Monday, October 21, 2013

Ku pujuk diri sendiri

Bila kita menimpa masalah,selalu hati tertanya kenapa terjadi
yang pasti...Allah sedang menegur kita
Allah sedang mengajar kita
kerana Allah sangat sangat sayang pada kita...

"Sedang mengubat Hati yang Lara"

Hanya Allah yang tahu isi hatiku
Hanya Allah tepat ku mengadu
Hanya Allah yang tahu
hanya Allah yang tahu 
hanya Allah yang tahu

 
Ku Tak bermaksud Begitu, Maafkanlah aku..
Sesungguhku aku amat sayangkan kamu


Ok kita put aside hatiku yang sedang lara ni.
Biarlah masa yang mengubati, 
kerana masa adalah penawar yang terbaik!

layan je lah gambar jgung berwarna warni
agar hidup kalian semua berwarna warnia dan ceria selalu


 
mcm manik yang sulam . was was lak nak makan
 
yups.. ini adalah betul betul jagung.
 
  
tapi..hatiku tetap nak jagung yang berwarna kuning..
kuning...kuning..kuning...
 
jgn ada yang ambil biji jagungni dan jahit wat manik pulak yer..
 


ok..dah cuci mata? Aku sedang cuba mencuci hati..



Note: Hatiku mendung dan matakan mengelurkan hujannya...




Raya Aidiladha 2013- Bergelak ketawa.

Kami ni 5 beradik je seibu sebapa.. Tapi bila bertemu bisingnyanya
boleh pecah rumah di buatnya.
Malam tu kami berkumpul. Cuma abang ke dua aku je tak join
ish..hairan jugak aku, nape la my abang kedua selalu tak de bila kami berkumpul
Actually my abang kedua dah datang umah mak sehari sebelum raya dan pada pagi raya tu
dia la yang kemas kemaskan bahagian luar umah Mak.
my abang kedua tu bab mengemas memang pakar.
abaikan seluar jean dan telekung yang berkegantungan tu. 
Umah mak aku ni kecik je, tinggal berdua ngan ayah je pun
So, bila anak cucu balik terus umah mak jadi sempit. hahaha..
Macam macam citer dok keluar malam tu, sampai tak kering gusi kami di buatnya
tengok abang abang dan aik aku gelak tawa udah le,
kalau tengok gambar aku yang sedang ketawa..mesti korang leh pengsan...hahahaha
Mak pulak bawak keluar buku buku  lama. apalagi kami pun pakat pakat la duk baca sambil terjemah itu ini
ada cara cara nak tentukan keserasian jodoh.
ada keserasian mengikut nama bagai. best pulak aku dok baca
 ha.. contohnya mcm dalam buku ni
setiap huruf jawi tu ada jumlah tertentu
kena darab tambah tolak apa ntah,
pas tu korang boleh tau serasi ke tak jodoh yang bakal korang kahwin tu.

ok . aku close up sikit.
yang bestnya, aku duk pulun baca arahan tu arahan ni
last tak faham faham jugak nak buat mcm mana. naik biol aku baca arahan. hahahaha
Mak aku cakap, SIL aku pun ambik masa hampir 2 jam baru boleh faham..

tengoklah aku tu, punyalah duk gigih baca arahan. ambik pen tulis itu ini
masih tak dapat jawapannya jugak.

Bila Mak aku tengok kami dah pening dok melayan arahan dalam buku tu
Mak aku bawak keluar pulak album lama
Layan pulak gambar gambar lama.
pas tu duk gelak berbahak bahak bila tengok gambar kami kecik kecik dulu
keluar semuala gambar kekasih lama
sib baik gambar kekasih lama aku non hado.. hahahaha...
 

ni mesti adik aku dok nyakat mak aku ni..
ada ada saja la dia tu..

borak borak sampai tak sedar, tengok jam dah pukul 1.00 pagi.
anak anak dah zzzz... apalagi kena la my abang angkat sorang sorang masuk dalam keta.


Note:Eh..nanti balik kg nak re-snap gambor aku muda mudi dodulu lah...

Sunday, October 20, 2013

Raya Adiladha- Ngorat Kambing

Sebulan lebih je lagi, plan short term kami bakal di laksanakan
harap harap niat yang mulia ni di perkenankan Allah
dan bakal berjalan dengan lancar

Benornya kami nak wat majlis aqiqah untuk Aleesya
pas tu nak wat sekali ngan Majlis Berkhatan si Naiim
pas tu masa arwah ayah masih hidup, beliau ada berniat nak makan Kambing
 pas tu ada lagi acara di hari kenduri tu ( tak leh gitau) rahsia. dah ok baru leh gitau. hahahaha


Dapat info dari kawan sekerja hubby yang kambing cantik ada kat Kampung Sireh Naka
area kampung aku le. Tapi aku pun tak tau mcm mana nak ke Kampung Sireh tu.
kena chamdek ngan hubby seketoi..
Kawasan sendiri pun tak tau. cam na la.. nama orang kuala nerang tapi yeelek por chit
apa pun tak tau. kwang..kwang..

Rojer Gieyana, tanya , tapi susah tul nak dapat line mxis.
last dapat ckp kejap line putus
sib baik kawan hubby datang jemput kat simpang Naka. 

 tengok cara penternakan kambing ni dah meyakinkan kami utnuk booking
bersih dan kambing pun di bela dalam kandang
sesuai benarlah kalau nak wat Aqiqah..

Ada sekor yg cukup umur tu, Actually tuannya tak mo jual
sape mintak pun tak mo jual
ntah mcm mana bila kami nak beli, nak pula dia jua..
Seyes cantik, besar gagah. kambing  Pure kampung lak tu. 
hubby suka sangat.
gambar tak bape clear, sebab kambing kambing ni jinak sangat. nak je datang gigit gigit kain aku
aku cuba la wat tangan kekonon nak bagi makan. terus dia datang dekat.
jerit jerit Aleesya, takut ibunya digigit kambing...

Suka le tu kambing ni ngan aku. geng dia kot
ate..aku pun banak tahun kambing. kahhhhhhhhhhh

sayang tul tak dapat snap cecantik gambar kambing Aleesya yang super duper genusss tu
cantik kambing Aleesya. Nanti di sana ko naik kambing tu yer.


*** Tuan kambing tu tak nak ambik deposit pun, sebab dia bimbang, kekalau 
terjadi apa apa kat kambing tu pulak**


Note: Moga apa yang di rancang berjalan dengan lancar.

Saturday, October 19, 2013

Raya Aidiladha-Cerita ceritit

Kami sekeluarga kalau berkumpul memang banyak la ceritanya
ko citer, aku citer sampai yang tk sempat nak cerita pun ada. hahahaha
Alkisahnya, Mak aku gitau yang kawasan umah aku disembur ubat Nyamok oleh Kesihatan
sebelum tu aku nak gitau la, umah aku memang kat dalam kebun Getah
keliling tu kebun getah ko..

Suatu hari ada sape ntah datang bertandang umah Mak
then bila balik dia kena demam denggi
dia cakap last tempat yg dia pergi adalah umah Mak aku
terus la Kesihatan datang sembur nyamok..

kami yg dengar citer ni, ketawa terkekek kekek..
kat dalam kebun getah memang banyak nyamuk
sembur ubat nyamuk bergelen gelen pun tak lari nyamuk tu.
kalau sesapa yg ada kebun getah or pernah masuk kebun getah mesti faham maksud aku ni.


kalau betullah nyamok kebun getah yang begitu banyak terngiang ngiang tu
boleh sebabkan denggi, surelah pekebun getah semua dah kena denggi


ataupun, nyamok aedes pi jalan kat kebun getah Mak aku kot
that why jiran mak aku tu leh kena denggi. kikikikiki...

*** eh kalau tengok betul betul.. nyamuk kebun getah tu pun belang belang jugak tau***

kalau nak ikut kena saman. setiap pokok getah ada nyamuk


Sian mak aku, terpinga pinga dia bila orang datang sembur gas ubat nyamok
ingatkan aku kat Penang ni je yang di sembur gas ubat nyamok
Mak aku pun kena jugak.


My abang lagi la gelak sampai tak leh stop.
adei.. nak putus urat kentut aku
tapi tak pe.. tu kan tugas kesihatan, so bila ada laporan
deme kena la pre-caution.
mana la tau kan, sok sok ni ada pulak spesis nyamuk aedes gi lepak kat kawasan kebun getah


 Note: Pepandai je Jiran Mak aku ni gi cakap yg dia kena geget nyamok kebun getah mak aku!
Sib baik Mak tak kena saman!




Friday, October 18, 2013

Olive Oil Balsari

Olive oil kat umah dah hampir kehabisan
Jadi aku nak cari kat mana kalau bukan kat Yuta ( Yusuf Tayob) kan..kan..
 
that day beli yang 500M/litre, kali ni aku nak beli yang botol besar sikit. biar tahan lama kan..kan
tengok kat Tesco semuanya keluaran Negara Barat
Malas ar.. kalau dah ada alternatif utk dapatkan Produk dari Timur Tengah,
nape aku nak lepaskan peluang kan..
Aku beli Olive oil keluaran dari Negara Turki
dihasilkan oleh syarikat Ali Balsari yang di beri nama  Balsari Olive Oil company

Aku beli jugak Garlic Sauce. sebab kat umah pun dah nak habis
kalau buat sauce black pepper/pasta/spaghetti  letak sikit sos bawnag putih ni baru sodap..

see.. aku beli satu litre tau. Nampak tak bintang yang ada "K" tu.
itu melambangkan kuality produk dorang. ala..mcm kat malaysia menda ISO tu le.

Ni aku ambik maklumat dari website dorang.
then Olive oil dorang pun yang "First Cold Pressed".
itu term yang digunakan dalam menghasilkan Olive oil ni.
proses ni jugak kebanyakkan digunakan dalam menghasilkan minyak dari bijirin yang lain.

sekali guna olive oil Balsari  terus jatuh chenta.. hahaha..

*** That day pergi Yuta lupa lak nak beli madu. Nanti kalau ada hal kat Lebuh Pantai nak beli la***


Sesapa nak tau lebih lanjut tentang Olive Oil Balsari ni sila kilik



Note:  Tak dapat Ngorat Pak Arab, dapat makan Olive oil Pak Arab pun jadilah.. kikikikik..



Raya Aidiladha- Nasi Impit Kuah Kacang Hijau

Korang pernah makan Nasi Impit Kuah Kacang Hijau tak?
Kalau Nenek aku, Mak Aku dan Aku sendiri memang minat ngan kuah kacang  hijau
sebab apa minat? sebab nak buatnya sangat sangat susah
kena perlukan tahap kesabaran yang tinggi bak gunung kinabalu tau.

ha..inilah ghupernya nasi impit berkuah kacang hijau
benornya aku dok google tak de pun orang makan kuah kacang hijau ni
tertanya tanya jugak aku ni..makanan yg aku suka ni asal usulnya dari mana ek?

Mak aku cakap nenek nenek aku yang suka benor wat kuah ni bila tiba Raya.
So, makanan ni di perturunkan kepada kami anak beranak.
gitulah seterusnya..


Cara nak buatnya, korang kena rendam semalaman
pas tu dah jadi seperti dlm gambar ni, 
korang kena sejat dan biarkan semalaman lagi
Korang kena tunggu sampai kacang hijau tadi tumbuh menjadi 50% taugeh sahaja
kemudian korang asingkan kulit kacang tersebut. sebiji sebiji.
ha.. jenuh la kan.. that why korang kena ada tahap kesabaran setinggi Gunung Kinabalu.


Bila dah siap semua korang masak ala ala masak lemak cili padi
di campur dengan udang basah/udang kering/udang salai
hmm.. tahun ni mak aku masak dengan udang salai
mmm dap.. dapnya..
puas aku makan tau. sampai aku tapau bawak balik Penang.


** Actually aku dah cuba buat sendiri, malangnya aku terlebih lama rendam kacang tu, sampai semua jadi busukkkkkkkkkk*** Lastly, mak aku jugak yang kena buatkan untuk aku. hahahaha



Note: Eh betul ke.. ada yang cakap ni makanan orang Jawa?