Monday, November 14, 2011

Hubby @ 34 years

Happy B'day to my hubby


Dengan penuh ingatan tulus iklas dan dilimpahi kasih sayang



Tie prepare semua ni untuk abang.

11.11.11 @ 11.00 am, ai dah sms kat hubby berbunyi



"Happy B'day abang, terimalah peluk cium dari T, muah muah...

Semoga dengan kehadiran 2 cahayamata kita, kehidupan kita

akan bertambah bahagia. amin...

Sayang abang"

11.11.11 @ 2.00pm, rushing gi beli kek ni kat area office

pilih pilih yang ciput comel ni jer aku beli

bukan tak nak beli yang besar

takut tak habis,aku & hubby bukan makan sangat pown



closed up sket.

Senyum lebar En.Husband bila nampak kek ni kat atas meja

Ini jer la yang termampu untuk abang

semoga diingati seumur hidup yer.

lilin dah di pasang. is the time to blow
B'day boy tak le key po( control kot)


Ha... tengok le sapa yang blow??




trick jer ni...
Amirul just letak jer kek tu kat bibir papa dia
tak masuk mulut pun.
Lepas aku habis snap terus kek tu masuk mulut sendiri..hahaha..

Friday, November 11, 2011

11.11.11 @ 34

pejam celik pejam celik dah umur 34 dah husband ai ni.


because you are so special to me.. so you get the special date on your life

Lepas wat N3 ni aku nak gerak ke kedai kek


beli kek untuk dicelebrate malam ni






according to my hubby, dia tak mo celebrate sebenornye

nak ke tak nak, aku tetap nak wat special gak tuk dia



malau malu meow le tu bila aku discuss nak wat b'day tuk dia




Sejak semalam & pagi tadi pun aku tak wish. saja wat bodo je.. hehehe ( jahat aku)
Pagi tadi sebelum datang kerja aku dah perapkan ayam, & prepare apa yang patut
harap harap Amirul tak call papa dia imform about this
sebab dia dah nampak aku duk gigih prepare.hahaha

Harap harap, time dia balik kerja nanti, bukak jer pintu umah
tada...... surprise!!!!!
kalau dia kena stay back malam ni mcm mana????
shuh...shuh... tak mo pikir semua tu
doakan semuanya berjalan ngan lancar k.

Payudara Anak Diseterika demi Sayang?

Tidak pernah dibayangkan di benak kita kalau seorang ibu akan menyetrika payudara anak nya setiap hari sampai leper dengan alasan untuk melindungi anak tersebut. Akan tetapi hal ini merupakank kejadian yang banyak dilakukan oleh ibu-ibu kepada remaja di Cameroon, Afrika.

Caroline Nkeih dengan spatulanya yang dibakar dan dipakai untuk menyetrika payudara anaknya
Walaupun tidak umumkan kepada oramg awam, tetapi banyak sekali kejadian payudara-payudara remaja wanita di Afrika di seterika oleh ibunya sendiri. Payudara mereka di seterika setiap malam atau bahkan dua kali sehari dengan spatula (kayu belati), palu, batu, dan sejenisnya yang telah dipanaskan diatas arang, sampai payudara nya hilang dan menjadi rata.

Ibu yang sedang membakar batunya sebelum di seterika ke payudara anaknya


Beberapa remaja wanita tersebut mengenakan pengikat agar payudara anak mereka tidak membesar . Yang lebih mengerikan lagi, payudara-payudara mereka itu diseterika oleh ibu kandung mereka sendiri. Alasan ibu-ibu itu membuat begitu kepada payudara anakanya adalah agar anak-anaknya tidak menarik perhatian para laki-laki sehingga mereka akan terhindar dari di perkosa dan hamil di usia remaja. Bahkan menurut Caroline Nkeih, seorang ibu yang sanggup menyetrika payudara anaknya.Hal ini dilakukan kerana kasih sayang terhadap anak nya. Akibat kejadian ada keluarganya yang hamil pada usia 12 tahun menyebabkan dia menyetrika payudara anaknya, Endam,ketikat dia berusia 10 tahun.

Alat-alat yang digunakan untuk menyetrika anak-anak remaja tersebut


Di Cameroon, 40 % penduduknya adalah remaja berusia dibawah 14 tahun dan banyak sekali kejadian yang melanggar hak asasi manusia di negara tersebut. Termasuk didalamnya diskriminasi terhadap wanita, memperkerjakan anak dibawah umur, dan perdagangan manusia terutama anak kecil. Kekerasan Dalam Rumah Tangga (KDRT) sudah menjadi kebiasaan di sana.
Payudara yang gepeng setelah disetrika berkali-kali


Kejadian menyeteriaka payudara adalah rahsia antara ibu dan anak.Mereka saling berahsia tentang kelakuan ini.

UNFPA bekerja sama dengan organisasi bukan kerajaan di Cameroon, untuk memperkenalkan undang-undang seks kepada para remaja dan orang tuanya. Sekaligus mereka juga berusaha mengusulkan peraturan untuk mengenakan hukuman 10- tahun penjara terhadap pelaku penyetrikaan payudara ini.

United Nations Population Fund [UNFPA] sebuah organisasi di Amerika melaporkan bahawa kejadian ini meningkat menjadi 24 % di Camerron dari usia mula dari umur 9 tahun. Dari kajian yang mereka lakukan, sekitar 4 juta remaja sudah di seterika payudaranya di usia dini.

Wartawan Wahington Post, Amerika, pernah melihat seorang anak kecil di jalan yang mempunyai bekas luka di sekitar payudara. Dia pun lalu berbicara dengan beberapa wanita dewasa setempat, dan mereka mengakui bahawa kejadian penyetrikaan payudara adalah suatu hal yang biasa. Hal ini dilakukan untuk melindungi anak remaja tersebut dari perkosaan, penyakit AIDS, dan sebagainya.

Thursday, November 10, 2011

Ada Orang Ngidam Dave's Deli

Minggu lepas, ada le mak cik Ni! ngidam nak makan Dave's Deli.

Dok tanya kat FB before Hari Raya Korban

Nak jumpa jumpaan le kekononnye

Aku ok jer, Aku tumpang Nureen dari Gelugur ke Queensbay

Malas aku nak ride panas panas ni

Sampai je kat QB, Aku, Nureen & Fia sampai dulu

sementara nak tunggu gie & EL waima Mak Cik Ngidam


kami bertiga order dulu

Lepas order cari parking seat yg sesuai sebab nak sambung meja

Maklumlah nak makan ber 5.


hahaha... tengah hari, kami Serbu "BAR" tau.
Sandwice Bar le, bukan BAR yang bukan bukan tu



Aku order orange Lassi. mula tu ingat nak order manggo lassi. Tapi takut angin pulak
risau lak kalau Aleesya kembung.



ini menu aku. Nama apa ntah menu ni. sebab masa order tu aku tengok kat broucher je
then receipt tu pun aku tertinggal kat atas meja.
Sorry, Menu aku lupa nama kamu.



ok.. acara wajib, lepas makan harus tangkap gambo bersama.
Tertunai sudah impian El ngidam nak makan Dave's Deli tu.
Pas ni ko ngidam lagi ye, boleh kita keluar bersama sama.



upssss... kat atas tadi non ado gambo si fea tu sebab dia yang tangkap gambo kitorang
Mcm tak puas je jumpa jumpaan tadi sebab time is limited


lenkali jumpa lagi k..

Friday, November 4, 2011

Seni Pisang

Salam Aidiladha untuk semua blogers yang sudi datang menjengah

blog ku ini. Terima kasih bebanyak ye...


Sempena hari baik di bulan yang baik ni, aku nak suh korang layan jer la photo photo kat bawah ni.


"Pisang atau nama saintifiknya Musa acuminata.Makanan kegemaran beruk dan monyet.Tapi kalau dapat dekat manusia macam nila jadinya.."































ok.. selamat mencuci mata yer. Tapi jgn sampai korang menjahanamkan pisang kat dapur korang ataupun kat dapur mak korang yer.


Thursday, November 3, 2011

Check betul betul

Semalam aku pulak yang demam. MC & parking kat atas bed jer

Aleesya & Amirul ku hantar ke rumah baby sitter


So, hari ni dah sihat sikit aku datang kerja

Macam biasala, aku selalunya datang awal dari officemate aku


Bila fon berbunyi, aku la org pertama yang akan jawab.Panggilan pertama datangnya dari seorang perempuan. Aku pun jawabla didahului dengan memperkenalkan nama Company.


Callers : Hello

Aku : Morning ( nama company)

Callers : Boleh cakap ngan Cik Siti

Aku : Ya saya bercakap

Callers : Tadi husband saya call, cik Siti tak ada, So, dia suruh saya call cik Siti

Sebenarnya kami nak tangguhkan bayaran untuk kereta XXXXX. Sebab suami saya

outstation, tak sempat bla.. bla... bla...

Aku : terpinga pinga, payment mana pulak, nape nak tangguh.( last aku tanya, actually nak

call ke mana tadi?)

Callers : Ini bukan Maybank ke?

Aku : Ini bukan Maybank

Callers : opss.. sori salah number.


hahaha.. dah nama nak cari siti, ngaku jer la aku. Tapi aku dah introduce nama company tadi ni, tak dengar kot. atau aku cakap pelan sangat?


ok la kan sebab dia pun cakap dengan nada yang lemah lembut. Kemudian aku received pulak panggilan kedua. Memang aku pun naik bengang jugak.

Tapi, cool jer.

Callers : Hello

Aku : Morning ( di susuli dengan nama company)

callers : PBXXXX petang ni nak hantar pi service

Aku : U nak service kereta ke? Maaf, kami tak sediakan perkhidmatan service kereta, kalau u

nak I bagi number telefon org yang service kereta

Callers : U orang yang hantar SMS suruh I mai service, last cakap tak service pulak!!!!

U nak I buat appointment dulu ka? !!! ( nada semakin tinggi)

Aku : Maaf Encik, mungkin Encik silap number, syarikat kami tidak pernah hantar SMS untuk

service kereta. Kami buat claims insurance kereta.

Callers : Habis? u nak cakap I dapat SMS palsu?

Aku : Encik, sebenarnya u nak call syarikat apa?

Callers : Betullah u punya company, Eon Service

Aku : Maaf Encik, Sini bukan Eon Service

Callers : terus letak telefon


Bengang gak kan, kalau dah salah nombor tu ngaku jalah.Dah la demam aku tak berapa baik, pepagi kena marah pulak. ish.. ish.. kesian kat aku. waaaa


Pengajaran untuk aku jugak. lenkali kalau nak telefon check dulu betul betul.

Tuesday, November 1, 2011

Talian terputus tut.....

Semalaman aku tak tidur, sebab Aleesya demam & selsema


Marah betul dia ngan hidung tu. Asyik sangkut sangkut ja penafasannya.





Biasa la baby kalau demam mesti nak boleh sesuatu. Aku rasa dia dah nak mula meniarap kut


sebab banyak kali dah aku tengok dia mcm duk pusing pusing bdan tu.




Tadi, husband pergi hantar dia ke rumah baby sitter pun dia dah mcm merengek-rengek


sian Aleesya. tak per k, nak besar memang cam ni.


sedih kan bila anak kita sakit.









Tadi baby sitter call mintak nasal pump. Aku idak le beli menda tu spare kat rumah. sejak semalam aku sedut sendiri je hidung Aleesya. Baby sitter ckp lagi, yang si Amirul ni asyik kacau adik dia jer. Adik tidur, dia pergi goyang goyang badan. Dah la Aleesya demam, nangis jer la kerjanya.



ishh.. Amirul ni, kan dah pesan jangan kacau adik.Memang tak makan dek tegur budak ni. Last, aku call & cakap sendiri ngan Amirul.






Aku :Amirul kacau adik ka?
Amirul : ya
Aku : kan ibu dah pesan jgn kacau, adik demam.. nanti adik dah sihat boleh la
Amirul : talian terputus. tut....., talian terputus tut...



Amboi ko main main yer bila ibu cakap.Saja tak mo dengar ake berleter la tu, memang aku angin ngan Amirul ni. Di sebabkan dia dok ngaco Aleesya, babysitter pun tak leh nak wat kerja. Aku kat office lagi la tak leh nak wat kerja.