Wednesday, April 2, 2014

Telur Tiruan

Dah lama sangat la picture ni kat my phone.. bertagak je ni nak share ngan korang..
even semua sudah tau tentang telur tiruan ni, tapi ada jugak yang tak alert kan..




Ciri Ciri Telur Tiruan.

1. Kulit lebih berkilat berbanding telur sebenar 

2. Permukaan kulit kasar

3. Menghasilkan bunyi yang kuat apabila digoncangkan kerana kandungan air dalam bahan mentah yang digunakan

4. Mempunyai bau berbeza 

5. Putih dan kuning telur akan bercampur sebaik sahaja telur dipecahkan.
 
6. Ketika di goreng,( telur akan berbuih)

7. Kulit telur tiruan lebih lutsinar apabila diletakkan di bawah cahaya terang.

8. Putih dan kuning telur sangat nipis.

9. Tiada lapisan kulit pada bahagian dalam telur tiruan.
 
 
Entah bila la kan, aku tertonton tentang dokumentari cecara menghasilkan telur tiruan ni.
 
 
Ha..ni le bahan bahanyang dorang guna untuk buat telur tiruan tu..
 
Actually, telur tiruan ni memang dah sinonim kat China.
Oleh kerana dah banyak sangat telur tiruan yang di hasilkan makanya dorang eksportkan ke Malaysia..
 
Cer tengok bahan bahan tu.. ada "Gelatin" kan..
ha..part Gelatin ni le yang kita bimbang, Halal ke Gelatin yang dorang gunakan tu?
 
kulit telur dorang buat daripada sejenis bahan lilin..
memang mudah retak..mengikut kata dokumentari tu lah..
cecair campuran bahan bahan tadi di adun untuk membentuk putih telur.
 
 kemudian dorang buat eginilah kan...
mengikut ukuran yang telah di tetapkan..


 kemudian dorang masukkan ke dalam acuan untuk membentuk menjadi telur.
sanggup dorang prepare semua acuan yer..
 
 

Aku snap dari TV je ni benornya..
Aku rasa mcm best jer topik hari tu..

so, rasa le nak share kat sini...
 
 
Tapi kan, ada yang cakap dorang buat telur tiruan ni sebenarnya untuk memudahkan dorang menghasilkan Kuih bulan yang berintikan " Egg Yolk" tu
bila dah penghasilan yang tidak terkawal, mulalah telur tiruan ni bersepah kat Pasaran..


even dah tunjuk gambar perbandingan telur original dengan telur tiruan ni
aku still tak dapat nak bezakan lah..

Nak kena bela ayam telur la kalau gini, Confirm asli kan..kan...




Note: Bila manusia rasa terlebih pandai dari Allah, ginilah jadinya.. merosakkan manusia yang lain pulak.





*** Naive, mysterious 
       full of surprise, enthralling
      sacrifices, long waits
      betrayals, troubles
      such is love.....






 
 
 
 

Tuesday, April 1, 2014

Telaga Gajah

Masa balik kampung minggu lepas, masa nak balik tu my hubby singgah kejap kat 
"Telaga Gajah"
Sebelum ni memang aku ada tengok satu tembok besar kat situ
tapi aku tak tau la yang tembok tu sebenarnya sebuah Telaga..
Kome tahu telaga tu ape? Telaga tu dalam bahasa bukunya Perigi ler..

 terasa la nak jenguk kat dalam telaga ni..
ada air ke idak..
Masya Allah punya la besar telaga ni, rasa sereyau pun ada tengok kat dalam tu
even musim panas berbahang ni, air telaga ni tak surut tau.
sib baik dorang letak jaring tu, risau jugak kang bebudak jatuh dalam telaga tu

 boleh je klik gambar tu untuk bacaan yg lebih jelas..

sebenarnya telaga ni dulunya digunakan untuk memandikan Gajah
anak anak Gajah di pelihara di sebuah kampung yang diberi nama "Kubang Anak Gajah"
so, dorang akan bawa Gajah gajah tu ke sini untuk di mandikan.

Kalau ada Gajah yang mati dorang akan Tanam di Kampung yang di berinama 
"Gajah Mati"

ha.. gitulah sikit sebanyak yang tertulis kat Papan tanda tu.
yang bahagian bawah tu kome bacalah sendiri yer..

Aku ni kalau balik Kedah mesti nak mencari Mee Goreng..
sebabnya Mee Goreng Kat Kedah dengan Mee goreng Penang tak sama..

eh kenapa tetiba citer pasal makan pulak ni.. adei..
hahahaha.. Benornya, Gerai makan ni terletak di sebelah Telaga gajah tu je
so, langsung la kami menjamu selera. ngeee


Tengok Mee tu, bukan Mee goreng tapi Mee hailam, hampeh tul...
hilang mood selera aku neih...


Actually bihun sup tumis ni le yang di cari hubby
kekadang tu dia akan keluar dengan ipar duainya untuk makan..
so, kali ni dia bawa aku datang sini ler..

sedap... aku tak order pun cuma rasa yang dia punya jer.

budak kecik ni biasalah..semua dia nak merasa..
lepas makan bihun sup papa, makan pulak mee si abang..

part air tu semua dia sesah..hahaha...

erk... gambar budak kecik tu tak nampak la..
tak pe nampak jugak view telaga tu ngan gerai kan..kan..
hehehehe...



Note: sedih... tak dapat makan mee goreng kedah memalam. :(



*** I gave away my heart to you
       without even asking who are you
      This is a decision of the heart
      I'm being drawn to you
      what strings pull me?

 
 

It All About Attitude!!

Rasanya ni citer minggu lepas kot... tapi biasalah banyak sangat waiting list
so, entry ni tak boleh di keluarkan as "Hot From Oven" la kan..

Al kisahnya, my bos keep on calling bertalu talu masa aku kat surau tu
dia cakap suh wakilkan dia jumpa client kat Hotel Northam di Jalan Sultan Ahmad Shah..
gegas gegas aku balik, ambik documents apa yg patut la kan..
Then masa nak keluar tu my bos cakap suh aku belikan dorang Mee Sotong
kat Esplanade tu..

Adoi... dari Northam Hotel tu ke Esplane, tak smapai 10 minit pun, saja la kan..
tak pe lah..aku pun on the way je ke sana..

 Masa aku sampai ni kiranya barisan pertama dah lepas.
Then ada la kakak baju biru tu, aku rasa org luar penang kot, mcm terpinga pinga je dia
sebab dorang cakap, kena ambik sendiri..

So, dia membelek belek pinggan kat situ, nak ambik mcm mana dia tanya..
Tapi deme tak jawab..sian dia..
Last aku cakap le, kena tunggu kat sini bila siap dorang tak gi hantar ke meja dah..

orang tak berapa banyak pun, tapi kalau sesapa yng pernah datang makan kat sini mesti dah sinonim
ngan Mee Sotong ni
dorang punya tag line "LAMBAT!!!!"..

aku menunggu jugaklah, even Bos aku dok call tanya dah sampai ke kat Hotel Northam tu
aku cakap lambat..
then client dia dah nunggu aku kat lobby...
aku ni kalau org menunggu memang tak senang duduk.

masa aku tengah menunggu untuk membungkus, dah siap 3 bungkus...
tetiba si mangkuk hayun montel datang dari belakang aku cakap:-
" Bagi la yang order dua dulu"
hah..selamba badak mamak tu bagi dua bungkus yang my portion kat mamat montel tu..
memang aku geram giler....
attitude!!!!


Ni lagi satu perangai, evemn lambat ke cepat ke, yang dulu kena la dulukan..
haish.. rasa mcm nak blah je.. tapi dah client gedik sangat nak makan kan..
ku gagah tunggu jugak le..

dah tersusun mee sotong tu kan, so portion yg aku order pun dah siap..
gegas gegas aku gerak pergi ke Hotel Northam tu..

sampai je kat lobi hotel, aku tengok ada miss call..
aku call la balik kan..
selamba je dia cakap..nunggu aku lama sangat, so dorang sendiri datang kat Esplanade
Attitude!!!


after say bye.. aku pun call Bos aku, ngomel sakan la kan..
last aku cakap aku dah tak nak run here run there..aku proceed balik office..

Sampai office je, sib baik Bos dah keluar, kalau idak memang berapi api la aku kan..
letak semua ke lima lima bungkus mee tu kat atas meja Bos..
terus masuk bilik aku
argh.... geram giler ...



then teetiba receive sms say " Sorry, tak boleh tunggu sebab teringin sangat nak makan mee sotong, ngidam sebab last makan in the year 2005"

huh sib baik client tu ada manner nak say sorry kan..
then biar la my bos entertain dorang malam nanti, aku tak de maknenya nak join.
sorry naik lorry K...



**sesuatu yang tak de kena mengena ngan aku pun dah tak pasal pasal terbabit dengan attitude mereka mereka yang nbtah hape hape ni kan...sabor je lah...***

Think positive and that what we call such a wonderful life !!!!!



Note: sentiasa bermuhasabah diri...




*** I have forgotten both worlds
       such is the love I have for you
      if you want, call this dissolutness
      if you want, call this madness

     A heart spoke and a beat listened
     I choose you as my lover
    Now there a no distances between us...

Monday, March 31, 2014

Nasi Kandar Makbul.

 Mungkin tak berjodohan dengan Kak Alona kot untuk lepak kat Nasi kandar Makbul ni
Actually masa Kak Alona datang Penang ritu, kami nak ajak dia pergi Nasi kandar makbul le..
atas sebab musabab yang memang tak berjodohan makanya tak de la jodoh tu kan..ngee..
tapi berjodohan kami jumpa ngan Kak Alona sekularga le
cuma tak sempat nnak simpan record jerk..


Memang aku nak datang makan kat sini pun sebeleum tu
aku suka sangat dengan Roti Nan dia.. sedap..
tapi.. ntah mcm mana sampai je kat situ tak teringin pulak. hape da kan..
banyak songeh la isteri kamu ni En Wan!

sampai je kat restoren Nasi kandar Makbul tu, tetiba hubby jumpa kawan dia lak..
penuh meja ngan kengkawan dia..
tinggal aku ngan Aleesya berselfie kejap..

last hubby mcm tak nak makan je, dia suh je aku order nak makan apa..
lagipun sebelum nak datang tu aku ada masak daging goreng kunyit kegemaran dia
so, dok teringat daging masak kunyit tu katanya...

so malam tu aku saja la nak order, kengkonon menu baru la katan..
"Roti Bakar Mutabak Ayam".. ecewah.,,nama pun panjang kan
harga pun lebih mahal dari yang lain la katakan..

tengok tu mcm canggih la sangat...
sib baik order satu..

sekali tengok mcm telur goreng pun ada..langsung tak de la ciri ciri murtabak tu

angkat je lapisan atas tu, ha cenggini la rupanya...
roti di bakar kosong, dan murtabak tu memang rasa telur goreng yang di goreng dengan meletakkan
banyak bawang dan kobis..
ayam tu aku tak rasa la kat celah mana tersangkut... mungkin ada
tapi kuantitinya yg sikit kot..

Bagi aku murtabak ayam kat pasar malam tu lagi sedap, even harganya jauh lebih murah
huh.. wat org hilang mood je..

tak pe lenkali datang sini makan roti Nan je lah...

last, budak kecik ni la yang sambil makan sambil ukur saiz restoren..
sikit sikit lama lama habis jugak kan..

mungkin dia ingat macam makan telur goreng kot. hehehehe..

dah puas hubby berborak ngan kengkawan dia, so kami pun nak gerak balik.
sebelum balik tu kita selfie kejap...

memandangkan Naiim tak ngikut, so kami belikan dia eskrem magnum Gold tu
Naiim tak nak ngikut malam tu sebab dia nak lepaskan rindu kat abang abang ngasuhnya tu
maklumlah dah lama tak jumpa
asal dorang cuti kat sekolah Tahfiz tu, berkampung la dia kat umah baby sitter. ngeee..




Note: Jarang sangat kami keluar makan memalam... sekali sekala jerk...







*** Though its been so many years since we first met,
       it still feels so new. Each and every day you manage to do something cute
       that makes me love you even   more than before.


Ladang Anggur Tasik Beris

Alang alang kami dah sampai ke Sik that day, kami saja la nak singgah kat Ladang Anggur
sebelum ni dah pernah pergi tapi saja la nak pergi lagi..


even ini adalah ladang anggur, kome jgn nak mimpi la nak bersejuk sejuk kan..
panas gitu ler..berbahang...

Alhamdulillah..nampaknya buah anggur ni tak de la kecut ekoran musim kemarau tu kan..
Aku suka sangat datang ke sini kali ni..
sebab.... masa aku nak pergi surau tu aku nampak ada booth yang menempatkan tanaman strawberry..
ha.. pas ni peminat strawberry leh la datang sini yer..

Aku tak snap photo pun sebab aku ingat lepas ni mesti kami akan terjah ke ladang strawberry tu kan..
hampeh ko, dah tak de tenaga nak pergi semula da...
tak pe lenkali kita record kat sini yer..

Buah anggur yang masih putik..
nampak fresh kan..
kome jgn susah hati sebab semua buah kat sini memang manis..
ada le rahsianya tu...ngeeee

 tiket nak masuk kesini RM 6.00 untuk dewasa dan RM3.00 untuk kanak kanak..
murah le tu kan..
Tapi dulu masa aku datang lagi murah..RM3/dewasa RM1/kanak kanak.. ngeee

 Kat sini pun ada cafe, kome bolehlah nak menjamu selera 
tapi aku tak suggest le kan, sebab harganya mcm tak sesuai jer..

Tapi kalau nak rasa keaslian rasa jus anggur tu, Aku memang fully recommended ok!
hok aloh sori yer aku lupa nak snap ice cream home made perisa anggur ni
kalau korang beli, dorang akan letakkan beberapa biji buah anggur yang di belah belah
kemudia sedikit syrup... 
mmm.. memang sedap.. aku beli satu jer, 

beli satu pun dah berbaloi, makan sorang sikit ngan anak anak..
harga pun boleh tahan kan..
escremnya mcm escrem sundae tu, tapi tak de la fine mcm sundae tu.. 
heheheh..

bebudak dua orang ni tak de pun teruja tengok buah anggur tu
yang deme teruja menda playground ni. hahahaha..

at least anak anak aku tau la kan, yang pokok anggur ni bentuknya begini begini
tak de la dorang ingat yang pokok anggur ni mcm pokok durian ke, petai ke kan..kan..


lama jugak kami lepak kat sana...
borak borak ambil angin semua.. 

aku ada la beli sebungkus je pun buah anggur..
rasanya mahal kot anggur kat sini...


hehehe.. nak jugak aku berdempek kat sini...

owh lupa nak gitau, kalau sesapa yang teringin nak petik sendiri anggur tu pun boleh
dorang charge RM50/kg...

kalau strawberry tu aku tak tau la sebab dorang baru tanam je, buah pun kecik kecik je..
ngeee

masa on the way nak balik tu, ingat nak beli la FM kat sini kan..
mahal pulak ku rasa, key chain saja pun dah RM10.00, 
see.. tak berbaloi kan...

Then aku beli 5 tin "grape Drink with Pulp" ni..
beli satu RM2.50, kalau beli 5 RM10.00
so aku beli la 5 tin..

Seyes ku cakap yang ni pun aku recommended jugak..
sangat sangat sedap...marveles...
cubalah..tak rugi you.



Note: Cuba menggunakan masa ada sekualiti  yang boleh.





*** longing... yearning...
      This distance is involuntary
      difficult and complicated
      is the emotion of love     

Friday, March 28, 2014

Makan Banyak Sebab Stress????

Tak tahulah.. klata orang kalau kita tengah stress kita akan makan banyak
mungkin lah kot.. aku bukan cuba untuk makan banyak
tapi tekak aku yang nak makan.. habis acaner tu?

Actually aku nak makan gado gado kat astaka Gelugur tu...
semalam dah pergi tapi si Nureen cakap masa dia sampai tu dah nak habis
asal nak cedok untuk aku, org lain dah sapu... huhuhuu

Then tadi aku dah gitau dia, kalau tinggal sikit je gado gado tu tak yah ceduk
bawak lari terus bekas gado gado tu ...hahahaha..

tadi Nureen sampai awal kat Astaka Gelugur tu, cepat cepat dia ceduk semangkuk untuk aku 
hmm.. puas hati dapat makan gado gado ni..
thanks yer Nureen, banjer K.T semangkuk gado gado..


 cuaca panas.. aku order eslimau asam boi...
semalam pun order air ni jugak... 
heavennya rasa pepanas ni..

 Aku agak terlewat keluar tadi, sebab ada appointment ngan adjuster kejap..
sib baik Nureen Wassup,kalau idak boleh hilang ingatan sekejap tau..
hahahaha...

Sian Nureen nunggu aku sampai cair dah eskacang dia..
maaf ye Nureen, minggu ni K.T sibuk sket..banyak kerja sedang queue..

 
 Kerang rebus cicah ngan air asam.. nak try jugak tadi tapi my tummy suka sangat alergik ngan kerang
so, Nureen habiskan sengsorang..

Pas aku makan gado gado tu, aku rasa pulak nak makan ayam panggang.
nak meratah je tak mo makan nasi.
sebab pagi tadi dah breakfast nasi..( hubby belikan)


 dapat 2 ketul, RM6.00 jerk..
aku makan lagi.. 
ha.. kome tengoklah..berapa banyak yang aku dah makan...
adakah ni petanda aku tengah stress? 
atau memang tekak aku yang terberselera lebih
atau ada something kah yang terjadi pada aku...
ngeee...


then order laksa ni pulak...
aku syer makan ngan Nureen...
semangkuk makan 2 orang tau..

huh... bape banyak aku mkan untuk lunch ni yer..


Note:Need a warm shoulder to lay on..





*** solitude, loneliness
       warm breaths, deep sighs, grievances
       enticing.... complicated...
       Such is love?

Feeling Strees : Terapi

2-3 hari ni aku rasa sangat sangat stress..
stress kerja biasalah, even sebelum ni tak de la stress sangat
tapi bila personal matter stress + stress kerja 
otak terus jadi biol...

sebelum datang kerja tadi aku beli menda alah ni
pelan pelan makan kat office..

huh..pepagi melantak chocolate..
bior le..asal kurang sikit stress ni...

tayang sikit love bite aku kat chocolate ni.. hiksss...
love bite la sangatttttttttttttttttt....


Note: Saya dah ready dengan sebarang kemungkinan yang bakal diterima..
redha....




*** everyday I saw the sky... feel like want to touch the cloud and hold it like mine
       then I meet the cloud...
      I touch that cloud, but I can't  hold it...
      then i realized.. the cloud just belong to the sky
     they match for each other...
     I just can admired from far.....