Thursday, February 20, 2014

Feeling kelakor : Satay

My BIL ajak ke suatu tempat sebab nak makan  satay.
makanya berkonvoi lagi la kami ke suatu tempat
(nanti citer kat mana ye)

 nama pun berkonvoi kan.. so ramailah kaum kerabat kami kat dalam bilik makan tu
hampir 20 orang gitulah..
hahaha..gamat suasana

Adik yang ambik order tu pun satu..
ambik je la order leklok, tak yah la layan orang tu bercakap org ni bercakap kan..
sian pulak ku tengok dia.

kami order 60 cucuk satay je
sebab lelain nak order kegemaran masing masingkan.

My BIL, (Mizi).. dia la yang order..
20 cucuk satay ayam
20 Cucuk Satay perut
20 cucuk satay daging..

dah sampai satay tu aku tengok mcm sikit je..
tanya le my BIL,
eh, betul ke 60 cucuk ni.. rasa mcm tak cukup je..
betullah.. cam tu la dia order..
sebab dah ada yg makan sebahagiannya tu aku tak de la kira bape cucuk

then my BIL ckp, tak caya tengok la kat receipt tu
ada print kat situ kan..

cuba korang perhatikan satay yang kat dalam pinggan tu.
yang last sekali tu, ada sepucuk satay cantik je lepak kat situ
lain dari yang lain kan...

sekali aku tengok receipt tu, terburau burai aku ketawa..
hok aloh, cam na la boleh order satu cucuk satay ayam je ni?

adei.. ada ke orang order satu cucuk je kan..
hai.. si adik waitress tu kan.. buat lawak memalam..
mesti dia tulis order 1 intead of 20 cucuk

tu la.. ambik order je, jgnlah dok layan yang lelain berborak kosong kat belakang tu
kan dah dapat 41 cucuk je..

"then ada yg ckp, buang karan je membakar secucuk satay. hahahahaha "

tak pe lah, rezeki sape pun ntah le malam tu,secucuk satay ayam yang mampu lekat celah gigi jerk.
nak kata my BIL silap order, aku pun ada sekali masa dia order tu.
tak rasa weird ke adik tu bila tetiba realize kami order secucuk satay ayam kan..

hmm.. anggaplah kami tak de rezeki nak makan satay ayam malam tu.
ahakssssss..


Note: When funny thing happened, it created such a great memories to be remember...







*** " Loving you is what I've learned so easily. Trying to forget you is the last thing I could possibly learn, because I'm deeply in love with you."

Kolam Rekreasi Kolam Perbandaran Pulau Pinang


 Lepas je menjamu selera kat Dewan PDRM tu, my BIL ajak kami ke Taman Perbandaran
kami konvoi 4 biji kereta.


 Aku terpaksa naik keta separate ngan hubby sebab my biras tak tau jalan.
senang la kan, kekalau tak terkonvoi on the road nanti tak de la risau sesat ke hape.


saja la bawak my in law meronda sambil ambik angin kat sana


rehat seketika bersama kit kat . hehehehe
ye la kan my MIL tak boleh nak jalan lelaju.
lepak kejap sebelum kami kehujung sana untuk mandi manda


rehat seketika bersama kit kat . hehehehe
ye la kan my MIL tak boleh nak jalan lelaju.
lepak kejap sebelum kami kehujung sana untuk mandi manda


 layan je la gambar anak anakku yang sedang bermandi manda ni ye..

 suka nau dia.. dah lama tak mandi manda
last mandi manda pun masa pergi bukit merah that day

 see.. sukenya dia..

 dah gaya berjoget pun hado..ko

 sib baik bawa baju spare untuk Aleesya
boleh la dia mandi manda..
kalau idak mau nangis nangis la kan..
dah le nak datang sini pun tak plan..

 Aleesya berkepit je ngan Aliff
Si Aliff tu excited sangat pakai underware pun dah terpusing ke mana ntah
yang pinggang ke kaki, yang kaki ke pinggang
belasah je lah...

 puas la dok suruh naik sebab ada lagi satu plan kam nak kena langsaikan
nak bergather gather kat tempat lain pulak
hmm.. cam ni lah kan, asal jumpa je mesti create plan..

dah lewat pun kami kat sini..
panggil naik utk salin baju still tak mo..


 jom..jom... salin baju semua
jap lagi kita gerak ke tempat lain pulak yer..



Note: Satu aktiviti kekeluargaan yang sangat sangat Awesome.. mintak mintak le long term plan tu menjadik!!




**** " Love can be a simple smile,
love can be the extra mile,
love can be the chance to say,
love made me think of you today!"



 






Wednesday, February 19, 2014

Pertemuan Di Dewan PDRM Sungai Dua, Penang

 Masa balik raya Cina hari tu my biras ada bagitau yang anak sedaranya nak kahwin
so, dia jemput la kami semua untuk memeriahkan majlis
hok aloh... majlis kat Penang le..
apalaga.. sanak saudara kena la turun Penang kan..
aku la yang paling best sebab tak yah ke mana mana... terus pergi je Dewan tu.

of cozlah kami sampai dulu kan..
tapi makan sambil lewa je sebab nunggu mothe rin law and the gang..

 dah sampai  dah sanak saudara.
See my biras sibuk melayan my mother in law..
menantu yang sorang ni, sebok bergambar bagai la pulak kan.. 
sila lah bersabar dengan karenah menantu mu ini wahai my mother in law...

kami kalau berjumpa gamat suasana..
dok plan nak berggather gather ke sana sini
ntah menjadi ke idak ni..

masa plan semua ok je. bila tiba masa tu jgn buat hal udah le kan..
ok..ok.. yang tu long term punya plan..
kita langsaikan short term planning lepas kenduri ni yer

at last dapat jugak aku snap gambar hubby dengan giginya yang tersusun rapi tu
hish.. payah nau nak senyum kan..
you in court today. hahahahaha..

dapat bergambar dengan pengantin.
Maaf sesangat sebab tak dapat nak abadikan nama pengantin tu kat sini
sebab kad kahwin tu Aleesya dah koyakkan..

Aku memang jarang benar nak bergambar dengan pengantin
tapi dah biras nak temankan.. okey lah..

 actually nak snap kat tepi kek sua tingkat tu
tapi..risau pulak kekalau budak kecik menjahanamkan kek yang shomel tu kan.
so..kita snap jauh sikit yer..


sedap jugak bubur kacang ni..
ambik satu untuk aku dan satu untuk Aleesya
last dua dua mangkuk ni aku yang bedal..

banyak pulak my photo kat majlis ni..
ok, abaikan gambar aku tu..
sila lihat kaki Aleesya..
hahahah.. kantoi, ibu terlepas pandang sebab kusyuk berphotog kan
sampai tak nampak anak pakai slipper tak betul..

last of this entry..layan la budak lincah ni..
memang kena pantai sokmo weih....

si abang for sure la kat taman permainan..
dah besar, tak bape nak risau sangat.. tahu la dia datang cari parent dia bila dah puas bermain kan..
si kecik ni la.. memang tak boleh terlepas pandang.



Note: followed by short term gathering . best! best!






**** "I miss everything about you
Can't believe that I still want you
And after all the things we've been through”









Resipi Sotong Kangkung

Aku memang dah lama berniat nak buat entry tentangresipi sotong kangkung ni
sebab utamanya  asal aku check keyword ada saja orang cari
resipi sotong kangkung kat blog aku.
boleh dikatakan setiap minggu.

Dan sebagai janji aku kepada korang
ni janji di tepati tau
bukan janji third party or janji chapati

hehehe..Aleesya selalu sebut janji chapati.. sabor je la ngan anak dara I tu.

Memandangkan hari sabtu ritu aku ada buat utk my hubby
bawa gi memancing tu kan
tergerak lak di hati nak buat entry ni


tara... semalam aku dah buat untuk santapan kami anak beranak
untungnya kat sini sebab aku pau my bos suh dia belikan sotong kembung kat Market petang tu

Bahan bahan
1/2 ekor sotong kembung ( dipotong kecil dan direbus hingga lembut)
kangkung
bijan ( di goreng tanpa minyak hingga garing)
kacang tanah yang telah ditumbuk


Resipi sos sotong kangkung
10 tangkai cili kering (direndam/direbus)
2 sudu gula merah
3 sudu madu
2 sudu otak udang (petis)
2 sudu kicap pekat
1 sudu tepung gandum/ubi
sedikit perahan air asam jawa
 

Cara membuatnya
cili kering dikisar halus
kemudian campurkan semua bahan bahan tadi kecuali tepung gandum
masak sampai mendidih, kemudian masukkan bancuhan sesudu 
tepung gandum/ubi ( utk pekat)
masukkan garam secukup rasa
bila dah  pekat  tutup api.
siap le..


** tips. jgn gantikan madu dengan gula kerana gula akan menyebabkan sos menjadi keras
dan membeku.
guna nyalaan api yang sederhana.




Note : makan sotong banyak sangat kan.. garu garu hidung ngan mata dah ni...adoyai..






*** "Certain chance occurrences have caused our paths to meet. Destiny has joined our hearts and made our lives complete."
       
     

Tuesday, February 18, 2014

Giveaway Holiday Anum

Lama dah tak join GA,
sunyi je blog ni ngan GA semua kan.. 
suka GA Anum kali ni sebab tak berserabut palahotak nak follow dan like itu ini.

ok sape nak join sila kilik kat SINI
klik banner pun tak pe..

http://anumzakie.blogspot.com/2014/02/giveaway-holiday-anum.html
syarat yang sangat sangat simple.


entry yang paling aku suka adalah entry yang  ni:- 

Kenapa?  

Anum nampak sangat sangat comel dalam entry ni.
of cozlah sebab dia telah menjeleskan aku tahap tenuk 
sebab dia boleh merasa apa itu salji. waaaaaaaa...

see the picture.. kerusi tu sangat sangat unik
buat aku tertanya tanya, adakah kerusi tu memang sengaja di buat begitu
ataupun.. berat sangatkah si Anum ni sampai duduk gitu je pun dah nak patahkan kerusi tu. hahaha
tu kalau anum duduk, kalau aku yang duduk..rasanya ke tanah la kan..
si kurus duduk dah bengkok gitu..
kalau aku? owh..tak dapat bayangkan...

Katbelakang tu banyak nau kunci kan..
Anum boleh la gi manggakan dirinya kat sana..
aku pun boleh main kunci kucni jugak.... tapi mangga umah je lah..kikikikik..

kalau orang lain minat citer winter sonata bila tengok view gambar si Anum ni
tapi aku... suka lagi citer "Autumn in My heart".
tengok je gambar gambar si Anum dalam entry ni
terbayang wajah comel heroinnya yang sangat sangat lembut...


Anum... you refresh my mind...
best giler citer ni tau..




Bukan Buat...Cucuk Saja...

Aleesya ni sama jugak le mcm kanak kanak yang lain..
suka nak menyonteng nyonteng..
Lainnya sifdat Aleesya daripada Naiim yang paling ketara aku dapat lihat..
Si Naiim dulu ni tak de pun nak koyakkan buku..
Tapi Aleesya, lagi ko larang lagi tu la dia koyak

Kalau bab membeli colouring book ni, dah berdozen, bila dah jemu dia koyak je
Tapi tu la harga yang perlu aku bayar tatkala mendidik anak kecilku kan..
sesekali tu larang jugak, tak boleh selalu kang lemau budak tu pulak.

even tak pandai pegang pensil, tapi Aleesya memang suka menyonteng..
tak pe la kan.. learning process normally like that..
yang tak bestnya, even dia dah ada buku sendiri dia suka sangat ngorat buku sekolah abang
bagi la yang lain, nak juga nyonteng time abang buat home work.

Satu malam tu si Naiim tengah kusyuk buat homework,
Aleesya selamba je ambik Maic Ink conteng buku abang...
ngomel kejap si Naiim, then dia tutup la mukasurat tu dengan lengan..
Bila Aleesya nak conteng tak dapat..
Asyik tak dapat je kan..

Last, Aleesya cucuk pipi abang dengan pensil..
ha.. tengok la, kalau kena mata abang mcm mana..
sian Naiim, pedih la pipi tu... time mandi pun nangis nangis dia

Bila kami slowly tanya dia, kenapa buat abang..
selamba je dia cakap..
"Bukan buat..cucuk ja pun" hamboi jawapan.......

pas tu ualang berkali kali dok cakap
"abang tak badi adik cucuk ar" ( abg tak bagi, adik cucuk ar)

Then, bila baby sitter nampak muka si abang esoknya, mula la dok pura pura marah Aleesya
"ooo.. buat abang ya, nanti sat, Mak pukul tangan dia tu, nanti potong tangan dia tu..."
Macam macam la bb sitter ngomel.. dia diam je, sambil muka tekap kat dada aku.

Balik umah, aku citer la kat hubby, then hubby pun tanya la dia
Mak marah adik ke?

kome tau dia jawab apa?

Dah aih.. Mak tanya saja......
ecewah.. ko cover line depan papa yer..

 Tadi gi Tesco beli apa yang patut.. 
pas tu beli jugak alat bantuan belajar untuk anak anak ni



** Alhamdulillah, si Naiim dah indipendant sekarang ni. Tak payah nak remind tentang homework,
dah ada sifat bertanggungjawab terhadap homework. Good Job my boy ***




Note : Tetiba aku jadi reti pulak nak guna abacus tu... yes..I gain something new.. 




*** Our love shall never fade away, but shall always stay forever and ever and ever.
      Remember to always tell me you love me but also show me that you really do love me with your   
      actions and feelings.
 



F.O.C : Reflexology

Cerita balik kampung 

Aku ni bertuah sesangat asal bersalin je, tak payah panggil bidan utk mengurut
Mak aku terror bab bab mengurus orang lepas bersalin even dia bukan bidan

Kalau sakit sakit badan, my abang abang memang pakar mengurut.
Tapi dorang urut kaki aku je lah..
my hubby la untung, serah body je kat abang abang dorang betulkan urat saraf tu

Then, recently dorang gi kursus reflexology, anak sedara aku pun join jugak kursus tu
So, boleh lah menadah kaki je kat dorang
F.O.C lak tu kan.. sape tak nak.

Actually my hubby dah bagitau yg kami nak balik penang petang tu jugak
lepas makan makan tu la kan..
tapi...bila dia tengok aku mcm happy sangat ngan my sibling
mcm susah nau nak gerak balik..
dia ikut je la karenah si isteri.. balik malam dan bertolak lewat sikit katanya..
thanks thousand and million time to you dear...

anak sedara sulung aku sedang tunjuk skill kat kaki Pak ciknya..
bila aku still.. siap control encem agi tu..hahahaha.. ke laut la reflexology malam tu..

Happy sangat kami malam tu, lepas sorang sorang ber reflexolog.
Aku tak reflexology pun sebab tak tahan geli..
hahahaha....

My 2nd abang reflexologykan kaki my elder brother.
Bday boy yang berbaju melayu biru kat belakang tu..

Sian dia, dapat info lambat, so aku tak sempat nak gi beli kek untuk dia
lenkali ye latif.. sian kamu.

Tunggu reflexologyselesai, kami nak gerak balik Penang dah
lewat jugak la kami bertolak.
rasa berat nak tinggal kampung sebab cuti aku masih lagi berbaki. cuma my hubby je kena kerja esoknya tu

 selfie ngan my elder brother sebelum gerak balik.
windunya kat my sibling..sayang dorang ketat ketat..

maklumlah kan, aku kan the rose among the torn in my familly,
dapat abang abang pun yang jenis penyayang..
apa apa hal pf cozlah priority tu dorang bagi kat aku..
nak balik zaman kanak kanak boleh..

tetiba teringat zaman abang abang aku bergilir mendukung aku
dukung kat tepi la, kat atas belakang le, lepak atas bahu le..
wah awesome nya rasa masa tu..




Note: Kami tidak berharta seperti orang lain... 
kasih sayang antara kami adalah harta yang sangat sangat bernilai...







*** Sometime we just only had a date, but no fate
       but when we have a chance to be a fate , that must be a valuable time
       that we need to spend without any complaint...
       we deserve it...