Tuesday, November 1, 2011

Talian terputus tut.....

Semalaman aku tak tidur, sebab Aleesya demam & selsema


Marah betul dia ngan hidung tu. Asyik sangkut sangkut ja penafasannya.





Biasa la baby kalau demam mesti nak boleh sesuatu. Aku rasa dia dah nak mula meniarap kut


sebab banyak kali dah aku tengok dia mcm duk pusing pusing bdan tu.




Tadi, husband pergi hantar dia ke rumah baby sitter pun dia dah mcm merengek-rengek


sian Aleesya. tak per k, nak besar memang cam ni.


sedih kan bila anak kita sakit.









Tadi baby sitter call mintak nasal pump. Aku idak le beli menda tu spare kat rumah. sejak semalam aku sedut sendiri je hidung Aleesya. Baby sitter ckp lagi, yang si Amirul ni asyik kacau adik dia jer. Adik tidur, dia pergi goyang goyang badan. Dah la Aleesya demam, nangis jer la kerjanya.



ishh.. Amirul ni, kan dah pesan jangan kacau adik.Memang tak makan dek tegur budak ni. Last, aku call & cakap sendiri ngan Amirul.






Aku :Amirul kacau adik ka?
Amirul : ya
Aku : kan ibu dah pesan jgn kacau, adik demam.. nanti adik dah sihat boleh la
Amirul : talian terputus. tut....., talian terputus tut...



Amboi ko main main yer bila ibu cakap.Saja tak mo dengar ake berleter la tu, memang aku angin ngan Amirul ni. Di sebabkan dia dok ngaco Aleesya, babysitter pun tak leh nak wat kerja. Aku kat office lagi la tak leh nak wat kerja.

Aku Cuti, Husband Kerja

Aku cuti, Husband pulak kerja.. memang dah lumrah bagi kami sekeluarga

Sejak ada Aleesya, aku pun dah malas nak kerja on Saturday


Memang dah lama AMirul request nak dukung adiknya, tapi aku tak bagi

kalau dukung sambil tidur ok

tapi tanpa pengetahuanku, Amirul ada jugak angkat adiknya tu

ok, dukung cam ni boleh..( depan aku, belakang aku cam na?) hehe...

Amirul cakap, sekarang la dia boleh dukung adik, nanti bila adik dah besar, berat,

cam na nak dukung?

pandai dia noh.. nak psyco aku le tu. Main, sampai ngantuk ngantuk Aleesya.
Bila ngantuk, memang nak nangis jer

Masa ni, Amirul ketawa terkekek kekek sebab Aleesya kentut.hahahaSelamba jer muka Aleesya sebab ketut atas abang dia. Ambik ko, nak ngaco sangat.


Bila dah puas main main ngan abang dia. Cari nenen aku ler Aleesya ni.
Nenen sampai tertido
Ha.. sekarang Aleesya dah tido, baru aku leh prepare breakfast untuk Amirul
Sian, Amirul dah kul 9.00 baru leh makan breakfast.

Lepas wat breakfast untuk Amirul, baru aku leh kemas kemas rumah
Husband pulak kerja, kalau dia tak kerja boleh la dia tengok tengokkan Aleesya bila aku nak masak & mengemas.

Memandangkan dia kerja, aku kena buat sengsorang le...huhuhu

Monday, October 31, 2011

Hai.. dah 3 Bulan

Hai.. saya dah masuk 3 bulan

pejam celik pejam celik dah 3 bulan usia Aleesya

Alhamdulillah, aku still BF dia


Sekarang ni dia dah pandai minta nenen. Aku dah faham, kalau dia lapar dia akan

menangis. Pas tu kat hujung tangisan tu akan bunyi "Ngek"

Kalau ada bunyi " Ngek" tu, dah tau la yang Aleesya lapar.



Aleesya dah pandai main ngan abang dia. Kekadang bila dapat peluang, Amirul akan dukung Aleesya. Risau aku ni. Yer la kan, tulang masih lembut.

Aleesya ni pulak, kalau abang dia angkat diam jer. Sebab tu la, kalau aku kat dapur atau bilik air tak kan perasan yang Amirul dukung Aleesya.

Operataion

Memang sedih aku ngan MIL, dek kerana Kencing Manis yang dihidapinyamenyebabkan mata beliau dah tak leh nampak.




So, my SIL dah pergi tanya kat Private Hospital, semuanya tak mau operate.Last kena refer GH jugak. Sabtu ( 29/10/2011) MIL selamat menjalani pembedahan matanya.




Aku tak dapat nak balik teman, sebab this week memang kami nak balik untuk raya.



Semalam, aku call MIL, dia ckp dia kena wat operation 2 kali. Why?

Rupanya, masa first operation tu, benang tertanggal. So, doktor decide buat sekali lagi.

Sian MIL, 2 kali di buis. Lepas 2nd operation tu, my MIL dah tak boleh tahan

terus muntah muntah.

Sedih.. aku dengar.




Dalam sedih tu aku suka sangat, bila MIL cakap dia dah boleh nampak.

So, dapatla dia menatap wajah Aleesya.

Nanti ya mak, Sabtu ni T balik tengok.

Friday, October 28, 2011

Lunch kat The Ship Sri Bahari

Dah hampir 2 bulan aku datang kerja selepas melahirkan Aleesya

Makanya temporary staff yang menggantikan aku pun akan mengakhiri kerjayanya di Syarikat aku pada hujung bulan ni.




Meskipun 6 bulan ja dia kerja kat sini, aku rasa best sangat

sebab dia ok, otak dia gila gila mcm aku gak

ada anak kecik mcm aku jugak

Fikir punya fikir, last kami decided nak wat farewell kat atas kapal

hahaha... aku memang suka makan kat atas kapal ni compare makan kat atas

kapal yang dekat "Batu Feringghi" sinun tu.

ok, sebelum masuk, wajib bergambor dulu kat pintu kapal yer

hahaha.. aklu yang lebih lebih mengalahkan org yang nak ber Farewell

ni ler orang nya.. Namanya Ai Ai. Lepas ni jgn lupa aku kat sini yer.


ok, meh kita usha makanan pulak.



Aku mambik set lunch. RM 30.90++. Ayam grill black pepper with sos mushroom, chicken corn soup and dizzert.


yang ni pulak Ai ai punya . Fish grill apa ntah. and side dish sama mcm aku gak. Dia suh aku rasa sikit. Tak mo ah, sebab aku tak suka makan ikan yang di masak cenggini.


Ni pulak soo see punya order. dada ayam yang di panggang bersama tomato apa ntah. aku bukannya pandai sangat nama nama western ni. hehehe



hmmm.... minuman penyejuk kerongkong. Aku minum sikit jer sebab teringin sangat nak rasa air ni. Aku kan masih berpantang minum ais. terlanggar pantang jugak ler hari ni.

haha... pantang kebendanya. dessert pulak Ice Cream Strawberry mix fruite. ambik ko.Aku makan dengan penuh nikmatnya.


upsss...nampak tu. Ai ai makan habis grill fish dia. selera bebenor yer.

hahaha... tengok gambar ni korang bayangkanlah yang si Soo See ni tengah potong dengan lajunya. lapor benor nampaknya tu.

Nak Marah Pun Tak Boleh

Bengang tul aku 2-3 hari ni

Tapi tak tau la nak marah ke idak.

Tiap tiap malam Aleesya asyi terkejut ja dari tidur


Aku kena dakap dia selalu. sebab setiap kali dia terkejut dia akan menangis.



Sian dia tak nyenyak tido. Dah la sekarang ni musim hujan. Kekadang tu bunyi guruh pun dia boleh terkejut.


Haa... benda alah ni lah yang buat dia selalu terkejut.

Sekarang kan sambutan 'Deepavali" so, dorang main mercun tak hingat ler..


Main pulak time time kul 11.00 ke atas. Time Aleesya tengah nenyek tido

Aku pulak time tu la nak mengemas rumah.

Bila Aleesya terjaga, mcm mana nak mengemas rumah??

jawab... jawab... ( emo sket)


Tak mampu aku untuk pergi tegur anak anak jiran aku. Sebab bukan saja anak anak dorang yang main sekali ngan bap[ak dorang pun main juga.


Siap main yang mcm nak sambut tahun baru tu lagi. Memang la nampak cantik jer kat langit tu bila bunga api terurai keluar.

Tapi, anak aku la yang terkejut. Takkan aku nak marahkan dorang pulak. Sat jadi isu perkauman pulak.


Sebab time Raya Puasa pun ramai jugak orang melayu yang main mercun yang sama. So, sabar jer la. Nanti org cakap raya korang leh main, Raya kami ko nak bising pulak. tul tak.


harap harap malam ni & malam seterusnya, tak dengar kot bunyi bunga api berdentum.

Thursday, October 27, 2011

Bamboo Steamer




Aku nak citer sket tentang "Bamboo Steamer" yang baru je dibeli

That day, aku ke Lebuh Pantai nak beli Minyak TYT untuk Aleesya

Tetiba terpandang sebuah kedai membuat Bamboo Steamer ni



Apa lagi, terus pergi sambar la.



Dalam hati punya la happy, sebab kalau kukus makanan dalam ni rasanya lebih enak

Aku dah rasmi untuk steam Ikan, Steam ayam and "Steam Pizza".




Hahaha.. aku guna steamer untuk steamkan pizza Hut yang dah sejuk. Memang berbaloisebab rasa mcm hot from oven. Amirul kemain suka lagi .Ya la kan selalunya Pizza yang aku bawa balik dari office selalunya dah keras & sejuk gedi ( kata org kedah)




Amirul siap request kat aku suh steamkan balance pizza keesokkan harinya

sebab dia nak bawa pergi ke Sekolah.




hmm... cuma "Dim Sum" je aku belum rasmi kat dalam pengukus ni. Wal hal aku beli pengukus ni untuk masak Dim Sum. Last benda lain dah buat, Dim Sum idak le lagi. kesiannya.





Dah ambik resipi dim sum ni. Dah tanya pun kat rakan sekerja cara nak buat dan Selalu jugak tengok si Farah tu dalam Rancangan "Rasa Halal Orient". Nampak mcm senang jer. Nak cuba.. nak cuba..







Note:- Mak tak tengok lagi pengukus ni. kalau dia nampak mesti dia nak ni. Nanti lah nak beli untuk mak wat Souvenir