Friday, October 5, 2012

Segmen E'raz Fadli : blogwalking

Saya memang rajin join segmen. hehehehehe.. 
saya pun nak tambah kenalan jugak

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhAbKy2DTp0gY_QoOIp2Nt7XP2jnHyIvIyMJcRJ4L8EaNoO8dCtOc7PDLTmIhNOxy_-FPJf3Ks-haMZqdMBSkUcsZlJV3GDryJtlN8YMmBnMqMngD76vdBurI2a-LjU4nvHOC1PKNF_i-FC/s1600/BlogWalking+Eraz+Fadli.jpg
sapa nak join sila klik banner kat atas ni.

cepattttttttt tarikh tutup 8/10/2012


Dapat phone Free

kekadang ada barang yang kita inginkan tak dapat
tapi yang kita tak nak boleh dapat la pulak
inilah aku. hehehehe..

 aku nak terminate je line yang satu lagi tu
selepas Maxis bagi percubaan selama 3 bulan
then aku call le dorang sebab nak terminate

 sekali dorang cakap nak bagi phone free
cuma guna sebulam RM30
aku tyak ambik tenet, kalau sekali tenet RM 50
tak perlu kot sebab kat office & kat umah pun dah ada tenet
wifi pun dah bersepah sepah sekarang ni.

 seriously, aku memang tak guna phone ni
rasa tak perlu pun aku pakai
memandang kan bill 30 hengget tu aku ambik le jugak


aku dah ada sony xperia yang aku memang sayang bangattttttttttt
tapi, sesaja call out jugak sebab nak reach 30 ringgit bill
hehehe...

Note:- dah beli memory kad 8 git. semata mata nak donlod game utk Amirul.

MaGaCon-Malaysia Game Convention

siapa suka main game?
kalau sesapa yang suka main game macam aku ni
nak le aku hebahkan
sekarang Malaysia dah  ada MaGaCon.

 

sesapa yang tinggal berdekatan bolehlah terjah
click imej untuk beli tiket.

Dorang nak adakan game funfai mcm tu le
mesti best kan,

sesapa saja yg berminat nak main game yg kita minat tu leh join sekali
hahaha.. face to face
ala.. mcm kita main game kat PC, kita tak nampak pemain yang lagi satu tu
tapi kat sini, just sit dan main bersama sama
tengok le sapa leh menang.


ish.. kat solaris Dutamas KL nun.. kalau buat kat Penang, mesti aku terjah punya.
 tapi , kalau dapat tiket free I will think about it. hahaha..


sesapa yg berminat dan anda adalah pemain game tegar mcm aku
sila KLIK KAT SINI untuk info

Thursday, October 4, 2012

Lastik Punya hal

bila terbaca entry Rinna Manja tadi
tetiba aku teringat kenangan di alam kanak kanak

aku ni anak pompuan sorang je dalam family
so, kawan aku adalah abang abang aku le
kawan ngan lelaki
menan pun yang ala ala lelaki la kan.
 

abang ke 3 , aku ni memang pandai dalam bab bab membuat senapang papan, gasing dan lastik
pokok jambu batu depan umah le yang jadi mangsa

selalunya kami lastik guna biji batu yang di kutip di tepi jalan
ntah mcm mana hari tu biji guli terlebih kot
abang aku siap guna biji guli melastik

apa lagi lastik sana lastik sini
pas tu kawan dia si Hamid pulak nak join
dah kira ok la lagi ramai join lagi bagus

 
sepanjang aku main tak de pulak aku kena bedil
ntah nak jadi kan sebab, abang aku nak lastik burung
tetiba kawannya si Hamid melintas'
terus biji guli tu tembus di bahagian bawah dagu

biji guli tu telah masuk ke dalam isi
darah bercucuran.
kami jadi panik sebab si Hamid dah mcm ala ala nak pengsan
sebab mabuk darah

kami pergi la panggil Mak si Hamid
yang bestnya time tu, abang aku langsung tak kena marah ngan Mak si Hamid
si Hamid pulak yang kena marah bertubi tubi

" patutla org bedil hang ni, dah gatai sangat dok main
mak suruh duk rumah hang melata satu kampung"

Dorang bawa Hamid pergi Hospital
bila malam tu, aku citer la kat Mak hal kejadian yg berlaku

hahaha... sekali abang kena penangan maut dengan Mak
pas tu mak ajak abang sekali pi umah Hamid dan mintak maaf kat family dia

yang bestnya, tak de pun dorang bermasam muka dengan mak
dorang still claim yang anak dorang pun salah jugak
kalau tak join sekali main tak kan boleh kena kan..

sekarang ni kalau kami jumpa Hamid tu, mesti nak tengok kat bawah dagu dia, kesan jahitan. ngeeee

Note:-Hidup bermasyarakat dodulu memang best!!

Kami Kat IT Fair

sunday lepas, hubby free, tak payah pergi kerja
best best best.. leh la jenjalan
idak le aku terperap je kat umah
Lepas pergi makan makan kat rumah kawan hubby di Sungai nibong
kami terjah IT Fair Kat PISA.
 Memang nak pergi sesangat kat  IT Fair ni
sebab ada benda yang nak di beli

 snap gambar ni sebab aku berjaya rembat satu digital camera
memang nak beli pun
camera lama aku tu dah di rembat oleh adik aku

 ramai betul orang
beli la apa yg diingini.
hubby beli beg DSLR untuk body saja tu
senang sikit, friendly pengguna.

Amirul dan Francis light
 aku pulak nak beli pendrive dan memory kad
alhamdulillah, dapat juga ku rembat
terlupa pulak nak beli mouse. adoiiii... cam na boleh lupa plak ni
tak pe lenkali lah beli.

 lambat betul dok queue time nak keluar tu
kejar masa jugak ni, sebab hubby nak kena bertolak ke Ipoh malam tu

cantik tak Aleesya dengan baju kurung jahitan ku sendiri
ini lah kecerian Aleesya sebelum demam.


 Aku dok asyik klik klak klik klak
hubby terkejar kejar anak anak aku.
ngeee....

 hahaha... explore la kerja budak kecik ni

 ramai yg ckp kenapa aku tak letak headband kat Aleesya.
sebab... budak kecik ni akan tarik dan buang je headband tu

kalau aku ikat rambut dia,
getah ikat rambut tu pun dia cabut dan buang jugak.
ngeeee...

 ok dah berhabis $$$$ ratus ratus hari tu
kami pun bertolak pulang.

Happy sangat sebab dapat pendrive yg tersangat murah .( rembat 2)
Digital Camera pun murah jugak ( rembat kaler merah)
Memory kad pun murah jugak.
Beg Camera DSLR pun murah jugak

Note: Segalanya Murah la....

Wednesday, October 3, 2012

Kalau terjadi bencana Apa yg korang bawa?

Pernah tak korang ada kawan yang very irritating?
suka sangat pesan benda benda yg rasa mcm tak logik

Aku sebenarnya dah naik lali, tapi malas la nak menjawab
kang terbantut hubungan pulak, jadi diam lebih baik dari berkata kata

citernya bergini;
rentetan dari kejadian tsunami tempohari
jadi dorang dah jadi takut sangat. takut mati kot?

Dia selalu ckp kat aku.
eh, u kan, kat umah kena simpan maggie mee, can food, beras sikit
mineral water botol kecik kecik tu. untuk pre caution
mana tau kot kot terjadi tsunami ke, gempa bumi ke
at least ada la stock makanan.
hai cha ya nun alif oooiii.. kalau dah ditakdirkan kita mati, tak tsunami pun mati gak
kalau kena tsunami ke, banjir ke, gempa bumi ke
at least ada barang nak makan.

bila aku cakap tak de, mula la dok pot pet pot pet
punya pasal aku la, nak simpan ke tak nak

malaslah aku nak bersyarah kat dia
Islam pun tak galakkan kita menyimpan barang makan
sedangkan nabi pun tak amalkan, wat pe kita nak amal.

* Ada la aku terbaca kat buku ilmiah mana ntah, yang menyentuh tentang menyimpan makanan sendiri sedangkan umat islam lain dalam kebuluran*

tugas memberi rezeki kepada kita ni adalah tugas Allah, jadi kita sebagai manusia harus berserah kepadanya. Dia pasti memberi rezeki itu. - petikan kata kata dari seorang ustaz dalam satu ceramah.

oklah, berbalik kepada kawan aku ni, kalau la kita dok simpan makanan tu. Tak terjadi bala benca jugak. last bila tengok balik dah expired. pas tu buang je lah kat tong sampah. bukankah itu satu pembaziran.

kalau berlaku bala bencana pulak, tak terlarat aih, kita nak heret semua makanan tu. terus lari selamatkan diri je lah yang penting. ingat ada masa nak fikir apa yg nak di bawa ke?
tak jadi senang la ckp, kalau jadi tau la...
Kalau Aku, bawa diri sendiri je lah..

umat islam ni senang. kalau tak de makanan. puasa jelah. ..


Note:- Bukan mati kerana tak makan, tapi mati sebab terlebih makan.

Aleesya oh Aleesya

Kelmarin aku Emergency Leave. 
suhu badan Aleesya tak mau turun turun
dah 3 hari dia demam, so kami terpaksa bawa dia ke klinik

sian dia, tido pun berdakap je
badan panas garing
aku jelumkan kepala dia tak henti henti
still tak mo turun suhu badan tu.

sejak dia lahir, ni la baru pertama kali dia demam teruk
sebelum ni demam jugak
sehari je, lepas tu esoknya dah ok

dengan sapa p[un dia tak mau
asyik nak aku peluk dia je
bahang panas tu terasa sampai ke dada aku

makan ubat pun tak jadi apa benda gak
last aku balik rumah ayah
mintak Pak Cik Daq buatkan air penawar

semalamam aku tak tido
hari ni kepala aku pulak yang sakit
adessssss

my step mom, suruh ramas ramas daun melur ni utk jelum kepala Aleesya.

semalam aku jelumkan Aleesya dengan air penawar tu jerk.
tak de daun daun apa pun.
pagi tadi, ok sikit
masa hantar ke rumah bby sitter dia dah mula say bye bye kat aku.


Note: Tok wan ckp kali ni datang umah tok wan tak best ar sebab Aleesya tak de nak sakat sakat dia.
cucu demam tok wan, mestilah moody sikit