Wednesday, September 5, 2012

Tak pe aku kan penyabar!

sejak pagi tadi asyik busy je aku ni
Time aku buat entry ni, kira dah free la sikit

Pagi tadi gegas ke Post Office
hantar barang.. biasalakan side income tu penting!!!

aku sebenarnya suka geram tul sejak 2-3 hari ni
Hari isnin, aku pergi Bank nak buka account ASB utk anak anak aku
aku sampai kat sana kul 1.45
boleh dengan selamba je dorang ckp :
kalau urusan ASB, kena tunggu lagi satu jam
sebab person in charge tu baru nak keluar makan
pukul 2:45 baru kaunter bukak semuala
kalau u nak cepat, u boleh pergi ke branch lain ke, Pos Office ke..
tak pe.. aku kan penyabar.....

Aku ambik borang je, balik isi.
So, hari selasa  aku datang lagi..
ayat ni pulak keluar:
mmm... ASB punya line memang slow.
sejak pagi tadi pun slow
u tak pergi try kat Pejabat pos ke?
then aku dah malas nak masuk keluar buang masa
aku pun ckp, tak pe lambat pun saya tunggu jugak.
Aku kan penyabar...

Ada le dalam 1/2 jam kat sana, maka proses pengakhiran bakal berakhir
masa dorang nak prepare buku tu, dorang kena la minta kat officer in cahrge
bila bukak je box, cuma satu buku je yg tinggal
anak aku ada 2, jadi kena la 2 buku tul tak
tak pe aku kan penyabar....

Officer tu suh la teller tu pi ambik kat stor
tellers tu malas kot, then dia pun  jawab kat aku mcm ni:
U balik dulu, esok u datang ambil buku boleh?
kalau nak ambik buku tu kena ke store room
ambik masa lama tau...
tak pe aku kan penyabar...

dah 2 hari masa aku terbuang kat bank tu je
hari ni aku pergi lagi kat bank tu
sebab nak ambik buku pelaburan "Ting!" anak anak aku
dorang pulak bagi borang baru kat aku
tak pe aku kan penyabar.......

dorang ckp, nama penjaga tu kena letak nama aku, bukannya nama suami
kelmarin masa aku submit borang, dorang dok key in ok je kat sistem
sepatah habuk pun dorang tak ckp
hari ni ckp borang aku isi borang salah.

" aku konfius la sebab kolum di atas tanya ttg penjaga, pas tu kolum kat bawah
tanya nama ibu"
aku pun main isi je la penjaga nama laki aku, nama ibu nama aku la.
hahahaha....
dorang pun diam je kelmarin ni.
tak pe, aku kan penyabar...


Note:- Tak pe aku kan penyabarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr
penyabar la sangat!



Dah Anak Dara kau ye

Hehehe.. kami still kat Blue Comfort Zone. Maksud AKu Still dalam baju Biru.
Jgn berbiru biru pulak mata tu tengok gambar aku & my familly.


Petang raya tu kami ke rumah Kak Ayu aka bekas kakak Ipar aku.
Memandangkan dah lama aku tak tengok anak anak sedara aku
jadi, kerinduan ku terubat la di hari raya.

Mak aku ckp, Anak sedara aku yg pompuan sorang nidah jarang datang umah Tok
so, aku pun nak le pergi tengok
pehal la kan...

rasanya dah setahun tak jumpa, bila jumpa terus aku terkejut
lorrrr... dah riak anak dara ko Izzati oi..
patut la dah malu malu...

tak pe.. perubahan hormon namanya tu
dah umur 14 thn dia ni. patut la malu malu. Bukan malu dengan Tok
tapi malu la nak sesaja jenjalan ke sana sini
suka duduk umah... mcm aku dodulu gak. hehehe

lepas makan kuih & makan bihun sup
sempat lagi snap gambar .

Adik adik si Izzati ni entah lesap ke mana pun tak tau
Duk pulun kutip duit raya le tu.


Tapi sempat jugak la aku jumpa ngan  adik adik si Izzati ni
sebab kak Ayu bawak dorang datang beraya ngan aku malamnya tu.


Note:- Happy pulak raya tahun ni sebab nak pergi tengok tempat tumpah darahku..

Tuesday, September 4, 2012

Flash Back My Memory

N3 aku kelmarin ada ckp ttg aku nampak sesuatu kan..
nampak apa? lalala.. aku nampak pokok jambu batu kat depan umah dorang


bukan jambu batu yg selalu kita beli kat pasaray atau kat R&R okey
ini jambu batu kampung tau

Jambu batu isi merah. aku suka suka suka
tetiba memori aku masa zaman kanak kanak dulu kembali di flash back.

best giler bila ingat masa dodulu 
time balik sekolah mesti nak panjat pokok jambu umah jiran

dengan baju kurung tu kami ramai ramai panjat pokok jambu
dah habis yang tua, yang kecik kecik pun kami petik jugak

sambil jalan kaki bali umah kami makan jambu
tak peduli baju nak kotor ke, nak koyak rabak ke
asal matlamat nak makan jambu batu isi merah tercapai.

selalunya jambu isi merah ni kalau di biar masak akan ada ulat
sebab tu lah kami akan petik bila dia sudah tua atau masih putik

masa panjat tu, ada yang jatuh pokok kedebuk!
bila da yang putik siap chup lagi, yg buah tu bila tua nanti aku yang punya, dia tu yang punya

selalunya projek panjat pokok jambu ni time kami balik dari kelas " Quran Tajwid"
maksudnya dalam jam 5-6 petang le.

Penah jugak kena pukul ngan mak sebab kain koyak rabak sebab panjat pokok jambu.
tapi tak pernah serik. demi buah jambu aku wat tebal isi badan ni hahaha...


Amirul pun first time makan jambu batu iosi merah ni
memandangkan cuma ada sebiji je, aku syer ngan dia makan.
hehehe...

Note: kalau panjat pokok jambu sekarang leh tumbang tak pokok jambu tu?



Saham & Saving


Dulu pernah jugak aku try banyak kali untuk buat saving dalam ASD ( Amanah Saham Didik)
untuk Amirul. Tapi tak pernah kesampaian.

Bila aku call bank/post office dorang cakap masih ada unit utk di beli
bila aku sampai je kat bank/Pos office
semua unit dah terjual. Frusssttt giler

Bukan sekali dua, tiap tiap thn cam tu
ada yg ckp, kalau ada sedara mara kerja bank tau pos office senang le
bagi duit kat dorang, bila ada unit tuk dijual, terus masuk je

susah la kan, memang laku betul unit saham amanah ni

Tapi, tahun ni aku dah nekad, nak beli jugak unit saham amanah utk anak anak aku
lagi best sebab dah boleh transfer duit dari cimbclicks ke unit amanah


Dalam pada tu, hubby dah pun bukak account kat Tabung Haji utk Amirul

 
 cuma utk Aleesybelum lagi. 
Tadi, jiran nak pergi tabung haji, aku suh dia ambik borang
nak bukak account tuk Aleesya.

  

Kalau ada account kat tabung Haji leh la apply kelab TAHA
Amirul suka sangat bila dapat kad keahlian kelab taha
nak melawat zoo, pusat sains dan banyak lagi la
leh dapat discount

Banyak jugak aktiviti yg disediakan oleh kelab taha ni
Amirul baru darjah satu
kalau nak ambil UPSR nanti
ada le kot panggilan tuk join program dorang.


Note:- Menabung demi masa depan anda, keluarga dan anak anak anda....