Wednesday, March 26, 2014

Action Song

Hari ni nak citer perihal si Naiim..
al kisahnya si Naiim terpilih untuk menyertai 'Action Song"
ok lah.. masuk le, kalau kamu rasa boleh kan..

Then telah tiba lah masa nak pergi bertanding tu kan..
So, teacher suh beli sarung tangan kaler koko
kasut kaler hitam, seluar track bagailah kan..

dah beli sarung tangan tu, silap la pulak, malam esok kena beli agi.
Then my hubby saja la nak ngusik si Naiim kot..
tapi memang jarang la sangat si papa ngusik si anak teruna ni..

Papa : Action Song tu apa dia? 
Naiim : ala yang bila org nyanyi kita kena buat cam ni cam ni tu ( penuh gaya la kan)
Papa : Ha..elok la tu, namanya orang lelaki, dok menari bagai. mcm Pondan
Naiim : Ni la..papa ni.. tu yang malas nak bagitau apa apa kat papa tu...

Ibu: Awak ni saja tau, masa dia nak join dulu awak tak cakap apa apa
dah nak bertanding ngusik le pulak..

Si Naiim dah merajuk ngan si papa.. tapi papa cool je.. 

Keesokkannya:-

Naiim : Papa, Naiim dah tanya teacher, dah lambat sangat tak boleh tarik diri
kena masuk jugak..
Ibu: Ya allah.. awak tengok tu, usik usik pas tu tak cool down balik budak tu.. ha kan dah mintak tarik diri..
Tak pe lah.. dah berlatih semua dah tak yah la tarik diri..
esok buat betul betul tau.

esok tu masa aku balik kerja Naiim moncong je...
dia cakap dia kalah..dapat No: 8 jer..
tak puas hati tul le, rasanya pengadil tu berat sebelah..
nanti papa mesti dok perli perli...

Aku pun senyum je lah.. pelan pelan aku cakap
kita kena redha...kita dah usaha sebaik mungkin, Allah bagi setakat tu je
kalau semua nak menang jenuh lah..sapa pulak yang nak kalah..ngeeee

Note: ok lah tu no 8, banyak sekolah yang bertanding...

*** If this is not love, I don't know what it is...
       you are within me, who cares for more...
      yes.. I'll not let you go...

Tuesday, March 25, 2014

Mari kita memetik langsat...

Esok..kul 10:00 kita gerak ke Sik, pepagi Suh Naiim balik umah Awal (Naiim tido umah Mak sitter)
hmm.. ok lah, saya siap awal ler... baju dah iron semua dah... cuma nak siap je..

Then pagi tu kul 10:30 pagi kami dah gerak keluar,
Masa nak kemas barang barang masuk dalam keta, tetiba my small beg jatuh..
habis semua barang barang dalam beg tu terburai keluar..

then hubby, ada bersungut, Ya Allah, petanda apa ni la..
Moga tak dak apa apa la yang berlaku nanti.. 
semua istighfar bebanyak yer... kami pun diam je la..
ish.. perecaman orang tua tua tu... aku buat buat tak ambik port pun...

Then sampai kat seberang kat tol Jambatan tu, kami menunggu lagi 2 buah biji keta yang nak ikut berkonvoi
tunggu punya tunggu, call bagai.. tak muncul muncul jugak
last kul 12:00 noon, baru dapat bertolak..
singgah kejap kat hentian Sungai Muda tu beli mineral water..

photo Dari

Tetiba my car tak leh start ko, 
huh...mula la dok teringat part beg kecik jatuh terburai tu...
ish.. kebetulan terjadi ke? tak kan betul kot perecaman orang tua tua ni?
sib baik kawan hubby leh jump start.. 
nak tak nak nanti kena la tukar bateri baru..

sambil menuju ke rumah kenduri tu, sambil la kami petik langsat
hahaha.... hambek ko, mcm la pandai sangat
sorang pun tak de bawa kad kenduri..
orang kampung la sangat... last ko petik la langsat kat sepanjang simpang tu kan..
 sampai si Aleesya pun siap bagi pakej muntah bagai..

Aku nengok je jalan tu, makin lama makin dekat nak menuju ke kampung aku
haish.. bang, kalau tak jumpa umah kenduri ni kita balik umah Mak je lah
call mak suh masak, kita makan tenghari kat kampung saya je..

Akhirnya sampai jugak la kami kat umah kenduri tu
jenuh memetik langsat..baru la sampai..

 aku dah selamat balun nasi kenduri yang sedap..
kenapa aku cakap sedap?
sebab makanan kegemaran aku dihidangkan.. ngee

sebab ada gulai umbut pisang ni...
di masak bersama daging tetel.. pergh... kena lak ngan ulam bagai
memang terangkat!!!

harap si Naiim snap picture aku, habis dia kasi blurr...
tapi tak pe ada jugak bukti aku ke kenduri kan..
hahaha... nak jugak tue..

Ini Kak Norlia ( baju biru) ngan huusband dia..
rakan sekerja my hubby...
best le dia, even first time jumpe, sangat sangat ramah...

Yang tudung biru ni, wife kepada rakan sekerja my hubby...
masing masing dah kenyang makan..

masa aku snap picture ni sangat sangat lucu...
sebab mak cik mak cik yang sedang membasuh tu jerit jerit sebab risau aku snap gambar dorang
hamboi... mak cik, saya hala je moncong kamera tu ke arah situ
saya focus ke sebelah sinun ler...

hiksss..jahat gak aku kan, snap jugak gambo makcik membasuh pinggan tu yer..
ate..org tak snap duk nuduh snap kan..
hambek...ku snap jugak le..

tapi tak per makcik, wajah makcik di lindungi pephon bunga.
org tak kenaih aih..nampak kain batik je pown..

My anak dara ni mcm biasalah..asyik ngan papanya aje..
anak papa la katakan...

tapi kalau tanya Aleesya anak sapa?
laju jer dia jawab anak ibu...
haa... cam tu ler...

 dah dapat goodies bagai..kami pun gerak balik.

Gambar pengantin non hado sebab juruphoto malu nak bersnap bagai..
lagipun bukan kawan hubby yang kawin, adik dier yang kawin..
tak yh lah nak rekod rekod kat sini..

rekod muka kami udah ler. keh keh keh,...

Note: Suka tul tengok majlis kenduri kat sini, masih lagi amalkan adat gotong royong, even tak de lah mkn berhidang mcm dodulu tu...

*** I have not asked for your favor, but your love
       Since you agree, that's why only I have asked
       Just because of the fear of others surrounding
      I'll not break my relation, I swear..
      I'll not let you go...
  
Penantian Berakhir Sedih...

Sejak Kehilangan Pesawat MH370 aku tak pernah buat satu entry pun tentangnya
even kat setiap entry aku pun aku tak letakkan any single word of MH370
kenapa? Kerana aku merasa  sangat sangat sayu...

Dan semalam semasa pengumumam dari Perdana Menteri Malaysia
aku sudah pun menjangkakan...

Lagi sayu perasaan ini pabila wajah wajah penumpang di paparkan di kaca TV

Photo: Siapa Kapten Zaharie dari pandangan Juruterbang berpengalaman luar..

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengesahkan bahawa seseorang telah mematikan alat pengesan radar pesawat MH370 dan melakukan pusingan U.

Ekoran itu, timbul kemungkinan berlaku rampasan dan sebotaj ke atas pesawat tersebut sehingga mendorong kepada siasatan terhadap Kapten Zaharie.

Bagaimanapun, Chris Goodfellow yang berpengalaman 20 tahun sebagai juruterbang mempunyai teori sendiri.

Menurutnya, isu kehilangan pesawat MH370 terlalu dirumitkan sedangkan jawapannya mungkin mudah iaitu berlaku kebakaran di kokpit.

Dalam catatan akaun Google+ miliknya, Goodfellow, sebaik mendengar berita pesawat itu berpatah balik ke arah Selat Melaka dari Laut China Selatan, dia terus memeriksa peta dan mendapati MH370 mungkin menuju lapangan terbang terdakat di Pulau Langkawi selepas berlaku masalah seperti kebakaran dalam kokpit.

"Kunci utama di sini adalah pusingan kiri dibuat pesawat itu. Juruterbang (Kapten Zaharie Ahmad Shah) adalah kapten yang sangat berpengalaman dengan lebih 18,000 jam penerbangan. Mungkin juruterbang lebih muda yang ditemu ramah (agensi berita) CNN tidak sedar mengenai pusingan kiri. 

"Kami juruterbang lama dilatih untuk sentiasa tahu di mana lapangan terbang paling dekat ketika terbang untuk perlindungan selamat jika kecemasan." 

Menurut Goodfellow lagi, apabila melihat pusingan kiri dibuat oleh pesawat MH370 dan menuju terus ke arah bertentangan, nalurinya memberitahu juruterbang itu mungkin mahu menuju ke lapangan terbang terdekat. 

"(Zaharie) sebenarnya mengambil laluan terus di atas laut ke Pulau Langkawi yang tidak mempunyai banyak halangan. Dia tidak kembali ke Kuala Lumpur kerana dia tahu (laluan itu) merentasi gunung (Banjaran Titiwangsa) setinggi 8,000 kaki. 

Dia tahu laluan ke Langkawi lebih mudah dan jaraknya lebih dekat." 

Goodfellow percaya Zaharie mengambil tindakan betul pada ketika mereka mungkin menghadapi masalah serius yang mendorong kepada tindakan pusingan U untuk menuju ke lapangan terbang terdekat di Pulau Langkawi. 

Katanya, terputusnya komunikasi (ACARS) termasuk kesan radar adalah munasabah jika berlaku kebakaran di dalam kokpit. 

"Melihat masa kejadian, mungkin berlaku kepanasan melampau pada salah satu tayar hadapan dan ia pecah sebaik pesawat berlepas dan terbakar perlahan-lahan. 

"Ya, ini boleh berlaku dengan tayar yang kurang angin. Ingat ini pesawat berat, (dan insiden berlaku) pada malam yang panas dan landasan yang panjang." 

Katanya, ada insiden di Nigeria pada 1991 melibatkan Douglas DC-8 yang tayarnya terbakar semasa berlepas menyebabkan asap tebal melemaskan kru dan penumpang. 

Katanya, juruterbang memang ada akses kepada topeng oksigen tetapi ia tidak boleh digunakan semasa kebakaran. 

Sebaliknya, kebanyakan juruterbang ada penutup muka dengan penapis asap tetapi ia hanya boleh bertahan beberapa minit sahaja. 

"Apa yang berlaku adalah (kedua-dua juruterbang) lemas akibat asap dan pengsan, menyebabkan pesawat itu terus terbang menggunakan aplikasi sistem autopilot sehingga sama ada kehabisan minyak atau kebakaran memusnahkan papan kawalan dalam kokpit." 

Jika itu benar, kata Goodfellow, Zaharie adalah wira yang bertarung situasi mustahil untuk cuba membawa pesawat itu ke Pulau Langkawi. 

"Tiada was-was lagi dalam fikiran saya, itulah sebab mengapa pesawat itu berpusing dan mengambil laluan lurus." 

Jika berlaku rampasan atau sabotaj, katanya, ia tidak akan sengaja pusing ke sebelah kiri dan menuju ke arah Pulau Langkawi. 

Goodfellow mengakhiri tulisannya dengan kata-kata: "Juruterbang bijak. Cuma tidak mempunyai masa mencukupi."

Apa yang ditulis Goodfellow dan ramai lagi pakar di seluruh dunia tetap kekal menjadi spekulasi selagi pesawat MH370 tidak ditemui.

... Itu apa pandangan orang luar yang punya kepakaran atau kebolehan sepertimana yang dimiliki oleh Kapten Zaharie, biarpun beliau seorang Kristian beliau tidak membuat spekulasi yang buruk mengenai Kapten Zahari..

Bukan seperti kita sesetengah rakyat Malaysia ni.. bila tahu saja Kapten Zaharie itu adalah Ahli PKR, apa yang dibuatnya semua dipandang negatif walaupun dunia menghargainya..

Jadi kesimpulannya.. nak mempolitikkan isu tu biarlah kena tempatnya..

Kita sepatutnya bangga kerana anak Melayu yang berugama Islam ini diiktiraf dunia akan kebolehannya bukannya menghina hanya kerana ideologi politik kita berbeza...

Siapa Kapten Zaharie dari pandangan Juruterbang berpengalaman luar..

Kita sepatutnya bangga kerana anak Melayu yang berugama Islam ini diiktiraf dunia akan kebolehannya bukannya menghina hanya kerana ideologi politik kita berbeza..

Note : Terfikir di benak ini.. Bagaimanakah keadaan jasad mereka ...

*** My silence is just another word for my pain..

Monday, March 24, 2014

Feeling Hehehehe : Jauhnya Nak sampai.....

Hari khamis masa aku balik dari kerja my Jiran ada jemput  untuk ke majlis kesyukuran
kat umahnya hari sabtu . 
hmm.. ok lah, tak kemana mana pun kami kan.. boleh la pergi..

tak jauh pun umah jiran ngan umah aku, jeling je dari coridor umah dah nampak umah jiran..
Tapi.. biasalah kan, my baby sitter cal tanya nak gerak pergi kul bape..
aku cakap le pas Zohor lah kita pergi.. 
dah sembahyang siap siap pergi baru best.. 
nak sembang lelama pun tak de la rasa ralat sangat kan..

dekat je pun umah aku tu.. hahaha..tapi saja nak pergi lelewat..
tengok budak kecik ni... meronda je kojernya..

sampai je aku kat umah jiran tu, salam bagai le kan..
my jiran siap cakap... jauh jauh pun datang jugak yer.. terima kasih la..
ni dah melangkah berapa jambatan..dah lepas bape trafic light...
dah nak dekat kul 3.00ptg baru boleh sampai...

hiksss... hambek ko.. upah tepi idung pun ko datang lambat kan..
dah kena seketol !!

 Ni la wajah my jiran.. yang muka ngadap ke depan ni ha...
best tau kalau sembang ngan dia.. 
she's so soft spoken...

selalu kalau nak pergi hantar Aleesya ke umah baby sitter, sempat la bertegur sape ngan dia
sambil sambil berjalan besahut sahut juga menegur tu...
ala..aku kan peramah.. hehehehe..

Yang baju hijau ni, abang sitter si Naiim..
dorang belajar kat sekolah Tahfiz, 
asal dorang cuti jer, Naiim dah tender nak berkampung kat umah baby sitter..
nak tido sana selama seminggu katanya..
rindu le tew...

Yang baju putih tu adik my jiran
yang baju biru tu menantu my jiran
dan yang baju merah tu jiran jugak.. Jiran Mahram...hahahaha...

Time ginilah my hubby nak berceloteh lama pun..
selalu nya main senyum senyum je kalau tereserempak kan..

blurr pun nak letak jugak..
hmmm hubby dok pot pet kat luar , aku masuk umah jiran lagi satu.. "Umah Mak Yam"
dah memanggil manggil dorang tu suh aku masuk nyembang..
join the forum la katakan...

aku kan penggamat suasana...masuk jap usik usik dorang
tanya khabar mana yang patut..

Dari kiri : Mak Yam, Anati dan Kak Amnah..
aku gi usik usik deme ni.. pas tu baru balik..

Tak tunggu lama pun, sebab my hubby nak keluar kejap..
ingat nak ikut ler.. dah Aleesya lak tido..
tak jadilah.. huhuhu..

Tak pe lah.. keluar malam nanti..
nak jumpa Kak Alona tau...

Note: Tak sempat beramah mesra ngan Kak Alona..
lenkali yer kak...

***  I have desired you, I will desire you at every..
       even upon death this love from my heart will not diminish...
       when your memory comes, my tears flow...
 
Friday, March 21, 2014

We just having Fun

Aku ni kalau updated status kat FB suam suam kuku je..
idak le hari hari aku updated..
sekali sekala jer.. memang malas nak ber FB...
tapi kalau aku online FB aku berderet deret aku komen...
but mostly komen status sedara mara la...

hahaha.. kalau aku yang wat komen, sure gempak kan..
saja nak ilangkan stress... 
mungkin sikap aku yg happy go lucky ni wat anak anak sedara suka nau ngan aku

kalau tak wassap kami wechat.. siap buat group.
celoteh ntah hape hape la kan..

Sian le si boyfriend tu kan, siap nak kena blender agi.. hahaha

kalau dah join ngan my 3rd abang ni, memang lagi meriah la kan..
mcm mcm aksi dia yang boleh buat kami tak kering gusi..

oleh kerana komen kat sini telah berlaku satu incident yang tak diingini
di mana a few of komen dari ntah sape la kan yang terpaksa di remove..

betul.. we just having fun among us..
nak eratkan silatulrahim..
tapi kalau nak lebih lebih..ini bukan masanya..

those yg kenal aku, tahulah aku ni mcm mana,
tapi bagi mereka yg suka membuat andaian dan sengaja nak sakitkan hati
aku tak ambik kisah pun..
just kick out of them from my  mind...

then for the incident last night I would like to thanks to:-

Buat anak anak sedara Makcik yang Twins tu, eyra dan qirah, terima kasih 
sesangat, korang memang memahami Mak cik kan... 
terima kasih  yer.. Mak Cik sayunk korang ketat ketat tau..

Then for My abang, thanks again.. abang memang sentiasa jadi abang yang terbaik
sangat sangat bahagia jadi adik abang tau..

for azie, terima kasih sebab cool down kan akak semalam
much much apprecite!!

Note: I just wanna be myself.. 

*** In the road my destination are lost
      you are in front of me, then why is there a distance
      how can I tell you what helplessness
     this is a way to live?
     there is only to drink tears...

Tengok je dah tahu mcm mana kan..

Semalam tak sempat nak wat entry pun. nak BW lagilah kan..
Minggu ni aku sangat sangat Bizi..
curi masa kejap ni buat entry..

Aku lewat 2 minggu utk bawa Aleesya gi Klinik Kesihatan..
sebabnya..aku terlupa nak tengok tarikh kat buku hahaha...

tak de apa pun yang dorang check kali ni, cuma ambik timbang dan tinggi je..
ubat cacing pun dorang tak bagi, katanya tunggu Aleesya 3 tahun baru nak bagi..
huh..tak pe la.. aku memang sapu ubat cacing kat perut Aleesya memalam..

Guna kaedah tradisional.. lebih selamat
ikut petua mak aku..alhamdulillah semua anak anak aku tak de masalah kecacingan..

Nurse tu tengok kaletah Aleesya ni, tak yah le nak tanya dia aktif kat umah ke idak
mulut becok ke idak.. dah pandai itu ini ke bagai
semua soalan dah terjawab dengan gaya dan aksi Aleesya kat sana..

Nurse tengok Aleesya je dah tau dia mcm mana kan..

Time timbang pun ok je.. siap tanya sudah ke belum? Nurse tu pun ketawa..
sebab ada budak lain yg takut takut bila naik alat penimbang tu.. pakej nangis lagi adelah..
Aleesya pulak, ingat alat penimbang tu jongkang jongkit kut.. happy je naik turun..

Tak payah Nurse tanya soalan, dia yang ngajar Nurse tu..
Ni tangan, di kaki.. ni ibu dia.. ni abang dia.. ha semua dia bagitau.. 

siap bagitau Nurse agi yang si Ilhan selalu pukul dia, gigit dia.. 
mcm le Nurse tu kenal sape Ilhan tu kan... bertabah ye.. adik Nurse...

Berat Aleesya cuma 12kg je... kira ok lah kan..
tak de la nak patah pinggang aku kalau mendukung dia..

As long as dia sihat aktif semua, berat badan bukan la satu masalah.. tul tak?

*** semalam koyak paper work abang.... nangis si abang meraung raung...
merajuk masuk bilik air berjam jam.. haish....

Note: Sure si abang kena denda kat sekolah hari ni... sedih lak rasa aku neih...

*** I'm yours, take whatever vows you want from me..
       give your sorrow to me, my companion
      All my life i have to bear the pain of separation
     
Wednesday, March 19, 2014

Feeling Touching :Please Dont Cry....

Sape sayangkan nenek/oph/atok dia? sila angkat tangan..
Aku sayang sangat ngan my grandma.. tak sama tau sayang nenek dengan sayang emak..
nenek aku ni pembersih orangnya, so.. kami kekecik dulu kalau grandma jaga mesti bersih sokmo
pas mandi mesti salin baju lain, pakai bedak, rambut disisir rapi..
kalau makan, semua bersusun je kat depan dia..
suap ikut giliran tau..

 sekarang my grandma dah uzur..
my grandma tinggal kat Batu kawan dengan my Mak su..

even Batu kawan tu seberang je pun dari umah aku, tak jauh la..
aku memang tak sempat nak selalu selalu jenguk grand,a..

ye la.. sejak Naiim sekolah , dah tk boleh simply balik lewat malam
hujung minggu Naiim ada latihan..
then kalau cuti, nak kena balik kampung aku, kampung mertua dan kampung ayah aku
so, masa nak jenguk grandma tu mcm terhad je..

 My grandma ginilah, asal aku datang je mesti nak nangis. nangis rindu.. 
tapi aku memang tak boleh tahan klau dia nangis
so, pesan sesiap.. "Tok jgn nangis la.. ada masa ana akan datang, ana sekarang ni dah jadi isteri orang, mak orang, menantu orang... masa tu memang terhad , bukan ana tak rindukan Tok"

hmmm.. ayat cover sedih aku jugak tu..
suka la dia kan sebab dapat tengok cicit dia yang dua orang tu..

 My grandma dah uzur sekarang ni.. dah tak boleh nak bangun... 
nak duduk pun tak boleh dah kena orang papahkan..

eleh my abang tu.. orang peluk Tok dia pun nak jugak tu..

Tok jgn susuah hati yer.. sekarang jambatan kedua tu dah siap
nanti boleh datang tengok tok selalu yer..

bukan selalu sangat lah, tapi mudah le bagi kami nak datang jenguk tok kat sini
jambatan kedua bermula dari tempat aku tinggal dan berkahir di tempat Mak su aku tinggal.
ha... kompom senang kan...

Note: agak gak aku nanti sempat tak nak tengok cicit aku sendiri...

*** This is a promise,  from my love to yours
       Now we never be apart anymore....
     how my heart want you, you wouldn't know..