Saturday, April 21, 2012

The Third One ke?

Aku ni memang tak kisah klau nak tolong tolong orang. Tapi biarlah pertolongan yg aku beri tu tak menyusahkan aku.

Mak sitter anak anak aku ada suruh aku pergi ke Klinik kesihatan untuk ambilkan ubat ubatannya. Lagipun anak anak dia semua kerja & suaminya pulak tak de kat penang ni.
Apa salahnya kan, on the way aku nak ke office, leh la aku singgah ambil kejap.

sebelum tu aku call and inform office ckp aku datang lambat nak pergi ambil ubat kat klinik.

Ubat ubatan



Sampai je kat Office, terserempak ngan bos kat pintu bilik. then dia saja kaco aku & ambik ubat yang aku bawak tu. Dia belek belek & senyum senyum kat aku la pulak.

Pas tu dia, siap ucap tahniah le hapa la.
pa kehal plak apek ni dok congrate aku bagainya. makan ubat tak goncang kot semalam. hahaha...


Aku pun tanya la, pesal dok congrate aku ni. Tender yg aku buat tu dah diluluskan ke? 
Then dia pun ckp, this one is the third kan... I tau la saja tak mau ckp kat I.

kahhhhhhhhhhhhhh... aku tergelak sampai tersembur air yg aku minum. sib baik air kosong. kalau air kopi jenuh la nakkena cuci bagainya.

Aku ckp kat dia. " Ini ubat baby sitter punya, bukan ubat vitamin utk org mengandung la.."
Ini ubat utk org darah tinggi la..
mcm la u pernah mengandung, pandai pandai la ckp ubat ini ubat utk org mengandung.


ulps... the third one!? ada ke?
dah sangkut ke?
hehehe... kalau ada sonok jugak...:D
hehehehe...


Friday, April 20, 2012

6oz to 7 oz

lama dah tak citer ttg susu ai ni kan..
so, ari ni mood baik sket, nak kongsi kongsi tentang pekembangannya.

kalau org lain, semakin meningkat umur bayi semakin kurang susu
tapi aku plak idak begitu, rezeki Aleesya semakin bertambah tambah
jelas sekali dapat dilihat melalui penambahan jumlah susu aku ni.

kalau sebelum ni, sekali pump 4-5oz je. Tapi sekarang dah mencecah 6-7 oc.
Alhamdulillah....

Apa yang aku amalkan?
ok, meh sini aku nak story

sejak aku mengetahui tentang kajian saintifik air melalui bacaan & juga melalui documentari
aku apply dalam kehidupanku seharian.
Alhamdulillah.. Allah mendengar doa/bisikan hatiku.


minum air yang banyak. Itulah nasihat doktor untuk menmbahkan jumlah susu.
Aku memang minum air tapi aku tambahkan dengan doa dan bisikan kepada air tersebut.

setelah berselawat dan niatlah di hati supaya air yang kita minum itu akan membantu menambahkan jumlah susu . Lakukan dengan yakin.

mungkin ada org yang anggap perkara ni mcm tak logik. Tapi bila difikirkan kembali kenapa kita berjumpa ustaz bagainya untuk mintak air, penerang hati, air yassin & air tawar bagainya.
walhal sumber air adalah daripada air yang selalu kita minum jugakkan..
bezanya adalah melalui doa yang dipohon ustaz kepada Allah. betul tak?

Jika dulu aku hanya menggunakan storage bag yang bersaiz 7oz je, tapi sekarang aku kena beli storage bag yang bersaiz 12oz

2 kali pump di waktu bekerja sudah penuh satu beg.
sekarang ni dah ada 20 beg di rumah dan 6 beg di rumah mak sitter.

untuk dapat stok sebanyak itu, aku lakukan selama 1 bulan sahaja.


*pernah suarakan kpd mak sitter nak sulam ngan milk powder sebab susu aku semakin kekeringan, then dia suh aku usahakan, kalau boleh jgn campur katanya. Dengan izin Allah aku dapat petunjuk untuk menambahkan susu badanku* syukur padamu Ya Allah.

Nak Ketawa tapi tak boleh

pernah tak korang hadapi situasi di mana anda didatangi dengan satu perkara yang paling lawak/lucu.pas tu kan, korang tak boleh nak gelak/ketawa sebab tak der partner nak ketawa.

pas tu kan, korang dok tahan gelak tu sampai kembang kembang hidung.


meh sini aku nak citer.

aku pergi beli lunch, pas tu aku order la air bungkus kat mamak stall tu. biasala aku. pergi beli sengsorang je. Pas tu aku nampak la Vietnamese girl datang nak beli air jugak. then dia berdiri kat sebelah aku la.

sambil mamak tu wat air utk aku, dia tanya la Vietnamese tu nak air apa?
then selamba je vietnamese tu jawab " Mailo Ais Vonggo".
mamak tu faham la. milo ais bungkus..

bila aku dengar je perkataan Bonggo tu, terus aku terbayang citer P.Ramlee. ( Pendekar Bujang Lapok!) cara dia sebut tu bunyi sebijik mcm Ajis sebut. Bonggo..Vonggo..
memang nak gelak. tapi tahan.. tahan.. ok.

pas tu kan mamak tu tanya sekali lagi. minum ka bungkus? dia pun jawab Bonggo..
sekali teliga aku dengar mcm dia sebut " BONGOK!!!. lagi la nak tergelak..
tak tahan, sakit perut dah ni dopk tahan..

last. aku wat nganga mulut pura pura dok garu kat mulut ni.
bila selesai je bayar air tu aku terus blah. jalan lelaju
terus masuk office & gelakkkkkkkkkkkkkk sepuas puasnya.


Thursday, April 19, 2012

Cheng Beng.

Sejak aku kecil, aku tinggal dengan komuniti orang melayu je
kalau nak bercampur dengan bangsa lain memang susah le.
adat resam & agama dorang pun aku tak berapa nak tau
( buat apa nak tau kan, agama sendiri pun dig belum habis lagi)

So, masa cheng beng that day, Aku nampak office mate aku dok bawak balik banyak barang barang. ntah apa apa la aku tengok.

then gatai mulut nak tanya la pulak.
sebab aku ternampak bedak nyonya tu. aku ingat betul betul bedak le
rupanya replika jerk.

masa sekolah dulu, bedak ni le teman setia aku. hiksss

Dia ckp dia beli untuk mak dia.
ape ke hal dok beli tuk mak plak. mak dia kan dah lama mati..

tengok tu "BONIAA"

kasur BONIAA wooo.. dasyat!!
tapi kasut ni di perbuat daripada kertas.
replika jugak..

haih.. merokokkan membahayakan kesihatan. naper nak beli tuk bapa dia pulak
so cute replika rokok ni.
pandai dorang buat.kekekeke

Air mawar, Hazeline Snow & bedak nyonya. semua di perbuat daripada kotak


ha.. yang ni paling best. dorang wat baju daripada kertas. kreatif noh depa ni.

menurut my colleague, in semua dia akan bakar semasa perayaan Cheng Beng nanti.
kalau dia bakar benda tu semua, so mak ngan ayah dia dapat la.
nak wat cam na kan, dah itu kepercayaan dorang
aku faham. walaupun bagi aku mcm tak logik.

biasalakan, kita rasa agama dorang mcm tak logik, then dorang plak rasa agama kita mcm tak logik. tak mo le aku nak hujah lebih lebih k.


aku ada le tanya, kalau org zaman sekarang yang mati, adakah dorang akan bakar replika mcm, Sk II ke, two way cake ke, H/p ke, I pad ke hape ke?
then dia ckp tak de lah, mati bila pun dorang akan guna replika barang barang lama ni jugak.

then dia ada ckp, ada satu budak pernah bakar replika Hp utk tok dia. Pas tu budak tu mimpi yang tok dia datang bagitau yang tok dia tak pandai guna, suh budak tu ajar mcm mana nak guna. Budak tu terkejut & takut sampai demam & jatuh sakit.
dasyat noh....

Note:- Culture org kena tau jugakkan, kitakan 1 malaysia.
jgn dok amalkan udah le.

battery punya dah tak boleh.

Jika sebelum ni aku guna battery breast pump.
wah laju jerk susu keluar. tangan pun dah tak lenguh lenguh.
memang seronok. Tapi lama kelamaan susu mcm jadi sedikit sebab dia mcm tak keluarcam tu.

calling calling mak, dia suggest suh aku tukar bentuk perahan susu tu.
Then Aleesya pulak asyik dok tarik je bila aku pump guna breat pump battery ni
Mana tak nya. bila Aleesya menetek sebelah kirio, aku akan pump sebelah kanan. kena guna teknik ni la kan kalau nak dapatkan susu yg banyak.

then bila aku on jer button tu, bunyi la. grrrrr.... grrrr...
Aleesya mcm tak senang duduk. dia asyik dok tarik keluar benda tu
menitik nitik la susu aku.


haish... tak leh jadi ni.

last, kena guna yang manual ni. yang jenis picit getah. hmmm... baru ok.
Aleesya pun tak de la gatai tangan nak tarik tarik.

tapi... tangan ni ha.. lenguh tul duk mengepam.
sib baik aku tak beli yang elektrik & pump yang mahai mcm Avent semua tu.
kalau idak rugi ja kan...

kat office pun aku guna yang picit getah tu jugak sebab kalau aku compare
guna yg picit getah ni, susu banyak la pulak.
mungkin sebabtarikan pump getah tu lebih kuat berbanding elektrik tu kot.
ntah le.. tapi yg pasti guna pump getah ni susu keluar lebih banyak..

Wednesday, April 18, 2012

Eleh.... kamu pun sama.Nak Eksyen konon!

hehehe.. nak citer la tentang perangai anak dara aku ni
tetiba aku teringat ...

Aleesya ni bila time balik kampung aku, dia mcm tak sesuai ngan keadaan la.
bila sampai je, aku letak kat bawah, dok angkat angkat kaki
tak mo duduk.

Asyik nak aku dukung je. mungkin dia tak biasa kot
hahaha... mana taknya tetiba nampak pokok getah jerk.

pas tu kan, bila sampai je, mestilah Tok dia aka mak aku le mesti nak dukung cucu
tul tak? time tu la dia mula wat pangai .
tak mo le hapa le. ish.. sian mak aku. cucu tak mo kat dia.

pas tu dari jauh dok tengok je mak aku dlm keadaan kehairanan.
mungkin dia dok recall kot. sape la ni.. tetima je ibu dia dok sayang sayang cium cium bagainya.

bila mak aku ke dapur, dia intai intai. pas tu bila mak aku nak dukung dia tak mo.


last. mak aku geram sebab dia tak mo, mak aku pun pergi la pakai tudung. Aleesya ok la sikit. dok dekat dekat. tapi still tak allowed dirinya didukung oleh amk aku tu.

hairan la jugak nape la cucu dia tak mo jugak kat dia. Pas tu kan, mak aku pergi la pakai gigi palsu dia. hahahaha...

rupenya Aleesya takut tengok mak aku tak de gigi. bila mak aku pakai gigi, terus ja dia datang kat mak aku. nek dukung & belek belek mak aku.

Amboi.. eksyen konon... tak de gigi tak mo dekat. Tak sedar diri le tu.
Dia sendiri pun belum ada gigi. nakkan org yg ada gigi jerk.
kekwat jugak ko ni Aleesya yer...

note:- sekarang ni, tiap kali kami balik, Mak aku pakai gigi palsu siap siap sebelum dukung Aleesya. sh.. mcm mcm!!!!!



Mizi Bistro again...

Aktiviti makan makan ni berlaku pada 12/04/2012
tapi tak pe la kan, lewat sikit
sebab banyak N3 yg di Autopublish tu mengambil alih. hehehe...

entah lah kan, sekarang ni kalau nak makan western je, mesti nak ke Mizi Bistro.
kalau dulu asyik ke The ship je
dah beralih angin la pulak...

mungkin sebab kat sini harga dia senang nak faham
kalau u makan apa apa dish pun , kalau set je mesti RM25.00
cuma kalau makan berasaskan daging kena tambah lagi 6 ringgit kot..
untuk set la.

Aku prefer set. sebab boleh belasah secukup cukupnya eskrem tu
muahahaha....
harga dia pun okey ka.. cuba korang tengok....

aku masih setia dengan Chicken Mushroom dia. pekat & terasa ketulan ketulan mushroom di dalam mulut ni. memang jauh lebih sedap dari mana mana soup yg pernah aku makan.
Kat hotel hotel pun tak leh tanding tau.
this is for sure ok!!!!

Mula tu aku yg nak order chicken Maryland Mizi Style tu, pas tu my friend's Soo See ni yg order dulu.
So, aku tukar menu la. hahaha menu utk org yg tak suka makan minyak


Last... semua item tu bergoreng. ketawa berbahak bahak kami kat soo see
ambik ko.tak mau bergoreng sangat, sekali ngan brokoli tu pun di celup tepung

sib baik aku tak order benda yg sama , kalau idak jenuh nak habiskan.

Aku masih setia dengan oren jus. Ingat nak order lemon honey, tapi dah habis la pulak.
oren.. pun oren la kan.

hehehe... kalau breast feed,black pepper is the best to produce more milk. So, aku pilih chicken chop with black pepper sauce. memang sedap jah oi...
besar pulak tu... memang berbaloi la kalau makan...
see my size ok, badan besar kena makan yg bersaiz besar le...

tengok la, hidung dah kembang kembang tak sabar nak makan. Nampak tak benda bergoreng seketul kat pinggan aku tu. Soo see yg bagi sebab dia tak dapat habiskan makanan dia . hahaha..

ambik.. anti minyak sangat!!!

kalau that day soo see yang banjer, this time Ms. Ai Ai yang belanja ok. Tak ingat pulak dia makan menu apa? tapi berasaskan ayam le.
Aku bukan tak mo makan steak, tapi.. sebagai menghormati dorang yg tak makan lembu.
aku tak order la.. sensitiviti dorang kena la jaga jugak
betul tak?

kat sini kalau grille menu menang tak oily tau
memang sedap makanan dia...

mmm... part yg paling best. Ice cream time.
desert ni korang boleh makan sebanyak yg korang leh telan la.
masa ambil first bowl tu, rasa mcm pas ni nak ambik lagi satu bowl lah..

aku ambil semua ke empat empat flavour tu, letak choc rice & toffing
chocolate & strawberry , mmmm.. marveles jah oi..

pas tu kan.. bila dah makan habis satu bowl, dah betul betul sendat perut ni
tak boleh dah nak ber 2nd bowl ke 3rd bowl ke..

gigi pun dah gigil kesejukkan. tu la kan, tamak sangat
nak makan eskrem banyak la konon...

So, bill kami that day RM 75.00 utk 3 org. sekian. terima kasih
untuk Ms. Ai Ai..