Friday, March 23, 2012

Dari Sarawak ke Hong Kong

hehehe...tajuk N3 kali ni memang tak leh blah..
bukan aku yg pergi pun kat Sarawak mahu pun Hong kong
tapi ada ole ole dari kawan kawan yang bertandang ke sana..


Thank Gieyana for the FM ni. Actually ada key chain yang Nureen bagi kat Amirul
tapi lupa nak snap. maaf k.Link

ha... budak kecik ni dah dapat satu benda kattangan dia tu.
berebut rebut dengan abang Amirul

tengok tu, genggam erat
puas Amirul mintak dia tak mo bagi
nangis nagis la konon.

ha.. ambik ko. kan dah jatuh.
bila jatuh peluang abang le nak merebut semua.
sian Aleesya....
Amirul nak letak menda tu kat beg sekolah dia


ha.. menda ni le yang Aleesya duk pulun berebut ngan Amirul
seyes cantik & kualiti

yang ni key chain yang aku dapat
Ada budak office pergi Hong Kong
Dia ada pergi kat Disneyland Hong Kong

Lilo ni memang cute. Sebab Amirul nak letak kat beg sekolah
makanya, papa terpaksa pisahkan lampu tu

ni le lampu kecik tyang melekat kat key chain tu
bimbang gak, kalau lampu tu tak di pisahkan
Amirul dok main main kat dalam kelas


Aku rasa product ni lebih kualiti compare ngan China nya product
walaupun Hong kong ni sebahagian daripa China
tapi utk key chain ni aku puji la
yang barang dia kualiti.


tiga je yg aku dapat ole ole daro Hong kong ni
Lilo, chipmunk & pooh.
Semuanya dok berkegantung kat zip beg sekolah Amirul.
ngeee....

Pekan Hari Padang Serai


Memang kami sefamilly adalah peminat petai tegar.
That day, kami ada hal sikit kat Padang Serai
so, kebetulan hari tu hari ahad, jadi Padang Serai kulim ada pekan hari

Lepas settle semua kerja kami
kami bercadang nak pergi jumpa uncle's Amirul yg berniaga Ikan kat Pekan Hari
tersebut. Harap harap dapat jumpa lah yer.

cuaca mendung jer that day kat sini
nampak macam nak hujan
kami sedang tercari cari kat bahagian mana pak lan, pak ndak , pak lang & Paksu Amirul berniaga


Dalam dok mencari tapak berniaga dorang
kami sempat merembat dua ikat petai
dalam sepuluh papan cam tu la.

then, aku ternampak buah Genuak muda
aku rembat sepiring, dalam RM 3.00 mcm tu
Yang muda ni sedap sebab leh makan sekali ngan kulitnya
memang aku ni suka makan ulam ulaman

Ada org tak makan Genuak ni
tapi, bagi aku kalau ada buah ni sebagai ulam, bertambah tambah nasi aku ni

untung aku kawin ngan hubby ni
sebab apa yang dia makan aku pun makan jugak
orang senegeri la katakan
cara makan pun sama le..

punya la ramai orang dok jual buah buahan
tapi masih tak nampak Pak Menakan Amirul ni
kami jalan lagi


ha.. tetiba Amirul jumpa bapak sedara dia ni
apa lagi kemain suka la dorang
mungkin sebab hujan kot orang tak ramai

but, not badlah kan banyak pilihan ikan yang dorang jual

sementara aku pergi beli air bungkus tuk adik adik ipar aku ni
hubby dok gebang ngan dorang
tu la kan, kekadang tak sempat kami nak berborak ngan dorang ni
sebab kami balikkampung pun on saturday sunday

dorang pulak sunday keluar berniaga kat sini
dah dapat berjumpa tu sembang sembang la sikit

aku tanyakan khabar MIL & FIL bagainya
kami pun nak balik dah

Doramng tapaukan ikan tu kami bawak balik Penang
Alhamdulillah... syukur.

Then, masa nak balik tu ingat nak beli mangga ni wat makan ngan pulut
oleh kerana Amirul dok wat perangai terbantut hasrat ku

note:- Ikan merah ada lagi dalam fridge aku tu seekor
besar gak la. Tunggu masa untuk aku stimkan.

Thursday, March 22, 2012

Cutton Bud Dalam telinga

Sejak ngandungkan Aleesya tempohari
Aku ada masalah ngan telinga ni
tak leh korek ngan Cutton bud, kalau aku korek jugak
telinga akan sakit & jadi bengkak

Dah jumpa pakar pun ttg masalah telinga aku ni
doctor ckp rakang aku tergeliat/ terseliuh
siap kena jumpa Doctor gigi bagainya

then bila telinga aku gatai
aku guna bend alah ni le

Ada jugak la menda ni kat umah aku
walaupun hubby tak merokok. hehehehe

then, pagi tadi kalut kalut dok bersiap nak datang kerja
telinga ni gatai pulak, aku pun apa lagi
sambar je la apa yg ada

aku ambik cutton bud. ( dalam ati dok ckp, ok la kot dah lama dah)
mungkin sakit telinga aku ni baik dah le kot

tengah syok korek telinga
tetiba....

putik kapas tu tertanggal dalam lubang telinga aku ni
bukan tertanggak kat dalam,
dia duduk tepi jerk... tapi still tak mo kuaq

aku dok pulun korek tapi tak keluar jugak
hmmm... mcm nak kena jumpa doktor la lepas ni
huhuhuhu...

memandangkan telinga aku tak jadi bengang pun
aku rileks ar dulu...
ada petua apa apa tak, utk kuarkan cutton bud dari dalam telinga aku ni?

Wednesday, March 21, 2012

Gaya Orang Kaya Yang Low Profile

kalau korang kaya, korang nak low profile tak?
tengok la orang kaya ni...

aku rasa la, dia ni dah terlebih Low profile la
sampai dia punya profile sendiri pun dia leh lupa kot.
muahahaha....


Apa? Gua mau possing sebelah gua punya kereta.. Gua punya suka la...
suka ati le mau pakai kasut ke tak mau pakai..
Ini gua punya ketereta ma...

Istilah "biar papa asal bergaya" mungkin tak de dalam kamus hidup dia kot"
ada gaya wooo...

upss.... terkorek hidung. ngeh ngeh ngeh...
Tengok lagi.. nanti gua clait ini taik hidung baru tau.



Tuesday, March 20, 2012

Mizi Bistro


nyum.. nyum.. nak citer ttg makan la pulak.
kali ni aku nak citer ttg tempat makan yg baru je 2 kali aku masuk
hehehe...aku pergi ngan member office jerk


kami makan kat Mizi Bistro kat New World Park Jalan Burma, Penang
Orang ckp kat sini lebih sedap dari branch dia kat tanjong tokong kalau tak silap aku le.

Masa aku makan tu org tak berapa ramai sangat
then bila tengah makan tu, barulah nampak orang dok masuk sini

Biasala kan, dorang sajikan roti & buter ketul ketul kecik ni
sementara nak tunggu main dish siap

aku order lemon jus ni. masa aku makan tu
ada promotion. satu set 25.00 nett and desert dia ice cream
makan le ice cream tu bape banyak yang korang leh makan

hari tu dah pergi dah
sebab sedap sangat aku pergi sekali lagi last 2 week.
hehehehe...


Roti ni aku makan ngan chicken Mushroom soup.
sedap....

Ni ler chicken mushroom suop. ada ketul ketul mushroom dalam tu
kuahnya yang pekat tu memang marveles.

Aku makan sikit je
takut jap lagi main dish datang tak habis pulak
hahahaha...
Masa datang tu memang tengah lapar giler
my officemate siap order Garlic Bread ni
Memang terbaik le, sebab terasa garlic dia

Nampak tak ketulan ketulan garlic tu
ada la dalam lima ketul mcm tu
aku makan seketul je, sebab nak simpan perut untuk main dish

sapa yg gemar garlic leh la makan sepuas ati
tapi sesapa yg tak suka garlic jgn order yg ni
ok...

Hahaha.. dah sampai pun main dish aku
that day aku order chicken apa ntah
kali ni aku nak makan prwan plak.


chicken grille ngan prwan kalau tak salah aku
dish dia.
memang terangkat beb...

Dia ada juga dish yang menggunakan sos made by Mizi sendiri. Tapi aku belum pernah try.
One day ingat nak try la.
Tapi... sapa nak jadi lunch partner aku???
:D




Link

Monday, March 19, 2012

Ribut Bz melanda.

hmmm... tak de apa nak update today
sebab bz tul hari ni

Bz. nak ber FB
Bz nak be YM
Bz kerja kat office yang menimbun numbun ni.

hurmmm... hari ni plak bermula la sesi sibuk sebab dah tamat cuti sekolah
pagi pagi adalah waktu yg paling sibuk untukku.

Aku rasa org lain yg ada anak sekolah pun sibuk jugakkan?
Hubby plak kena morning shift for the whole week. memang tekanan ar
sebab pepagi tak de yang membantu.

sowi.. N3 tak de gambo tuk korang cuci mata.
k... nak sambung kerja .
wishing you all sehat sehat bangat!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, March 16, 2012

Tak tau nak kata apa dah..

handle accident case ni sejak 10 thn yg lalu, tak pernah lagi la aku jumpa case cam ni
kes yg aku nak citer ni unik sikit.
nak gelak pun ada, pening kepala pun ada.

the story is like this..
minggu lepas ada la satu apek tua dtg jumpa bos aku, kata dia accident & tak buat report bagainya. bos aku tolong la wat apa yg patut
then claim dia pun di proses.

aku ada la contact apek tu tanya ttg mcm mana dia accident sebab nak wat sketch plan
bagainya.

Dan jawapan dari Apek tua tu yang tak leh blahh.. ialah:-

tak dak tak dak, I mana ada accident ( toing toing)
bila I accident?

Aku: that day u mai office kita buat claim

Apek: tak tau, u punya office mana tempat?

Aku : arghh.. sudah apek ni, sendiri accident pun leh lupa
habis tu, u punya kereta ada kita punya tempat.

Apek: Apasal u ambik I punya kereta? nanti I mau pi ambik kereta I

Aku: kereta u tak siap mcm mana nak ambik, kereta u rosak

Apek: why kereta I rosak, u orang bagi rosak?

sampai hari ni la keta apek tu kami tak leh nak sentuh
sebab apek tu asyik dok kata kami ambik keta dia bagi rosak

owner keta yg langgar ngan keta dia tu pun pening gak
sebab dia kata dia tak langgar pun, dia tak pernah accident
tapi, police report semua ada. hahahaha...

nak salahkan apek tu pun tak leh jugak sebab apek tu dah umur 82.
tahap nyanyuk la tu.

sampai hari ni la keta tu duk ada, ntah bila dia nak datang ambil pun aku tak tau.
ntah ntah dia pun dah tak ingat yang dia tu ada kereta.
hahahaha.. sabor je la.