Sunday, July 1, 2012

Miss Holocaust Survivor

layan le story ni di hari ahad 
moga moga tak boring masuk blog I k.
happy sunday!!!
 

Saturday, June 30, 2012

Irma Hasmie kini Isteri kepada Redza


   
tengok je pelamin si Irma ni seolah olah
pepohon tamar mengelilingi singahsana
hai.. tema pertemuan dorang ke?

  lawanya dia
sungguh ayu
  
sang arjuna pun hensem

kalau nak tau lanjut
dan banyak lagi gambar gambar menarik
sila ke

Guess Which Airline Is This.

Boleh korang teka Which Airline is This?
tengok lah gambar kat bawah ni satu persatu
begitu cantik & bersih

 ada pramugari yang cun melecun
serve food tuk korang

mesti selesa kan kalau nek flight ni
flight negara manakah ini?

tengok la seat dia
so comfortable..
 
leh gak dengar muzik
exclusive kan...

fuh.. boleh tidur ngan selesa
sekali nampak mcm kerusi urut pun ada
hehehehee






dan.. percayakah anda
percayakah???
bahawa ianya sebenarnya
adalah
*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*



sebuah BAS!!!!!

kalau korang tak caya
dok ingat aku wat reka reka cite
meh USHA SINI





Friday, June 29, 2012

Ibu dah lambat

Hai..aku  ni  suka benor sibukkan diri ngan aktiviti aktiviti di hujung minggu.
lately hari sabtu & ahad pun kekadang Aleesya ngan Amirul kena gak pergi umah mak sitter dia

kalau nak ke mana mana memang susah nak bawak 2 orang sekali
nak bagi sama rata, dua dua tak yah bawak
hehehehe..

time ni aku dah pun bersiap siap untuk keluar ke Seberang
dah janji ngan kawan yang tingga1 kat umah ujung nun..

dah bersiap semua, tetiba Aleesya pulak berak
tau la kan, kalau dah siap cecantik, malas le nak nak cuci funggung Aleesya kat bilik air
sebab dia suka tepuk tepuk air tu
kang basah  pulak baju aku ni

last, aku decide mandikan terus Aleesya ni kat dalam sinki
ha... kat dalam sinki mana boleh nak tepuk tepuk air

kemain lagi dia tu, suka benor bila air kena belakang dia
tapi kan... aku pecah rahsia le ni
masa Aleesya 1-4 bulan, aku mandikan dia dalam sinki ni le
sebab aku memang tak pandai nak mandikan baby kat bilik air

dia nak tepuk jugak walaupun mandi kat sinki
ha.. tepuk la sinki tu puas puas
asal air tak mercik kena ibu udah le

okey.. bye bye ibu.
Ibu nak pergi shopping yer
jgn lupa beli somting tuk kami berdua ya.


Note: Actually, Aleesya dah boleh Jalan masa 10 bulan setengah that day. tapi aku tak sempat nak snap photo dia jln, jadi tak dapatla nak wat N3 dia berjalan tu.

Tak Jadi bermain Ombak

Dari rumah dah menyanyi nyanyi si Amirul tu nak mandi laut bagainya
Akusiap bawak baju spare & tuala lagi tau
Malas nak jejauh ke Batu Feringghi
jadi ke Tanjung Asam Udah le ye

Kalau hubby tak de, memang tak suka drive kat sini
jalan berselekoh. then parking pun kat bahu bahu jalan je
tapi, anak dah request ikut je la

sampai je Kat "Tanjung Asam" perut pun mcm bergocak keriangan
sebab nampak org jual makanan.
ada jagung, rojak, laksa , kopok lekor & segala jenis ball 

Nampak tak kat bawah tu, pantai kan..
tapi, ombaknya mcm beralun kuat sangat. So windy okey..
Aku rasa mcm tak selamat je, dah le husband tak de
then nak drive turun curam tu pun mcm tak sure. kang berlanggar ngan keta yang nak balik pulak
jalan pun sempit je nak turun ke sana

pujuk Amirul sehabis jiwa raga ku ini
tak yah le mandi. ombak kuat
papa tak dak nak tengok tengok adik kalau kita mandi
ibu takut la, nanti papa marah ibu pulah. chewahhhhh...
kita makan dulu ar...
lepas makan rojak tu, makan nugget pulak.
tak pe.. makan je, bior kenyang
budak budak ni kalau lapar suka wat pangai
bila perut dah kenyang okey je apa yg kita ckp. hehehehe

then, Amirul pulak nak makan laksa
biasalahkan, Amirul ni hantu laksa. 
aku tak leh makan lagi. tapi ada la rasa kuah dia sket sket
ilangkan ketagih laksa yang kronik. kahhhhhhhhhhhhhh

Amirul tak kisah, laksa kedah ke penang ke dia bedal je
tapi, kalau papa.. nak laksa kedah jer. haish..
nasib baik Ai pun orang kedah.
Akhirnya, Aleesya pun dah tersenarai dalam satu geng
makan laksa jugak. 
BAGUSSSSSS...... 
hai.. lepas ni kalau buat laksa kena buat lebih okey
dah ada satu ahli baru yg masuk geng.


last.. lepas kenyang. kami balik rumah
Amirul pulak, bila kenyang terus lupa hasrat nak mandi
hehehe.. bagus. senang kerja ibu ni.


Note:- Hubby, kalau awak tak join sekali rasa kekok pulak bawak anak anak berjalan.


Thursday, June 28, 2012

Bila dua dua sakit

Sebagai ibu, kalau boleh nak beri perhatian sama rata untuk anak anak. tul tak?

Semalam, masa aku pergi ambik Aleesya & Amirul kat umah Mak Sitter
tak nampak pun kelibat Amirul
Dalam ati dok ingat yang dia ikut bapak sitter dia pergi masjid le
sebab selalunya cam tu lah rutin dia bila bapak sitter ada kat umah

Mata ni mencari cari la budak Aleesya yang ntah explore umah Mak dia tu sana ni
bila aku panggil je, Aleesya pun keluar le dari bilik sambil sengih sengih

tetiba aku nampak sekujur body Amirul lending atas sofa. ish mcm mana boleh tak perasan plak. hehehe
Aku dukung Aleesya, then kejutkan Amirul.
Mak ai, panas benor Badan Amirul. Demam la pulak
mungkin sebab cuaca kot. kering je sebelum ni, then tetiba pagi kelmarin ujan
mungkin Amirul dengan sebab cuaca tak menentu sekarang ni

Bila aku dukung Aleesya, tengok pulak kat dahi tu benjol dan "Blue Black"
ish.. kenapa la pulak.
Mak sitter ckp dia terhantuk kat almari ke katil ntah le
dia dah tuam, esok lusa ok la tu

Aleesya pun mcm dok mengadu ttg kepala dia
the aku jampi serapah yang berbunyi

" Tuku Takai Jatuh Bukit, Budak Nakai Dapat Sakit" fuhhhhh hembus kepala dia
hahahaha....

Bila tiba malam je, teruk la aku. kejap kejap Amirul merengek
kejap kejap Aleesya merengek
semua nak kan perhatian. 
Amirul suh aku suap kan nasi tuk dia, Aleesya pulak at the same time nak menyusu.
tak terlayan aku.... 
datang kerja ni pun mata kuyu kuyu
tak cukup tido

Note:- Hari ni Amirul tak pergi sekolah & lebam Aleesya pun dah berkurang..
harap harap balik kerja nanti ok semuanya.


Thanks U Mobile Unlimited Mobile Internet

Best tak kalau dapat BE?  
kalau tanya aku. mesti la best best best..

memang aku dok tunggu BE tak keluar keluar
sejak aku dapat BE tempohari. dekat sebulan jugak la aku menunggu ni

dok tengok rang je dapat BE
last nuff dah show satu BE dari


"U Mobile Unlimited Mobile Internet"
patutla iklan dia berdansa ceria kat my blog
syukur alhamdulillah...

moga moga naik lagi sikit $$$ yang terkumpul tu
hehehe...