Friday, May 10, 2013

Sivakaasi

semalam boring giler kami anak beranak
tukar channel tu tak best, channel ni tak best
pas tu tukar channel 108. filem hindi. filem lama pulak tu

last aku ajak je hubby layan citer tamil
tengok citer tajuk sivakaasi.
Actually dah berkali kali aku tengok, tapi still nak tengok jugak. sebab kelakar
dan ada unsur unsur kekekluargaan.

citer ni mengisahkan anak orang kaya, si abang jahat
memang dari kecik abang hero memang jahat nama "uthayappa'
hero pulak nama "Muttappa."
sebab abang jahat dia tu pasang mercun sampai pompuan yang menari tu mati
maka hero kena pukul . bawa diri pergi chennai

15 tahun berlalu, hero pun balik kampung nak tengok Mak bapak dia
balik je, tengok si abang dah jadi wakil rakyat.
 
 
*** tengok la mak hero lepak sekali dalam kandang lembu***

Mak hero, si abang suh je tidur ngan lembu di kandang
adik pompuan dia pulak dah kawin tapi hidup merempat.
wah..sangat tragis.
 
  
ni anak sedara hero. nak beli baju pun tak dak duit. punya la susah

Dalam hero nak perkenalkan yg dia tu la benornya "Muttappa"
mcm mcm benda lucu yg terjadi. sampai si abang jadi bengong bagai
siap upah org utk mati sebab nak bagitau yg adikknya tu memang dah mati
sebab dia nak jual harta keluarga.
 
 Ini pulak mertua abang hero. hahaha.. muka gangster.
Bayangkanlah bila muka gangster ni kena simbah ngan taik lembu!

Mertua abangnya tu org terpengaruh
so, dok buat agenda nak menang parti politik
sampai mertua abangnya tu kena simbah ngan "Taik Lembu"
lepas kena simbah ngan Taik lembu, mertua dia tunggu sampai taik lembu tu kering. hahahaha..
lawak giler...
tak rugi kalau korang nonton.
 
 
sangat sangat kelakar!!! kami asyik ketawa ketawa ketawa
sampai my hubby suruh stop pun tak leh nak stop.
memang gelak guling guling.
 
 
bila time nak election si adik ambik pelakon tipu
si abang kan kaya, ambik pelakon yg betul betul punya
datang nak raih undi la..
last si adik sabotaj...memang kelakor
sekali ngan retis yg abang dia mabik tu pun sokong parti si adik.
 
 
klik je kalau nak tengok.
banyak sangat link dia. korang leh le tengok kat youtube.
tapi tak de la subtitle malay. hehehe
 

Thursday, May 9, 2013

Peringatan Untuk Diri Sendiri juga

Tadi pagi, lepas hantar Amirul ke sekolah
aku sionggah kejap kat depan Apartment Jelita tu, 
sebab nak beli ikan dengan sayur.
Aku jarang beli ikan dan sayur benornya, sebab hubby yang selalu beli.
 
 

semasa aku nak parking motor tu, memang ada nampak ibu kepada pelajar jugak le
bawa anak kecil besar Aleesya . duduk kat dalam raga motor tu.

Aku parking motor pun dekat je dengan dia.
tapi still ada ruang kat sebelanya tu.
Masa tengah jalan nak ke meja ikan tu, tetiba
gedebuk anak dia jatuh. meraung menangis ko.
alahai siannya.tetiba aku teringat kat Aleesya, kalau dia jatuh mesti nangis gitu gak
ntah..ntah lebih lagi kan..( anak aku kan manjaaaaa)
 
benornya gini, memang kakak tu dah standkan motornye dengan single stand je ( biasa la kan)
lepas tu  kakak tu turun dulu, lepas tu baru la nak angkat anak dia ( ala.. ramai yang buat kan..kan.. aku pun sama. ngeeee)
tak semena mena smotor tu bergerak ke depan
menyebabkan stand tu slipped la..
that why la anak dia jatuh.
lagipun jalan tak level.

 

tak de la berdarah bagai baby tu, cuma calar calar je
sib baik motor tu tak terhempap atasnya kan..


***Ni sebagai peringatan kat aku jugak, hati hati nak stand motor kalau anak
masih kat dalam raga. Dan................ jgn dok gedik gedik 
tinggal anak dalam raga motor sengsorang
budak budak bukannya nak duduk diam dalam raga tu, sure gerak sana sini
memang kompom boleh jatuh.


Note: Aleesya tak ikut aku hantar abang dia ke sekolah sebab aku tak berani nak bawa dia sekali.

Yeay!!! syok syok

Dah banyak kali aku kena pergi collect barang kat Pos Malaysia
sebab.. asal barang yang di hantar mesti aku tak de kat umah
so, sekarang dah pandai.. guna alamat office

Kelmarin ada nampak satu barangyang telah di pos atas nama aku
dari  TIRANA ADUKA
memang TA ada bagitau nak bagi seuatu berkaitan dengan soalan bahasa Jawa yang aku teka sampai naik lebam tu
Terima kasih TA. Very appreciated.
 tara... dapat mug sebiji. sangat sangat comey ok.
kalau la dapat kat anak anak aku ni mau berebut la dorang
tak pe.. letak je kat office boleh guna.

kelmarin tak jadi nak pergi collect hadiah kat si El tu
aku menag utuk special dedication  untuk EL BIRTHDAY GIVEAWAY rasanya.

memangcantik brooch dia. El buat sendiri. sesapa nak beli kat dia pun boleh
aku memang dok ngidam brooch ni
siap dah plan nak pergi rompak. hahahaha

terima kasih EL. sangat sangat suka. especially yang kaler hitam tu
dah aku sematpun kat shawl aku ni.

Ni pulak. Cloud 9. bukan aku dapat hadiah le.
Aku pergi rembat kat Seven Eleven kat bawah Office si EL.

dah terguda sangat dengan cloud9 ni.
sape suruh Seven Eleven tu ada kat deoan mata kan...kan..kan..


Note: hati berbunga bunga bila dapat hadiah. 

asyik dapat adiah je, bila nak bagi hadiah kat orang?hehehehe

Wednesday, May 8, 2013

Beruntungnya Jadi Wantie

Hari ni sejak pagi ada appointment ngan Pegawai Socso
Pas tu, dating ngan beberapa orang customer yang sangat sporting
sekali je aku explain tentang company prosuder terus faham.
senang kerja aku.

Dalam pukul 2.45 cam tu aku kena gerak pergi Bank, TM, Pos office
sebab ada hal dan sekalilalu aku nak bayar bil bil mana yang patut.

sampai je kat TM, tension bebenor aku bila Machine is
"Temporary Out of Service"
terpaksalah aku ambil number dan tercongok kat kerusi tu
name je ada wifi. aku nak tengok e-mail pun tak boleh
adei...
 
then, ada la 2 orang lelaki dia nampak kawannya yang duduk sebelah aku.
so, dorang dok borak borak sambil duk tunggu number
then lelaki yang sebelah aku tu pun tanya le number berapa? nak bayar cash ke nak bayar by cek
bayar tuk sendiri ke tuk company?

Aku ni kalau kena cara org tanya aku jawab le leklok
kita kan rakyat Malaysia
aku nampak dia pakai baju Uniform IJM
sure la dia kerja kat IJM kan..kan..

"No saya lepas ni jer, maih saya tolong bayaq
tak yah la nak tunggu lama lama kan.."
alahai.. ni kira sempoi la ni. tak yah la aku tercongok kan..
pucuk di cipta ulam mendatang ko.
Masa aku tengah dok tunggu dia bayar kat kaunter tu
tetiba kawan dia cakap,(slanga Penang)  nampak pompuan muda kalau, semua nak tolong la..
Ni.. berapa banyak Apek la, Nyonya la, Achi achi dok nganga kat sini
hang tak mau nak tolong bayar.
( sila baca guna slanga Penang K) 

BTW, aku rasa beruntung hari ni sebab ada jugak insan yang nak tolong
jgn le pandang sebab aku ni pompuan dia nak tolong
mungkin sebab aku duduk kat sebelah dia, so senang la dia nak tolong
takkan le dia nak pusing satu TM tu nak tanya those nak bayar bill pass je kat dia kan..kan,,
( ini sebagai jawapan kepada kawannya yang dok usik usik tu)
**** lepas setel bill TM aku ke Library nak sambung  pinjam buku , tapi tutup la pulak
dorang ganti cuti Umum pilihanraya. Apalagi just guna drop box je la .***



Note :Allah yang gerakkan hati lelaki tadi tuk tolong aku benornyer. betul tak?

PRU13- Berpelukan di hadapan Suami

PRU13  kan kah panas panas belaka
So, tajuk entry aku pun mesti mau panas jugak.

Ni satu hal pulak. Ade ke patut berpelukan dengan lelaki lain 
di hadapan suami pulak tu.
Yang si suami pulak rilek je
tak de nak marah marah..

hehehe...jgn marah ar..
Aku berpelukan ngan My Abang Chaq ok.
Nape lak my hubby nak marah marah kan...kan..kan..

Setiap kali sebelum balik aku mesti singgah umah abang chaq
salam salam dan peluk cium bagai.
Aleesya ni kalau jumpa buku kat mana pun dia nak menyonteng
kalau aku panggil abang aku "Abang Chaq"
Anak anak aku panggil my abang chaq as "Abah"

abang kedua as "Ayah"
Abang ketiga as "Abi"

harap harap besar nanti dapat la dorang bezakan yang mana pak long, pakngah dan Pak Lang.
usha jap ayam itik my abang. tetiba rasa nak makan itik la pulak.
kalau aku bersuara nak makan itik. confirm my abang akan korbankan untuk aku
tapi tak pe la lenkali la wat manja manja ngorat itik dia ni.

abang dok  bising sebab aku tak pergi ngundi lagi
sabar le kan, nak pergi time akhir akhir
masa tu baru la orang sambut ngan kompang  kapet merah bagai
(hahaha,, perasan kejap)
 
mana tak nya kan, satu undi pun berharga kalau ada saki bagi pengundi yang tak mengundi.
nak le jadi perhatian di saat akhir. kwang..kwang..kwang...
kat umah abang chaq ada telaga a.k.a perigi.
saja la abang korek perigi ni. tuk waktu awasan.
mana la tau tetiba air tak de ka, bill kena potong .(kedah kan selalu tak de air)

sejuk tau air perigi ni.
Amirul pulak gedik gedik nak mandi air perigi
dah cakap seluar tinggal yang tu je, yg lain tak basuh lagi.
dah le bawa balik seluar sikit je.
 
huh.. ada dia kesah. sekali dia basahkan jugak seluar tu
dah le abang chaq tu ramai anak perempuan
mana nak ciluk seluar lepas ni.

Dah teruja sangat Amirul nak mandi air perigi
baldi yang berat tu dia ceduk sampai dapat jugak
dalam hati " kuat jugak amirul ni noh.."
 
sampai nampak semua tulang rangka.
punya la semangat nak mandi air perigi.

Dia mandi ni sebab dah belemuih " kotor" habis satu badan
sebelum tu dia ikut kazen dia pergi sauk anak ikan kat belakang umah  abang aku tu.
tak de la aku snap photo dia sauk ikan tu.
ala..sauk ikan guna penapis santan kakak ipar aku. hahahaha..
belasah je asal dapat ikan udah le..


cari seluar semua tak de.last aku recyle balik seluar kotor tu
hambek.. hahahaha....


aku je ralat sangat bila baju anak kotor. 
anak sedara aku kat kampung tu rilek je, baju kotor ke 
pijak taik ayam taik itik. dorang tak de la geli geleman bagai.
saja la aku ni kan.. 
 
ala.. aku dulu pun sama. mana tali air yang aku tak jelajah
mana hutan belukar yang aku tak redah...
time anak anak...nak bising. pe hal le kan aku ni.. hehehehe..


Note: sekali sekala pecah anak tekak bila jumpa abang abang.