Sunday, September 15, 2013

Sarapan pagi yang berbahaya

Mak ai tajuk.. sangat sangat mengerikan.
Ayat berbahaya tu yang buat kecut perut kan..

Roti canai
  Menurut kajian Sekeping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Tetapi jika anda mengambil dua keping roti canai, ia menjadi 600 kalori. Semestinya, lebih tinggi kalori maka lebih banyak yang perlu anda menghabiskan masa selama 90 minit berlari untuk membakar 600 kalori. Tip terbaik adalah memilih tosai atau capati kerana kandungan lemak dan minyak kurang sedikit berbanding roti canai.

**** Nanti lepas makan roti canai silalah berlari lari kecik selama 90 minit. anda sanggup?***

Nasi lemak
Nasi lemak merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia tapi pernahkah anda terfikir bahawa nasi lemak sahaja sudah 390 kalori dan mustahil anda tidak menambah lauk seperti sambal, telur rebus, ikan bilis dan kacang. Jadi, hidangan lengkap di atas pinggan anda adalah lebih kurang berjumlah 450-500 kalori. Ini belum termasuk lagi ayam goreng (240 kalori) mahupun sambal sotong (170 kalori). Anda masih boleh menikmati nasi lemak tetapi kurangkan campurannya. Untuk lebih mudah, anda masak sendiri nasi lemak tanpa guna santan dan lebihkan sayur-sayuran sebagai tambahan. 

*** Ada ke oramng makan nasi lemak dengan sayur sayuran?***
Kalau masak nasi lemak tanpa santan , dah bukan nasi lemak la pulak namanya kan..kan..

Teh tarik
Tentunya teh tarik yang lebih pekat atau kaw kaw lebih sedap untuk diminum. Susu penuh krim adalah penyumbang utama minuman anda menjadi lebih sedap. Sebenarnya, susu pekat tidak elok untuk kesihatan anda. Biarpun ia merupakan sumber kalsium tetapi kandungan lemaknya agak tinggi. Satu sudu pekat manis biasanya mengandungi 60 kalori. Oleh demikian, anda boleh menggantikan dengan mengurangkan kandungan lemak atau rendah lemak.  

*** Sian kat Teh tu kan, dek kerana bancuhan teh tu kena campur ngan susu pekat, so sekali ngan  teh tu berbahaya.. sob sob sob..


Burger
Jangan terkejut apabila ada ramai yang memilih makanan barat ini sebagai menu untuk sarapan. Tidak dinafikan, burger memang tinggi kalori. Satu hidangan burger biasanya mengandugi 475 kalori. Tanpa keju, sos cili, mayonis, telur dan pelbagai sos lagi bukanlah burger lagi, suku cawan mayonis sahaja mengandungi 360 kalori (40g lemak). Ini belum termasuk kentang goreng anda lagi. Kalori pasti bertambah-tambah.

Hakikatnya, Malaysia memang terkenal dengan gelaran syurga makanan tapi anda haruslah tahu dan bijak memilih menu. Namun kebebasan untuk makan apa sahaja boleh asalkan hidangan itu bergantung kepada berapa banyak atau kuantiti anda ambil.

Untuk memudahkan anda, anda perlu mengira kalori makanan yang anda ambil. Jika anda pandai mengawal pemakanan dan tahu sukatan kalori, semestinya anda telah memilih sarapan yang paling selamat.

*** ups.. pagi tadi wat breakfast burger tuk anak anak. wush.. bahaya bahaya..**
Kalau citer bab kalori dalam makanan memang ngeriiiiiii.


Moral of the story, kita boleh makan apa saja yang kita suka tanpa memikirkan jumlah kalori.
sebab dalam islam dah tersusun rapi amalan pemakanan ni.
Cuba kira berapa banyak puasa yang perlu kita amalkan
selain puasa di bulan Ramadhan, Puasa puasa sunat yang lain
Paling mudah puasa sunat isnin dan khamis.
Kenapa tak nak buat?

rasanya kalau kita amalkan puasa puasa sunat, tak de la nak semak otak fikir tentang kalori.
sure kalori yang berlebihan akan di gunakan time kita berpuasa.


Note: Tahu tapi tak buat. ngeh..ngeh...ngeh...


Pssst...Azam tahun depan nak amalkan puasa sunat. Moga tercapai impian.

Saturday, September 14, 2013

Siapa yang lebih membantu suami ke isteri?


Sape nonton rancangan 'Primadona"semalam?
Aku sempat le nonton kejap ngan hubby, dorang bincang ttg antara suami dan isteri siapa yg banyak
membantu dalam urusan rumahtangga.
Artis jemputannya si 'Shiro" tu. memang lawak la kan.
that why kami layan jugak kejap.


Si raja Azura tanya le si "Ajak" tu, tolong la buatkan susu untuk anak
then dia cakap tak pernah.
so apalagi kena hentam bertubi tubi
then dia jawab, macam mana nak tolong, sebab anaknya menyusu badan
kang kalau dia tolong lain pulak jadinya. kahhhhhhhhhhhh
terburai kami ketawa laki bini..
pas tu do rang panggillah Imam muda Asraf sebagai pandangan dari pakar 
Then Asraf cakap, membantu isteri ni tak de salahnya, 
kebanyakkan si suami ego sikit bimbang dikata ikut telunjuk bini
Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W pun turut serta membantu isterinya di rumah.
Tapi.. isteri sekarang ni pelik, ada ke patut di snap nye gambar suami tengah sidai kain
then letakkan di dalam Facebook.
Kalau boleh elakkan lah. Suami ni pun ada malunya
kalau kengkawannya lihat, mesti dia kena perli.

hmmm... memang benar kata kata tu
mungkin si isteri nak tunjuk yg suaminya tu baik dan rajin membantu
tapi dia lupa yg para suami ni lain sikit
tak macam kaum ibu, berbangga bila dapat masak utk suami
tapi si suami ada malunya bila org tengok dia  melakukan kerja rumah

Mungkin didikan Masyarakat kita jugak kot
asal suami buat kerja rumah dianggap "Taboo"
pas tu kebanyakkannya pula akan kata, Kahwin lah cepat 
pas ni ada orang nak tengok makan pakai kamu

Masyarakat tak pernah nak ajar kaum adam suh sama sama membantu dalam hal rumahtangga
didikan tu di tanam sejak kaum adam kecil lagi
Budak lelaki tak yah ke dapur, tak yah kemas rumah, tak yah masak
nanti jadi lembut mcm sotong..
golongan sotong je yg wat kerja rumah..


betul tak?
Kasihan kaum hawa sekarang, dah le kena sama sama bekerja
balik rumah kena urus hala rumah tangga dan hal anak anak
then ada pulak spesis suami yang siap "kalayari Payat " bagai
sian isteri kan..kan..

 
Kalau isteri tu baik dan pandai menjaga aib suami tak yah la nak sepak terajang
tuk mengajar.
Kalau si isteri yg jenis memang tak makan saman tu senang je ubatnya
tukar je pintu rumah
Nape nak tukar pintu rumah?
sila baca kisah para nabi K.

 

Note: sedih haku ni ttg kejadian suami pukul isteri kat lif tu. then bila pi Mahkamah
si suami leh cakap "Abang Masih Sayangkan Awak"
Adoi.... tunjuk sayang dengan cara pukul bini?????
 

 Psssttt.... ingatan tuk diri sendiri jugak!

Penyakit B Daman

pernah tak dengar penyakit Bdaman? Penyakit ini kebanyakkannya menyerang
kanak kanak lelaki.
Penyakit ini boleh di anggap serious kerana ianya melibatkan kerugian wang  mak bapak
Jika penyakit Candy Crush Saga di anggap parah, penyakit Bdaman ini
mengatasi keparahan itu.

ini kerana Candy Crush saga cuma perlu mintak pertolongan  utk ke level seterusnya dari kengkawan

Tapi, Bdaman ini, memerlukan mak bapak belanja wang ringgit utk up grade bdamannya.

ok, ini adalah Bdaman Naiim, ntah yang ke berapa di beli
sekor bdaman dalam 15 hengget gitu

Biasalah dak Naiim ni, bukannya pandai nak simpan leklok Bdamannya
letak merata, pas tu hilang le..
hari ni beli esok hilang..
Ntah le mcm mana pasang pun aku tak tau.
Then ada jugak yang offer utk pasang, bukan free tau
utk tolong pasang tu je pun 4-5 hengget... pandai tui la bebudak ni buat duit kan..


See.. dua corong tu  adalah tenpat untuk simpan guli ke keluarkan guli pun aku tak tau la
boleh di extend jadi panjang tau.
pokok pangkalnya duit mak bapak la yang rabak.

Ada suatu hari tu si Naiim suh kawan dia jaga kejap
bila tanya balik, dah hilang katanya
selang 2-3 hari tengok budak tu dah cat kaler lain bdaman Naiim
adoi... mana la aku nak cekau duit kalau selalu hilang kan..

oleh kerana Naiim asyik hilangkan Bdamannya je
papa dah warning.. after this no more Bdaman.

Then papa cakap lagi, tengok kawan kamu tu, tengah exam UPSR pun still main Bdaman
ingat exam naik soalan ttg Bdaman ke?

Bdaman kaler apa?
Bdaman ada bape jenis
Bdaman Nama apa semua tu?



That day balik kampung, my kazen pun dok cakap yang dorang pun pening jugak
ngan anak anak deme yg terkena penyakit Bdaman ni.
hadoi.... parah jugak penyakit ni yer..


Note: dodulu lipat kain batik wat anak patung. tu le permaianan yg paling best!

Friday, September 13, 2013

I am Looking for Tifa Anvar Too...

mmm... cam na nak mulakan yer.
Actually aku nak buat dah entry tentang misi Mencari Tifa Anvar ni
Tapi cik intan berlian dah pun mencari terlebih awal 

Yang bestnya tentang Tifa Anvar ni setiap komen tu sopan je
I like tau.
Dah cari kat google plus tu, tak de pun bayang bayang empunya diri
cuma ada gambar gumpalan awan.

Teringin juga nak berkenalan kan.
Tapi sayang... 

inilah jawapan yang Tifa Anvar berikan dalam ruangan komen blog intanberlian
hmm... she's not blogger ...


BTW.. entry ni aku nak dedicated kan tuk Tifa Anvar
" Thanks sebab tak jemu jemu membaca setiap entry kat blog ni
walau siapa jua kamu, saya doakan agar kamu sentiasa bahagia, 
di anugerahkan ketengan di jiwa, di murahkan rezeki
dan dilimpahi kebahagian hinggah ke Jannah"



satu komen di entry ibarat sekuntum senyuman, kerana aku jua tersenyum tat kali ruangan komen 
di catat sesuatu...

It like a cyber hug!


Note: Masih menanti jawapan!



Kalau Jemur Baju Memalam nanti Jin Pakai Baju kita

Setiap pagi jumaat, memang seronok kalau dengar Mutiara FM
ada soal jawab agama jam 11.00 pagi.
Soalan kali ni aku rasa mcm kena kena je dengan aku.
Soalan: Betulkah jika jemur baju di malam hari, nanti Jin, Syaitan akan pakai baju kita tu?

Adoi.. aku kan suka benor basuh baju memalam, pas tu kalau rajin terus je sidai
nak sidai pagi besoknya kekadang tu tak sempat kan..
Tapi..aku tak tau la pulak yg baju kita tu jin setan pakai tatkala di jemur. hohohoho
korang pernah dengar tak?

Jawapan Ustaz:-
tak ada hukum yang khusus yang menyatakan sidai kain baju di malam hari 
membolehkan syaitan atau jin pakai pakaian kita tu.
Mana mungkin Jin dan Syaitan pakai pakaian manusia.

kalau dah di basuh bersih jemurlah bila masa pun

hehehe... nak tergelak pun ada bila soalan sebegini di tanya. kan.
tapi nama pun ustaz tugasnya utk merungkai kemusykilan kan..kan..

Tapi.. dodulu mak aku ada ckp kalau jgn tinggal kain tak berangkat di ampaian nanti 
baju tu kena embun..berbau pulak baju tu.
Tapi..sekarang kan kah ada pewangi bagai.. rasanya masalah berbau tu takl timbullah kan.

p/s. selawat terbaik adalah selawat ibrahimiah.
iaitu selawat yang kita selawat di tahiyat akhir.



Note: baju Jin tak tau seluaq Jeans tau la... 

Random photo..

Dah 2 hari aku tengok keta Mini cute miut lepak kat garaj tu.
Dorang tengah repair.. kekadang aku gi la jugak belek belek
Bila aku diri kat tepi.. cuma paras dada aku je..

Tadi aku cakap kat budak kerja tu, lepas korang gi cat jgn lupa bagitau I ye
sebab I nak snap satu photo ngan keta Mini ni
then staff aku cakap yg owner keta nak cat sendiri
dorang ketuk ketuk je..
waa..... kempunan aku...

Baru hari ni aku tau, yg Battery keta ni duk kat boot, sebelah ngan spare tyre
then enginenya pulak kat depan.
dah nama pun keta mini, ruang utk luggage tu mcm tak de je.. hahahaha

 Oleh kerana Aleesya dah pecahkan botol susunya
aku kena beli yang baru.

Saja le tu, pantang ibu ada extra money ada saja le yg nak kena beli kan
tolong supermarket tu survive hahahaha...


Then puting susu tu dah berbuih mulut baby sitter pesan suh beli
asal balik kerja je hujan lebat, so tak de la nak singgah kedai tuk beli
ha.. hari ni baru boleh beli..adoyai..



Stok Mee telur kat umah dah nak habis, haruslah ku rembat sekotak.
aku suka yang versi kedut kedut tu, tapi cari cari tak de pun
beli yang ni jelah..
 Masak letak wantan berinti udang.. nyum nyum...

 Frozen food ni haruslah ada kat umah..
makan ni time malas nak masak, so buat je sup dan campak je menda laah ni, pas tu
 letak mee sikit,setel ...

ada le alternatif lain utk di makan selain dari fish cake dan bebola ikan memanjang kan..kan..
hehehe.. anak suka ibu pun suka.

Lately aku suka beli baby corn yang begini. yang tak de daun  tu
aku notice sekarang ni baby corn yang ada daun tu mcm tipu jerk.
kekadang tu bila aku nak masak potong je, jagung tu dah keras.

Rasa mcm geram je, nak masak pun hilang mood semua
beli yang ni, mahal sikit tapi berbaloi sebab jagungnya masih lembut
tapi... kat tesco je boleh dapat. kat Market non hado..



Note: sup mee telur guna stok ikan bilis, sangat sangat sedap hokey!!!


Segmen 1st Mama

simple mimple I join K.
lamadah follow mama ni, tapi kali ni nak like fanpage belaiu pulak kat Facebook

 
sape nak join klik banner yer.
cepat..Mama nak cari 15 Pemenang tau.


Note: untung sabut timbul...untung manusia.. silalah bayar income Tax. muahahaha