Sunday, August 15, 2021

Selamat Hari Raya Aidul Adha, 2021

Raya Aidiladha kali ni tak dapat nak beraya dengan mak.

Masih tak boleh nak rentas Daerah dan Negeri. Covid semakin menjadi jadi. 

hanya Video call sahaja di pagi raya. Sib baik adik ngan abang ketiga duduk di daerah yang sama. Tak adalah mak sunyi sangat di pagi raya.

Aku dan abang sulung tak dapat beraya dengan mak. tak boleh sentuh tangan mak bersalam mohon keampunan macam selalu.sedih kan.. 

ngejas telephone by my abang ketiga. Sedih woo pepagi tak boleh peluk cium mak. Ceparlah Covid keluar dari bumi ni. dah tak larat nak PKP dah.

walaupun sambut dalam umah sendiri je, kami tetap pakai baju baru.
mmm..baru ke? hahahaha

hehehe..orang kedekut senyum.. 

main sayang sayang jap noh

sedondon berdua..

susah betul nak snap picture ngan my anak teruna ni..
asyik cakap phone jer...
sibuk apa ntah...


"Selamat Hari Raya Aidiladha dari kami sekeluarga"






 

Ikan puyu PKP

 Bukan senang nak dapat ikan puyu time pkp ni..

Entah my suami dapat kat mana ntah, ikan tu semua hidup lagi. Bila siang ikan hidup ni u all tau la macam mana. ( sapa pernah siang ikan puyu akan faham)

Aku ni dengan pakai glove bagai kalau nak siang ikan puyu sebab sitipnya tu tajam boleh berdarah tangan.Tapi, sebab en.suami makan, kena la aku siangkan. Aku kan isteri mithali.


Lepas dah siang, aku cuci dan rendam dengan asam.. tetiba aku nampak ada pergerakkan di situ.
hah..acaner nak goreng ni kalau ikan masih menari nari.

Last aku biar je sampai dia berhenti menari nari.
lambat la lunch kami hari tu. (13/7/2021)


nasib baik ko menari nari jer, kalau ko bercakap mau pengsan aku kat dapur.



Abang dan Adik

 Mood baik dua beradik ni

kadang kadang bila dorang bergaduh naik bingit telinga. Bila aku amat amati dorang ni bukanlah bergaduh sangat, cuma hobi dorang suka sakat menyakat di antara satu sama lain.


Bila menyakat tu si adik kalah mulalah drama air mata bersiaran.



Adik tu manja sangat ngan abang... Tapi abang tu kadang dia tunjuk sayang dia tu. Kadang tu ego sket tak nak layan manja adik.


Semoga anak anak ibu dikurniakan ikatan silatulrahim yang erat hingga ke syurga.



Melentur Buluh

 My anak dara ni kalau nak suruh dia tolong kat dapur kena ikut mood dia.

Haish..asyik nak kena ikut mood dia jer, bis tu mood ibu yang penat penat seharian ni siapa pula nak layan. Tak yah nak bermood bagai, meh sisni tolong ibu kat dapur.

kalau di biarkan lelama tak pandai nak buat itu ini pulak.



ala..guna deep fryer je pun. bukan susah mana kan..

Kalau ibu dulu  lain lah, kena masak guna dapur kayu. berjelaga habis lobang hidung. 


Ala, dapat bantu menggoreng sebekas dua pun dah ok. At least tahu macam mana nak buat.Takde lah bila ibu sakit ke apa ke dah mati kutu tak tau nak buat apa.



Pandai benda basic pin ok dah... 



Saturday, August 14, 2021

Happy 10th Birthday Aleesya

 Happy Birthday to my anak dara Aleesya Dania 

Kek Birthday ada tulisan tulis Happy 10th Birthday Aleesya. Last tunggal huruf 'A' ja.. hihihiihi
rasanya semua hurug dah kena kurung CMCO kot. cuma A je tak kena kurung.
tak pe lah camna pun. Minglin cair on the way papa bawa kek ni pulang.
The best is, Aleesya ok je langsung tak complain.
as long as ada kek she's happy.
Hadiah dari kawan kawan.
Bouquet ballon tu ibu buat sendiri dengan penuh kasih sayang..
hias sendiri beli coklat bagai.. sebab nak Aleesya happy jer.
sebab pkp sekarang, kita sambut kita kita jer..
menu simple jer, Ayam goreng ala ala KFC, Nugget and wedges
bagi je kat kawan kawan Aleesya makan
ada la 10 orang macam tu kawan kawan Aeesya kat kawasan perumahan ni
simple je

nugget ayam

ayam goreng

Wedges.

Actually, Masa Birthday ni Aleesya demam . Dah masuk hari ke 5 still tak kebah kebah lagi
kesian dia. Sambut juga birthday dia secara ala kadar walaupun demam.

Lepas potong kek, kita jelum kepala semula.

kesian anak ibu, kali ni demam lama la pulak...
ubat doktor bagi makan sampai habis..
selalunya tak sempat habis dah sembuh..
kali ni lain macam sikit demamnya...

But, as at today, dia dah sihat. Alhamdulillah...












Put the right Serbuk Kari Into your Curry Menu

 Al Kisah Kari kepala Ikan  Versi Malas pergi Kedai.

Last Week, Myhubby minta wat kari kepala ikan. Tapi, dia lupa beli serbuk kari sebab dia ada nampak kat dapur ada  beberapa bungkus serbuk kari dah. Jadi dia tak beli ler.

Then dia cakap masak je dengan serbuk kari daging tu, rempah sama jer.
Aku kan isteri yang taat mithali semua complete kan.. ok proceed.
Seperiuk  kari kepala Ikan,
Jalan lenggang lenggok menghidang makanan untuk suami tercinta la kan... kan..
Sekali ceduk..hambek ko.. tak de kick ler
ate serbuk kari daging di buat Kari ikan...

Last eratah kepala ikan jer, Nak hirup kuah kari dah tak mampu..
Moral of the story..Jangan malas pergi kedai..
then jgn anggap semua serbuk kari sama jer.. hehehehe..


Geram punya pasai, alang alang pergi mydin, kami beli yang ceduk ceduk tu. Buat stock kat umah. Lepas ni tak payah malas malas nak pergi kedai la kan.

Minggu ni en.suami beli kepala ikan lagi. Katanya nak makan kari kepala ikan dengan rempah kari ikan.hahahaha... nampak sangat terkilan dek kerana kari kepala ikan minggu lepas.

Tapi kan, kali ni husband beli lagi serbuk kari beserta santan. Adeih, nampak sangat yang dia takut sangat kat umah tak ada srbuk kari. tak nak pisang berbuah dua kali. 

tara... dah siap kari kepala ikan dengan menggunakan serbuk kari yang betul
puas hati en.suami makan..


kat mulut tu asyik ulang perihal kari minggu lepas.
hehehe.. regret sungguh dengan keputusan dia minggu lepas tu.



bak kata pepatah
*Put the righ serbuk kari into the Right kari*









Thursday, August 12, 2021

Kisah Nak Berbaju Hijau

 5/8/21 kami nak ke Imigresen Seberang Jaya. Aku saja je nak mengkoq.Malam tu Sue dah wassup untuk pakai baju sedondon.Syaratnya mesti ada hijau hijau sket.Ok lah..cari lah baju yang ala ala hijau. Ada je baju tu dalam almari kat umah.

Nak jadikan cerita, Malam tu tetiba Electrik blackout bukan sebab tak de elektrik kat r=area umah aku, tapi Fius umah aku dah Nazak.. Jawabnya apa?

Jawabnya baju hijau yang di janji tak boleh la nak iron.


Pagi tu terpaksalah aku pakai baju rasmi Sekolah. Warna biru ko, T shirt la jawabnya. Nak melaram dengan baju hijau camna ate nak Iron pun tak boleh.
Tudung tu sib baik yang jenis tak payah iron.

3  tahun bersama, akhirnya kena berpisah dengan Sue...
sedih tau.

Ini adalah bulan terakhir kami dengan Sue..huhuhuuhu...

ok dah sampai di Pejabat Imigresen..
Si Amar ni kerja dia menyakat.. Ni tengah tunggu nak cuit cuit my pphone..
dah le aku tengah main game..
Game over centu ja kalau dia kacau screen phone aku...




Selesai semua urusan, kami singgah kat MCD  Seberang jaya sebab si Amar dah gula gulakan aku yang Mc Flurry cempedak sedap...


Memang sedap, berbaloi baloi..
Bagi penggemar cempedak macam aku , tak rugi beli..

gambar ihsan google je sebab aku tak sempat nak snap..
teruja makan sampai lupa nak snap..




# Sue dalam kenangan