Friday, April 27, 2012

Bab Satu Punya Hal

Fasa pembelajaran Amirul dah meningkat, dia mula mengenali apa itu haram & halal dalam hukum hakam islam. Satu perkembangan yang sihat.

Ibu.. betul ka, kalau kita curi makanan & makan makanan tu, sama dengan kita makan Bab satu?
mula tu pening jugak aku ni. makan bab apa? subjek apa pulak ni dia belajar kat sekolah.

Bab satu apa? ala.. yang kak syifa kata " beroza" bek ho" yang dok pi makan pokok pisang tok tu.
oooo... bab satu tu upernya "BABI, lebih kurang je kan bentuknya bila kita tulis BAB 1.

Then aku jawab le. ya betullah tu, haram kita makan makanan yang di curi. Nanti makanan yg kita makan tu akan menjadi darah daging, bila dah jadi daging, mati esok kita akan di azab dengan mengikis ngikis daging kita yang haram itu.

pernah tengok tak org accident, kulitnya tergesel kat tar, sakitkan.. 
Alhamdulillah, Amirul faham akan keterangan ku.  


Then, bulan lepas, Amirul ada ckp yang dia lalu kat tepi tong sampah & terpijak taik
Aku dah sure, mesti Taik Anjing punya. 
Pas tu aku tanya mcm mana Amirul basuh. Then dia ckp... Basuh ngan Air & sabun la.

Pas tu aku ckp kat kazen Amirul yang umur 16thn tu, suh pi samak. Ambil tanah kat pantai sana
samak kaki dia sampai ke lutut. ( sebab tak sure kena kat mana taik tu) biar samak lebih sikit tak pe kan..

Pas selesai semua tu, Amirul pun hairan kenapa sampai kena guna tanah semua tu. Then, kalau kena taik adik pun kena samak jugak ka ibu?
hahaha.. tak de la kan, kalau taik adik tu basuh ngan air & sabun dah le. Anjing kan binatang yang haram di sentuh. Jadi dah binatang haram tu terkena kita, kita kena la samak.

 So far.. aku cuba recall balik amirul ttg apa itu SAMAK, dia dah tahu, samak tu basuh ngan tanah & 7 kali air bersih.Aku tau benda ni dulu pun sebab abang aku kena sondol dengan babi. 
Pengalaman mendewasakan..dan mematangkan fikiran..


Happy 9 Month But I'am Not Happy

Hari ini tanggal 27/04/2012 genaplah usiaku 9 bulan.
Tapi saya tidak seceria bulan bulan yang lalu
saya tak cantik, kulit pun berbintil bintil. huhuhuhu...

Ibu saya ingat ini ruam biasa je
then dia pun makan tak pantang
ada ke patut dia makan telur goreng la, telur rebus la, telur masin la
apa segala telur pun dia makan.
sian saya kan, sebab saya kan tak sihat & menyusu badan pulak tu. huhuhu
tengoklah muka saya ni dah kemerah merahan
ibu & papa pun tak perasan
papa asyik dok ckp yang saya kena nyamuk la semut la
wal hal muka saya dah bengkak ni
Sebab bintil bintil merah ni naik kat muka dulu & kat badan tak de
sebab tu la parent saya ingat ini ruam biasa

bila saya garu garu kat muka, mata & kepala
ibu saya asyik masukkan saya kat dalam buai
konon konon saya ni mengantuk

wal hal saya gatal & rimas satu badan
tambahan pula suhu badan saya bukanlah panas garing tu
suam suam biasa je
Semalam baru ibu perasan yang saya ni demam campak kecil
ada jugak org panggil demam campak.dah naik sampai ke kaki pun.

then tadi ibu saya ada order "Mutiara Cina" untuk saya
pas tu, dok sibuk la ibu saya ni cari pokok keman duri, daun asam & ibu kunyit
nak berbedakkan saya.
kesian saya kan...

Note:- Nenek saya ckp berbedak ni perlu, sebab kalau tak berbedak bila saya kena hujan, akan jadi bintil bintil yang akan kekal hingga ke tua.

Thursday, April 26, 2012

Mee Goreng Tomyam

Memang aku ni jenis tak suka duduk diam. Ada saja la aktiviti yg aku nak buat
Rasa boring la pulak kalau sabtu & ahad lepas mcm tu je
makanya aku ada la wat satu aktiviti yang berfaedah

Masa aku tengah dok beraktiviti, tetiba perut ni berkeroncong
lapar la pulak. hmmm masa nak balik nanti nakbeli la Tom Yam Goreng kat kedai tepi laut sana tu.
leleh leleh dah air liur.

then masa balik tu rushing pulak sebab hubby demam.
tak leh lelama aku terus balik umah & ambik Aleesya
Mee Goreng Tomyam 

Pastu, dah magrib. tak dapat la nak pergi beli. Dalam pukul 8.00 cam tu la, mulut ni asyik dok teringin mee goreng tom yam je.

aku ckp kat hubby, jaga Aleesya jap, nak pergi beli mee gorengtom yam
Aleesya plak mcm ngantuk, jap lagi meragam le tu nak tido

aku speed pergi beli mee goreng tom yam
sampai kat kedai sana tu, punya la ramai org
kalau aku order, berapa lama nak kena tunggu ni
haishhh.. tak leh jadi ni, perut pun dok lapar
 

Aku wat keputusan utk masak je mee goreng tom yam ni.
aku pergi kat kedai mamak ujung tu & beli paste tomyam & mee. segala sayur bagainya memang dah ada dalam peti
sayur Aleesya la tu, tak pe la ambik sikit, besok ibu ganti k..

sampaikat umah Aleesya dah nangis nangis nak susu. Lepas aku susukan Aleesya, dia tido aku pun terus masak. makan sepuas puas ati aku ni. 
sib baik aku tak tunggu kat kedai tepi laut tu. kalau idak
Aleesya tu tidur kelaparan le jawabnya.
hubby yg demam tu mesti lagi demam jadiknya.

hehehe.. jimat duit aku. beli mee + tomyam paste tak sampai 5 hengget
kalau beli  yg dah siap, sebungkus 4.50.Tak kan nak beli sebungkus kan..

Wednesday, April 25, 2012

Pantang Aku Leka sikit

Hish... pantang aku leka sikit. habis di selongkarny.
Tapi, salah aku jugak, bila balik kerja je, Hand bag mesti nak letak atas sofa
berjaya menyelongkar
Selalunya aku zipkan hand bag aku tu
tapi that day mungkin tak perasan kot, Aku receive call
pas tu ambik je Hp kat dalam H/b tu and borak sakan le
lupa nak zipkan semula h/b

habis semua buku buku bank aku di ambilnya
sib baik sempat tengok, kalau idak koyak rabak di buatnya

kalau korang nak tau, Amirul dulu tak de la wat pangai mcm ni
dia baik je, kertas pun dia tak koyak
kiranya tak de la aku terkejat kejar nak letak itu ini kat tempat selamat.
mungkin dah biasa dengan sikap Amirul dulu ni
so, aku leka sket kali ni

Pandai dia noh, siap ambik H/b aku parking kat atas walker dia.
kalau korang nak tau, kekadang tu segala baju la, seluar la semua dia letak atas walker tu
setelah dia berjaya memunggah rack baju

Yang dia suka sangat, bungkus pampers
habis pampers di korek dan di taburnya penuh rumah

kalau dapat kotak pensel abang, habis di relaikan
pemadan kesana, pensil ke sini..
memang ni ler kerja Aleesya.

Pernah jugak ambik H/p papa & pi buang ke lantai
sib baik tak rosak. kalau xperia aku di buang begitu
alamatnya ke beli lain le.. hhuhuhu...

note:- dah 8 bulan pangai mcm ni, 9-12 bulan cam ne la kekdahnya. 
doakan aku jadi ibu yg penyabar ya..

Tuesday, April 24, 2012

Ketahui kisah inspirasi Internet di #DiGiWWWOW Internet For All Awards. Klik untuk info lanjut.

Ketahui kisah inspirasi Internet di #DiGiWWWOW Internet For All Awards. Klik untuk info lanjut.: Ketahui kisah inspirasi Internet di #DiGiWWWOW Internet For All Awards. Klik untuk info lanjut.




Klik pada gambar di atas untuk undi. 

Amirul Menangis Bila Aku...

Pada suatu pagi yang hening.. chewah chewa...
konon konon mukadimah yang canggih le tu.

tak de ar, actually cam ni, ada pagi tu aku baru je lepas 
bagi Aleesya makan moi
then, aku ingat nak kasi la dia nyusu, supaya dia leh tido
senang aku nak wat kerja umah.

tarik rambut abang

Masa aku nak nyusukan tu Aleesya tak nak. Mungkin sebab dia dah kenyang kot.
pas tu aku ingat dia kenyang then aku pun masukkan dia ke dalam buai
hampeh.. tak mo tido gak dia
nak main ngan abang..


dah hampir sejam cam tu dorang main, tetiba Aleesya nangis nangais nakj nenen
 pas tu aku saja  nyakat Aleesya. 
aku cakap le, Tak mo bagi.. tadi ibu suh minum adik tak mau
tak payah.. aleesya nangis lagi..
aku pusing badan dan ckp tak payah banyak banyak kali..
Aleesya dok nangis tak habis habis.

pas tu, tetiba aku tengok Amirul leleh leleh air mata dia
dok sebik sebik muka dia
nangis sama..( dalam ati dok kata: pehal plak mirul ni?)






 Dia pi nangis kat kaki aku & kata, bagi la ibu adik minum sian la kat adik, dia lapaq..bagi la ibu. sambil nangis dia mintak kat aku owh.. tetiba aku jadi sedih pulak, 2 org anak aku dok nangis nangis Then, Dalam esakan Amirul tu, dia siap ckp " Kalau ibu tak bagi adik minum, mirul nak pi habaq kat semua orang kata ibu dok dera anak ibu" 

bagi la ibu, mirul tak tahan dah ni tengok adik tu, lapaqqqqqqqq....

Disini aku sebagai ibu, mendoakan agar hubungan baik anak anakku berkekalan hingga ke syurga. saling sayang menyayangi & hormat menghormati.
Sama sama lah korang berpakat utk jaga ibu mu ini kelak ya.
amin...( berkatilah doaku ini)



Ha... tengok apa tu?

Aleesya ni sekarang ni dah pandainak marah marah orang
nak pukul pukul abang bagainya.
tapi that day aku sempat curi aksi dia


amboi kusyuk tul dia, nonton meow meow...
Aleesya ni, kalau nampak je kucing, astik nak tarik ekor kucing jer..

ni  kira mood dia baik la ni. tengok tv je
kalau mood dia tak baik
segala decoder & cd player dia tarik

masa ni dia tak dapat pergi dekat ke kabinet Tv tu
sebab kat bawah tu Amirul dah letak bantal sofa
so, dia tak leh nak rapatkan walker dia ke sana 
hahaha... ambik ko.