Showing posts with label Mak. Show all posts
Showing posts with label Mak. Show all posts

Monday, October 19, 2020

Mak

 I wanna always be my mom favorite doughter. Selagi mak masih ada,aku ingin menjaga dan berbakti pada mak sepenuhnya. Tapi kadang akulah orang yang suka gaduh dengan Mak.

aku nak belai mak selalu. nak sayang mak selalu. Walaupun kadang kadang mak tak tak sependapat dengan aku,tapi dialah mak yang terbaik aku.

Kucupan mak selalu aku rindui.
kalau boleh nak hari hari mak sayang aku cam ni.


Hanya mak yang faham anaknya. walaupun kadang kadang mak marah. Tapi... itulah kasih sayang mak terhadap anaknya.


Note- Sayang Mak sangat sangat


Wednesday, February 12, 2014

Aleesya.. Please.. Dont Do that!!!

Ok ni nak citer part balik kampung side aku pulak.
Aleesya ni kat mana mana pun ragam dia sama je..
kata orang jgn selalalu ckp "Jangan" kat anak, nanti anak tu otaknya tak berkembang
Tapi kalau dahterlebih berkembang otak budak Aleesya ni, aku nak cakap apa pulak?

 sape pernah tengok serangga ni. Aku panggil "Kong Kiak"
kalau dia dah gigit kita ngan pengepit kat depan tu, terus pengepit tu jadi "X"
hahaha...
Masa aku kekecik dulu, selalu la tengok penggemar pemancing ikan darat yang intai intaiu
sarang serangga ni utk dapatkan anak anaknya
untuk di jadikan umpan..

Then, my mom sekarang ni lebih advance ko..
hobi memancing tak leh tinggal le kan, so chances yang ada.. anak anak kerengga la 
di gunnakan sebagai umpan..
sib baik hobi mak aku tu tak merasuk tubuh aku...

korang tahu apa menda ni?
Aku dahbelek pun kat dalam peties my mom. 
hmm.. dah tahu dah.. hobi mak jgn di ganggu..

Tapi... si Aleesya ni lagi best, dia selambe je bawa tupperware kecik molek Tok dia ni keluar
sib baik le time tu dia jerit jerit ngajak Tok dia keluar sama
"Jom.. Jom.. Jom.." katanya..
Tok wat Brrrrrrrr.  brrrrr.. ayam... maih maih maih...
tak pandai panggil ayam 'krrrrrr krrrr la tu, last brrrr brrr je . hahahaha

aku dengar je dia Brrrr... kat ayam tu aku terus capai tupperware kecik tu kat tangan dia.
ewah..ewah... ko tahu apa benda ni?
ni bukan nasi sejuk yang "Tok" bagi kat ayam tau
ni Umpan mancing Tok okey!!!!!...


 ok aku closed up sket menda alah ni.
My mom cakap , ini anak kerengga dia nak wat umpan memancing.

Aleesya.. ko jgn sesekali naik kan angin Mak ibu okey. kang merajuk susah tau nak pujuk
kalau dah gini ghupernya kena la ckp "jangan jugak kan"
tak kan nak biarkan dia explore sesuka hati.ngeeee

just my two cents " seseorang itu melakukan sesuatu berdasarkjan pada kebiasaannya"




Note: Nasib baik Aleesya tak makan benda alah ni... nyum nyum nyum....




**** I don't want to dream of you anymore. I want you for real.
           and I want you to know;
          Where my head rests isn't where my thoughts lay.





Tuesday, December 24, 2013

Halimun -You Make Me Smile..

As you all know, I like to share some of my sad moment with my mom
and...when comes to Happy time..of coz , lagi la  kan..kan...

Actually yesterday, jumaat tu aku busy sesangat sejak pagi sampai petang ada appointment je
hence, samapi aku tak makan. bukan tak lapar tapi sebab tak sempat..

Mak ada sms aku remind aku utk  tanya tentang result my Niece  yang ambil PMR tu
memang tau result dah keluar tapi aku tak sempat nak bersantai borak borak ngan dia
 
si pepel girls tu la yang sit for PMR exam. As aunty aku tau la tahap kemajuan dia mcm mana
dah mcm boleh agak dah masa jumpa dia kat Kenduri that day
dia pun ada bagi tau hasrat hati nak further ke mana
tapi mcm.. ayahnya tak izinkan pulak..

Tak pe lah kan, anak dara dia, biarlah dia yang tentukan
aku tak boleh nak iya ke atau menidakkan.

BTW sempat la aku tanya perkhabaran result dia,
Alhamdulillah..ada la yang dia strike A's walaupun tak semua subjek
Bagi aku, ok lah tu..tak de la tercorot..bangga jugaklah mak ayah kamu..
Tahniah.


 ok..ok.. sebab jumaat siang tu aku BZ, jadi mak sms aku lagi di malam hari
tanya lagi ada tak aku tanya si Izzati tu. lulus ke idak?
Aku cakap ok, lulus..
tau le tu.... nak bagi hadiah kat cucu la tu.. Nak jugak nak jugakkkkkkkkkkk

sms pertama mak sebelum perbualan selanjutnya di teruskan.
hikss... aku tersenyum kambing tau..
well..itulah uniknya my mom!

Memang aku nak pergi bercuti, tapi tak de la nak honeymoon. cuma mcm org ckp bercuti sebab dah terlepas ckp gitu... hahahaha...
lantaklah cuti cam tu pun tak pe ar..

Sms mak tu buat aku teringat tentang honeymoon..honeymoon aku sebelum ni.
mak...mak.. kekadang cara mak tu buat ana tersenyum kebahagian tau.
mak memang Awesome kan..

hmm... ini haneymoon last year.
sms mak tu la membuat kan aku memorise all the moment. hikss
thanks Mak.


tak sampai sebulan je lagi our 11th anniversary bakal muncul
hmmm.. tak plan nak celebrate kat mana lagi ni..



mmm...boleh tak percutian aku kali ni aku nak cakap as
"Pre-anniversary Holiday". hahahaha..
eh..boleh jugak kan..


Pertama, kami bercuti kali ni yang paling utamanya kerana
kekangan masa kerja kami di mana masa kami bersama together pada waktu dan masa yang sama
adalah sangat sangat limited.. So we need some space to blend our love
di samping nak build up kasih sayang yang sedia ada supaya  tinggi bak gunung...

Kedua, percutian ni jugak sebab aku dah janji ngan Naiim
nak kata bernazar pun tak jugak kot, tapi nak full fill jugak lah
then hadiah kat Naiim juga sebab good boy masa berkhatan that day.

ketiga, barulah bercuti ni utk pre anniversary. ambik mood kata orang kan
cari feeling lebih gitu.hahahaha..

tapi kalau mak nk anggap ni halimun kami, boleh jugak. :D.




*** I deserve to be happy cause sometime I had make others happy too..
      but sometime it really hurt.. possibly  I had do the same to others..
      Redha... 
      I'm Just a piece of heart...
      

Thursday, December 19, 2013

Dah Biasa...

Lama dah aku tak berkebaya..
Masa balik kampung time Naiim Khatan tu, gedik gedik gi usha baju kat Borong Lim Pendang
rembat 3 pasang..
Taylor kat sini dah penuh tempahan, makanya aku kena la guna khidmat taylor
orang kampung aku....
Upahnya Mahal , tapi aku puas hati.

Masa balik last week tu, gigih gigih ajak Mak aku temankan aku wat tempahan baju kebaya
Mak aku pun dah siap menoreh bagai, gigih la bawa anak pompuan ke umah taylor
bukan tak leh pergi sendiri kan..
Tapi.. rasa mcm anak dara mak pulak bila balik, 
sikit sikit nak mak temankan..hubby ngan anak anak tak payah ikut.

saja la nak suruh mak aku boncengkan aku\
sambil tu leh peluk mak kuat kuat.
hiks.. heaven nya rasa...

sampai kat umah, aku dengar kat kebun sebelah umah mak aku tu mcm bunyi sesuatu di pukul pukul
terus sambar camera, sambil mak aku terus je pergi kat jiran tu
siap jerit kat Mak lagi tau  jgn bagi dorang pukul sampai lenyek. hahahaha..

Mak pun layan jugalah karenah anak dia yg ntah hape hape ni kan
gi la tekan tekan badan Ular Kapak tu.
Nama pun Mak kan, ngikut je la pangai si anak..

Mak ckp jgn bagi dia kena flash Camera tu, kang dia melawan , kena patuk pulak nanti

Ular tu mungkin terkena mata pisau mesin rumput Jiran aku ni la  agaknya

Ni kalau anak anak aku tengok mesti teruja habis.. hahaha.. maklumlah
dorang ingat kampung aku tu dah mcm Zoo kot.
ada ayam, itik, ikan kura kura..lutong la, kala jengking la..liupan bara la
kali ni dapat tengok ular..kahhhhhhhh

Bagi aku dah biasa dah dengan bunyi ular ni
dah dapat beza antara bunyi cengkerik dan bunyi ular
dan bunyi musang nak makan ayam dengan bunyi  ayam yg real.

Lastly, Mak aku lenyek lenyekkan kepala ular tu sampai lunyai.
kata orang ular ni kalau tak lenyek kepalanya, kang keesokkannnya kena embun
dia pulih semula..

Haish... keluarlah mitos mitos dari mulut mak aku ni
ktanya ular ni datang sepasang le..
nanti isteri/suami dia datang cari pasangannya la..
so kena hati hati ketika menoreh..
dengar je la... Kang komen komen, kecik hati pulak...
so.. remain as that is the nice story to be hear and not to be practice..

 lastly aku nampak sarang kerengga yang musnah akibat jiran aku dah libas dengan mesin
rumput tu..sian deme ni..

Haish..mak aku cakap, kerengga tu pun ko nak ambil gambar?
hikss...rasa mcm lucu je bila mak tanya soalan mcm tu.
Tapi tu lah.. kat Penang ni nak jumpa kerengga pun susah mak.... 


Benormya ni la punca punca kenapa aku lambat ke rumah Mak Njang masa kenduri that day.
layan perasaan..layan memory dan layan feeling kat kampung dulu ar
baru boleh gi makan kenduri kan..kan...



Note: Hai anak anak ibu, inilah dunia sebenar kehidupan ibu kamu, di mana.. korang 
boleh jadikan pengalaman ibu sebagai pengetahuan kamu...
 
 


*** Abuse the abuser
       Steal the stealer...
       I'm yours....

Tuesday, December 10, 2013

Mak and Abang yang Awesome

Sape yang suka kongsi suka duka ngan insan yang bergelar "Mak"
bagi aku, segalanya aku nak kongsi..
Mak is the best listener, Mak is the best Warm Hug dan Mak is the Best life Partner.
aku boleh je mesej mesej mak, calling calling.. nangis nangis ketawa ria
merajuk nak itu ini.. mak always giver her shoulder to let me lay down.

 Segala suka duka aku hanya mak yang tahu
rahsia yang terbuku di hatiku Mak kunci elok elok je dalam hatinya
If one day...aku dapat berkongsi masalah anak anak.. aku nak jadi mcm Mak
nak kongsi semuanya... 

Kalau dulu mak suka marah, tegur itu ini dalam ketegasannya mendidik anak anak
Tapi Mak sekarang lebh banyak memberi kata kata perangsang
membuatkan aku rasa Mak sangat dekat di hati.
Dalam usianye begini, Mak always do the best to me.

hshuh..shuh... gi tepi sikit abang. jgn dok berkepit ngan mak ok.
Ana jeles tau.. Nak jugak duduk kepit kepit ngan Mak gini
jagalah nanti jumpa hunjung minggu ni ana debik abang sampai lebam. baru tau..
argh.. tengah asah penumbuk ni bagi tajam..
bior lebam biji mata abang..sape suh wat ana jeles kan...
see... he make me jeles tahap denesor ni.
ni yg buat tak sabar sabar nak jumpa mak Jumaat malam.
tak mo bagi abang dekat ngan Mak
nak ikat mak kat badan ni, bior pekat melekat
pas tu nak letak letrik, bior abang kena renjatan bila dekat ngan Mak
hahaha... hambek ko..

*** kome tau, aku tengah ting tong ni, rindu sangat kat Mak, tadi hampir sejam gebang ngan Mak tak puas puas..***

Marah marah jugak ngan abang.. tapi marah marah sayang je tu
He is the best abang yang aku ada...
sayang dia ketat ketat tau.

Suka sangat kongsi suka duka aku ngan dia..
tapi asyik ke laut je kalau sharing problem ngan dia
tak pernah nak serious..
even aku dah berumahtangga ni pun.. dah ada yg  take care
he still one to take part tau.
see... kalau kami berjumpa, banyak benda benda kelakor yang terukir
ada ku kesah, aksi ni kat umah mertua tau..
bior le orang nak kata apa..
control cung... that is not me ok...
apa barang main kontrol ayu semedang kan..kan..
I just let my happy feeling flow at wherever it can..
ish... tak sabar nak jumpa my abang... bior tak tido sampai ke pagi gebang ngan dia.
abang janji tau, jgn tak pergi pulak Umah Mak Njang
see you there ok.
See... orang lain sebok duk tarik lori terbalik tu
aku ngan abang layan je perasaan kami
boleh main aksi lagak ala ala si badang tau..
mana boleh nak serious kalau kami berdua berjumpa jumpaan ...
ok..ok..kalau sempat aku citer part lori ni.kalau sempat le..


Note: Syukur Ya Allah, aku di kelilingi oleh insan insan yang sangat menyayangi aku..

Saturday, October 19, 2013

Raya Aidiladha-Cerita ceritit

Kami sekeluarga kalau berkumpul memang banyak la ceritanya
ko citer, aku citer sampai yang tk sempat nak cerita pun ada. hahahaha
Alkisahnya, Mak aku gitau yang kawasan umah aku disembur ubat Nyamok oleh Kesihatan
sebelum tu aku nak gitau la, umah aku memang kat dalam kebun Getah
keliling tu kebun getah ko..

Suatu hari ada sape ntah datang bertandang umah Mak
then bila balik dia kena demam denggi
dia cakap last tempat yg dia pergi adalah umah Mak aku
terus la Kesihatan datang sembur nyamok..

kami yg dengar citer ni, ketawa terkekek kekek..
kat dalam kebun getah memang banyak nyamuk
sembur ubat nyamuk bergelen gelen pun tak lari nyamuk tu.
kalau sesapa yg ada kebun getah or pernah masuk kebun getah mesti faham maksud aku ni.


kalau betullah nyamok kebun getah yang begitu banyak terngiang ngiang tu
boleh sebabkan denggi, surelah pekebun getah semua dah kena denggi


ataupun, nyamok aedes pi jalan kat kebun getah Mak aku kot
that why jiran mak aku tu leh kena denggi. kikikikiki...

*** eh kalau tengok betul betul.. nyamuk kebun getah tu pun belang belang jugak tau***

kalau nak ikut kena saman. setiap pokok getah ada nyamuk


Sian mak aku, terpinga pinga dia bila orang datang sembur gas ubat nyamok
ingatkan aku kat Penang ni je yang di sembur gas ubat nyamok
Mak aku pun kena jugak.


My abang lagi la gelak sampai tak leh stop.
adei.. nak putus urat kentut aku
tapi tak pe.. tu kan tugas kesihatan, so bila ada laporan
deme kena la pre-caution.
mana la tau kan, sok sok ni ada pulak spesis nyamuk aedes gi lepak kat kawasan kebun getah


 Note: Pepandai je Jiran Mak aku ni gi cakap yg dia kena geget nyamok kebun getah mak aku!
Sib baik Mak tak kena saman!




Wednesday, August 7, 2013

Happy B'day Mak

Adoi... dah nak habis puasa baru nak up-dated citer ni
Actually, ni citer sebelum puasa hari tu
Aku bawak mak Makan sebab that day adalah B'day Mak.

B'day Mak 05/07 tapi aku sempat pulang tuk meraikannya pada 07th July lepas.
Kami Makan Kat D'Jaras Seafood Jalan Langgar Alor Setar
Ayah tak ikut sebab kurang sihat.

Masa ni jugak aku bagitau berita gembira kat Mak
Cyst kat Ovariku dah tak de..
Mak Syukur sesangat..
ececey..wat muka gedik..
seronok sangat kalau dapat jumpa Tok.
mcm biasa, aku order Som Tam.. 
Alhamdulillah.. sekarang tak yah pantang pantang makan 
boleh la bedal som tam..
pssstt... my SIL dah call suh aku wat Som Tam Raya ke dua nanti.
antara menu yang di order.
nak makan kerang Bakar..dah habis la pulak time tu
sup tulang dia yang sangat marveles.
nanti nak call mak suh beli tulang lah..
paling Kay po anak teruna aku ni
lapar sangat le kot..

 Actually ingat ingat lupa la aku ni ttg apa yang kami borak malam tu.
so..tak banyak yang dapat di kongsi.

"Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin"
Senyum mcm Aleesya k.

Saturday, March 9, 2013

Mak memang sweet..

sape suka susahkan mak bapak? sila angkat tangan?
atau angkat kaki blah dari sini... hehehe..

Aku memang tak suka bagi masalah kat mak aku. sebab sayang mak sesangat
so, kalau boleh apa masalah pun aku akan cuba elakkan dari menyemak 
kepala mak aku.
Biar mak aku hidup happy je, tak yah sesak kan otak dia
nak fikir yang berat berat pun kalau boleh aku tak kasi.

Mak aku ni pulak, kalau satu benda baru yg memang dia tak pernah tahu
dia cepat panik. mula la risau sampai tido tak lena
yang bestnya dia akan call atau sms aku
pas tu aku cool down kan dia
kekadang sampai dia pun risau kekalu aku pulak yang tension ngan masalah
cenggitu sekali mak yer..

nak kongsi kat sini
Sila baca entry aku " Perbualan aku dengan celcom" sebelum ni
untuk tahu cerita sebenar.

sebab celcom nak sangat tau jenama phone mak aku 
maka aku pun hantar la sms kat mak .
harap harap mak dapat bagi maklumat yang tepat.

inilah jawapan yg mak aku bagi. 
tetiba tercuit hati aku. kan dah cakap mak aku mesti bagi jawapan cenggini punya
" sila baca kat Nokia , pas tu 50 megapixel" kikikikik
tapi aku bangga, alaupun mak tak sekolah dia still boleh membaca


adik aku yg belikan untuk mak aku , so aku terus la tanya adik aku 
dia pun lupa dah nokia model apa ntah.
mintak tolong abang chaq bukak bateri fon mak tengok model yang betul
makanya aduan telah pun di buat hari ini

sah sah mak salin semula sms celcom. mak tak pandai forwarded. sebab guna tulisan melayu lama

sila baca ayat last tu. Mak aku dah mula risau sebab tetiba dapat mesej ni dari celcom
tu la kan, orang tua ni cepat risau tentang sesuatu isu
tambah tambah cakap aduan, mcm aduan kat police gitu kot..
sian mak aku kan..

memang dah cakap pun aku nak buat aduan kat celcom. tapi, mak tu lupa kot
mungkin dia tak jangka yg celcom nak hantar mesej tu kat dia.

Then yang si celcom ni, aku dah bagi dah pun no telefon aku
sms je lah kat aku. haishhhh...
mungkin dia nak jimat kot sebab fon aku kan line maxis.


Note: harap harap ok la lepas ni. Nak bergayut bercinta ngan mak aku lelama melalui telefon.


** el. rugi guna fon rumah, mostly kami anak anak yg call mak, monthly charges fon rumah tu rimasssssssss.**

Perbualan aku dengan Celcom

Dah hampir 3-4 bulan aku tak dapat nak call mak aku
kalau aku call je, line mesti problem
aku call abang aku pun sama.. dengar suara pas tu putus putus.

masa aku balik kg, semua jenjiran pun cakap
yang line celcom kat sana problem.
Aku tak buat apa apa la sebab bagi aku mungkin salah sorang dari mereka akan buat aduan.
 
ternyata meleset.
kelmarin aku call nak bagitau masalah yg di hadapi oleh penduduk kg aku
pas tu operator tu cakap yg dia tak boleh nak tolong 
kena mak aku yg call baru boleh
sebab dia nak buat trouble shoot kat phone mak aku tu
then nak tanya mak aku phone mak aku tu model apa?
 
 
 
hai.. bukankah u all boleh detect?
kalau tanya mak aku model apa, dia jawab nokia je la
yang lelain tu mana la mak aku nak tau
 
orang tak sekolah mcm mak aku ni kalau tanya ntah hape hape dia akan rasa
menyusahkan betul.. tak payah la buat semua tu. hehehehe...
birokrasi kan..kan..
 
Ya Allah dik, mak akak tu dah 60 tahun lebih
faham pun tak pakebenda troubleshoot tu
kalauaku balik kg, pas tu call celcom sama la jugak tak boleh nak cakap kan.
that why aku call dari Penang ni.
Then dia tak caya bila aku cakap yg semua penduduk kampung alami gangguan ni
aku ckp senang je dik
Why not adik je call mak akak tu atau sesapa ja yg tinggal kat situ
mesti adik dapat jawapan yang tepat.
 signal kat sana memang teruk!!!.
 
then dia cakap lagi, phone mak aku yang rosak kot
adik... tak kan semua phone penduduk kg tu rosak.
kalau ye pun mak akak nak call celcom
boleh bayangkan tak
 
bila dorang suruh tekan 1 untuk bahasa Malaysia
Tekan 2 untuk Bahasa Inggeris semua tu
dia tak pandai, kang tekan tekan semua langsung tak dapat nak bercakap
 
cubalah turun padang
Aku memang risau sebab kalau sakit demam ke hapa ka
kang masalah tu semua.
 
kalau guna h/p untuk sms aja nak buat apa kan.
lagi satu kalau line DIGI ke MAXIS ke kat kampung
memang dah tau teruk
that Why la majority kat sana guna Celcom
 
 
Note: Tak faham aku ngan Customer Service ni.