Tuesday, August 20, 2013

Meraikan B'day Kami

Masa balik rumah Mak Aku kat Kuala Nerang, Aku masak Mee Udang
My step father memang penggemar udang..
Bos kasi udang besar  aku tambah beli sket lagi..
biar mereka merasa makan udang besar kan.. 
Asyik aku je makan... kali ni dorang la pulak.

 
Naiim Dah start makan. walaupun tak banyak.
dah ada selera makan kira ok la tu. Cepatlah sembuh wahai anakku.
Memang risau bila anak sakit pas tu tak mo makan kan..kan..

Apalah abang chaq aku dok borak tu,
Bila perut kenyang mcm mcm idea dok mai la kan.
yang penting aku puas hati bila tengok dorang makan hasil masakan aku.

Nak panggil berkumpul senang je kan.
masak satu dish special panggil dorang datang
penuh umah mak aku...hahaha...

Turn Aleesya potong kek B'daynya.
Aku saja beli choc moist cake, sebab kanak kanak memang suka choc moist ni
Kenapa tak de lilin? korang pun faham kan.

Aleesya mcm blurr je, tak tau nak buat apa dengan kek tu
my SIL yang tolong pegangkan tangan tuk dia potong.

See.. she dah bam bam kan..
Kazen semua dah nyanyi lagu B'day.
Malu kot. mulut asyik gitu je...dari mula sampai akhir
adei..

Mak aku capai tudung cucu, sumbat tak muat
sampai cenggitu muka mak aku jadinya
hahahaha... lawak tul la

Naiim dah tarik muka 14 sebab tak dapat potong kek.
nak jugak dia ambil bahagian tu.

Turn Kek Aku pun Aleesya still nak konker kek jugak
merajuk kejap Naiim,
puas la Abah ( abang chaq) pujuk.

see..Naiim dah cekak pinggang tak puas ati ngan Aleesya
Si Aleesya pulak... Ada dia kisah semua tu
hahaha... anak anak ginilah kan.

Punya la nak bergambar dengan cucu.. Mak aku capai pulak kain pelikat
selepang kat kepala tu.
akhirnya dapat juga bergambar dengan kek.

adoi.. reyuh rendah jadinya.

Akhirnya Naiim dapat jugak acting depan kek B'day aku
hahaha... berjaya jugak Abah pujuk Naiim,

Gambar aku tak de sebab aku la jurufotonya
Gambar hubby pun tak de jugak.. 
Walaubagaimanapun, tercapai jugak hasrat aku nak wat b'day  selepas raya kan..

**My step father tak sihat, so dia baring je kat dalam bilik.**



Note: Kak Ju tak puas makan Mee udang yer... nanti Ana buat berperiuk periuk K.

Bermandikan Najis

Alkisahnya berlaku di hari raya pertama
As you all know, Naiim cherry berry kan..kan..
so, dia nak bertuala je la..

Aku pulak tak tau yang Naiim cirit birit..
Aku ni kalau balik kampung mesti bawa balik 2-3 tuala.
So, bila aku tengok Naiim pkai satu tuala, aku pun ambik le tuala yang lain pulak

Aku mandi dengan Aleesya, Mandi lambat sikit la kan
dah tak boleh mandi sunat tu, wat pe nak berebut ngan orang yang lebih perlu kat bilik air tu
Lepas mandi, aku pun lap le badan aku ngan tuala tu
sampai je kat muka, aku bau lain macam je
nah ko.. klap satu badan dengan taik Naiim. bluwekkkkkkkk

Apa lagi.. mandi semula. sabun satu badan
syampoo rambut bagai. 
eeee.... uwek..uwek.. aku kat bilik air .hishhhh...


 Naiim cakap yg dia tak sedar pun yang dia tercirit
tak terasa katanya..
Makanya kain kotor bertambah dengan lajunya..
sampai my hubby suggest Naiim pakai diapers dewasa je lah..
tapi..tak pakai pun..



Note:  Apalah nasib diri... huhuhuhu...


Monday, August 19, 2013

Aku Langgar Dia.

Incident ni berlaku jam 2:30ptg tadi.
Mcm biasa aku akan ke surau hujung pantai sana untuk bersolat Zohor.
Hari ni Bos beli makan so, aku tak yah le pergi beli lunch bagai
 Lepas sembahyang terus je balik office.

Sampai je kat office, tetiba budak formen tu panggil aku
dia tunjuk sekor kelawar
 
kelawar tu terpinga pinga kat tepi jalan
dorang cakap aku yang langgar kelawar tu.
oh .. ye ke?


Kelawar ni sesat kot
ntah mcm mana la dia boleh jatuh ke tanah
then masa tu, aku kebetulan lalu kat situ terkena motor aku kot.
Tapi tak de pulak aku tengok yang kelawar tu cedera..


sambil aku nak snap gambar kelawar tu, tetiba dia terbang pulak
hoh..kalau aku langgar takkan dia boleh terbang lagi kan..kan..
mungkin dia jatuh dan aku lalu kat situ..nampak mcm aku yang langgar kot.


Lepas dia terbang tu, tetiba sang gagak datang cekup.
ntah dapat jadi mangsa sang gagak tu ke idak aku pun tak sure.


Tapi..kenapa kelawar dia siang hari?
betul ke orang cakap sang kelawar ni dikaitkan dengan ilmu sihir?
wallahualam..


Note: dodulu suka ligan kelawaq dalam koq kat caroq dekat rumah Tayed!
 
 
 

Raya 2013- Warna Warni Di Aidilfitri kunjungan Kedua

Sambungan di SINI.
Lepas kami habis beraya di rumah Pak Tih, Kami gerak ke Jenun Umah PakNgah Lah Pulak

hohoho... apa la kene mengena si kambing ni ngan warna warni Aidilfitri kami.
benornya kambing ni Pak ngah Beli nak wat Aqiqah cucu dia kalau tak silap le.
hensem pulak  kambing ni, so..aku snap le.

Ni model kambing ke modek taik kambing?
Rasa macam sedondon je aku ngan kambing tu. hahahaha...
Actually entry ni sekitar kami kat luar rumah Pak ngah je
Next entry aku tunjuk gelagat kami kat dalam Umah k.

Aleesya asyik pandang kambing je.. takut kena tanduk ke?
atau dok fikir..kenapa le kaler baju kambing tu sekaler ngan baju dia.hahaha..
teruja sangat sebab first time tengok kambing.

Naiim, tak ceria langsung.. 
kena pakai baju ni, sebab baju melayu dah kotor. tak berdondon ngan kami
Nampak Naiim kurus tak? 
he puasa penuh sebulan tau.
 
Pak ngah lah yang pakai baju kemeja kotak kotak tu. ( baju kotak jugak?)
Yang pompuan dua orang tu my sister in law
yang nampak kepala tu, angah anak abang ipaq sulung aku.

Ni mesti kes dok ngusik Ayein ( baju melayu oren bersongkok)
muka tak puas ati je si Ayein tu.

Brother in law ( T'shirt Pink) tu kaki menyakat
semua anak sedara di usiknya.. bila nak insaf?

Si kedekut senyuman akhirnya senyum jugak. suami eden le tu...
ni model iklan jam ke model ubat ketiak ni bang?
dok susun anak beranak  sementara nak masuk ke dalam rumah
wat kecoh kat luar dulu..
ambik mood sebelum nak wat kecoh kat dalam pulak.
Si Along ( baju kelabu) baru nak interprem.
deme dua orang ni tengah bercuti semester.

time ni la dapat nak bergether gether ngan dorang
kalau idak bayang pun tak nampak.


Note: Aksi penuh kecoh to be continue ..

Saturday, August 17, 2013

Pesan Suamiku

Pesan Suami
Biar orang nampak kita bodoh asalkan kita tak bodoh
Biar nampak miskin agar diri tak sombong bongkak 
Biar buruk baju di pakai asal cantik perangai
mulut tu diam sikit boleh? ( yang ni susah nau nak handle)


al kisahnya di suatu hari yang sangat sangat tak membahagiakan jiwa
Aku pergilah kat satu kedai sebab nak beli satu barang yang aku sendiri pun
tak berapa nak pasti 
So, aku cari kat dalam kedai tak de la pulak
lalu aku bertanya la kat tuan kedai tu..
mmm....xxxxx ada tak?

pas tu tuan kedai tu jawab begini:-
xxxxx.. 500gram harganya RM31.00 mau beli ke?
( sila baca dengan nada under estimate)

 
tetiba aku pandang diriku yang kerdil ini..
Adakah aku seperti seorang begger atau robber?
yang tak punya wang sebanyak RM31.00 ?
 kalau aku tak bawa duit tak kan aku nak pergi beli
lagi pun RM31 je pun bukannya RM3100.00 kan..kan..kan..

muka aku ni kot nampak mcm muka orang sengkek.ngeee
Aku beli la jugak akhirnya sebab aku nak sangat benda tu



tetiba, aku teringat pesan suamiku, biar orang nampak kita miskin supaya kita
tak sombong dan bongkak. Supaya kita sentiasa rasa rendah diri
Bagus jugak tu..sebab kalau bawak kereta besar, bergaya tak hengat
menjadi sasaran peragut/perompak la pulak
wal hal dalam kocek tak de duit pun..

Aku dok cit cat ngan bos tercerita la kat dia apa yang berlaku
terus Bos aku ckp, lenkali tak yah masuk kedai dia dah
I paling benci/pantang kalau orang buat berniaga cakap mcm tu
You pergi kedai lain, Orang mcm tu tak tau nak berniaga la..apa la..itu ini
bla..bla..bla..
hmm... neway..aku masih berpegang dengan pesan suami
tak payah nak marahkan tuan kedai tu
ini adalah satu teguran untuk diriku juga
supaya aku sentiasa rendah diri, tak berbangga dengan harta dunia
sedarlah.. kau tu tak sehebat mana pun ( pesan kat diri sendiri)


Note: Kekadang  kita tak sedar perbuatan atau percakapan kita secara tak langsung 
menggambarkan yang kita sedang berbangga diri.
 


Friday, August 16, 2013

Raya 2013- Warna Warni Di Aidilfitri kunjungan Pertama

Aku suka main curi curi snap photo. Rasa sangat fun bila dapat tengok mimik
wajah kitorang yang  bersahaja tu..
my hubby with abang iparnya, abang Lee
Sebelum bertolak keluar, my hubby pekena ketupat dengan gulai daging hasil air tangan
my mak mertua yang sangat sangat sedap. 
kesedapan yang masih lagi terasa smapai ke hari ni

Di perkarangan rumah Pak Tih
Kami gerakke rumah Mak Lang, tapi satu photo pun tak snap kat rumah Mak Lang
Naiim muntah muntah kat rumah Mak Lang
so, Aku melayan dia je lah. habis baju basah dek muntah
sib baik bawa baju salin

Aku dukung Aleesya, hubby dukung Naiim
tak dapat la nak carry cik Nikon tu kan..kan..
Pak tih yang berbaju kemeja kotak kotak tu.
dua orang jejaka ni anak sedara my hubby, Emi dan Angah

Kat umah paktih kami dihidangkan dengan Bihun sup, kuih muih dan.. cheese kek tiramisu
Aku dah tergoda dengan cheese kek tiramisu
sampai tak menyempat nyempat dok korek resipi.

Akhirnya resipi tak dapat sebab orang yang buat kek tu, tak de
tak pe nanti usahakan tuk dapatkan jugak resipi tu

 hahaha..ini pulak abang ipar sulungku dengan isterinya
sedang nak menari gelek bollywood.

sib baik photo, kalau video korang bolehlah tengok betapa lentiknya gelekkan pasangan
merbah jambul ni. hahahaha..


Masa ni dah nak gerak ke Jenun, Umah Pak Ngah lah.


Note: Still non hado gambar makan makan. gambar aku pun non hado jugak.ngeeee




Hari Raya 2013- Raya Pertama

Tak banyak photo yang dapat di sharekan bersama korang kat sini
Memandangkan Naiim sedang demam dan cirit birit so, mood kami untuk
beraya juga turut tercirit birit
kejap nak beraya kejap tak jadi nak beraya.. gitulah kekdahnya.

 Gambar berempat non hado, sebab Naiim tak mau langsung berbaju 
pakai tuala dan selimut je.. 
bentang toto kat depan Televisyen, dia lepak le kat situ
makan idak apa pun idak...

 Asyik dok melayan Naiim je. Aku bergambar kejap ngan Aleesya
time ni Papa pergi Sembahyang Raya
Aku tak join sebab aku cuti,,sayang kan.. tak dapat sembahyang Raya.

Eh.. Aku rasa tahun ni awal pulak start sembahyang
ntah le.. seisi keluarga kami rasa begitu.

Tahun ni abang ipar sulungku nak masak nasi briyani ikan tenggiri
Lemang pun tak buat sebab my father in law patah tangan di timpa buah kelapa.
adei.. cucu sakit tok wan sakit... dugaan...

Sayang seribu kali sayang.. Aku dah pun berkira kira nak photoshoot anak anakku di hari raya
akhirnya, sekeping gambar mereka berdua pun tak ada
sangat sangat terkilan.


Hasrat Naiim nak kutip duit raya pun tak kesampaian
Tapi tak pe lah kan.. Papa janji nak tambah sikit duit raya nya yang ciput tu
boleh lah simpan tuk study kelak kan..


*** Kami dah ajar Naiim sejak dulu lagi, jgn mintak duit raya, kalau org bagi ambil tapi jgn bersuara
mintak duit raya. Rasanya Naiim dah faham kot, sebab Papa pernah marahkan Naiim
pada raya sebelum sebelum ni***


Note: Papa tambah duit Naiim, ibu tambahkan duit Aleesya pulak k.