Thursday, June 6, 2013

Air Tanganku Lagi..

Sebelum nak mulakan acara memasak hidangan pengantin
tugas utama , aku pantau kaum kerabat wat kerja..
pergi usik usik..kaco kaco apa yang patut..baru aku jalankan tugasku.


hahaha..sempat kaco my biras ( baju merah) dengan kazen my hubby
kusyuk benor dorang potong daging..
baik je kan..kepala lembu tu lepak. muahahaha..


ok..ok.. meh tuan tanah citer tentang air tangan tuan tanah pulak yer
simpan kejap bab gambor pengantin tu.. eden edit tak siap lagi..
Ikan apa ntah.. yang ni nak buat masak sweet sour  untuk pengantin.
My tugas cuma salutkan tepung kat ikan ni
pas tu goreng..
Bab sweet Sour tu My biras yang buat..ahak..ahak..
kerja senang....
yang ni pulak fresh fruit campur campur
my biras masak ngan gula tanpa air
untuk di buat koktail. sagu bagai sudah siap di bekukan..
resipi my biras jugak...
ini udang besau.. nak goreng berempah.. berkuah apa ntah
pun sama resipi my biras jugak
aku tukang goreng je. hahaha.. lagi sekali kerja senang.
Ni pulak hati dan limpa lembu.  biasalah nak buat masak jintan
aku suka.. tapi sempat rasa seketul je
mengamuk suh my biras masak sekali lagi.
hahaha... jahat..
Ini hasil kerja tangan aku, menjahanamkan tomato
habis kulit dia aku kopek.
nak buat kuntum ros.
carrot buat kelopak bunga
cili la hape la..semua aku deco tuk buat hiasan..
yang penting..haruslah di rendam dengan air kapur. baru nampak freshhhhhhhh
ni pun hasil tangan aku jugak
korek semua isi tembikai, pas tu potong dadu semua buah buahan
masuk balik dalam tembikai tu
potong V kulit dia.. habis citer...
see.. she is my Biras. sangat sangat sporting..
takut tau.. masuk ke dapur sekali ngan rimo.. aum aumm..
tu le kan..sape suh pakai baju  corak gitu..
asyik kena usik je my biras ni...so happening tau
ini pulak sotong goreng tepung.
this is my air tangan jugak
sangat sangat sedap ok.. 
saja buat kurang masin... baru la kaum mak cik semua boleh makan.
 ha..dah semua masak siap.
apa lagi hidanglah kat meja makan beradab ni...
sementara tu aku pergi mandi nak siapkan diri nak jadi photographer la pulak..
sibuk tak aku? sibuk sibuk.. and menyibuk!
semua dah siap di atur..
kejap lagi pengantin nak datang...
Hujan dah mula turun...
 Amirul tu dah macam mentara kenduri la pulak
habis basah baju seluar
kepala pun di ikat dengan tuala..
" bersiap sedia duk tunggu pengantin"


Note: Penat..tapi puas hati dan happy..

Faraid kan Saja Betik Tu.

Aku ni memang tak kan duduk diam kalau balik umah mertua.
kerja aku adalah memasak memasak memasak.
sungguhpun begitu, tak leh nak nak lawan ngan My BIL (Mizi)
dia lagi pro..dah bergelen gelen aku makan air tangnnya..


Sebelum balik tu aku dah calling calling my biras
suh dia belikan aku Gula Som Tam/ Manisan 
dia pun ok, set semua, siap prepare bawak balik alat menggaru betik gitu..

Call my SIL pulak, cakap suh dorang simpan 2-3 biji betik mak 
jgn dok Faraid sebelum aku balik . Sebab aku nak buat Som Tam.

Malam tu ngomel ngomel aku sebab my hubby ambik buah betik tuk
di cucuk kan kepada bunga manggar.
adei... ada lagi tu. risau tak bertempat aku ni kan...

Acara makan somtam ni aku buat masa hari punggah balai.
Sib baik my BIL (Mizi)  tu nak pergi pendang . So pesan kat dia suh beli
kacang panjang. 
dah siap kalau nak ratah.Memang sesuai tuk ratah ratah je som tam ni
Amirul dah pesan kat aku suh simpan kat dia sikit
ntah cam na.. aku boleh lupa..

sib baik ada la baki ciput je.. dapat gak amirul makan
sTak pe nanti ibu buat lagi .
kena ngorat betik tua sape la kan kat sini..
Ha.. kalau korang nak tau.
Satu besen aku buat som tam..
 

Zuraiwan.. hang tau l kan aku minat som tam macam mana.
hahahaha....


Note: Pernah tak tengok orang gila makan som tam macam aku? sila lah tengok sekarang,..bwahahaha..
 


Wednesday, June 5, 2013

Makan Burung Merbah

Korang pernah tak makan burung Merbah..
Kat umah MIL aku, ada pepohon buluh yang sangat cantik.
bila time senja je akan datang kumpulan burung merbah untuk tidur.. rasanya le kan.
Sebelum ni dorang dah dapat tangkap 15 ekor.
 berita itu telah mengiurkan kami..
apa lagi kaum adam semua sila siapkan jaring.. kita kenduri burung pulak malam ni yeay!!!!


 Guna segala alternatif yang ada
tangga le kayu la.. apa sahaja
asal burung dapat di ngap.. muahahaha..

 sib baik my hubby pakai baju
kalau dia pun tak berbaju, sure  story ni tak akan ku up kat sini
terkubur dalam memori sahaja.. tanpa sebarang bukti..



Ok sekarang kita tunggu burung tu masuk tidur
kalau ada rezeki 30 ekor boleh dapat.. wahahaha.. tamak la pulak.

tungu.. punya tunggu.. teyiba dapat sekor, pa stu sekor.. pas tu sekor lagi..
wah... cepat sembelih..
kalau di biar lama burung tu akan mati.. kata my BIL la..


gambar ihsan google.

Ha.. burung ni la yang kami dapat
burung merbah.

Nampaknya penantian kamiu sia sia.. hanya 3 ekor je yang kena.
Tapi aku best la my BIL ( Mizi) dengan susah payahnya dia masak jugak

dapat la aku merasa daging burung merbah ni walaupun hanya secubit.
terima kasih Mizi.. tak puas tau..
nenanti kita pasanga jari 4 penjuru...hahahaha...
kita kepong... kita kepong..



*** kalau semua  adik beradik my hubby balik kampung, segala idea dorang ada..
yang pastinya I gain a new experience !****



Note: Gambar makanan tak sempat nak snap. sekali hidang.. tengok tengok tinggal bawang je dalam piring. muahahaha...



Bidan Terjun

Sehari sebelum my Brother In law nak akad Nikah
dia call aku, bagi tau yang photographer yang dia hire tu accident.
Sian dia.... dia mintak le tolong aku jadi Bidan Terjun kejap

Sampai hari ni pun aku masih tak yakin yang aku boleh ambil gambar orang kawin
Aku beli DSLR tu pun bukan nak jadi photographer pun
just suka suka je..
Kang lingkup semua.. lagi teruk kan..

 Jenuh jugak le nak snap photo ni kan.
kalau yang dah pro tu tak pe lah..
aku yang terkedek kedek ni .. nak cari  posisi pun  puaih aih..
kang jatuh dalam tasik baru tau.. hahahaha...

main redah je nak gaya mcm mana pun..
sib baik le pengantin jenis yang sporting..

kalau yang malu malu meow tu, lagi la mati kutu mak bidan ni kan..kan...
Ini persalinan di sebelah pihak perempuan..
Ni pulak persalinan di sebelah pengantin lelaki.
Umah Mertua aku le.. ngeee...

Tak dapat nak buat outdoor, sebab hujan lebat sangat..
aku terkilan sangat, sebab aku dah plan nak snap kat bawah pephon bamboo..
nanti aku tunjuk View pepohon bamboo tu yer.


*** kalau korang nak tau, memang cabaran bila tuan rumah yang jadi photog. 
ye la umah mertua tu kira aku pun tuan umah jugak le, kena jugak layan tetamu at the same time**

***Tengah syok syok aku aim nak shoot, ada yang panggil aku suh tambah nasi le,
suh tambah lauk le, suh ambik sudu le.. arghhhhhh***

** Aim lagi nak shoot.. dah sedara mara pulak yang sahut sahut.. ngusik..
ada pulak yang cakap " asyik ambik gambar pengantin je..gambar aku tak mo ambik ke?
pas tu suh ambik gambo orang gedehuk ( orang kerja)
Hello.... aku ni bidan terjun tuk pengantin je tau...


*** Yang best tu ada lak pak Aji dok usha aku je.. dalam ati dok ingat, mesti dia cakap
tak bape manis kot gaya aku berphotog tu, nak duduk ayu ayu..kang gambar tak cantik pulak.
sekali dia dia bersuara  " ni..ni... dari tadi dok ambik gambaq.. ambik la gambaq kami 2-3 keping sama..
muahahahaha... Pak Aji pun nak layan bergambar...****



Note: Tengah dok pikiaq nak wat photobook ke nak buat album tuk pengantin ni...

***Bidan Terjun bermaksud terpaksa membuat sesuatu secara tiba tiba***

Tuesday, June 4, 2013

Bila Kami di candid.

Penat sangat... lepak jap
sape la punya kerja dok curi curi snap ni ye..
 
see.. where is my handbag?
akukena jadi tok bidan kejap..
so, hubby kena la carry my handbag..thanks yer laling..

Tengok le kan aku ni..
asyik ketawa je.. 
 
ada la mangsa aku yang kena usik tu
 
 
hai.. ibu ngan papa dok dataing
anak anak ke mana ni?


hari ni dah start keje.. penat pun belum habis lagi
rasa mcm seluruh badan aku ni seperti di ketuk ketuk je

kalau dapat orang mengurut badan aku ni
tentu best kan....
 
 
Note:Sure la ku kan terjah umah korang lepas ni. :D

Thursday, May 30, 2013

Bila Pak Ali Eksyen Sangat!

Kalau Sebut je Jeruk Pak Ali, memang Gah satu Malaysia  la kan
Sana sini orang cakap Jeruk Pak Ali tu sedap
Jeruk Madu la itu la ini la..
Semalam/kelmarin aku pergi la ke gerai Jeruk Pak Ali yang terletak kat Baazar Chowrasta
sebelum ni aku tak pernah pun masuk, this is the first time aku masuk kedai tu
My Biras suruh aku beli, jeruk asam campur campur
suh dia buat sebungkus RM10. beli 2 bungkus
then beli lagi Jeruk buah pala bagai.
Bila aku masuk je, aku mintak le seperti my biras order tu
Dorang cakap. 
'mmmm Tak de la kak, ambik yang packing dah je la..harganya RM 12.00
kalau nak pilih buah utk packing ?
mmmm... semua dha siap packing kak, 
aku tengok, dorang tu asyik dok packing je.. nape tak boleh nak pilih pulak.
kalau tak kerana my biras ckp "Jeruk Pak Ali"
aku pilih je kedai lain.
Then aku nampak la Jeruk Buah Salak
aku nak RM 10.00 jugak
dia ckp lagi
mmm... kalau kak nak ambik je yg packing tu RM8.50 /500 gram
Bila aku nak ambik yg baru di packing tu ( nampak fresh sikit kan)
selamba dia ckp 
ambik je la yg dah packing, yang tu tak seal lagi
susah sangat ke nak seal. aku tengok kat kaunter tu ada je org dok seal.
Aku memang tak puas hati dengan mutu layanan dorang
Dah le harganya mahal.
Aku ke kedai Nasir dan Aisyah, boleh pulak dorang buatkan untuk aku.

hai.. gitulah kan bila dah femes, mula nak hidung tinggi
esok esok ni bila jatuh merudum, mula la dok fikir silap kat mana.


***Tapi aku refer kat "JERUK PAK ALI" baazar Chowrasta je la
kat gerai lain aku tak sure la layanan dia
kalau kat bayan lepas tu aku pernah pergi dorang ok jer..***



** memang le boleh je beli jeruk campur yg korang pack tu. Tapi ada jugak sesetengah jeruk yang  pelanggan tak makan, so kalau di paksa membeli kan ka membazir**


Hari ni  aku spend banyak jugak le kat kedai jeruk.
tapi yang pastinya bukan di kedai "PAK ALI"


Note:Sedikit Sebanyak nama Pak ALi ga terpalit.


Aku Jujur ..Tak Tipu.

Dok lepak lepak kat umah Hari ahad lepas
dari pagi layan rumah dan putera puteriku saja.
Masa aku kat dapur Amirul bawa Phone aku, sebab ada call masuk

Perbualan bermula
Dia- Hello..siti..siti... hang ambik sawi kat aku sat. Suara seorang perempuan 
Aku-Sawi apa? 
Dia- Ni siti ke ni?
Aku : Ya la siti.. sape ni?
Dia- terus mati kan talian telefon.

Pas semua kerja siap. Aku tonton TV sambil Sterika baju
Tetiba ada SMS masuk

memandangkan aku received call tadi, suara pompuan kan. 
so, aku layan je la SMS ni.
Mana la tau kawan lama boleh  eratkan semula persahabatan.

Aku mcm dah boleh agak umur dia melalui cara dia sms tu
kalau dah berumur tak de na nak tanya budak mana bagai tul tak?

Aku jujur tak tipu ok.
aku jawab sebetulnya
tapi still nak tanya jugak aku kawin ke idak..

seyes aku memang caya yang penghantar SMS ni pompuan
Amirul pun cakap pompuan sebab dia loudkan speaker masa aku jawab phone tu.

perbualan sterusnya. 
Aku dah mula rasa pelik. Kenapa tadi yang call perempuan
suruh orang lain call ke?
Apa motif dia sesaja suruh orang lain call, pas tu buat buat tanya sawi bagai?

Last.. aku tak layan pun sms tu
akhir sekali dia sms lagi nak dapatkan kepastian.
may be nak try the last chance kot.

See.. my answer is very jujur. 
sebab aku memang jujur dan tak tipu ok..

***  korang mesti ingat, nape la aku layan sms ni, wat tak tau dah le, dah nombor pun tak kenal**
okey.. Ini memang sikap aku, aku tak nak sesuatu yang meragukan tergantung dan bakal menyusahkan aku di masa hadapan. Lain rumahtangga lain le cara dan percaturannya.Inilah caraku mengekalkan keharmonian rumahtanggaku.
sape yang pandai judge maksud tersirat aku tu, terima kasih ye..


Buat callers tu, siapa jua pun kamu, kamu kenal aku ke tidak, kamu sengaja ke tidak
aku tetap tak marahkan kamu
sekurang kurangnya, kamu masih ada perasaan respect dan menghormati
rumahtangga orang lain.. Cari yang single ok.
Aku doakan kamu temui jodoh yang baik dan beriman.


Note: I know my limits ok.