Monday, December 19, 2011

Perbezaan Didikan

Imbas kembali masa aku membesarkan Amirul di waktu baby

semua menan ala ala robot je yang kami beli

Nak harap menda teddy bear ke hape ke

jgn harap la


kalau ngan Aleesya ni

hubby dah start gi beli 2-3 ekor patung

teddy bear, si twetty, kucing & si monyet

anak perempuan la katakan

kena la main menda menda keperempuanan



hehehe.. tengok tu, biji mata monyet dah hilang satu

sebab Aleesya dah kopek

kalau dia nak tido, mesti nak belek belek monyet dia ni



tido pun dakap dakap lagi tue.


dulu, masa Amirul, kami selalu pergi QB main game tangkap anak patung

banyak jugakla yang kami dapat

campur plak ngan Mak sedara dia dapat


Last, sekor pun aku tak simpan,sebab tak mau kasi Amirul main

Tak Macho la kan budak lelaki main anak patung

hahaha... cenggini la Aleesya

kalau aku tarik je monyet ni, terus merengek rengek

"jgn ko buat monyet ni mcm bantal busuk ko udah le"

sian monyet tu, kejap kepala ke sana, kejap kepala ke sini

kekadang tu, Amirul guna monyet ni jugak untuk halau kucing dari masuk ke dalam rumah

hehehe.... lunyai ko dikerjakan leh anak anakku

nasib ko la monyet

sapa suh jadi patung.muahhahaha....

Friday, December 16, 2011

Dipukul suami salah faham

Sukur Alhamdulillah, suami ai tak berperangai mcm ni.


KUALA LUMPUR: Gara-gara salah faham, seorang penjual insurans terpaksa menanggung malu apabila dipukul seorang suami kepada pelanggannya di sebuah pasar raya di Wangsa Maju, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, lelaki terbabit yang berusia 24 tahun menyapa seorang wanita bersama anaknya yang sedang membeli-belah untuk memperkenalkan pakej insurans dijualnya.


Menurut sumber, dia kemudian meminta wanita terbabit memberi peluang beberapa minit kepadanya untuk menerangkan mengenai insurans itu.

“Selepas beberapa minit berbincang, mangsa meminta wanita terbabit meninggalkan nombor telefon bimbit supaya mereka dapat berbincang lagi di lain kali selepas wanita itu berminat untuk menyertainya.

“Selepas memberikan nombornya, wanita terbabit terus beredar, namun kejadian itu disedari suami wanita itu yang menyangka mangsa cuba memikat isterinya,” katanya.

Nota: Para penjual insurance sekalian, baik korang berhati hati.sekarang ni mcm mcm boleh terjadi

Wednesday, December 14, 2011

Rahsia Jari Telunjuk

14/12/2011 aku baru je balik dari bank

pas tu aku on radio Sinar FM yang memang dah tersedia channel tu

kat Radio di office


Kebetulan masa aku on radio tu ada ustaz jemputan untuk soal jawab ttg azimat/tangkal

aku dengar gitu gitu jer. tak la memberi tumpuan sepenuhnya


Di sebalik cerita tentang larangan tangkal/azimat tu, ustaz tu selitkan sedikit

petua yang baik dan wajib serta perlu di amalkan oleh kaum kaum ibu.


menurut ustaz tersebut, jari telunjuk kita ni adalah azimat yang sungguh bermakna kurniaan Allah kepada hambanya. cuma kita je tak tahu


sebenarnya jari telunjuk ni mempunyai satu urat yang sampai ke hati. Sebab tu lah bila kita sembahyang dan time baca " Asyhaduallailla haillallah" kita angkat jari telunjuk dan kita akan terasa hingga ke benak hati.


Then bila kita marah, kita akan mengangkat jari telunjuk ke arah org yg kita marah tu. Inilah bicara hati yang menandakan hati org tersebut tengah panas


Ustaz tu sebut lagi, jika kita di kejar anjing, pas tu kita kena berhenti dan tengok ke mata anjing tersebut sambil kelima lima jari kita menghala tepat ke arah mata anjing. cubalah, anjing tersebut mesti tunduk.


Beliau cakap lagi, kalau isteri degil, sumai juga boleh guna kuasa jari telunjuk ni untuk tundukkan isteri. Tapi dia tak explain la mcm mana. Bior le para suami suami di luar sana cari & korek sendiri. suami suami sekalian cepat pi cari ilmu. jgn sampai isteri naik tocang. hahahaha...


pas tu ini adalah petua yang begitu bernilai di dalam semua petua k.

Baca dengan teliti.

Untuk mengajar anak supaya tidak melawan, degil dan segala bagainya, sila amalkan ini k:-

" cedok madu lebah dengan jari telunjuk masukkan dalam cawan yg berisi air, kemudian kacau dengan jari telunjuk jugak dengan niat ( niat yg baik baik la) then bagi anak anda minum"

I'allah anak anda akan dengar ckp anda. So, para ibu apa tunggu lagi. amalkanlah..


pas tu, jika ada anak kecil ( baby) mcm aku ni, sila cedok madu lebah dengan jari, pas tu letakkan kat mulut baby kamu tu, suh dia isap jari kamu. di hati kamu tu niatlah yang baik baik. cth : Aleesya, anak ibu sayang.. besarlah kamu dengan sihat, comel, anak yang solehah dan sentiasa membawa kebahagian kepada keluarga"


actually banyak lagi, tapi yang ni je aku nak kongsi kat sini.


sapa nak petua cam na nak elak anak dari kedekut dan dok rembat menan org bila pi umah org sila angkat tangan. kalau banyak permintaan akan ku turunkan ilmu.

hehehe.... sharing is caring la katakan.

Untungnya Jadi Kucing

Tadi aku sempat la belek belek Mymetro then terbaca kisah ni.
hikss.. alangkah bahagianya jika kucing tu adalah Aku.
Sayang benor tuannya, sampai wasiatkan harta jutaan ringgit untuk dia

dok pikir pikir la pulak, apa la harta yang aku
ada untuk wasiatkan kepada kucingku kat rumah tu
ngeh.. ngeh.. ngeh..


ROME: Seekor kucing terbiar yang diselamatkan di jalan raya di bandar raya ini, mewarisi harta berjumlah AS$13 juta (RM39 juta) daripada tuannya, balu seorang jutawan hartanah.

Maria Assunta meninggalkan hartanya kepada kucing kesayangannya itu, Tommaso, selepas meninggal dunia dua minggu lalu ketika berusia 94 tahun.


Kekayaan yang diwarisi kucing itu, termasuk wang tunai dan juga hartanah di Rome dan Milan serta tanah di Calabria.


Ketika mula sakit dua tahun lalu, Assunta yang tidak mempunyai anak, mula memastikan Tommaso dijaga dengan baik selepas kematiannya. - Agensi .

Malas Aku nak Layan

Kalau H/p berbunyi time korang busy wat keje, apa tindakan korang?

kalau aku, aku layan jugak kalau call tu dari kaum keluarga or org yg aku kenal

kalau aku tak kenal pun aku jawab jugak utk ckp yg dorang tu silap number


Nak jawab H/P kat office aku tak jadi masalah, company ok jer

Tapi... kalau receive call yang berstatus "Unknown" or "Private Call"

bengang tak??? kalau aku Memang BENGANG!!!

wah.. asyik bengang je aku ni


ok meh aku nak citer sebab apa aku marah & bengang


Yang aku benci sangat bila "Unknown call" ni call ckp dia call on behalf of bank tu, bank ni. Aku pun ckp ok la, sebab memang aku ada account dlm bank tu

pas tu, ckp nama kiota dipilih sebagai pelanggan istimewa bla..bla..

rupa rupanya nak suh aku beli plan insurance itu ini la.


Aku ckp lek lok kata tak mau, suh plak aku fikir semula bagainya

Then, kekadang bila aku sibuk dorang ni call aku ckp aku sibuk ( kalau dorang call 5-10 minit) kena dok letak telinga kat phone tu

Aku ni jenis manner sket. tak le main letak je phone bila nak stop conversation.


Then, sejak akhir akhir ni dorang mcm geram kot kat aku sebab aku tak mo jawab panggilan dorang. asal unknown number je, aku wat derk ja. malas nak angkat

kalau dalam pukul 10.00 pagi cam tu, dorang akan call berkali kali sampai bingit telinga aku.aku silentkan. ngeeee

sebab dorang tu aku kena silentkan phone, last org lain phone pun aku tak dengar.


pas tu kekadang tu memalam pun aku receive gak unknown call ni

still aku tak layan.

pas tu kan.. hari ni, aku try la answer tengok. bila aku angkat je phone tu dorang lak tak ckp

hahaha... apa masalah dorang tu?

2-3 kali gak le sehari dorang dok wat cenggitu.


ingatlah, org len pun ada banyak kerja jugak dari dok layan call korang

yang bakal men "kongkan" bateri phone.

Jom Naikkan Trafik Blog!



Nak upkan traffic blog anda? meh le join. Aku pun nak join jugak.

1. Buat entry bertajuk : Jom Naikkan Trafik Blog!
2. Tepekkan Banner di atas tu
3.Tuliskan serba sedikit tentang blog anda
4. Setelah selesai letakkan url entry anda di komen box di bawah ye

Ok tuk N3 blog aku, meh sini aku nak citer citer sket.

Aku berblog ni cuma :
1) suka suka aje
2) nak rakan kenangan bersama keluarga tersayang
3) Nak kongsi perkembangan terkini ttg kisah kat tepi, tengah, depan , atas bawah & belakang kehidupan seharian kita
4) Bukan Nak KEJAR GLAMOUR, sebab aku tak suka sangat kongsi duka ngan orang
5)Supaya in future anak anak dapat tengok betapa aku sayangkan dorang
6) akhir sekali untuk tatapan ku jua di masa hadapan, mana la tau kot kot nyanyuk, leh la recall balik. ngeeeee

Meh la kenalan ngan aku yang gilos gilos sket otaknya ni.

Tuesday, December 13, 2011

Korang Pernah Tak?

Penggunaan teknologi dalam segala urusan memang perlu jika ianya memberi

kemudahan kepada kita

Tapi kalau dah menyusahkan, wat pe ada teknologi, betul tak?


Aku alami menda ni dah banyak kali, sampai aku pun naik fed up nak gi mengadap

menda kat bawah ni tiap tiap bulan

last,aku decide wat account transfer melalui cimbclicks je


korang pernah tak, bila korang bank in pas tu duit korang reject

sebab terlalu baru ataupun ada kotor sket

tapi, bila korang withdraw dari ATM, duit kotor & duit baru tu leh pulak keluar.ngeeee


Bayangkan kalau korang ada ngam ngam banyak tu je duit, pas tu korang bank in tak leh masuk

BENGANG!!!!!! tak?

Kalau korang walk in je ke kaunter dorang akan suruh korang bank in jugak guna mesin

sebab dorang pun tak leh nak wat cam na, mesin punya hal.



"Kekadang tu aku rasa mcm tak guna ada teknologi kalau menyusahkan pengguna mcm aku ni"

Dah le tu, masalah ni bukan melibatkan satu bank je, boleh dikatakan semua bank.

Bank ckp ini masalah mesin.

habis tu, tak de jalan penyelesaianlah

korang order mesin tu dari mana?

company yg buat mesin tu tak tau nak up grade dia punya mesin ke?

atau org yang kendalikan mesin tu tak tau nak setting?