam tu as "RABA"
mak, ayah, abang sedara sepupu sepapat aku yang se zaman aku pun panggil 
pemadam tu "RABA" jugak. 
So, perbualan kami laki bini tak de masalah, maklumlah sekapai org kata...
Lepas geget leraikan mcm ni lah... pas tu abang hangin satu badan. hahahaha

Tapi kan, bila aku sebut "RABA" kat Amirul, aku rasa kekok pulak.
sebab All the while memang Amirul sebut Pemadam atau "Ereaser" je

Tapi.. yang best nye bila terpacul dari mulut my hubby
cakap "GERABA". hahahaha... memang ada sesetengah orang kedah yang panggil "GERABA"
Dulu masa sekolah rendah, ada kelas pendidikan seni
nak belajar guna cat minyak/ color minyak
So, cikgu Seni tu ckp la,
" Sila lihat kertas lukisan kamu, kemudian kamu raba di permukaan yang licin"
permukaan yang licin itulah yang kita akan gunakan untuk cat minyak."
Then  1/2 daripada kelas telah mengambil pemadam
terus je gosok gosok kat permukaan licin kertas lukisan, 
habis rosak permukaan yang licin tu
aku le tu yg buat perkara tersebut.
hahahaha
Cikgu tengok dan jawab
" Saya cakap Raba.. bukan padam" kami jadi pening kejap
last cikgu cakap
"Sila raba dengan  tapak tangan kamu dan bukan dengan pemadam"
hahahahaha..... bila ingat kembali memang lucu.


Tapi kan.. mengikut ramalan songsang aku la
Mungkin perkataan RABA tu di pinjam dari perkataan orang puteh
Rub ( rubbed) ---  To apply pressure and friction to (a surface).
2. To clean, polish, or manipulate by the application of pressure and friction.
To move (an object or objects) firmly along a surface, especially repeatedly: rub an eraser over the blackboard; rubbed my fingers over the sore spot.

Nak sebut rubbed tu susah sangat, hentam je la sebut RABA.
hahaha... jgn caya, aku temberang je ni.
"ni la jawapan yang aku jeelaskan kat AMirul bila dia tanya kenapa Pemadam tu
ibu panggil RABA?"
 
 
Nota : Soalan dari mulut anak,  buat parent fenin nak answer!!!!


Thursday, April 4, 2013

Terus Hilang Rasa Mengantuk

Dulu masa anak dara selalu la bawak balik kerja office settle kat umah
Dah kawin memang tak pernah pun
Tapi kan.. sejak ada backlog yang ditinggalkan untukku
Dah le tu Account pulak, gagah jugak aku bawak balik
memalam dok mengira sampai juling mata .
makanya semalam tidur lambat..

Pagi tadi kena bangun awal sebab nak bawa Aleesya ke klinik
Timbang tadi, beratnya baru 9.6kg. hahahaha
Dah setahun 8 bulan ++  masih tak  cukup 10kg.
Aleesya ada Alergik kat leher dan kepala
kena refer General Hopsital
Tapi aku tak pergi hari ni, Mungkin esok atau lusa kot
sebab hubby kerja malam, kang drive tengah mengantuk, lain pulak jadinya.
tengok gambar ni lema lama, korang pun boleh menguap jugak tau. try le...

Aku memang mengantuk, Tapi kena la datang kerja
mana boleh malas malas kan..kan..
Dah janji nak jumpa Si EL nak jumpa dia kejap
Tengah dok Ride motor , aku memang mengantuk
Dalam otak dok berkira kira nak beli Nescafe kat 7-eleven
kat building tempat EL kerja tu.
Masa aku belok sebelum rounabout Bayan Baru tu
hok aloh, abang JPJ wat road Block la
mata yang ngantuk ni terus terbeliak luas luas
ha.. terus hilang ngantuk ni
tunjuk lesen, road tax semua, ok lepas. Aku pengguna Jalan Raya yang berhemah tau
 
Then, masa abang JPJ tu tengah check lesen aku, ada la mamat kat depan tu
dok godek godek lesen dia, 
sekali tunjuk. hahahahaha.. Bulan empat tahun 2012 expired.
terlupa nak renew. hambekkkk
JPJ tu tak cakap banyak terus je saman.
Aku suka mcm ni, tak banyak songeh. 
tak de dok berleter bagai, budi bicara bagai
thumb up..


Aku bukannya apa, memang tak suka bila sebelum nak saman tu
siap dok cakap " Ni la, naik motor pandai, renew lesen tak Reti"
bila orang  nak saman, pandai pulak hang dok merayu.
last saman jugak.. kalau berleter pas tu tak saman tak pe ar...
mungkin cara JPJ dan polis berbeza kot.
hehehehe...

Sampai kat Office EL tadi, terus aku rembat Necafee 3 Tin
terus minum..Fuh... lega..
Aku ni kalau ngantuk memang tekak kena berasmara ngan Nescafee
kalau tak mau tido le.
kalau tak mau minum Nescafee, pergi je lah tido..


Note:ups.. Mercedes ngan Vios tu aku tak buat Coatation lagi le.
Nenanti lah Jengah umah korang ye..