Tuesday, October 6, 2020

Tunai Janji

Lama dah my purse rosak. Hari tu hubby dah janji  nak belikan.

My kate spade rosak kat zip tu jer,lagipun dah hampir 4 tahun aku guna. sayang tau beg ni. Yang ni ada orang hadiahkan.

kebetulan husband nak beli sandle, lalu la kat kat counter purse ni. tetiba dia teringat my purse yang rosak tu. 
terus my husband belikan aku purse. ada offer pulak kan time ni. so grab je la katanya.
Thanks my dear, semoga rezeki mu dan rezeki kita makin bertambah. Nak tambah rezeki kena bahagiakan isteri kan..kan..

eh..eh.. warna lebih kurang dengan my handbag la. ye ke? hahahaha..
perasan pi la kejap kan..kan..

selang 2-3 hari hubby belikan cover phone warna blue grey..
cantik pulak..3 benda ni..


Note:-
tak payah yang mahal,pemberian itu lebih mahal dari segala harga yang ada di dunia ini..






Fairy Cake & Pastry Simpang Ampat,Penang

 Ini entry throwback..

Niat nak belanja my abang sulung makan memang dah lama. cuma tak ada masa yang sesuai.

Dah lama aku teringin nak makan walnut chocolate cake ni. dapat makan sepotong pun jadilah..


latte by husband


mocha by elder brother.




kita kidnap my elder brother untuk teman.
lepak lepak borak bagai..bukan selalu dapat jumpa my abang ni

dua buah hatiku..
kamcheng betul adik dan abang ipar ni. mesra alam gitew kalau berjumpa.

Nak manja manja sket ngan abang sulung. Kenapa alu tak kurus macam abang? erk..tibberrrr.

adik perempuan sorang. of cozlah adik kesayangan abang kan kan..
dulu abang  selalu belanja makan,now adik nak belanja pula k

order juga brownise.tapi... sedap lagi cake walnut tu...

apa la yg dorang borak. ralit sungguh aih.
tak mau balik ke??

kita layan sket cake yg ada, mungkin next time datang makan yg lain pula


before pay bill, kita gedik santai jap ngan syurga. cover perut sket. hihihihi.

Note:- we have each other all time.




Monday, October 5, 2020

X-Ray

 Day 3, macam biasa, bangun pagi je, aku prepare anak sekolah.Pastu start la urut husband. Kemudian panaskan tunku dan tuam bahagian pahadan kawasan sekitarnya.


kejap lagi nak pergi jumpa doktor untuk bu x-ray.

Sedang menunggu. Oleh kerana husband berkerusi roda, jadi aku boleh masuk sekali. 

Pinjam kerusi roda emak jap sebab husband tak boleh nak jalan jauh walaupun selepas mengurut tu dia dah boleh jalan sikit sikit.

ok kita ambil bacaan HB dulu yer. bacaan hb menunjukkan 118/80. Lepas tu kami pergi jumpa doktor untuk dapatkan surat ke Jabatan X-ray.

kami tunggu kejap kat sini sebelum nama di panggil .

aku bantu suami salin baju sebelum nak x-ray .Then aku tunggu kat luar. Lepas dorang x-ray husband dorang panggil aku untuk siap siapkan husband. 




lepas dapat filem pengumejan tu,kami kembali ke doktor tadi. Doktor cakap tak de yang menunjukkan any slip disc ke apa ke. sakit tu mungkin disbebakan injured kat muscle.

Kalau sakit masih juga tak tak hilang,di sarankan buat MRI. 

Aku tekad dalam diri,akan massage dan dan tuamkan dengan tunku setiap hari sampai dia sembuh. 


Note:-
awak kena sembuh..

Sunday, October 4, 2020

Abang Chaq

 Aku ada masuk dalam group wassup family maklumkan tentang kesihatan husband.My abang sulung risau kemain lagi bila adik iparnya sakit.


Dari Sungai Petani dia speed datang Penang.

my abang sulung try untuk massag pinggang my hubby. Katanya ketulan angin jer. mungkin ketulan angin.

Tak pe nanti abang tengok cam na yer. kita ikhtiar dulu.

Lepas my abang urut, my husband rasa ok sikit. dia dah boleh mandi sendiri.
dah boleh naik tangga.

cuma dia tak boleh duduk lama lam, keenaa selalu baring.

sebelum my bang balik kedah tadi, dia urut my husband sekali lagi. Now my husband dah boleh drive kereta.

cuma, aku kena selalu urut bahagian oaoan paha,bawah paha dan dan belikat untuk lancarkan perjalanan darahnya.

walau bagaimanapun,esok kena pergi hospital sebab nak pastikan perlu ke buat xray.

Saturday, October 3, 2020

Ikhtiar

 Sedihnya bila tengok suami sakit. Tak pe kita ikhtiar mana yang mampu.


pepagi bangun, papahkan husband untuk kerusi kuning ni massaj.
prepare tempat husband baring baring kat hall at least tak de la boring sangat kat bilik tu. boleh juga nonton tv bagai kan.
pergi cari daun menkudu untuk lapik tunku. Nak kena tuamkan pinggang husband. ikhtiar mana yang mampu kan.

Aku hantar video aku tuamkan pinggang husband kat my mom. kemudian my mom cakap kena tuam kat bawah sket. paas tu kena urut di bahagian belikat dan bawah paha.

ok ok, kita massaj belikat yer.
Alhamdulillah husband cakap ok la sikit.
Tapi...still rasa sakit kat kat pinggang tu.
lepas massage tu tuamkan sket pinggang husband tu. ikhtiar je.

Jauh di sudut hati aku memang risau melihat keadaan suami. Semoga Allah permudahkan segala urusan.


















Sakit Pinggang Day 2

Biasanya kalau hujung minggu husband pepagi dah pergi market untuk beli barang basah. Memandangkan dia sakit hari ni,so aku kena ambil alih kerja tu semua.

Aku beli nasi lemak untuk sarapan dan sedikit ketam untuk di masak as lunch menu for today.

Husband dah bangun,kena papahkan dia ke bilik air bagai dan dan siapkan dia untuk breakfast.

Aku masak makanan kegemaran hubby ketam masak pedas dengan salted egg.

yer la, orang sakit kena makan sedap sedap. tul tak?hehehehe



ok jap lagi kita makan yer. Tapi kena mandi dulu. 

Husband kena tunggu aku habis memasak dulu untuk mandi sebab dia tak boleh mandi sendirian.













Roti Canai Abah @ Roti canai sarang burung

 ini cerita throwback tau. 26/9/2020 husband habis kerja malam kami pun pergilah nak usha roti canai abah yang ada menu roti canai sarang burung tu yang terletak di Jalan sungai rusa balik pulau.

ramai nya yang bertur..
padahal waktu masih awal lagi.
pukul bape nak dapat makan ni.

sementara tu my hubby pergi usha kat area roti canai di sediakan.
tak menang tangan you all.

gambar from google.



tengah beratur tetiba abang jaga macam bising bising cakap orang kampung bising sebab halang laluan masuk dorang sebab ramai orang beratur.

hurm.. tetiba mood nak makan hilang terus.Aku ni kalau tengah tengah happy nak makan tetiba ada yang dok marah marah hilang habis mood.

Tempat makan pun tak banyak.so tak pe lah lain kali kita datang lagi yer.mungkin kali ni bukan rezeki.

Kami berjalan ke hadapan sikit dan nampak  restoren Jom Rasa. Dorang buka petang kot. tengok menu western pun ada..

next time kita datang terjah sini pula yer.