Wednesday, April 16, 2014

Aleesya Stuck ????

Selalunya Aleesya kalau main kat dalam ni dia akan masuk sekali ngan si Naiim
Tapi hari tu si Naiim dak kutip gula gula..
papa pulak beli token banyak lak tuk si Naiim
makanya tinggalah si Aleesya sengsorang..

Lama sangat Aleesya stuck kat atas ni.
budak baju kuning tu mcm dok konker kawasan jerk..
aku harap Aleesya tak buat mcm mcm kat budak tu..

Tetiba Aleesya tak de, sure la dia dah masuk kat lubang lubang tu untuk gelongsor kan
nunggu je aku ni, lama jugak tapi ALeesya tak muncul muncul
panggil tak sahut sahut..

terjenguk jenguk la kan..
ntah stuck kat tengah tengah tu mana la tau kan..

tetiba Aleesya keluar, muka moyok je aku tengok..
aku pun suh la Aleesya turun je.. naik menda lain je lah..
rasa mcm dia takut kot..
sebab kat tempat pijak tu dorang letak jaring.. dia Gayat!

 nak tak nak aku terpaksa masuk jugak kat dalam terowong tu. 
Ni bukan terowong gelongsor tu, terowong untuk ke tingkat atas..

Adei.. muat pulak aku masuk dalam tu yer..
my abang la yang suruh aku masuk gi Tengok Aleesya kat atas..
alahai anak...sempit pun ku gagahi jua..


 masa aku kat atas tu tetiba aku nampak dia dah turun ke bawah.
hok aloh..
sekarang Aleesya yang stuck ke aku yang stuck??????


last main menda alah ni je...
tu pun dia dok rebut rebut ngan budak mana tau...

garang jugak anak ibu ni yer...
kalau ngan abang boleh je keluar ayat
"main sama sama.." ngeeee...




Note: tengah pening kepala nak mencari Buku teks Naiim yang hilang. 
Then semua kedai buku dah out of stock!!!!!






***  I just pretend that nothing happened..
        I just smile, even inside asking thousand of question..
        be cool just like nothing to worried...
        But....
        I'm not a great pretender!!!
      

Tuesday, April 15, 2014

Aku Dilahirkan Begini

Aku memang dah lali kalau orang cakap aku gemuk!
kalau orang cakap aku besar ragam!
kalau orang cakap aku  gempal!
Dah aku dilahirkan begini... Aku bersyukur sesangat..

even aku besar, tinggi ragam gini, aku tak de la nak menyusahkan orang 
aku pun bukannya nak kurus meleding pun.
kalau aku nak kurus pun bukan untuk sedapkan mata kome..
nak puaskan hati kome... 
nape lah suka benor nak small smallkan aku yang big size ni kan...

 pernah mak aku tanya aku
"Eh hang ni nak jadi besaq sampai mcm mana la"? hahahahaha...
apa ke soalan tu kan..

beliau kan mak aku, ikut le dia nak tanya soalan apa pun.
kome yang kecik molek , cun melecun kurus melidi tetiba nak komplaint saiz aku nape?
ada aku ganggu kome ke?


think positive
--------------

kenapa aku dilahirkan jauh lebih tinggi daripada Mak aku?

Memang Allah nak aku begini, Allah nak aku sentiasa menunduk bila
berbicara dengan emak. Allah nak aku sentiasa hormatkan emak
kalau aku rendah, sure mendongak je kan, so sifat mendongak tu tak baik..
jadi Allah jadikan aku tinggi supaya sentiasa tunduk ke bawah....
"sedar diri "

Kenapa aku tak dilahirkan kecik molek, comey lotey , kurus bagai tu
ini kerana Allah bagi reward utk penjaga aku, parent dan suami
so, bila tengok saiz aku ni, mesti org ckp
"hmmm... cukup makan mak ayah  dia bagi
hmm.... cukup makan suami dia bagi..




entry ni sebenarnya jawapan aku pada mereka yang datang jual ubat kurus kat aku.
kalau aku nak kurus aku pun ada cara tersendiri untuk kurus.
Tapi aku cuma nak saiz badan aku cukup takat begini jerk..
demi insan tersayang 
Just Nice!!!! katanya....



Note: sesapa yang kurus tu jgn terasa yer... Allah bagi korang kurus mungkin ada hikmah di sebaliknya..




*** our breath is feeling so fresh..
       your eyes sight is exited
      oh God all of your gesture..
      
     Some sort of intoxication 
    only little bit consciousness is left
    we look lost and lost
    awake but sleepy
    stay excited keep melting
    surrounded in your arm...





 
 

Khasiat Bunga /Buah Teratai

My mom memang suka sangat dengan bunga teratai..
selalu la dia memeesan kat kami kekalau pergi je Perak jgn lupa belikannya buah teratai
Mak aku suka nau makan biji buah teratai tu..
aku makan jugak le tapi tak de la sampai minat sesangat mcm mak aku tu.


Hari tu singgah kat RTC Gopeng... sebab my abang cakap bila ntah dia tersinggah kat situ
tetiba ternampak ada org jual buah teratai..
Mak aku apa lagi tak sabar sabar le dia nak pergi kan.

beginilah biji buah teratai yang mak aku suka sangat dok ngopek dan makan.
Mak aku cakap biji buah teratai ni banyak khasiatnya..
ada la sikit sikit mak aku bagitau.

meh kita tengok khasiat yang panjang lebar yer.

1. Khasiat Biji Bunga Teratai

Berbagai khasiat biji teratai adalah Sebagai berikut:
  • Gangguan penyerapan makanan (malabsorbtion).
  • Diare karena badan lemah dan radang usus kronis (enteritis kronis).
  • Disentri.
  • Muntah-muntah.
  • Keputihan dan pendarahan pada wanita.
  • Mimpi basah (spermatorrhea). 
  • Susah tidur dan banyak mimpi.
  • Kencing terasa sakit dan keruh.
  • Lesu dan tidak bersemangat (neurasthenia). 
  • Kanker nasopharynx.        
mak aku beli 2 ikat. seikat RM4.00/ 5-6 kuntum
murah je pun. tapi susah sangat nak jumpa org jual buah teratai ni kan.

2.   Khasiat Tunas Biji Teratai

Beragam khasiat tunas biji teratai adalah Sebagai berikut:
  • Demam.
  • Jantung berdebar dan gelisah.
  • Muntah darah.
  • Ejakulasi dini.
  • Mata merah dan bengkak.
  • Susah tidur (insomnia).
  • Darah tinggi (hipertensi). 

ha.. biji biji yang di dalam kelopak tu bila di keluarkan ghuper ginilah.

3.   Khasiat Benang Sari

Beberapa khasiat benang sari pada bunga teratai adalah Sebagai berikut:
  • Keluar sperma pada malam hari (spermatorrhea).
  • Keputihan (leucorrhea).
  • Pendarahan, seperti muntah darah dan disentri.
  • Sering kencing.
  • Tidak dapat menahan kencing (enuresis).
4.    Khasiat Remptacle

Berbagai khasiatremptacle pada bunga teratai adalah Sebagai berikut:
  • Pendarahan kandungan yang berlebihan.
  • Darah haid berlebihan.
  • Pendarahan sewaktu hamil.
  • Keluar cairan (lochia) yang berlebihan setelah melahirkan.
  • Sakit perut bagian bawah akibat sumbatan darah.
  • Berak darah dan kencing darah.
  • Wasir dan koreng basah.

bahagian tengah biji yang warna hijau tu aku tak makn. tak tau le boleh makan ke idak
sebab rasanya sangat sangat pahit.
bijinya tu lemak je rasa..sedap.

5.   khasiat  Rimpang

Beberapa khasiat rimpang pada bunga teratai adalah Sebagai berikut:
  • Demam.
  • Batuk darah, muntah darah, dan mimisan.
  • Berak darah, kencing darah, dan tekanan darah tinggi.
  • Sakit jantung.
  • Gangguan lam bung.
  • Kurang darah (anemia).
  • Gangguan saat menopause.
  • Neurosis.
6.   Khasiat  Akar

Berbagai khasiat akar pada bunga teratai adalah Sebagai berikut:
  • Muntah darah dan mimisan.
  • Kencing panas dan merah.
  • Batuk darah dan berak darah.
7.    Daun

Beragam khasiat daun pada bunga teratai adalah Sebagai berikut:
  • Pingsan karena hawa panas (beat stroke).
  • Diare karena panas atau lembab.
  • Pusing atau sakit kepala.
  • Beri-beri.
  • Pendarahan, seperti mimisan, muntah darah, dan berak darah.
  • Pendarahan pada wanita.
8.  khasiat Dasar Daun
Beberapa khasiat dasar daun pada bunga teratai HIalah Sebagai berikut:
  • Disentri berdarah. 
  • Bayi dalam kandungan tidak tenang.
9.  Batang

Beragam khasiat batang pada bunga teratai adalah sebagai berikut:
  • Heat stroke atau pingsan.
  • Dada terasa tertekan karena panas atau lembab.
  • Diare dan muntah.
  • Keputihan.
10.    khasiat Bunga

Beberapa khasiat bunga teratai adalah Sebagai berikut:
  • Terpukul (trauma).
  • Pendarahan.
  • Radang kulit bernanah (impetigo).
11.  Khasiat Tepung Rimpang

Beragam khasiat tepung rimpang pada bunga leiatai adalah Sebagai berikut:
  •  Menambah selera makan.
  • Badan lemah dan kurang darah.
  • Diare.


Infor Dari SINI



Note: Sibuk pulak sejak dua menjak ni..
nanti aku BW yer.




**** The little flowers are rising and blooming; it's the world's way of saying, 
         Be strong.. Be health  and “get well soon.”


Monday, April 14, 2014

Hotel & Radzuan Radziwill

Last Minit cari hotel masa kami bertolak ke KL that day
plan awal nak ambik homestay, pas tu dah penuh pulak homestay tu
esok nak pergi malam ni baru la adik aku gitau
so, aku booking pun dah kul 12.00 mlm.
booking melalui Agoda le apa lagi..

http://cdn5.agoda.net/hotelimages/248/248419/248419_1210211533007846511_STD.jpg

sebab pergi ramai kan, so aku pilih boutique hotel.
aku book dua bilik. selesa la sikit..
seronok la anak anak aku tu. jap lepak bilik tu jap lepak bilik ni.. hahaha..

http://cdn4.agoda.net/hotelimages/248/248419/248419_1210211533007846510_STD.jpg
aku pilih Ibiz Hotel. 
kenapa aku pilih hotel ni? of cozlah sebab harganya murah...
memang berbaloi baloi you. cuma RM 75/per nite.. incluse breakfast lagi tu....
bilik pun selesa.. bersih dan masih ada ruang untuk solat.
 

lebih selesa dari hotel yang aku stay kat Cameron Hightland.
layanan pun best. 
teringat incident si Naiim tertinggal kad room di dalam sebab lupa nak take out 
cepat cepat dorang settle kan...

Ibiz Hotel Kuala Lumpur - Guest Room
 Aku suka design kat bilik ni. kat dinding tu dorang decorate mcm mcm..
kat bilik aku tu dorang letak gambar keta kecik kecik tengah lalu kat track.
Aleesya suka sangat membelek belek... best tau.
bathroom pun selesa bersih dan wangiiiiiiiiiiii...

Ibiz Hotel Kuala Lumpur - Restaurant
Ni pulak cafe untuk breakfast.
ye la.. makanan untuk breakfast pun tak de la banyak sangat. berbaloi ngan harga la..
teh, kopi milo semua tu of coz la ada
ada Bihun Goreng, Nasi Goreng, roti bakar, buah  dan kalau korang ada baby
korang boleh je minta coco crunch ke hape ke, dorang akan bagi asing
no extra charges okey..

aku, mak, abang, anak sedara dan Naiim je yang turun breakfast.
Aleesya ngan hubby tak turun makan pun..
tak pe la nanti nak drive ronda ronda kan, bagi dia rest jap...

lagi pun my hubby dah ckp nak breakfast kat Restoren Haslam opposite KPJ tu
sesuai lak masakan deme tu ngan tekak dia.


---------------------------------------------------------------------------------------

Petang tu my abang gi hantar barang kat agent dia, so kami tak ngikut le.
pas tu sesaja lepak lepak kat loby hotel

eh baru perasan yang hotel kami stay tu kat opposite butik designer terkenal si Radzuan Radziwill tu
tapi betul ke ni butik dia,
even tak masuk usha lam butik tu, snap photo pun jadilah kan.. hehehehe..

memang aku ada nampak BMW terpacak parking kat depan kedai tu
tapi aku tak ambik pusing sangat..

tetiba ko, aku nampak kelibat seseorang
cepat cepat aku tanya kat hubby, eh tu ke Radzuan Radziwill tu?
my hubby cakap " Ntah sape la, yang awak memandai do curi curi snap photo "
hahahaha...

Eh betul le, mcm RR la tu...sambil tu dok curi snap... hahahaha sempat agi tu kan.

aku rasa betul la RR ni, even my hubby cakap bukan..
hahaha...sabor je la aku ni kan...


bila aku google, betullah.... saja la my hubby dok nyakat aku.
tak pe tak pe kita ambik aura dia dulu..
mana tau kan, lepas ni jadi orang kayo rayo..leh la tempah baju kat dia..
baju kelawar pun ok jugak..
baju kelawar yang blink blik gitew....




Note: Diamku berbunga rindu...






*** You are the one who touches my heartstrings
       why would anyone meeting you...
       not lose her heart to you...
       goodness ! 
      the sings you make.....
    









Sunday, April 13, 2014

Cerita Sabtu

 Dah banyak minggu aku asyik ngelat je bila Bos suh datang kerja hari sabtu
asyik tak senang tak senang.. ada hal..ada hal.. itu lah jawapan terbaik!
memandangkan aku akan lesap lagi untuk sabtu yg akan datang 
makanya semalam aku tunjuk muka le kejap kat office kan..kan...

Sian my hubby kan, dia tak berapa suka makan sup ketam tu..
so, aku tukar le menu daripada wat sup aku masak sweet sour
tapi aku tak letak cili, aku letak sos cili je
letak kicap sikit.. tanpa garam
sebab my hubby ni kalau dia demam/sakit , bila makan dia akan rasa masin sesangat.

sup ketam jumaat tu pun dia cakap masin sesangat even aku letak garam sikit je pun
tu la kan, kalau pait mulut rasa pun dah lari...
aku dah faham sangat nga tekak dia tu.

Friday tu pesan kat my Bos gi market petang kat Jalan 7 tu, aku pesan suh dia belikan brokoli
since dia nak belikan untuk umah dia sekali kan.. hehehehe..

Then dia belikan brokoli bersama dengan kacang botol ni.
kena la wat sambal bealacan tinggalkan untuk si Naiim
ate, dia kan tak sekolah..
kalaudapat kacang botol ni, bertambah tambah si Naiim makan nasi tau

ini menu untuk tuan empunya badan le..
sayur campur di masak dengan minyak zaitun..
sayurnya di goreng sekejap saja, sebab aku suka keranggupan sayur 
memang seisi keluarga makan sayur yang separuh masak ni.

Aku tapau bawak mai office sikit... nampak dek Naiim ngomel sakan dia
"Ibu tu nak meratah sayur le tu..ingat ibu sorang je suka, Naiim pun suka jugak!"
adoi... kat bawah tudung saji tu kan dah ada semangkuk... yang ibu i jugakko nak berebut.

ha.. Naiim tau le kan, akuklau masak sayur sure main ratah ratah dulu
sekarang ni dah terikut ikut dek dia la pulak.
pas ni kena buat kebun sayur sendiri la nampaknya... ngeeee..


Masakan untuk Aleesya tak ade okey, sebab Aleesya kena post gi umah baby sitter
memangtak boleh tinggalkat umah 
sebab dia lebih teror mengemas dari aku mengemas umah. ngeeeee...



Note:  Lepak umah je la hari ni..kita housekeeping yer...





*** Goodness!
       the signs you make...
      they make me crazy about you..
      what secret are you exposing..
     what are you telling me with your eyes ?
     you do wield all the magic..


Saturday, April 12, 2014

Pakej Sakit Seisi Keluarga

Kronology sakit sakit kami sekeluarga..
ayat senang... kira sakit ni ikut pakej la kan..


Aleesya
Actually, masa gi KL tu Aleesya dah start sakit mata, tapi kami tak perasan sangat
sebab masa nak bertolak tu, Aleesya tengah bukak Pijamanya tetiba butang Pijama tu terkena mata
then matanya jadi merah, kami assume yang mata merahnya tu sebab terkena butang baju.

Esok malam tu, Aleesya demam la pulak.
tapi budak Aleesya ni kalau demam tak de la lama selalunya 1-2 hari dah baik
Kami assume yg dia tak cukup tido sebab tu demam.
semalaman dia demam then esok tu dia dah ok.



Naiim

Si Naiim pulak, masa balik dari KL monday tu ok lagi.
Hari selasa nak kejutkan dia ke sekolah, badan dah panas.
dah le monday ponteng sekolah.. selasa pulak terus demam
then myhubby bawa dia gi klinik selasa tu
makan ubat bagai , then rabu dah boleh pergi sekolah..

hehehe...sebab dah ada surat MC kan, so part memonteng tu terselindung la kan
cikgu assume yang Naiim demam sejak monday la kan. kikikikik



Aku ( tuan tanah kedaung)
Rabu tu dah start sakit mata, kome tahu la kan..
hairan le kan, sakit kat mata tapi satu badan lemah..
balik malam tu longlai je rasa... hubby lak kerja malam
gagah jugak lah aku melayan kerenah anak anak..

Naiim mcm biasa kul 10:30 dah tido, dak Aleesya tu la..
puas memujuk kul 12:00 baru nak tido. haish.. penat jugak le aku ni..




Papa ( Tuan Tanah punya lakik le)

Hari khamis tu aku balik, tengok ada pun motor ngan keta dok parking
uitsss.. tak kerja ke malam ni..
masuk umah, bukak pintu terkejut gak aku tengok.. my hubby dah gigil gigil..
selalunya dia demam tak de la teruk gitu.

Then dia cakap baru balik dari klinik. 
Doktor cakap suspect Denggi...
Macam nak luruh jantung aku ni.. ye la area umah aku memang area denggi
mcm mcm citer aku dengartentang demam denggi ni kan..
ada yang koma le, ada yang kuman dah sampai ke jantung le..
ada yang denggi berdarah la..

Aku rasa mcm nak call je my abang kat Butterworth tu suh datang bawa my hubby terus ke Hospital
tapi, my hubby taknak, katanya doktor bagi lagi 2 hari tengok cam mana
kalau demam tak baik jugak, kena terus ke Hospital.

Lepas dia cakap gitu, aku terus paksa my hubby mandi air panas
of koslah aku yang mandikan.
mandi ngan air asam Jawa. lulur satu badan.

Then malam tu, kul 12:00 mlm aku mandikan dia lagi.
lulurkan lagi asam jawa kat badan dia.. bagi da makan ubat
jelum kepala bagai.. Make sure panas ni keluar
sambil tu berdoa la kan supaya " Ni bukan Demam Denggi "

Pagi esok tu, Kul 6.00 pagi aku kejutkan dia, mandikan dia lagi
aku masak sup ketam tinggal tuk dia ... 
keep on calling dia kat umah suh makan jugak ketam tu even mulut terasa pahit pun
sup tu hirup bebanyak sikit.
pas tu suh dia kerap mandi ngan air suam.
jangan ngelat...

Then semalam balik kerja, dia cakap dia dah ok sikit. rasa lenguh sendi dah berkurang
 suhu badan dah turun.
tunggu je lah bintil bintil kat badan tu kalau ada keluar bintil bintil merah tu sah le Denggi.

Pagi tadi, dia dah kuat ke pasar beli ketam
Alhamdulillah..
ye lah..bila ketua keluarga sakit... memang tak senang duduk la kan assitantnya ni.

Tadi sebelum datang kerja masak sesiap ketam tu tinggal untuknya
masak 2 ekor je..tau dah pun bukannya nak habis makan
but at least makan le kan.

I just Try My best, iktiar sebaik mungkin !!!


Note: Pakej sakit cukup lengkap untuk seisi  keluarga ....
sakit dan sembuh tu adalah dengan izinnya... redha..

 




***  I could keep my eyes shut tight
        follow you into an infinite night
       This instant at one signal from you

      oh my spring come when time stand still
      and be filled with scroll of prayer and goodwill
     of love so true, it moves a poet's will
     Never before have I see such a beautiful sight
     I'm in a universe so different it feel so tight 
   
      

Friday, April 11, 2014

Candid # 1

Sayangkan kalau ada gambar candid tapi throw cam tu jer
actually gambar candid ni kalau kita tengok balik mesti mencuit hati.
so, mulai sekarang aku try untuk letakkan gambar candid.
tak de la boring tengok muka skema jer ( muka tengok camera jerk kan)

renung semacam jer bang... 
ngorat saya ke? ngeee...
ngorat lah.. ngorat lah....
nanti saya ngorat abang balik K...
 
hehehe you incourt!!!!
 
 
 ni aksi nak laga kepala ke aksi tengah mengumpat? ngeee
cam ganaz jer aku tengok kakak tu kan..
kome layan lah yer.. nilah sisi lain wajah aku yang kome tak pernah tengok kan..
is limited edition tau.

cantik handbag bang....
gambar ni nak tunjuk bukti yang my hubby betul betul jaga my handbag masa aku gi toilet
harus tau snap photo. bukti la katakan...
 
eleh..ingat org baru kawin je carry handbag bini...
dah berbelas tahun pun still okey!!!

 adei.. gatal pulak..
ngeeee...

time orang baca doa kena kusyuk..
behave la kunun kan..

 Akibat duduk bersimpuh lelama, Mak aku mengalami kekejangan kaki
Mak aku ni bukan la sihat sangat dah pun..

 hehehe.. anak solehah kan, haruslah urut urut kaki mak yer. (perasan kejap)
hehehe... to all my abang abang, ada bukti tau ana urut kaki mak
jgn complaint ar...

 kekecik dulu aku kat riba mak
bila dewasa mak urutkan badan..
Nak riba badan mak taklarat, mak letak kaki kat atas my riba dah cukup heaven tau

hohohoho... bukan marah... kita bincang k.

eee..garangnya Mak cik.tengah marah ke?
tengah merajuk ni?
 

aku kalau merajuk dah boleh dapat Degree.. dah boleh dapat Anugerah Dekan tau
Ni tengah dok study cam ner la nak merajuk sampai dapat Master pastu lanjut ke PHD la pulak kan..
keh keh keh....



Note: Esok baru tau keputusan!!! harap harap tak serious.........






*** Look at this land we've found along our way
       where the shadows of night
       drown  into the arm of day
      soaked in love so insane
      making all dreams come true