Monday, November 11, 2013

Home Made Burger Ayam Goreng


Sebelum aku wat entry tentang Burger ayam Goreng ni
Aku nak Ucapkan Jutaan Terimaa Kasih buat Mama JJ sebab sudi kongsikan resipinya
kepada aku.
I'm really really appreciated.

http://monsterglider.blogspot.com/search?updated-max=2013-11-06T13:16:00%2B01:00&max-results=2
 ini resipi yang mama JJ bagi. nak tau lanjut
sila klik gambor K.
cantik. comey je kan ayamnya tu. Tapi kome jgn la gelak guling guling kalau
aku tunjuk air tangan aku pulak kan.

aku tak guna chicken breast. Tapi aku guna Chicken ribs. 
sebab..masa aku nak gi bli dada ayam tu, aku tengok chicken ribs lebih murah
dada ayam RM 11.90 sekilo, tapi chicken ribs cuma RM6.90 je sekilo

Then chicken ribs or coz la ada tulang sikit kan, 
so, aku terfikir lak kat Aleesya, Budak kecik tu suka nau makan sup sayur kan.
So, boleh guna tulang tu as stock. dpt semangkuk pun dah ok buat dia.
trutttttttttttt.... otak aku dah suh jimat kat situ
misi berjimat dah setel.
5 ketul chicken rib cuma RM 8.00 sahaja.

ok.. korang boleh tengok kat sini, aku letak lada hitam banyak sikit
sebab lada hitam membantu dalam proses pembakaran kalori.
tapi.. benornya kami anak beranak hantu lada hitam.. suka nau rasa lada hitam tu.

then aku pulak is a Garlic and Onion lover
so, aku cincang cincang (guna chopper)  bawang putih ngan bawang merah
so, untuk seketul chicken ribs tu aku dapat 3 ketul daging ayam
bersamaan boleh buat 3 biji burger, jimat jimat.

Sori mama JJ, I olah sikit ikut selera tekak I.
but I still bersyukur sebab you lah pencetusnya. thanks again and again ok.

 Oleh kerana aku memang nak makan burger ayam goreng,
jadi aku letak atas pan tu kejap je, bagi jadi doh bulat tu
then aku gaulkan dalam tepung goreng ayam

As my tepung tak yah nak kena basah basah bagai
cuma gaulkan je terus ayam grill yang  baru membentuk doh bulat tu
pas tu goreng.

ha.. jadi lah gini hasilnya
ranggup di luar dan lembut di dalam
tak sangka you. aku dah pandai buat burger ayam goreng.
yang normally aku beli kat Desa Jelita tu RM 5.50 sebiji
seklali beli 3 biji ko..(RM 15 sekali beli)

that day cari roti burger dah habis stock kat Tesco. Malas nak jenjalan meronda kat tempat lain
Aku beli je roti hight 5 ni.
so, burger aku jadi 4 segi la pulak.
tak pe lah... boleh je panggil; burger bin sandwich . hahahaha

saja aku besarkan gambor ni
nak tunjuk kat kome semua betapa juicynya home made burger ayam goreng aku

timun, carrot, bawang,salad dan aku parut semuanya
tomato aku hiris la.
sebab utamanya adalah utk menggalakkan anak anak mencintai sayur.
kalau aku slice kan, deme leh kutip dan asingkan kan..
kalau dah gini jadinya, larat ke deme nak asingkan kan..kan..
nak tak nak kena telan.

So, dah train deme ni sejak baby, sampai la besar sekarang ni tekak dah boleh terima sayur
ok. ini tips yg aku bagi kat kome kome yg dok penin cam no nak ajar anak anak makan sayur K.

ok. aku potong dua roti tu. 
sekali aku gigit. terus rasa mcm nak melompat ke langit.
Sangat sangat sedap.. sangat sangat menjadi macm daging burger ayam goreng yang aku beli
kat Desa Jelita tu.

Gumbira yang teramat sangat. ayam tu sangat sangat terasa daging ayamnya
tak de la mcm daging burger ayam yg kita yang sejuk beku tu kan
tak nyesal mencuba.

Pas ni, tak yah lagi dok perabih duit kat kedai burger ayam goreng tu
ate..aku sendiri dah pandai dan bijak membuatnya kan..kan..


**tambah pulak si Naiim siap cakap, burger ni, paling sedap yang pernah dia makan***
rasa macam nak peluk Naiim bior tersentuh sampai ke jantung qolbu ko..


actually, untuk entry kali ni, aku dah 2nd time buat tau.
lepas ni akan buiat berkali kali kali kali.
 sokmo sokmo lahhhhhhhhhhhhhh...



Note:Same recipe! The "Air Tangan Ibu Brand's" make it different than others.



Speacial One One - One One

sila baca tajuk tu in english okey. 
kalau baca in malay dah bunyi oney oney-oney oney la kan. hiksss.

Today 11/11/2013 is my husband b'day
dah le B'day one one-one one, nama hubby pun Wan juga
hai..bape banyak wan daaaa....


Untuk Suami dan papa anak anak ku, di ucapkan 
Selamat menyambut hari kelahitan yang ke 36 ye..
dah 36 tahun abang bernafas di bumi Allah ni kan..

 Kami anak beranak sangat sangat bersyukur Allah pinjamkan abang
untuk kami di dunia ini.

Doa T untuk abang di tahun ni

T doakan agar abang sentiasa di beri kesihatan yang baik
Di murahkan rezeki dan  Allah memberkati segala rezeki yang abang perolehi
Allah tetapkan Iman abang
Sentiasa menjadi suami dan papa yang penyanyang mcm sekarang
menjadi contoh yang baik kepada isteri dan anak anak
amin..


Nanti T belikan barang yang abang suka sangat sangat as Hadiah
lagipun T rasa itu yang terbaik. 
daripada beli benda lain lebih baik T belikan apa yg abang suka kan..kan..
Sori tak dapat deliver on the B'day date.


hhh..kalau free malam ni kita makan luar K.
kek? mmm nak ke?
tak yah la kot.. abang pun bukan makan kek pown.



Note: Be a part of you are  such a wonderful life!.. 








Saturday, November 9, 2013

Belajar Bertanggungjawab

Bagi ibu muda, eh muda ke..muda la kan.. anak pun tak dewasa lagi. kira muda. tak kira nak perasan gak.
mungkin ibu ibu muda, tak terfikir mcm mana anak anak kecil kita akan start
mempunyai sikap bertanggungjawab ke atas diri mahupun org lain kan..

Sama la mcm aku, selalu bila suruh naiim kemas tempat tidur, baju kotor letak dalam baku
akan aku susuli dengan perkataan. 
Cuba ada rasa tanggungjawab sikit. dah besaq pun.. dah jadi abang..
rasanya dah berbuih mulut ni. 
kalau la ada buih yg keluar, dah boleh buat cuci kain kot. hahahaha

Naiim dah tersemai jiwa si papa. susah benar sekarang ni kalau nak bergambar
mood tak mo bergambar lebih banyak dari mood nak bergambar.
ok..ok..
nanti aku citer mcm mana si Naiim ni bertanggungjawab!
aku sms hubby suh bagi extra duit utk si Naiim, sebab tetiba rasa nak makan satay
ngan nasi impit lak. ate dah semalam Pasar Malam kan..

Masa ku balik tu, si Naiim dah pun pergi Pasar malam, then hubby pul;ak duk gegas gegas nak pergi kerja
Tapi... hubby tak bagi pun extra money kat Naiim.
Makanya kena la cari Naiim kat Pasar malam tuk hand over extra money tu kan.

Dalam kul 7.30pm tu Naiim balik dah dari Pasar malam, then dia cakap
duit RM10 yg papa bagi tu tercicir.
ha.. kan kan.. baru semalam je my entry cakap Naiim asyik hilangkan duit je kan
Nah..petang  ni  hilangkan lagi. adeiii.. Naiim Naiim..

So, aku tak de la marah, cuma aku nampak ada la makanan kat Handle basikalnya tu
Bila tengok, ada satay dan keropok lekor, sepertimana yg aku suh si papa pesankan.
pinjam gambar dari empunya blog di atas.

satay 10 cucuk RM 5.00. nasi impitRM1.00 dan kopok lekor RM1.00
So, aku bagi utk dia belanja RM7.00 tu semuanya dia belikan apa yg aku pesan.
untuknya langsung tak ada.

bila aku tengok tu, aku rasa mcm sayu sangat. sib baik aku tak marahkan dia sebab duit 
hilang tu. kalau idak aku akan di hambat rasa bersalah.

Tak sangka, Naiim lebih mengutamakan amanah yg diberikan berbanding
kehendak sendiri.
owh..Naiim selalulah jadi anak yg bertanggungjawab begini. Ibu sangat sangat suka
sejahteralah hidup kamu dunia akhirat. 


*** sib baik la semalam aku ada buat burger ayam goreng, resipi dari si Mama JJ tu**
puas tengok Naiim makan. tapi aku makan sikit je satay ngan kopok lekor tu, sebab
aku utamakan si Naiim. dah tak dpt belikan makanan sendiri
makanlah makanan yg ibu pesan suh beli tu ya.


Note: lagi tersentuh, bila Naiim cakap, Naiim cuma ingat nak belikan makanan ibu ngan adik ja
untuk Naiim tak pa la..dah duit hilang nak wat cam na...


@@@ mama JJ nanti I buat entry ttg burger tu yer@@@@


Friday, November 8, 2013

Macam Mana nak Rehat?

As you all know, Aleesya sekarang ni sangat sangat cheeky
seribu kali lebih cheeky dari abangnya.

ini kes tak senang tengok ibu duduk senang la kan..
mungkin ni le kot cara dia nak kan 'Pay Attention"
kalau kat dapur, kerja punggah rack pinggan mangkuk tu kerjanya lah
kalau tak tercapai dek tangan, ambik kerusi ko..
that day godek godek kat lemari pinggan tu jumpa la botol susu kecik cenonet
botol susu g aku guna utk bagi dia minum air masak masa bayi dodulu ( 2 tahun lepas)

kome semua tolong imagine, dengan dia yg dah 2 tahun ni
nak minum susu dalam botol cenonet tu.
bape kali nak bancuh susu baru boleh kenyang kan..kan..

Actually, siang tu dia dah buli si papa suh wat susu dalam botol kecik ni
Si papa duk ulang ulang bancuh.
last papa dapat idea, terus bancuh dalam botol besar
asal habis je tuang je kat botol kecik tu.

Actually malam tu aku dah bancuh dah dalam botol besar
mearung raung nak botol kecik
aku tuangkan dalam botol kecik.. dah nangis lagi sebab susu dalam botol besar tu tak penuh
ish... sib baik kuat iman
kang cepuk baru tau.

botol kecik ko nak, botol besar ko nak..
last ko tido cium puting susu le adik oi...


hmm...bila dia dah tido, relaks kejap sambil tengok dia
baru la minda ni terbukak dan terlintas di fikiran..
rindukan ibu la kot, so suruh ibu layan itu ini...



Note: kalau difikirkan semula, budak kecik ni benornya nak konker ibu sengsorang
So, bila buat pangai, kuranglah sikit perhatian ibu kat abang tu kan..kan...
huh... sian Naiim,




Eleh... 50 je, Boleh beli apa?

Kekadang orang sekitar berbual boleh membangkitkan nostalgia kan..
tak caya.. meh sini nak citer.
Semalam/kelmarin ada satu rombongan sekolah yang aku sempat berbual dengan
salah seorang daripada pelajar tersebut.
sembang sembang  dia cakap dorang datang dari Perlis.
sekolah buat rombongan datang melawat Penang.

then aku terdengar perbualan rakan rakan pelajar tadi
Hang bawak mai sini bapa ringgit?
RM50 je..
Eleh.. RM50 ja. Nak leh beli pa la tu.. ( nak boleh beli apa le tu)
gulps... terkejut aku. bebudak sekarang nampak duit begitu kecik
even RM50 pun dah tak tau nak beli apa
keciknya nilai RM50 tu kan..


Then balik umah citer kat hubby
pas tu berlarutan la citer aku dodulu masa pergi rombongan
compare compare la apa yang ada.

Eh, awak tau, dulu ni saya pergi rombongan ke Melaka bawa RM20 mak bagi
uncle bagi lagi RM10.
tetiba rasa mcm orang kaya tau.
Mak pulak siap jahit poket kecik kat seluar katak
pesan pulak, belanja dulu RM10 ni, Lagi RM10 ni guna time terdesak ja tau
pesan lagi, jgn bagitau kengkawan yang kau bawa duit banyak mana
kalau org tanya cakap bawa RM5.00 ja tau.
ha.. sampai gitu sekali.


terus hubby gelak bahak bahak kat aku
sebab mak jahitkan poket kat seluar katak aku tu le,,
Nasib baik dia tak tanya, nape tak pakai bra style mak  mak tu kan..
ala..yang ada poket ngan zip tu. bwahahahaha...


Macam mana aku risaukan si Naiim bila bawa duit lebih, mcm tu lah mak aku
risau kan aku carry duit banyak kan,.. ( banyak le RM30 time tu)

yang bestnya si Naiim ni, asyik hilang duit je kat sekolah.
Nak aku jahitkan poket kat spenda dia jugak ke? ngeeeee


Note: Dah dewasa ni pun, bagi aku RM50 tetap besar jumlahnya...


Thursday, November 7, 2013

Resipi Biskut Chipsmore a.k.a Biskut Coklat Chips

haish..dah janji ngan korang nak wat entry tentang satu resipi biskut yang aku "take One"
kat kedai menjual barang barang kuih/kek tu kan.

Biskut namanya  Biskut Choklat Chips!

Dah buat 2-3 minggu lepas. 
Actually yang ni repeat buat untuk kali ke dua.
sebab yang kali pertama tu, hari ni buat esok dah tinggal balang ko. Licinnnnnnnnn

kali kedua aku buat, aku letak banyak banyak coklat chips..
huh..masa tengah duk mengadun tu, Naiim tanya aku  nak buat kuih apa.
Aku cakap le biskut Chipsmore

sambil berlalu dia cakap " Chipsmore la sangatttttttttttttttttttttttttttt"
ewah... perli ek. Ko ingat ibu ko tak leh buat ke?
Ha.. dah siap bakar tak sempat sempat nak sejuk dia nak bedal..

ok..mari kita tengok bahan bahannya

mula tu aku cuba jugak ikut betul betul seperti resipi ni
tapi adunan aku menjadi lembik dan sukar nak di buat doh.
jadi aku tokok tambah, di mana bahan bahannya menjadi seperti 
di bawah:-

Adunan cip coklat - tak letak sebab tak ada
250 gram cip coklat (200 utk adunan 50 gram utk hiasan)
150 gram tepung superfine
75 gram Gula halus
30 gram serbuk koko - baru le nampak adunan tu brown sikit.
200 gram tepung jagung 
200 gram serbuk badam
1 Biji Telur
1 sk esen vanila
10 gram tepung naik sendiri
secubit garam
150 gram Majerin/planta


cara membuatnya
gula perang+planta/majerin di pukul hingga kembang, masukkan telur, esen vanila
pukul lagi, then masukkan tepung jagung,tepung superfine,garam, serbuk badan dan coklat chip
gaul sehingga sebati,kemudian buatkan bentuk bola dan leperkan
hiaskan dengan coklat chip kat atasnya ( tak mau pun tak pe)
bakar dalam oven 180 darjah C.



*** masa buat second round tu, hubby ada dok nonton TV, tak sabar sabar dia nak makan
biskut air tangan si iteri, bila makan je terus dia cakap.
laaaaaaaaa...buat chipsmore ke.. 
awat la duk susah susah ..gi je beli kat kedai...***

hahaha..kalau dah hubby pun boleh taste chipsmore, kira menjadi la biskut aku tu kan kan..

Utk cik hubby - susah susah si isteri buat biskut ni tak de la susah mana pun, memandangkan 
biskut ni hasil air tangan isteri dan ibu kepada anak anak, maka ianya lebih berkat
kalau kat kedai tu air tangan siapa ek? tolong jawab skettttttttt.


Note: boleh je beli, tapi I memang suka merempit kat dapur.. apa boleh buat kan..kan..


Ronda Pepetang

Cuti awal muharram that day saja la ronda petang petang
Naiim  merajuk, kepak Bdaman dia hilang ke mana ntah
duk tuduh si adik hilangkan.
Malaslah nak layan merajuk dia tu, makanya kami gi le meronda
cuci mata kat tepi laut.

Memandangkan aku pulak berpuasa, jadi sementara nak menunggu time berbuka tu
boleh la beriadah kejap.

berhenti kejap tengok laut. 
Bak kata dalam entry si ieta, melihat laut mendapat pahala
so, aku kutip la pahala kat sini kejap.

 see.. my anak dara, asal papa nak keluar je dia mesti nak ngekoq
gedik sangat that day, gi punggah lemari kain
korek keluar baju kurung.
kain tak mo pakai, nak pakai baju je
last jadi ginilah kan... pakai baju kurung ngan seluar.

asyik duk tunjuk ke sana je.. tak puas hati
nak pergi dekat.
Aleesya nampak kambing yang tertambat kat sana tu.

selalunya papa bawak dia pergi tengok lembu kat pondok polis
tepi padang bola.
bila dia nampak je kambing ni, terus sebut
"Kambuuu...." hahahaha... 
ini kambing la, bukan kambu..
then yang besar tu lembu..bukan kambuuu ok.

Masa ni kambing dah bunyi bersahur sahutan, sebab dah tanda hujan nak turun
kemudian bunyi guruh di langit berdentum dentum..

puas jugak le pujuk si Aleesya ni untuk balik
tapi still nak jugak melekat kat sana..


Last, kena la paksa balik, dah time pun dekat kul 7.00.pm
nangis nangis. sian dia...



Note:  Boleh ke dia nak naik atas belakang kambing... adei........